Ikut

Showing posts with label Aneka Apam. Show all posts
Showing posts with label Aneka Apam. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

APAM GULA HANGUS


Assalammualaikum dan selamat pagi Khamis 20 Oktober 2011

Petang semalam tak berkesempatan nak upload N3 ni sebab tetiba takder elektrik kat rumah. Tak tau ler kenapa nak kata tak bayar bill awal2 dah langsaikan nak kata litar pintas tak juga mungkin ada kesilapan teknik kat mana2 selama 15 minit bergelap lah sekejap. Setelah letrik ada kembali malas sudah CK nak on kan pc sebab tu ler N3 ni tertunda hingga kepagi ni.

Untuk minum petang semalam CK sediakan apam gula hangus. Jarang projek buat apam sebab memang anak2 tak minat langsung ishk..ishk..ishk..anak2 sekarang bab layan kuih muih memang kurang. Dulu zaman2 CK sebaya dia orang hanya kuih muih tradisional ni ler yang dihidangkan oleh arwah emak dan waktu tu kat mana2 pun semua orang suka makan kuih muih ni tapi sekarang anak2 lebih suka makan makanan segera. Selalu juga CK marah2 sayang kat dia orang suruh makan tapi tu lahhh akhirnya CK ler yang kena habiskan sebab tu kekadang malas nak projek kuih muih ni lebih2 lagi yang manis2 kalau yang rasa pedas2 boleh ler sket jalan tapi kalau yang manis2 dia orang pakat perati jer jamah nyer tidak. Tak nak membazir CK hanya buat separuh adunan kalau tak habis pun takder ler banyak sangat kan kan kan..???

Resepi apam gula hangus ni kalau search kat google memang berlambak, pilih saja versi mana yang disukai. Apam gula hangus yang CK buat ni mengikut resepi seorang rakan facebook Kamsiah atau lebih dikenali sebagai Kak Kam. Dalam mencari resepi ni CK lebih selesa pilih yang penerangannya jelas dan mudah faham maka senang ler nak membuatnya. Terima kasih Kak Kam kerana sudi berkongsi ilmu dan CK letakkan resepi kat wall blog ni untuk dirujuk oleh rakan2 yang lain.


APAM GULA HANGUS

BAHAN2NYA:-
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
~ di ayak bersama ~

2 biji telur
1 cawan gula (kalau tak nak manis leh letakkan 3/4 cawan)
1cawan air
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin@mentega
2 sudu besar susu pekat

CARA MEMBUATNYA:-
Masakkan gula hingga keemasan dan tutup api..
Campurkan air 1cawan kedalam gula yang telah cair kemudian hidupkan api semula..kacau hingga semuanya cair dan sejukkan
Blend telur, susu, minyak dan marjerin selama 3 minit
Masukkn gula hangus bersama tepung dan kisar lagi hingga sebati
Laserkan acuan (acuan lompang) dengan minyak kemudian masukkan acuan sekejap kedalam pengukus
Keluarkan acuan dari pengukus dan tuang adunan kedalamnya lebih kurang 1/2 acuan..jangan penuh nanti melimpah bila masak
Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak
Sedia dihidangkan bersama kelapa parut atau dimakan begitu saja pun enak juga

*resepi asal sukatan adunan dalam acuan lompang 2/3 tapi CK kurangkan sehingga 1/2 sebab bila masak permukaannya melimpah
tapi terpulanglah kepada saiz acuan lompang masing2

*Selamat Mencuba*

adunan yang telah siap

dah siap masukkan kedalam mangkuk2 kecil tunggu masa nak kukus jer

ini dia selepas dikukus..siap menonggek lagi posisinya..ni sukatan 3/4 sepatutnya 2/4 dah ok

ni sukatan 1/2 mangkuk kecil elok ler sket jadinya xder ler smpai melimpah kluar bila masak

dah ready siap ngan kelapa parut tapi kalau makan begitu saja pun dah ok sedapnya

Tuesday, July 19, 2011

APAM SWEETIE


Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat petang hari Selasa 19 July 2011.

Tengahari tadi sementara menunggu anak pulang dari sekolah untuk lunch bersama chekiah sempat "mengapam" resepi baru yang telah lama tersimpan dalam koleksi masakan chekiah. Untuk percubaan pertama chekiah buat separuh adunan saja sebab anak2 kat rumah bab apam2 ni tak berapa minat.
Setelah siap Apam Sweetie ni chekiah nampak rendah sangat dan rasa nyesal lah plak tak buat 1 adunan penuh, kalau tak akan lebih tinggi dan menarik.


