Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Kuih Ketayap


Untuk inti:

4 sudu besar dark brown sugar
1/3 cawan air panas
10 sudu besar kelapa parut kering

Cara: Cairkan gula dengan air panas. Masukkan kelapa kering dan gaul rata.

Untuk kulit:

1 cawan tepung
2 biji telur
2 cawan susu segar
1 sudu kecil pes pandan
secubit garam

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
Masukkan ke dalam blender dan blend.
Sapukan sedikit minyak di atas kuali leper
Masukkan 1 senduk bancuhan dan ratakan.
Bila dah masak, pindahlan ke dalam pinggan.
Masukkan inti kemudian gulung kemas.


Monday, July 30, 2012

Kuih Lapis


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 cawan santan kotak
1 cawan air
1 cawan gula
1/2 sk garam


Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas
Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam blender dan blend. (Boleh guna hand mixer)
Asingkan kepada dua bahagian dan letakkan pewarna
Kukuskan setiap lapisan selama 5 minit.

Thursday, July 26, 2012

Sekaya Perantau



Pemanis mulut waktu berbuka puasa. Resepi simple2 guna bahan yang ada dirumah.

Bahan-bahan:

8 biji telur
6 sudu besar dark brown muscovado sugar (boleh guna gula nisan)
2/3 cawan santan kotak
2 biji bunga cengkih
1/4 sudu kecil pes pandan (pasalnya xde daun pandan)
secubit garam



Cara-cara:

Panaskan kukusan
Sementara tu, pukul telur sehingga kembang
Untuk air gula, cairkan gula + bunga cengkih + pes pandan dengan 1/3 cawan air di atas api perlahan.
Tuangkan ke dalam telur yang dipukul. Pukul rata.
Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 20 minit.

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Delight: Day 13

Menu hari ini ialah mee bandung versi Finland ehehe..Jom tengok resepi..

Mee Bandung Helsinki :). Makan dengan cili jeruk.

Jom masak:

Untuk lauk, saya gunakan daging, udang dan telur.

Untuk bahan kisar, saya gunakan 6 ulas bawang putih, 1 biji bawang kunig saiz sederhana , 1 biji bawang besar, segenggam kacang tanah (mentah), segenggam cili kering (dalam 10-15 biji). Cili kering dipotong pendek dan direndam air panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain dan kisar dengan sedikit air.

Masukkan setengah cawan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi dengan api sederhana. Kena sentiasa kacau. Bila dah pecah minyak, masukkan gula/ nisan (saya pakai 1/4) dan 2 sudu besar garam. Kacau rata.

Kemudian masukkan daging dan air (agak2 dalam 1.5 liter). Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga daging empuk. Kalau air kering, boleh tambah lagi. Bila dah empuk, masukkan 4 biji tomato yang dipotong kiub dan 2 sudu besar sos tiram. (saya letak awal supaya tomato hancur dan sebati bersama kuah).

Selepas 10 minit, masukkan udang. Biarkan mendidih sehingga udang masak. Kemudian masukkan sayur.

Untuk sayuran, saya guna kobis, sawi dan daun kucai. Kacau rata sehingga mendidih. Pecahkan telur ke dalam kuah (tempat berasingan supaya telur tidak bertindan).

Biarkan mendidih seketika (5 mins) supaya telur masak. Kemudian tutup api. Taburkan segenggam bawang goreng dan hirisan cili merah. Dah siap bahagian kuah :).

Untuk mee, saya pakai spaghetti je. Rebuskan spaghetti bersama sedikit minya, 1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk kunyit. Bila dah lembut, angkat dan toskan.

Nampak macam mee betul kan? :D

Untuk appetizer, saya buat agar2 santan. Tapi kaler pucat sikit sebab saya xletak pewarna (da habis) just guna pandan paste.

