Ada tak yang tertunggu tunggu entry hari ni? (Perasan glamour :P)
Semalam, I spend masa sejam lebih save gambar2 time I undergraduate dekat Perth dulu.
My external hardisk yang ada semua gambar harta karun ni kan dah rosak. I ada buat copy dalam CD.
Tapi dah cari kat rumah parents aritu tak jumpa CD2 tu..
So, demi menyelamatkan sebuah memori (chewah) semasa I jadi belajar dulu, I gigih la pergi cari gali balik album dalam fb. kebanyakkan album kt fb I privatekan, certain je I open to friends.
Lepas dah save semua gambar2 ni dalam pendrive, I amik masa belek satu2..
Fuhhh, teringat la zaman belajar kat sana dulu.
Maka, tercetuslah idea nak buat satu entry mengimbau kenangan lama.
Entry ni panjang tau...hahahah amaran awal2.
I mula pergi Perth tahun 2007. 14 February 2007.
I amik course Applied Geology. huuu, course yang I rasa tak berapa sesuai untuk seorang perempuan, tapi I sangat bersyukur I pilih bidang ni daripada bidang asal yang sponsorship I offer iaitu Petroleum Engineer. Sebab once I mula belajar apa tu Geology, I terus fall in love. Until now. Honestly, I rasa course ni sangat sesuai dengan diri I. Walaupun kalau nanti Imani nak sambung belajar dalam bidang ni, mungkin I akan pikir berjuta kali untuk benarkan dia atau pun mungkin brainwash dia bagitau macam mana susah and penatnya amik bidang ni...tapi apepun, susah lagi kot amik medical course...
Masa dekat Perth tak lama sangat pon. I buat first year dekat Curtin Miri. lepas result first year cemerlang (memuaskan je), I and kawan2 dapat sambung second and third year dekat Curtin Perth (Main Campus). Alhamdulillah. sampai sana, kami dah dapat accomodation untuk tahun pertama. untuk tahun kedua, masing2 kena cari accomodation sendiri. I pindah rumah lain yang I sangat suka dan kalau boleh rasa nak beli terus rumah tu. cozy sangat. rumah tu dekat dengan Swan River..view memang cantik sangat. ada jugak gambar rumah tu, tapi nanti banyak pulak pic korang nak kena tatap..bosan je..