Resepi asal apam ni chekiah dapat dari Aku Zack dan nama resepi yang di kasinya ialah Apam Indon tapi chekiah tukar menjadi Apam Sweetie..maaf yer Zack akak men tukar2 plak hehehe..dan minta izin kak kay C&P resepinya disini yer!


Apam Sweetie
nama asal : Apam Indon
sumber resepi : http://sukesukemasak.blogspot.com/

Bahan-Bahan:
5 biji telur
1 camt. ovalette
1/2 camt. esen vanila
300 gm tepung gandum
270gm gula caster
250ml santan atau susu segar
1/2 camt baking powder
secubit garam
3 jenis pewarna dan 3 jenis perisa

Cara Membuatnya:
Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris).
Ayakkan tepung bersama-sama dengan baking powder dan ketepikan.
Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama-sama dengan tepung dan baking powder)
Pukul telur bersama-sama dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna +perisa yang disukai sambil dikacau rata.
Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil.
Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
Lakukan sehingga habis ketiga-tiga adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.

Thursday, May 26, 2011

APAM SNOW WHITE


Assalammualaikum dan selamat awal pagi hari Jumaat 27 May 2011

Walaupun waktu dah melewati jam 12 tapi chekiah masih mengadap screen. Selepas waktu isya dah terlentuk letih ngantuk sebab siangnya agak sibuk sikit melayan kedatangan adik lelaki chekiah, isteri dan anaknya. Sebelum isya ada jugak on line tapi masih tidak berjaya menembusi line blogspot tak tau lah kenapa, bila dah lewat2 malam sikit baru dapat join tu pun tak tahu suksess tak publish gambar sebab kekadang dia akan kekejungan hehehe..

meskipun prcubaan pertama tapi alhamdulillah trsgtlah menjadinya

Hasrat nak mencuba berbagai resepi apam memang dah lama bersarang di hati tapi yerlah orang2 kat rumah tidak begitu meminati kuih yang bernama apam maka sebab tu lah bercinta jer nak on kan projek mengapam tapi memandangkan dah berkenan nengok gambar apam snow white di blog yatiememories maka chekiah gagahi juga membuatnya. Chekiah ucapkan terima kasih dan  mohon izin yatie untuk C&P resepinya di bawah ini untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang lain.

permukaan apam snow white yang memang lembut strukturnya

Apam Snow White
resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber resepi : http://yatiememories.blogspot.com/

Bahan-bahannya:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

siap tersusun menunggu untuk di kukuskan

Cara-Cara Membuatnya:-
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.

Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

msh panas baru keluar dari pengukus

Ramai rerakan yang dah mencuba bertanya pada chekiah "sedap tak chekih?"..Chekiah angguk2kan kepala meskipun mereka yang bertanya tidak nampak pun anggukan kepala chekiah hehehe. Macam selalunya bab penggunaan gula dalam setiap resepi akan chekiah kurangkan sebab memang "tidak boleh" makan makanan yang manis jadi apam snow white pun menerimat nasib yang sama namun kesedapannya tetap mentennnn gitu..!!!


dah ready untuk di makan

Selalunya dalam proses menerai chekiah akan buat separuh dari adunan sekiranya tak menjadi tak der lah banyak sangat yang terbuang tapi entah kenapa masa mengadun apam snow white ni chekiah terlupa maka terbanyaklah pulak adunannya tapi dengan secepat kilat minda chekiah berfikir sesuatu yang memang tidak akan membazir. Separuh dari adunan itu chekiah warnakan dengan warna-warna trafic light pilihan yang chekiah beri nama apam colourful bersesuaian dengan warna-warna pilihan chekiah jadi ceria sikit lah pandangan mata. Apam colourful chekiah gunakan mangkuk2 kecil yang selalu kita gunakan untuk membuat kuih lompang@kaswi...mangkuk kecil warna merah yang selalu masyarakat tioghua gunakan untuk bersembahyang hehehe..

ini dia kemeriahan warna2 apam colourful

rasanya sdkt berbeza dr apam snow white kerana di letak berbagai perisa

pandangan disebelah dalam apam colourful

Monday, May 23, 2011

APAM PUTERI AYU


Assalammualaikum dan selamat pagi hari Selasa 24 May 2011

Chekiah baru pulang dari pasar dan sempat lagi mengadap pc sekejap untuk postkan N3 apam si puteri ayu yang chekiah buat lewat malam tadi untuk di jadikan sarapapn pagi ni.

