Showing posts with label Imani's Birthday. Show all posts
Showing posts with label Imani's Birthday. Show all posts

Friday, February 3, 2017

Imani Hafiyya 4th Birthday

Imani Hafiyya dah 4 tahun sekarang. Alahai, budak kecik ni, makin menjadi manja dia. 
Sebabkan dia sorang je girl, mmg kuat la mengamuk, menangis and merajuk. 

Buat masa ni, nampak Imani ni agak dominan. Abang dia slalu kena mengalah. Bukan kata abang dia je, umi dengan ayah dia pon kena mengalah. 

Apepun budak kecik ni tetap menjadi kesayangan kami. Anak sendiri kan, tak kan tak sayang. heheh

So, birthday Imani kali ni mmg I dh plan awal. Sebab tak nak last minute baru nak order kek, pastu tak puas hati sbb x dapat kek yg cantik and rasa yg tak sedap sangat. Kali ni I survey home -based bakery sekitar seri iskandar dan decide utk order dari Pastri Love Bakery. 


Friday, January 29, 2016

Imani Hafiyya 3rd Birthday

Assalamualaikum wbt, 

 Imani Hafiyya dah berumur 3 tahun sekarang! Alhamdulillah. Anak amanah Allah SWT to my husband and me is now growing big and healthy. Macam mak-mak lain, doa dan harapan untuk setiap anak yang paling utama nak tengok anak sihat membesar tanpa sebarang masalah kesihatan atau kecelakaan. Kemudian berdoa agar anak2 jadi orang berguna, beriman kepada Allah swt dan Rasulnya dan tak jadi anak derhaka. All of it, are my doa too, for both of my son and daughter and also their unborn sibling. 

Untuk sambutan birthday yang ke 3, actually kami tak beli apa-apa hadiah pun untuk Imani. Sebab ekonomi gawat untuk bulan Januari. Banyak sangat kena bayar di awal bulan Januari haritu, bila hujung bulan, mmg dok diam2 supaya tak terlebih bajet bulan ni. 

But Alhamdulillah, managed to secure a birthday cake for our little princess. 

Thursday, January 22, 2015

Imani Hafiyya is Two


Assalamualaikum semua, 


I bersiaran kembali hari ni. Dengan tujuan nak update pasal birthday anak dara kesayangan I tu. 
Cik Imani Hafiyya kita dah berusia 2 tahun semalam, 21 Januari 2015. 

Alhamdulillah. Of course, ayat cliche mak mak kan, kejap je anak dah besar. Memang pun, rasa mcm baru je sakit nak beranak kan budak ni, tibe2 dia dah 2 tahun (cliche lagi), dah xsuka berdukung sekarang ni. Bukan main sekarang ni anak dara sorang ni, makin menjadi jadi tunjuk taring kenakalan dia. Al maklumlah, Terrible Two gitu. Umi ayah dia redha je la melalui fasa ni dengan penuh kesabaran. 

Sempena birthday Imani yang kedua, I order cheese cake sebijik. Last minit order sebab plan nak beli terus kat kedai, tp pikir pikir, mcm kena bagi tema sikit la (walaupun tak berapa nak bertema sgt) untuk si kecik yg minat Princess Sofia. Nak order kek princess sofia mmg tak sempat dah, so order kek yg warna purple white. At least masuk theme kaler la. Print A3 poster gambar Imani ngn Princess Sofia lekat kat dinding. 
Dah jadi la mcm tu je celebration kami anak beranak. Cukup sekadar ingatan. 


Budak excited tengok birthday cake sendiri. 
Segan2 dia nak tiup lilin tu.. 
Last2 dia tak tiup lilin pon, dia cubit kek tu makan dengan jari terus. 
Nak suruh dia pakai night gown Princess Sofia, baru kena tema, tp dia dah nekad pilih nak 
night gown frozen pulak semalam. Belasah je la. 



Lepas sessi makan malam (kek tu xde sapa pon makan, hahahah), baru bagi hadiah. 
Part ni Imani excited, Abang Ilyaas pulak start ngamuk sebab dia kata dia x dapat hadiah. 
Padahal dah belikan lego Ironman yg ciplak kat dia. 
Dua beradik ni memang kurang sikit rasa nak berkongsi mainan sesama dorang. 


Berapa kali Ilyaas dok pujuk adik dia nak main kejap mainan baru adik. 
Adik pon dah pandai tak nak share dengan abang dia. 
haiyaaa, pokai la umi kalau setiap kali beli mainan nak kena beli 2 set utk korang. 
belajar la sharing2 anak2 ku sayang..




Ni la hadiah Imani.. Shopping cart. 
Kemain dia tolak keliling rumah. 
Si Abang pon bukan main jelez. Bila adik bagi chance dia tolak, 
kemain sengih sampai telinga, bawa trolley tu mcm mat rempit sampai bertabur buah buah kat dalam tu.. 

Alhamdulillah, walaupun tak de celebration besar besaran, at least ada few pictures and cake for her to remember. Umi sayang sangat2 kat adik tau. 

Ayah pun sayang adik sangat2.. 
Abang Yash pon sayang adik sangat2. 

Adik nnt besar jaga diri elok2 kay. 

Love you sayang..

XOXO

Umi

Tuesday, January 21, 2014

First 365 days of Imani Hafiyya. HAPPY 1st BIRTHDAY SAYANG UMI

Assalamualaikum Imani Hafiyya, 

Anak umi sayang..this date, a year ago, we were having our last breakfast together as the same body. You were still inside my womb and finding your way to get out of it. And the contractions were quite strong but still manageable. 

