Showing posts with label fieldwork. Show all posts
Showing posts with label fieldwork. Show all posts

Thursday, September 3, 2015

Sabah Fieldwork: Tip of Borneo, Kudat

Last entry for Sabah Fieldwork yo!

Ni part paling best kot. We went to Tip of Borneo! 

The last land in Sabah aka Borneo. 


Tengoklah kami berdua berpijak di atas batu yang boleh tenggelam bila-bila masa sahaja. 
At the very end of land in Borneo. Terasa sangat teruja dapat jejakkan kaki di sini. 
Walaupun sebenarnya formation batu di sini tak termasuk dalam research kami, tapi haruslah kena pergi jugak ke Tip of Borneo since dah sampai ke Kudat. 

Di belakang kami tu terbentang luas South China Sea. Saya pegang suami kuat-kuat sebab angin sangat kuat masa ni. Takut termasuk dalam air. Belakang tu terus laut dalam. 

Kawasana ni ditenggelami air laut kalau air pasang. Time kami sampai ni, air dah surut so dapat la turun ke kawasan ni. If not, tengok dari atas (viewing point je). 

Thursday, August 27, 2015

Sabah Fieldwork: Kg.Minyak (Heritage Oil Well), Sikuati, Kudat


Assalamualaikum semua, 

Hari ni nak update pasal Kg.Minyak pulak. 
Sebenarnya ni lah tujuan utama kitaorang merantau jauh tinggal anak-anak kat mak mertua pergi fieldwork ke Sabah ni. 

Nak melawat Oil Pool. 

Memang betul2 minyak petroleum ye, bukan minyak sawit atau minyak masak. Masa I upload gambar oil pool ni, ramai je kawan2 kat ig and fb gelak2 sambil tanya sure ke petroleum, bukan minyak sawit or minyak masak. 

Well, sebenarnya, kawasan ni dah digazetkan sebagai kawasan pelancongan tp keadaan di sekeliling tak berapa terjaga. So, not so commercial la with only one signboard dekat tepi jalan besar. dan signboard tersebut pon dah buruk, tulisan agak2 pudar je. 

Monday, August 24, 2015

Sabah Fieldwork: North Borneo Biostation Resort, Kudat


Continuation from 1st entry publish last two weeks about fieldwork ke Sabah. 

Entry selepas ni semuanya berkisar dengan Kudat je sebab main study area untuk fieldwork kali ni ialah di Kudat. 

Dari KK, kami bertolak ke Kudat. Around 11.30am, check out TH Hotel and terus move ke Kudat. Plan asal nak stop over some where for lunch, but nak keluar KK dah ambil masa more than one hour due to jem, so perjalanan diteruskan dengan perut masing2 berkeroncong. Sampai dekat mana I can't remember, we pit stop isi minyak and solat. Mujur kat petronas station tu ada maggi cup, so I makan maggi cup dulu cause dah lapar sangat. we continue our journey to Kudat. Around 3pm, kitaorg dah sampai Sikuati. And we saw few outcrops along the way. Quickly decided untuk stop at Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati outcrop. 


Well basically, ni places that we went and ada few places berulang-ulang kali lalu sepanjang di Kudat. And our accommodation sepanjang dekat Kudat is North Bornoe Biostation Resort (NBBS) located at Eastern part of Kudat.