percubaan pertama yang menjadi sangat2

Kuih Puteri ayu ni memang kegemaran chekiah tetapi kebelakangan ni keadaan kuih yang di beli tidak lagi sesedap dulu. Isi apamnya kering berderai dan kelapa parutnya pulak berhampas tidak terasa lemak langsung. Sejak dulu memang teringin sangat nak buat sendiri tapi di sebabkan kebanjiran banyak resepi2 baru yang nak di cuba chekiah terlupa sekejap tentang si puteri ayu ni. Baru-baru ni semasa bertandang kerumah seorang blogger ternampak gambar dan resepi apam puteri ayu ni terus chekiah adakan bahan2nya dan malam tadi alhamdulillah selamat sudah projek "mengapam" (rosak bahasa hehe) dan rasa suka sangat2 sebab pertama kali mencuba dah menjadi. Terima kasih kepada pemilik resepi.

Memula nak mencuba buat apam ni entah berapa belas kali chekiah membaca bismillahhirrohmanirrohim kecut juga perut sebab fobia membuat apam mekar yang tak mekar dan merekah masih menghantui diriku hahaha tapi kali ini semangat lebih sikit kerana dah lama tak membeli apam puteri ayu ni kat luar.
2 warna pilihan hijau dan merah jambu (pink)


Selalunya chekiah perasan warna si apam puteri ayu ni di letakkan hijau dan kekadang ada juga yang memperbagaikan warnanya untuk menambahkan lagi keayuannya. Percubaan pertama chekiah memberanikan diri meletakkan warna hijau dan warna merah jambu (warna peberet) dan tersengih chekiah apabila siap mengukus keadaan kedua dua warnanya cantik dan menarik (masuk bakul angkat sendiri) dan dengan menggunakan acuan saiz berapa entah chekiah tak pasti dapatlah 48 biji.

Kalau dulu kuih2 kaedah mengukus tidak mendapat tempat sangat di hati tetapi dengan kejayaan membuat apam puteri ayu ni chekiah makin yakin untuk mencuba mengukus apam-apam yang lain dan apa saja kuih yang memerlukan cara mengukus...bak kata pepatah tak cuba mana nak tahu..jom tinjau resepi yang chekiah type semula dari blog autiesue sebab kat situ tak leh copy and paste hehehe

setalam penuh you!

Resepi : Mariam
sumber : http://auntiesukitchen.blogspot.com/

Apam Puteri Ayu
[versi chekiah]

Bahan2nya:-
5 biji telur (saiz kecil) atau 3 biji telur saiz A
250 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(* di ayak sekali)
300 gm gula
2 sudu teh ovalette
250 ml santan (kalau guna santan kotak 200ml + 50ml air biasa)
pewarna hijau
2 sudu teh paste pandan
kelapa parut putih secukupnya (di gaul bersama sedikit garam dan tepung ubi)
sedikit minyak

Cara Membuatnya:-
1. Panaskan kukusan
2. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. ketepikan
3. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan gebu
4. Rendahkan kelajuan mixer, masukkan santan, tepung sedikit demi sedikit, paste pandan, pewarna hijau..pukul sebati
5. Masukkan adunan kedalam piping bag atau plastik biasa yang di gunting bucu bawahnya dan picit masuk kedalam acuan.
6. Kukuslah dalam anggaran 5-7 minit
7, Setelah di keluarkan dari kukusan tunggu dulu sehingga sejuk atau suam baru di tanggalkan dari acuan

* Sekiranya ingin membuat lebih dari 1 warna di peringkat langkah no.4 setelah masukkan tepung dan pukul sebati boleh lah di agihkan adunan kepada warna2 yang disukai
* Tujuan menyapu minyak pada acuan ialah untuk senang menanggalkannya dan juga akan menghasilkan kuih yang mengikut bentuk acuan
* Air kukusan mestilah 3/4 periuk dan dalam keadaan panas menggelegak semasa anda memasukkan kuih kedalamnya

1 adunan di atas chekiah dapat 48 bji dan bilangannya bergantung kepada saiz acuan

*Selamat Mencuba*

setelah siap di kukus

acuan yang di gunakan untuk membuat apam puteri ayu