Untuk agar-agar santan,

Masukkan 1 paket agar2 kering ke dalam periuk yang diisi 7 gelas air.
Masak sehingga mendidih dan agar2 larut.
Masukkan gula secukup rasa (agak2 dalam 5-6 senduk) dan pandan paste.
Bila dah mendidih dan gula larut, masukkan campuran santan dan telur (400 ml santan pekay dan 2 biji telur dipukul berasingan terlebih dahulu).
Bila dah mendidih, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.


Ramadhan Delight: Day 11

Harini saya masak Beef Pilau. Pakai yang rempah segera brand Shan. Kalau dekat sini, saya beli kat kedai Arab. Kat Malaysia mesti ada jual kan. Tapi xdelah saya exactly ikut dianyer instruction kat belakang kotak tu..saya just pakai rempah dia buat rebusan. Bila dah empuk daging, saya tapis air dia. Lepas tu masukkan ke dalam periuk bersama beras dan daging. Masak nasi mcam biasa.


Beef Pilau.


Shan Pilau Biryani


Instruction


Untuk kuih, saya buat kuih lopes. Xtaula ikut resepi betul ke tak sebab saya main taruk je. Janji ada rupa lopes ehehe..Nak bentukkan kuih ni pun saya just pakai tangan je..xde acuan ehehe..

Kuih Lopes

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil pes pandan (nak nampak kaler ijau. nak pakai pewarna pun ok)
secubit garam

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak macam biasa.
Bila dah masak (biarkan sejuk dahulu), bentukkan dengan tangan (pastikan pakai sarung tangan plastik yang nipis tu ye ehehe) macam bola.
Golek2kan dalam kelapa parut
Susun ke dalam pinggan dan tekan sedikit supaya dia jadi leper.
Untuk kuah, just cairkan gula melaka/nisan dengan air (ikut tahap kemanisan) di atas api sederhana.



Juadah kami harini :)

Sunday, April 24, 2011

Pulut Sekaya Kelantan (Versi Express)

Bahan-bahan:

Untuk Pulut:

2 cawan pulut
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker dan kacau rata. Masak macam biasa
Bila dah masak, masukkan ke dalam loyang dan mampat serta ratakan.
Cucuk permukaan pulut yang diratakan dengan garpu

Untuk sekaya:

10 bij telur
250 g gula melaka/gula nisan (panaskan dengan secawan air sehingga larut dan sejukkan)

Cara-cara:

Pukul telur sehingga kembang
Masukkan air gula nisan
Pukul rata.
Masukkan loyang berisi pulut ke dalam kukusan yang dipanaskan
Selepas 10 minit, masukkan telur tadi
Kukus sehingga 20-30 minit.


Sunday, February 20, 2011

Roti Jala Kari Daging



RESEPI ROTI JALA


Bahan-bahan:

450 g tepung gandum
1 sudu teh garam
600 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau xkuning boleh tambah)

Cara-cara:

Campur je semua bahan tu dalam mangkuk
Kacau2 sehingga sebati.
Saya pakai pemukul telur tu je (kalau ada hand mixer lagi bagus)
Bila dah nampak sebati, masukkan ke dalam blender dan blend.
Sapu minyak pada permukaan kuali (lagi ok kalau guna non-stick pan..sapu minyak dengan tisu je)
Guna api perlahan/ sederhana
Bila kuali dah panas..menjala macam biasa guna acuan roti jala.
Saya suka lipat segitiga cam kat atas tu..senang terus lipat dalam kuali pastu angkat terus susun dalam pinggan.

RESEPI KARI DAGING

Bahan-bahan:

Setengah kilo daging potong kecil
4 bij kentang potong kecil
3 sudu besar serbuk kari
250 ml santan
2 ulas bawang putih mayang
1 biji bawang besar mayang
2 cm halia mayang
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
*tomato-optional

Cara-cara:

Tumis bawang, halia dan rempah ratus sehingga naik bau
Masukkan serbu kari dan sedikit air
Kacau2 sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan air
Biarkan ia mendidih dalam setengah jam
Masukkan santan dan kacau2
Biarkan daging mendidih perlahan-lahan sehingga empuk sambil2 tu masukkan garam secukup rasa dan 1 sudu kecil gula
Bila daging dah empuk, masukkan kentang
Didih api perlahan sehingga kentang empuk
Bila kentang dah empuk boleh masukkan tomato jika suka.
Dalam 1-2 minit dah boleh angkat.

