Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Paprik Udang



My version of paprik udang that I made for dinner last night. Very simple and took only 15 minutes to cook!

Bahan-bahan:

1 mangkuk udang (buang kulit, easy for the kids!)
2 barang serai (diketuk)*
3 helai daun limau purut*
4 biji cilipadi hijau (belah 2 )*
1 biji bawang besar (dimayang)*
3 ulas bawang putih (dimayang)*
2 cm halia (dihiris nipis)*
2 cm lengkuas (dihiris nipis)*
4 biji tomato ceri*
Carrot
Jagung muda


Sos cili secukup rasa
Sos tomato secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan setengah cawan minyak masak
2. Tumiskan semua bahan bertanda * sehingga naik bau/bawang layu
3. Masukkan udang dan kacau rata
5. Bila udang separa masak, masukkan carrot, jagung muda, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa
6. Kacau rata sehingga udang masak.


Monday, May 20, 2013

Peria Goreng Udang

Harini sampai rumah dah kol 8 mlm. Anis ada karate class. En. Jemi tolong masak nasi, saya panaskan kari ayam semalam dan masak peria goreng udang. Mmg express 10 min je ehehe. Jom tgk resepi..




Bahan-bahan:

8 ekor udang (garam kunyitkan)
1 batang peria hiris nipis
1 biji telur
2 ulas bawang putih

Cara-cara:

Tumiskan bawang dgn sedikit minyak.
Masukkan udang dan goreng hingga separa masak.
Masukkan peria dan goreng seketika.
Pecahkan telur dan goreng sehingga udang masak.

Wednesday, July 25, 2012

Mee Udang


Bahan-bahan:

1 kg udang harimau
10 mug air
*segenggam cili kering (direbus terlebih dahulu)
*segenggam udang kering
semangkuk ubi keledek yang dipotong dadu
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 cm halia
1 biji tomato (belah 4)
1 sb gula
1 cawan serbuk pecal
1 paket fishball dihiris nipis
4 sudu besar sos tomato
minyak utk menumis
garam secukup rasa


Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk
Apabila mendidih, masukkan udang dan renih selama 10 minit.
Asingkan udang daripada kuahnya dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda *
Tumiskan di dalam periuk besar yang berisi 1/2 cawan minyak masak bersama tomato sehingga pecah minyak
Masukkan 1 cawan air rebusan udang dan serbuk pecal
Kacau rata. Kemudian masukkan air rebusan udang selebihnya bersama 1 mangkuk ubi keledek
Didihkan dengan api sederhana.
Masukkan 1 sb gula, sos tomato dan garam secukup rasa
Bila dah mendidih, masukkan fishball dan kecilkan api
Renehkan dengan api perlahan.

Untuk mee, saya gunakan spaghetti je.
Rebuskan spaghetti bersama sedikit minyak dan serbuk kunyit.

Untuk sayuran, boleh celurkan sayur sawi.

Bila nak hidang, boleh masukkan udang (jumlah yang hendak dimakan. kalau masukkan semua nnt udang akan mengeras sebab mendidih lama) just untuk celur di dalam kuah sebelum dihidang.
Hidangkan bersama sayur sawi dan tomato ceri. Taburkan daun bawang dan cili merah.



Tom Yam Udang Ringkas


Semangkuk hidangan tom yam udang untuk juadah bersahur.

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 cm halia (dihiris nipis)
2 cm lengkuas (dihiris nipis)
6 biji cilipadi (diketuk)
3 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
2 biji tomato (dibelah 4)
6 ekor udang harimau

Cara-cara:

Tumiskan semua bahan2 kecuali tomato dan udang
Masukkan 3 cawan air dan tomato
Kacau sehingga mendidih
Masukkan udang dan renih selama 10 minit.
Rasakan garam.

Monday, May 21, 2012

Masak Lemak Ciliapi Jantung Pisang & Udang


BAHAN-BAHAN:

500 g udang harimau
1 tin jantung pisang (hiris nipis) - yang di dalam tin ni dah siap celur
2 batang serai (diketuk)
10 biji cili api
250 ml santan
500 ml air
1 cm kunyit
1 biji bawang besar



CARA-CARA:

Kisarkan cilipadi, kunyit, bawang besar bersama sedikit air
Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan air, santan, serai dan jantung pisang
Masak di atas api sederhana dan kacau rata
Bila dah mendidih, masukkan udang dan garam secukup rasa
Bila udang dah masak dah boleh angkat.




