Showing posts with label expo. Show all posts
Showing posts with label expo. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Roadshow Huggies Dry Pants ' Tukarlah untuk lebih senang dipakai'

Sejak kebelakangan ni, saya asyik terfikir-fikir nak tukar pampers Ilyaas dari pampers biasa kepada jenis pants. Memandangkan sejak beranak dua ni, life saya agak kelam kabut sikit. Ilyaas pulak dah nak masuk 2 tahun, paham-paham ajela perangai budak nak change dari baby to toddler ni. Terrible Two katakan. Nak salin pampers dia adalah satu cabaran besar tau tak. Jangan nak baringkan dia, nak biar dia static for 2 seconds pon sesuatu yang magic. Lagi bertambah serabut bila at the same time, Imani akan nangis mintak pertolongan. Hanya sabar je la jadi teman sejati kami husband and wife bila nak handle Ilyaas salin pampers, ke tandas dan sewaktu dengannya. 
Cheeky Ilyaas yg tak reti dok diam walaupun seminit which makes
 changing diapers a  struggling moment for umi and ayah

Saya check tak semua jenama pampers yang menyediakan jenis pants ni. Antara trusted brand yg ada pampers jenis pants ni ialah HUGGIES. So, lepas dapat tau Huggies ada buat Roadshow in conjunction of Dry Pants product, saya jadi teruja. Tambah lagi dah nak habis pantang ni, and cuti maternity masih ada. Boleh la pergi roadshow ni kalau berkesempatan nanti.

Tema untuk roadshow ni ialah 
" Change for Better Convenience"@ "Tukarlah untuk lebih senang dipakai"
Location  dia bertempat di Concourse, Mydin USJ. 
Roadshow ni bermula dari 25 February - 3 March 2013

Roadshow Huggies Dry Pants ' Change for Better Convenience' ni akan dipenuhi dengan macam-macam aktiviti. Bila ada aktiviti, mesti la ada hadiahhhhh..Selain hadiah yg best-best, ada jugak FREE GIFTS!!!! Sapa suka free gifts? Sila angkat keyboard..:P Sapa la tak suka free gifts, sejak dah jadi mak orang ni, saya memang suka sgt2 dgn free gifts dan free samples. Sebab boleh cuba dulu dgn kuantiti yang sedikit, baru tau tahap keserasian dengan baby kita.

Kat Roadshow ni jugak ada games, pertunjukan silap mata (magic tricks performance), pertunjukkan secara  langsung, special promotions and yg paling best ialah Pertandingan Huggies 30seconds Diaper Change Challenge!!  yang akan diadakan setiap hari dari 25Feb-3March, jam 10.30pagi, 2.00petang dan 8.00malam. Dan grand finale pada hari Ahad, 3 March jam 8.00-9.00malam.


( I imagine my husband yg masuk contest ni, sebab sekarang ni husband yg bertanggungjawab uruskan Ilyaas while I uruskan Imani)




So mummies semua, apa tunggu lagi, jom la kita ramai-ramai pegi Roadshow Huggies Dry Pants ' Change for Better Convenience' di Concourse Mydin USJ , boleh sama2 join contest menukar diapers in public=)
( have to start practicing now!!!)


Btw, a little bit info pasal Huggies Dry Pants:-



- Solution for infant and toddler yang aktif-just like my son
- Sgt memudahkan tugasan salin diapers baby ,Koyak, Salin dan Lepas...ready to go
- selesa dgn penggunaan bahagian tepi yang lembut
- dapat mengelakkan kesan merah akibat pemakaian diapers yg ketat etc
- ada lock system untuk elak kebocoran..oh ini sgt membantu.
- and paling penting first brand kat malaysia yg clinically proven to prevent diaper rash!


Untuk info lanjut boleh baca kat page ini..sila klik saya 

Those yang berniat nak mintak free sample from Huggies pon boleh. Sila klik sini

Oh ya, untuk update setiap hari, jangan malu jangan segan untuk like FB page Huggies Malaysia 

Sekian dulu sessi sharing is caring untuk hari ini..

Hugggggssssss from here...