We checked in at Pusat Perubatan Ar-Ridzuan at about 9.30 am, doc did VE on me, and found out that it's already 6cm.. Another 4cm before we can finally meet each other, betentang mata gitu. I was excited and cant wait for that, though I knew it already, its going to be the most painful journey before I can see you. But things changed as my water bag broke, it turns green, like you have been eating lotsa of spinach. You pooped inside me! 

We can't wait too long before you can find your way out of my tunnel, so we decided to help you find a way out of me via emergency csect...Oh well, history repeated but ayah and umi were a lot calmer and happier coz we know that was the best decision we ever made.... 

Your birth story 1 and 2....




  • And that was you!
  • The bottom left picture was you 1 hour after delivery. Putih gebu sangat. 
  • You weight 3.0kg and 50cm long...(errr umi can't remember how long you were actually, nnt kita check buku pink ok)..
  • Air liur mengalir non-stop since the day you were born.. Apa la entah yg umi x dapt makan ni...
  • Alhamdulillah, you don't have any jaundice like your brother. So we were discharge 2 days after delivery.... 




  • Kita berpantang seminggu kat rumah sendiri, Day 0-4, Mak Tok datang jaga kita..
  • Day 4-7, Nenek and Umi Azie datang jaga kita...
  • Then, kita balik pantang dekat rumah Mak Tok..
  • Pantang with you was a lot easier. you were an easy baby. Minum susu, poo-poo then sleep again..
  • In fact masa pantang, umi spend more time attending your brother who was 22 months old that time. 
  • Thank You Imani for making my pantang a lot easier..Tidur malam pon cukup nyenyak..
  • Start to imitate orang sekeliling since 2 months old..
  • Suka ketawa bila abang Ilyaas bercakap...
  • had your akikah in your second month of life. Sponsored by Tok dad dan Nenek. 



  • Mula meniarap masa umur 3 bulan setengah, tp fully meniarap masa 4 bulan lebih. 
  • Perkembangn 3 bulan
  • Start makan masa 4 bulan setengah. Your first food was blend rice. 
  • Dah start sgt clingy..
  • Manja dgn abang Ilyaas
  • Sorry Imani, ada gambar dlm collage ni tak ikut umur..gasakla yer



  • Mula masuk walker...eh actually masuk walker since 4m la umi rasa...
  • Eksyen sgt dah terrer meniarap.
  • Tidur pon nak meniarap je..
  • You were circumcised .Alhamdulillah. Nangis kejap je. tak sakit pon kan.


  • Kita pergi cuti kat Cameron Highland dgn nenek, tok dad, cik ana, cik awa..
  • Still maintain pakai headband eh masa ni..
  • Suka makan yogurt..
  • dah pandai pegang botol susu sendiri...
  • Dah tumbuh 2 batang gigi kat bawah
  • Perkembangan umur 7 bulan, baca kat sini

  • Perkembangan umur 8 bulan baca kat sini....
  • Had your first flight to Sabah masa umur 9 bulan.
  • senang nak jaga, tak banyak kerenah.. 
  • Was very happy through
  • Dah start berdiri dengan sokongan..
  • Perkembangan 9 bulan
  • balik dari sabah, tumbuh 4 batang gigi atas...nasib baik tak demam



  • Dah pandai berdiri..kadang2 cuba lepas tangan..
  • Mulut sgt banyak membebel..
  • dah pandai sebut Abang Ayah...mak...umi belom pandai lagi...

  • Dah mula bertatih...9 Jan aritu, dah boleh jalan 5-6 langkah..
  • suka sgt menangis kalau tak nampak umi..
  • kadang umi depan mata pun nangis lagi. nangis kuat smpi orang ingt Imani sakit..
  • Loving adik to your abang.. tp suka tarik rambut abang..abang redha je..suka kacau abang main lego..
  • Gigi dah ada 6 + 2batang lagi tgh tumbuh
  • Dah pandai panggil umi umi bila menangis..
  • pandai sebut Ikan....
  • 2 malam lepas, mengigau ayah...dlm tidur panggil2 ayah sambil ketawa...mentang2 ayah dia takde kat sini, mula la nak rindu rinduan ye..
  • Sgt2 manja, clingy tak ingt dgn umi...Umi pasrah, mungkin umi tua nnt umi boleh clingy dgn Imani pulak kot..heheheh




  • And that was your birthday cake. Rainbow cake..
  • Kita celebrate 4 hari awal, sebab harini, ayah takde kat sini..ayah gi conference
  • umi order from Aunty Wattie kat Taman Pauh Jaya... kek 2kg ++ ni Imani, tp umi bagi Imani rasa sikit je...heheheh
  • Sapa nak order kek area seberang perai, I mmg suggest la order dgn akak ni.. sgt senang berurusan, kek sedap kalah secret recipe..servis tip top..

Ok itu je...banyak yg umi tak ingt..sobs2..umi dah tua ni, pelupa betul milestone anak2 sendiri...
apepun, I always pray supaya Imani jadi anak solehah, lembut hati,dengar kata dan sihat tubuh badan...

And Thank You Allah, dah setahun jugak Imani menyusu susu badan dengan umi.. InsyaAllah selagi ada rezeki kita teruskan...:)


Love you Imani Hafiyya sayang...



-Your umi-