Assalammualaikum.
Sejak kebelakangan ni bukan sahaja cuaca yang tidak menentu tapi kehadiran CK dilaman blog ni dah macam semekut chipsmore kejap ada kejap ghaib hehehe...Kebelakangan ni tak selalu sangat free nak mengadap screen cuma semenjak ada "hobby baru" dah macam terabai lah plak nak bersantai santai depan komputer. Sesekali "wujud" mungkin lebih selesa tapi rasanya kalau tak slalu ada pun xder yang perasan kot, maklum ler CK ni bkn ler pemes sangat mcm sesetengah bloggers. It's ok yang penting tak tinggal langsung arena blog ni sudah lah kan!
Dah selalu tenggelam timbul maka ada lah n32 yang tertunggak dan bila ada sedikit masa kelapangan CK tempekkan jer lah kat dada blog ni sebab memang nak kena letak untuk menepati niat asal adakan blog ni semata mata buat rujukan anak cucu dimasa akan datang..huhuhu..anak masih belajar dah berkisah hal cucu CK ni kan...x per lah insyaAllah bila masanya tiba adalah cucu itu pun kalau masih dipanjangkan usia :)
Sagu kelapa ni rasanya ramai yg suka menikmatinya. Rasa manis sagu bersalut kelapa parut yang rasa sedikit masin membuatkan kita gemar memakannya. CK pun suka makan tapi sejak diistiharkan tidak boleh melayan lebih2 makanan yang masin, manis dan berlemak maka aktiviti membuat kuih muih yang sebegitu rupa ada sedikit "down" lah. Seingat CK sejak kecil kuih ni CK jarang panggil sagu kelapa tapi lebih dikenali sebagai "sagu golek" maklum ler selepas dipotong dimasukkan kedalam bekas yang berisi kelapa dan digoyang2kan bekas tu untuk meratakan kelapa pada sagu maka per lagi kenalah golek2kan badan juga hehehe...!!!
SAGU KELAPA
sumber :syahmi@http://www.myresipi.com/top/detail/1628
Bahan-bahannya:-
1 cawan sagu (basuh dan tos)
1 cawan gula
2 cawan air
sedikit esen ros (CK tambah)
Pewarna yang disukai
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam
Cara-cara membuatnya:-
Masak gula dengan air hingga gula larut.
Titikkan pewarna & esen ros
Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
Siap untuk dihidangkan.
*resepi ini untuk sagu yang asli yang asalnya tidak berwarna
skrg ni terdapat sagu yang telah sedia berwarna...tksh pd CIKMIE kerana sudi beli tuk CK kat MYDIN
jadi tak perlu lagi masukkan pewarna semasa memasaknya
setelah dibasuh sagu hendaklah ditoskan untuk keringkan airnya
keadaan sagu setelah dimasukkan kedalam air yang telah dilarukan gula didalamnya
bila sagu dah bertukar warna boleh lah masukkan kedalam bekas untuk disejukkan
bila sagu dah sejuk blh ler di potong atau dibentukkan sebelum disalut kelapa parut campur sdkt garam
ready untuk dingap!...lbh enak kalau disejukkan dalam esbok, nyaman jer tekak!