Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts
Monday, October 7, 2013
Wednesday, January 11, 2012
Rusuk Kambing Panggang dan Sos Bayam

Bahan-bahan:
5 keping tulang rusuk
Serbuk lada hitam*
Garam*
Olive oil (extra virgin)*
1 paket baby spinach
250 ml fresh krim
5 biji fresh mushroom
1 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Cara-cara:
Lumurkan rusuk kambing dengan bahan bertanda *
Panggang di atas grill pan dengan api sederhana dalam 15-20 mins (balik-balikan)
Untuk sos,
Kisar bawang putih, bayam dengan sedikit krim
Masukkan ke dalam periuk bersama krim yang selebihnya
Kacau2 dengan api sederhana
Rasakan dengan garam, lada sulah
Jika kuah kurang pekat, boleh masukkan sedikit tepung jagung.
Masukkan cendawan yang dihiris nipis dan kacau rata
Bila dah masak, tuang ke atas kambing tadi.
*konon ujian cipta rasa la ni ehehe (demam masterchef xabis lagi). Tgk kaler hijau agak terang macam pelik pulak match dgn kambing tapi rasa dia not bad...boss kata sedap :P
Wednesday, September 28, 2011
Sup Rusuk Kambing

1 kg rusuk kambing*
1 biji sup bunjut adabi*
3-4 cm halia (dihiris nipis/diketuk)*
2 cm lengkuas (dihiris/diketuk)*
1 labu bawang Holland (belah 4)*
4 ulas bawang putih (diketuk)*
1-2 sudu besar cuka*
1 sudu besar garam*
2 sudu besar serbuk sup*
*Masukkan ke dalam periuk bersama air (agak2 tenggelam isi) dan rebus dengan api sederhana sehingga daging empuk.
Bila dah empuk, masukkan sedikit serbuk lada hitam..
Kemudian tumiskan 5 ulas bawang putih yang diketuk, bersama 1 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis dengan sedikit minyak sehingga layu. Masukkan ke dalam periuk berisi sup tadi. Rasakan garam. Bila dah masak, masukkan 1 biji tomato yang dibelah 4.
Taburkan hirisan daun sup dan cilipadi semasa dihidang bagi menambahkan rasa 'kick' :)
Tuesday, May 24, 2011
Kambing Masak Black Pepper (Ringkas)