Friday, February 24, 2012

Motherhood Expo,KLCC 2012



Assalamualaikum semua, tgh hari tadi, lepas lunch dgn hubby and my friends merangkap agent insurans, saya ke Motherhood Expo 2012 dekat KL Convention Center. Alang-alang tunggu husband gi solat jumaat, so saya pon ronda-ronda la kat dalam ni..Seronok jugak sebab dah lama tak pusing-pusing expo sorang-sorang. Takde target pon nak beli apa..

Ada Dynas promote her nursing blouses.. Btw she's carrying her second tau..cepat kan, kita bila lagi ek? hahahah...tunggguuuu

Banyak booth yang jual baju maternity and nursing (including bras and breastfeeding accessories), dalam dok pusing2 tu rasanya Medela FS paling murah boleh dapat dlm RM1799 kot...tapi tak ingt kat booth mana. Medela Harmony RM199 (standard la kot,survey Harmony sbb dah ada PISA, so nnt dpt baby no 2 nak beli Harmony je ...tapi klu husband nak hadiahkan FS masa tu, pucuk dicita ulam mendatang *hint* )

Selain breastfeeding accessories, ada beberapa booth for makanan baby. Antaranya Heinz, Nestley and satu lagi Non Halal (from China rasanya).. Ni gambar kat booth Nestle Cerelac. saya dgr kejap je sbb Ilyaas tak feveret sgt pon makan nestum nestle semua ni..


Selain tu, banyak sgt booth jual evamatic mat/playmat yang selamat untuk baby. saya pernah beli satu last year kat midvalley expo.. tp Ilyaas suka korek-korek.sekarang dah berlubang, tp masih boleh digunakan. Survey juga tikar2 ni sbb plan nak tambah tp susah nak usung bawa balik sbb td pegi naik LRT je pon..tp mmg banyak la corak-corak menarik and pelbagai size.kena pandai cari untuk dapatkan harga yang murah..


Pureen pon ada sale banyak baju and keperluan baby. Baju semurah RM10..but mostly newborn to 6-12m la..tak de size Ilyaas. Haha, anak saya tu dah nearly 10kg, xde nye muat pakai size 12m..kena pakai 18-24m dah...Romper comel2 pon banyak gak.siap ada yang team bola, angry bird semua tu..Singgah jugak kat booth Lunatots. Dapat borak jap ngn Kak Suraya Lunatots. Nak try CD, tp masih belum berani..tunggu dulu lah...bila sampai seru..hihihi...Oh kat booth Lunatots, plastic storage Suri sgt murah!!! tak ingt berapa tp murahla dari kat kedai...Saya tak beli sbb masih banyak stock plastic Suri ni plus skrg hasil EBM tak banyak sgt, jadi simpan terus dalam botol2 yang ada je, dah jarang guna plastic. tp zaman susu tgh meriah dulu, mmg jadi pengguna tegar plastic Suri yang best ni..
Selain tu, bagi sapa-sapa yang tgh cari car seat or stroller or baby carrier, banyak jugak nampak tadi. Siap ada demonstration semua tu lagi. baby carrier pulak comel-comel! Tergugat iman saya..nasib baik Merak SSCsaya masih comel dan kukuh.. 

Btw, tak lama pon jenjalan kat situ..50 minutes je..Dan inilah damage yang terhasil...
Sepasang Soft Shoes Mamas&Papas *RM20 only...ada satu booth jual RM26 the exact same shoes*
Play Tent *Ada beberapa design such as pink barbie, blue underwater, cars, tunnels , tp sy pilih yang ni sebab murah + size paling besar + unisex*Harga lepas tawar dpt RM52..



Balik je rumah excited terus pasang tent ni..Nasib baik anak teruna tu suka..saya pun suka jugak...heheh.
Luas and tinggi, kita pon boleh duduk dalam tu main sekali..



Okayla, itu je update untuk kunjungan cik kiah ke motherhood expo hari ni.. Esok dan Lusa masih ada lagi..so sapa2 nak gi,boleh la pegi jalan-jalan cuci mata..

For more info, boleh baca kat blog ni

Selamat Berhujung Minggu

Adios 


*Nota: Minggu depan jumpa di Perak, Iallah*


Published with Blogger-droid v2.0.2