Wednesday, May 2, 2012

Udang Kangkung


Bahan-bahan:

1 paket sayur kangkung (potong pendek)
500 g udang harimau
2 ulas bawang putih (diamayang halus)

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kekuningan.
Masukkan udang.
Goreng rata sehinga separa masak.
Masukkan kangkung dan garam secukup rasa
Goreng dalam 2 minit dah boleh angkat.

Note: Udang jangan masak lama sangat nanti isi dia keras.

Friday, January 6, 2012

Mushroom Baked Rice With Tiger Prawns


Resepi kemudian. Nak kena recall balik..Masak dah lama. Sebulan lebih dah tu yang resepi ingat2 lupa ehehee

Tom Yam Udang Harimau


Bahan-bahan

15 ekor udang harimau
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji bawang besar (mayang)
2 inci halia (hiris nipis)
2 inci lengkuas (hiris nipis)
3 biji cilipadi (ketuk)
3 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau purut (hiris)
1 paket paste tomyam adabi
1 batang carrot
1 batang celeri
1 paket cendawan jarum
1-2 biji tomato (belah 4)
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang, serai, halia, lengkuas, cilipadi, daun limau purut dan tumis dalam 2-3 minit
Masukkan pes tom yam dan kacau rata sehingga pecah minyak
Masukkan 5 cawan air (atau lebih)
Masukkan udang dan kacau rata sehingga mendidih/udang masak
Masukkan sayuran dan rasakan garam
Selepas 3-4 minit, taburkan daun ketumbar dan terus angkat

Mee Segera Udang Harimau


Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar serbuk kari
3 paket mee segera (perisa sayuran) - perencah hanya guna 1 paket shj
5-6 ekor udang harimau
Sedikit cendawan kering/fungus (rendam dengan air panas sehingga kembang)
1 batang daun celeri
1 batang carrot

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak
Masukkan serbuk kari dan kacau rata sehingga pecah minyak
Masukkan 3 cawan air
Biarkan mendidih serta masukkan 1 paket perencah sayuran mee segera tadi
Masukkan udang
Bila udang dah masak, masukkan sayuran serta rasakan garam
Dalam 1-2 minit (kuah mendidih), masukkan mee segera
Bila mee dah lembut/masak dan boleh angkat dan terus makan :)..Kalau biar lama2 nnt kembang pulak mee tu :D
Boleh jugak taburkan daum ketumbar untuk lebih harum :P

Wednesday, September 28, 2011

Tom Yam Putih



Tom Yam Putih (nampak xberapa nak putih air dari tomato)

Bahan-bahan macam dalam gambar kat atas:

2 cm halia (hiris nipis)
2 cm lengkuas (hiris nipis)
4 ulas bawang putih (hiris nipis)
3 batang serai diketuk
5 biji cilipadi dibelah
5 helai daun limau purut (tiada dalam gambar)
1 biji tomato belah 4 (tiada dalam gambar)
Semangkuk udang dan tiub sotong (hiris kecil)

Cara-cara:

Tumiskan bahan2 di atas bersama sedikit minyak (kecuali tomato)
Bila dah layu/ wangi masukkan udang dan sotong
Masukkan 2-3 cawan air, garam secukup rasa
Bila udang dan sotong dah masak, masukkan tomato dan kacau2 seketika.
Angkat dan hidang

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Delight: Day 14

Ehehe..berjaya jugak harini berbuka puasa dengan sambal petai..dah lama mengidam nak makan petai. Sib baikla haritu En. Jemi beli petai frozen kat asian shop..jadiklaaaaa....Jom tgk menu harini..

Sambal Udang Petai..yummmmy

Bahan-bahan untuk sambal: Blender je semua. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan garam, gula secukup rasa. Masukkan udang dan petai. Kacau2 sehingga masak( Kalau kering sangat boleh tambah air sikit).

Lemak Putih Sawi dan Kobis
Resepi boleh tgk sini --> Lemak Putih

Makan pulak dengan ikan rebus goreng..memang best! Link utk resepi --> ikan rebus goreng

Pencuci gusi :D

Thursday, June 16, 2011

Masak Lemak Ciliapi Udang Kangkung

Asal kangkung je mesti goreng belacan. So harini rasa macam nak makan masakan lain selain dari goreng belacan. Bila dan google2 ni jumpa resepi cam kat bawah ni..sedap!