Bahan-bahan:
Setengah kilo tulang kambing (bahagian tulang belakang)-nak pakai daging je pun boleh
2 ulas bawang putih dimayang
1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
Sos tiram
Kicap pekat
Cendawan
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan tulang kambing ke dalam periuk dan isikan air sehingga tenggelam isi/tulang kambing
Didihkan di atas api perlahan. Masukkan sedikit cuka, 1 sudu besar.
Biarkan mendidih perlahan dalam 1 jam/sehingga daging empuk
Bila dah empuk, masukkan serbuk lada hitam dan garam.
Kalau air kering boleh tambah air (ikut suka nak kuah banyak mana)
Masukkan kicap dan sos tiram. Kalau nak bagi pekat sedikit, masukkan 1 sudu kecil/besar tepung jagung yang dibancuh bersama setengah cawan air.
Masukkan cendawan (kalau ada capsicum lagi sedap kot)
Kacau rata sehingga mendidih.
Dah boleh angkat
Sunday, February 6, 2011
Nasi Tomato & Kurma Kambing
Bahan-Bahan Nasi Tomato:
Uncle Ben's Basmathi Rice (6 orang makan, ikut sukatan dekat dianyer kotak)- basmathi lain pun boleh guna jugak
70 g tomato puree (yang dalam tin)
2 cm halia mayang halus
1 biji bawang besar mayang halus
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
Cara-cara:
Basuh beras macam biasa dan masukkan air. Letakkan dalam rice cooker
Tumiskan bawang, halia dan rempah ratus dengan minyak sapi sehingga layu
Tuang ke dalam rice cooker
Masukkan tomato puree dan setengah sudu besar garam, kacau rata.
Masak macam biasa.Lagi 15 minit sebelum masak, buka rice cooker dan kacau rata seketika.
Bila nasi dah masak, boleh hidang macam biasa.
Bahan-Bahan Kurma Kambing:
1 kilo peha kambing potong kecil
1 biji bawang besar mayang halus
2 ulas bawang putih mayang halus
2 cm halia mayang halus
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar rempah kurma
Santan pekat 250 ml
4 biji kentang
Cara-cara:
Tumiskan bawang, halia dan rempah ratus sehingga layu
Masukkan serbuk kurma dan sedikit air dan kacau2 hingga pecah minyak
Masukkan kambing dan 4 cawan air serta 1 sudu kecil garam
Tutup periuk dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan selama 1 jam
Masukkan santan dan renehkan sehingga daging empuk
Bila dah empuk boleh masukkan kentang
Rasakan garam dan tambah 1 sudu kecil gula
Bila kentang dah empuk masukkan 2 biji cili hijau yang dipatah 2 (optional)
Biarkan mendidih 10 minit kemudian angkat
Friday, December 31, 2010
Sup Tulang Kambing
Tulang kambing
1 paket sup bunjut
Halia 2 cm- ketuk
Lengkuas 1 cm (my mum suka letak lengkuas, nak hilangkan bau hanyir katanya)-ketuk
Bawang Putih 5-6 ulas-ketuk
Bawang Holland (bawang kuning) 1 biji-mayang
Rempah-ratus (1 cm kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, 1 kuntum bunga lawang)
Serbuk lada hitam
Rempah sup (2 sudu besar)
Sedikit cuka
2 biji tomato-belah 4
Daun sup dan bawang goreng (hiasan)
Cara-cara:
Masukkan tulang kambing yang dibersihkan ke dalam periuk dan isikan air (biar tenggelam tulang tu) *banyak pun xpe sbb nnt bila nak renehkan bagi empuk air akan berkurang
Masukkan sup bunjut, halia, lengkuas dan sedikit cuka (dalam 2 sudu besar)..Didihkan dengan api perlahan sehingga empuk (kalau air kering, tambah lagi sehingga daging betul2 empuk)
Bila daging dah empuk, masukkan serbuk sup, garam dan kacau2
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan rempah ratus di atas pan lain hingga kekuningan. Masukkan ke dalam sup yang tengah mendidih.
Rasa garam bila dah ok, daging pun lembut, masukkan tomato dan tutup api..
Serve dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng
*gambar kat atas tu masak ala koboi je tu yang xde hias2 semua tu :)
Wednesday, December 15, 2010
Hati Kambing Goreng Kunyit
Hati kambing hiris nipis (hati lembu pun sedap juga,,,)
Bawang besar 1 biji (potong bulat)
Cili hijau 2 biji
Garam kunyit
Sos tiram
Kicap manis
Cara-cara:
Lumurkan hati yang dihiris nipis dengan garam kunyit
Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan hati dan sedikit air
Goreng2 hingga air kering pastu baru masukkan minyak masak
Goreng hingga masak
Pastu masukkan sedikit sos tiram dan kicap manis sambil kacau2
Last sekali masukkan bawang dan cili..Kacau2 hingga bawang agak layu pastu tutup api.
Saturday, March 20, 2010
Kari Kambing
Bahan-bahan tumis untuk buat kari..halia, bawang merah, bawang putih, rempah ratus..
Tumis dengan sedikit minyak hingga layu...
Masukkan serbuk kari dan kacau2...masukkan sedikit air dan kacau2 hingga naik minyak (cam lam gambar ni)
Masukkan kambing, kacau2...masukkan air (ala2 tenggelam isi kambing) dan sedikit garam..Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 30-40 mins supaya daging empuk (tutup periuk tu..)..Pastu masukkan santan, kacau2 biarkan seketika, masukkan satu sudu kecil gula pastu garam secukup rasa..Masukkan cili hijau yang besar / cili jeruk..Biar dia mendidih dalam 20 minit..Masukkan tomato belah 4...Agak2 dah lembut daging...kira masak dah tu..
Roti canai pakai yang segera aje..
Sapu mentega atas permukaan roti.
Subscribe to:
Posts (Atom)