Ikut

Showing posts with label Sepanjang Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Sepanjang Perjalanan. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

LAYAN SELERA TEKAK

Alhamdulillah percutian sambil beraya ke rumah sedara mara dan rakan2 fb telah tertunai sudah. Percutian yang bermula dari 10 hingga 12 September 2011 memang best sangat dan akan CK cerita dalam n3 yang lain sebab gambar2 yang CK snap brada dalam kamera yang entah kenapa meragam rosak lah pulak. Sementara kamera tu di baiki CK lampirkan disini mana2 gambar yang di ambil menggunakan nset.

Sewaktu percutian tinggal di rumah adik ipar kat Selayang. Sekali tu ronda2 kat area Nakhoda singgah makan nasi ayam yang memang dari jauh nampak menyelerakan. CK tidak begitu suka sangat nasi ayam kecuali ianya nampak begitu menguji selera. Nasi ayam yang CK dan anak2 makan tengahari tu memang sedap kiranya memenuhi selera lah konon hehehe..

walaupun presentation memang tak menarik tapi sedappp..!!!


kelembutan nasi yang boleh di makan begitu saja menarik selera ayamnya pun tak kering

******

Dalam perjalan pulang ke Penang singgah kat tepi jalan beli lemang tapi sayang rendang belum masak lagi kata penjual lemang tu. Apa2pun beli juga 2 batang yang setiap satu berharga RM10.
Dalam hati tertanya tanya kat mana nak beli rendang ready made sebab kalau bab nak masak sendiri memang dah malas maklum ler penat pulang bercuti. Sewaktu singgah berehat dekat R&R ada kios kat situ yang menjual kuih2 melayu lama dan ada juga di jual berbagai jenis rendang dan yang mendapat perhatian selera CK ialah rendang tok. Akhirnya 200gm rendang tok yang di jual RM4 100gm telah berada dalam bonet kereta. Sampai saja di rumah malam tu lemang dan rendang yang di makan untuk dinner...Alhamdulillah rezeki CK dapat makan lemang dan rendang yang sedap maka tertunai juga hasrat nak makan lemang raya tahun ni.









Sunday, May 22, 2011

MANGGA Oh MANGGA

tinjau2 sekilas pandang tengok bermacam macam jenis buah2an yang di jual

Petang minggu ni selain dari uploadkan N3 masakan chekiah terpanggil untuk berkisah tentang apa saja yang terdetik di minda sewaktu chekiah mengadap screen computer ni. Selain dari memasak sesekali suka juga pergi berjalan jalan tengok tempat orang tak kisahlah tempat tu jauh ker dekat sebelah rumah ker hehe..yang pasti apa yang terjadi semasa dalam perjalanan chekiah ingin abadikan di laman blog agar dapat di jadikan kenangan sepanjang hayat insyaAllah.

dalam dok prati ternampak gantungan buah mangga ni

Selalu bila pergi bercuti dalam perjalanan kita mesti akan berhenti di R&R untuk solat, tuk berehat dan untuk mengalas perut yang mungkin pada waktu tu dah minta di isi. Sambil-sambil itu sudah pasti kita akan meluaskan pandangan kita melihat tempat dan keadaan2 yang mungkin baru bertama kali kita melihatnya. Ada banyak kisah2 menarik dan tak kurang yang tak begitu best bila kita pergi bercuti atau berjalan ke tempat orang. Semua kejadian2 ini menambah koleksi kenangan kita dan mungkin juga ada kejadian atau perkara yang mematangkan fikiran kita..pengalaman hidup akan terjadi seiring dengan perjalan seharian kita.

Nama mangga ni ialah mangga udang. 1 kg = RM12.
Sebijik ni lbh dr 1 kg & harganya RM15

Nak cita sal buah pelam atau lebih sinonim di panggil buah mangga. Sekarang ni ramai orang yang asyik bercerita tentang mangga@pelam harum manis yang pemes di sebelah utara terutamanya di Perlis. Mangga yang menarik perhatian chekiah sewaktu berhenti rehat di R&R Bukit Gantang baru-baru ini (9 May 2011..hantar anak ke kampusnya di Gombak) ialah yang di beri nama Mangga Udang. Mendengar nama buah mangga ini teringat akan lirik lagu "Jali-Jali":-

"palinglah enak si mangga udang
pohonnya tinggi, buahnya jarang
palinglah enak si orang bujang sayang
kemana kemana tiada yang larang"

ini dia rupa mangga udang setelah di kupas...
warnanya yang kekuningan buat teruka nak makan

Memang berbaloi beli buah mangga udang ni sebab isinya lembut, lemak dan manis rasanya. 1st time chekiah jumpa terus beli sebiji sekurangnya dalam hidup ini pernah juga merasa apa yang di panggil mangga udang dan rasa2nya kalau jumpa lagi nak beli lagilah sebab rasanya yang tak masam buat chekiah terbayang bayang hehehe..

saiz biji buah mangga udang yg beratnya melebihi 1kg

Apa2pun bila kita berkesempatan menemui buah2an tempatan atau buah2an yang di import beli dan makan saja untuk merasa perbezaannya, yang pasti buah2an tempatan tidak kurang enaknya dan amalam memakan buah2an memang bagus untuk pencernaan usus kita..serat buah2an juga baik untuk mengelakkan sembelit.

setelah di hiris dapat lah sepinggan besar isinya
best ni kalau makan ramai-ramai