Showing posts with label mommygojes. Show all posts
Showing posts with label mommygojes. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Mini MMR Giveaway by Yana wahmie land



MMR ni stands for Mudahnya Menjemput Rezeki. 
Saya dah ada satu copy buku ni dapat free gift dari Kemn Azmaili masa beli CD Sufi Cilik. 
Tapi saya memang berkenan sangat nak dapatkan Digital Tasbih tu. 
So saya cuba nasib la kira ni join giveaway Yana dari Blog Wahmie Land ni..

Friday, May 3, 2013

Doa untuk Adik Aqil Hamzah

Assalamualaikum,

Saya kat kampung ni. Balik untuk mengundi.
Semalam online kot handphone, tergerak hati nak check update kat Group Gorjes Supermom & Baby. Group yang senang di ikut berbanding group2 lain di fb. Easy flow members and semuanya menghormati pandangan memasing plus sgt suka menolong. Dah beberapa kali saya dapat pertolongan dari kawan-kawan di sini, contohnya masa nak cari rumah sewa dulu, kirim barang kalau ada yg pergi baby expo kat KL etc.

One of the group member, Erina sedang diuji Allah buat masa ni. Anak dia, Aqil Hamzah yg baru berusia setahun kena jangkitan bakteria coccus ataupun nama penjangnya boleh baca kat wikipedia ni.. sekaligus demam yg melarat. Kalau dalam bahasa melayunya, kita panggil deman berdarah.

Sebagai kenalan alam maya, terasa jugak kesedihannya. Tapi nak buat mcm mana, hanya mampu berdoa ajelah. Dugaan yang Allah bg pada setiap orang berbeza-beza, yg pasti Allah berikan ujian kepada hambaNYA yg mampu menerima ujian itu.

Moga adik Aqil Hamzah cepat sembuh dan kembali aktif dan sihat seperti sedia kala.

Update lebih lanjut leh baca kat blog Kak Mimi Hamid.semalam dia dah wakilkan group pergi visit Aqil kat ICU HUKL.