Bahan-bahan:

1 ulas bawang putih
1 biji serai diketuk
8 biji ciliapi
Sedikit serbuk kunyit
Kangkung potong pendek
Udang
Santan dan air (200 ml+200ml)
1 helai daun kunyit

*Blend ciliapi bersama bawang dan serbuk kunyit

Cara-cara:

Tumiskan serai dengan sedikit minyak
Masukkan bahan blend dan goreng sehingga pecah miyak
Masukkan udang,daun kunyit, air dan santan serta garam
Bila dah mendidih dan udang masak masukkan kangkung dan kacau rata
Lepas seminit tutup api

Credits to Asyiera@myresepi.com

Tom Yam Campur


Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dimayang
2 cm halia dipotong nipis2
2 cm lengkuas dipotong nipis2
1 biji ciliapi dimayang (boleh tambah kalau nak pedas)
1 biji cili merah dimayang
1-2 batang serai diketuk
1-2 biji tomato belah 4
1 ketul kiub tomyam Maggi
3 helai daun limau purut dihiris nipis
Daging dihiris sederhana besar
Udang

Cara-cara:

Tumiskan serai, bawang, halia, lengkuas, cili, daun limau purut dengan sedikit minyak sehingga wangi
Masukkan kiub tomyam dan daging. Kacau2 seketika kemudia masukkan air agak2 suku ke setengah periuk
Bila daging dah empuk, masukkan udang dan tomato (saya suka masukkan tomato awal sbb nnt dia hancur sebati dengan kuah, so dia jadi masam2 skit)
Rasakan garam
Bila mendidih dan udang masak, tutup api.

* Ni saya masak koboi je, sayur xletak pun.

Wednesday, May 11, 2011

Udang Goreng Cendawan Kunyit

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih dimayang
1 biji cili merah dihiris
Udang (garam kunyitkan)
1 tin cendawan (cendawan apa ntah nama dia)
1 biji telur

Cara-cara:

Tumis bawang dan cili
Masukkan udang
Bila udang dah agak masak, masukkan cendawan
Bila cendawan masak, masukkan telur dan kacau rata.

Saturday, March 12, 2011

Paprik Udang

Bahan-bahan:

Udang (10-15 ekor)
2 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji ciliapi diketuk (kalau nak pedas boleh tambah)
4-5 helai daun limau purut (potong pendek)
1 btg serai ketuk
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Sayuran (carrot, kacang buncis, baby corn, tomato)

Cara-cara:

Tumiskan bawang, cili merah, cili api sehingga layu
Masukkan serai, daun limau purut,udang dan setengah cawan air (kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit air)
Masak sehingga mendidih/udang masak
Masukkan kicap, sos tiram , sos tomato,sos cili dan garam secukup rasa
Masukkan sayuran dan kacau2 sebentar dah boleh angkat.


Tuesday, January 25, 2011

Seafood Curry


Bahan-bahan:

10 ekor udang
500 gram kepah
2 batang serai diketuk
2 biji cili hijau
2 ulas bawang putih-dimayang
1 biji bawang besar (merah)-dimayang
2 cm halia-dimayang
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
4 sudu besar serbuk kari
Santan

Cara-cara:

Tumiskan bawang, rempah ratus dan halia hingga layu
Masukkan serbuk kari dan sedikit air
Kacau2 hingga pecah minyak
Masukkan air dan santan (kalau xnak lemak sangat, boleh kurangkan santan)
Masukkan kepah dan udang dan serai
Kacau2 sehingga mendidih
Masukkan garam secukup rasa dan satu sudu kecil gula
Masukkan cili hijau yang dipatah dua dan didihkan dengan api sederhana sehingga kepah dan udang masak

Friday, January 7, 2011

Koleksi Ramadhan Delight 2008-Part 1

Entry resepi ni saya copy dari saya punya fotopages since saya dah lock saya punya page. Ni antara resepi yang saya masak time bulan puasa 2008 (masa tu kat Malaysia)..Resepi ni ringkas aje dan cepat masak. Maklumlah dulu balik kerja sampai rumah dah pukul 6, pastu 7.30 dah berbuka...Mostly ikut stail Kelantan la sebab saya ikut cara mak saya masak..


MASAK LEMAK PETOLA

Bahan-bahan macam dalam gambar di bawah:

Cara-cara:

Masuk sume lam periuk.
Tambah air skit dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih.
Duration: 15 minit


MASAK LEMAK PUCUK PAKU

Bahan-bahan macam dalam gambar di bawah (ikan tu bakar tawar, ambil isi je)

Cara-cara:

Blender sume bahan kecuali cili dan black pepper (tumbuk).
Campurkan dengan santan dan air.
Masak atas api. Bila dah mendidih masukkan pucuk paku, cili dan garam.
Kacau2 dalam 3 minit, tutup api.


SAWI MASAK AIR


Bahan-bahan macam dalam gambar di bawah:

Cara-cara:

Tumiskan bawang ngan cili lam kuali.
Pastu masukkan udang dan goreng seketika.
Masukkan air then masuk fishball ngan mushroom.
Bila dah mendidih masukkan sawi dan garam secukup rasa.
Pecahkan sebiji telur (jangan kacau)
Lepas seminit tutup api.

Duration: 15 minit.


TAUHU TELUR MASAK SOS TIRAM

Bahan2:
Tauhu telur (goreng dahulu)
Kacang manis
Carrot
Brokoli
Cendawan butang
Bawang putih.
Sedikit sos tiram

Cara2:
Tumis bawang putih, kemudian masukkan segelas air (bersama 1 sudu teh tepung jagung). Masukkan sedikit sos tiram dan garam secukup rasa.
Bila kuah mendidih, masukkan semua jenis sayur
Agak2 masak boleh masukkan tauhu telur. Goreng seketika kemudian angkat.
Duration: 15 minit.


UDANG MASAK CILIAPI

Bahan-bahan macam dalam gambar di bawah.

Cara-cara:

Blender sume bahan kecuali serai (ketuk)
Masukkan lam periuk, masuk 2 kotak santan segera dan air
Kacau hingga mendidih sambil masukkan garam dan sedikit gula
Bila dah didih masukkan udang dan serai.
Kacau hingga masak

Duration: 20 minit.


KARI IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan macam dalam gambar di bawah

Cara-cara:

Tumis biji sawi dan bawang dan halia hingga layu/kuning
Masukkan satu paket serbuk kari ikan (campur dengan sedikit air jadikan pes)
Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan air dan santan
Kacau hingga mendidih.
Masukkan ikan, garam secukup rasa dan sedikit gula
Bila dah hampir masak masukkan telur rebus dan cili hijau/merah.
Bila dah masak masukkan bendi dan kacau seketika then tutup api.


Duration: 20-30 minit.


Wednesday, December 15, 2010

Udang Goreng Kunyit


Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
Udang
Telur 1 biji
Garam kunyit

Cara-cara:
Lumurkan udang dengan garam kunyit
Tumuskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan udang dan goreng2 hingga masak
Pecahkan sebij telur dan goreng bersama udang.
Bila telur dah masak boleh angkat.

Udang Fishball Sweet Sour

Sesuai untuk anak-anak makan..xpedas..

Bahan-bahan:
Bawang putih
Udang
Fishball 1 paket (belah 2)
Daun kucai
Sos tomato
Sos cili
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan udang kacau2 hingga agak masak
Masukkan fishball dan setengah cawan air
Masukkan garam secukup rasa
Kacau2 seketika dan masukkan sos tomato dan sos cili
Kacau2 hingga kuah hampir kering (ala2 basah gitu)
Masukkan daun kucai yang dipotong pendek
Kacau2 sebentar pastu tutup api.

Monday, August 16, 2010

Gulai Udang Telur Itik


Bahan-bahan

5 biji bawang merah (xbesar xkecik, sedang2 :))
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah (nak pakai cili kering 2-3 biji pun boleh)
1 inci kunyit
1 1/2 inci lengkuas
Santan (ikut kepekatan yang dikehendaki)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula.
Udang setengah kilo
3 biji Telur itik
Timun batang

Cara-cara:
1. Blend semua bawang putih, bawang merah, kunyit, lengkuas, cili.
2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan air dan santan.
3. Masak atas api sederhana sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan udang kacau2. Masukkan garam dan gula. (Kalau nak patahkan 2 biji cili merah/hijau dan masukkanke dalam kuah pun boleh).
5. Bila udang dah mendidih, pecahkan telur itik (jangan pecahkan di tempat yang sama)
6. Bila dah mendidih dan gulai dah secukup rasa, masukkan timun batang yang dibelah dua dan potong serong.
7. Biarkan sebentar dan tutup api (jangan sampai timun layu).