Sunday, August 29, 2010

Biji Nangka @ Butir Nako


Bahan-bahan:

1 kg tepung pulut
Pewarna merah, hijau, kuning
Kapur (jika ada)
Santan
Biji halba
Daun pandan
Gula

Cara-cara:

1. Asingkan tepung pulut kepada tiga bahagian (untuk tiga warna berbeza). Masukkan air yang bercampur sedikit kapur (saya xguna kapur sebab xde) bersama pewarna sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
2. Masukkan air ke dalam periuk (dalam setengah periuk) dan panaskan hingga mendidih.
3. Uli2 kan doh menjadi bentuk lonjong/biji nangka dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.
4. Apabila biji nangka timbul di permukaan air, tapiskan dan rendam di dalam air sejuk. Kemudian toskan.
5. Untuk kuah, masukkan air dan santan mengikut sukatan yang dikehendaki, masukkan sedikit garam, sedikit tepung beras (ujung2 sudu aje), halba, daun pandan dan gula secukup rasa.
6. Kacau2 hingga mendidih, masukkan biji nangka dan kacau2 sebentar. Tutup api.

Tuesday, August 17, 2010

Lompat Tikam


Cara2:

Untuk pulut merah:

1. 1 cawan beras pulut (tambah pewarna merah/sirap ros) dimasak dengan satu cawan santan cair, secubit garam dan satu sudu kecil minyak masak. Masak dalam rice cooker.
2. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam bekas dan ratakan (macam dalam gambar)

Untuk bahagian hijau:

1. 1 cawan tepung beras, tambah 3 cawan air pandan yang telah diblend dan ditapis.
2. Masukkan secubit garam.
3. Kacau2 di atas api sederhana sehingga masak/menjadi pekat berkilat.
4. Tuang ke atas bekas yang mengandungi pulut (refer photo)

Untuk yang putih:
1. 2 sudu besar tepung beras dikacau bersama 1 cawan cantan pekat dan 1 cawan air.
2. Masukkan garam (bagi ada rasa sedikit je masin)
3. Kacau hingga likat.
4. Tuang di atas bahagian hijau.

Untuk kuah, boleh cairkan gula melaka dengan air (depend kepada tahap kemanisan yang dikehendaki)

Pisang Sira


Bahan-bahan:

Pisang 4 biji (saiz sedang2)
Gula 6 sudu besar @ mengikut citrasa kemanisan masing2
Pewarna kuning
Daun pandan

Cara-cara:
1. Lapikkan daun pandan ke dasar periuk
2. Susunkan pisang (kalau pisang besar boleh belah dua)
3.Masukkan air sehingga pisang tenggelam dalam 3/4 air.
4. Masukkan gula dan pewarna
5. Masak hingga mendidih/hingga pisang lembut.

Monday, August 16, 2010

Wajik Durian Express


Bahan-bahan:
Pulut - 4 cawan
Gula melaka - secukup rasa
Gula pasir (gula merah) - secukup rasa
Daun pandan- 2 helai
Durian - 4 ulas.
Santan ( pakai yang dalam kotak 500ml)
Cara-cara:
1. Tanak pulut pakai rice cooker je sebab nak cepat (basuh pulut dan masukkan 4 cawan air, sedikit garam, sesudu besar minyak masak). Masak macam biasa.
2. Dalam kuali besar, cairkan gula melaka (tambah daun pandan)
3. Tambah gula merah supaya nak lebih manis (lagi best kalau lebihkan gula melaka)
4. Masak hingga mendidih (semua gula larut)
5. Masukkan santan, kacau2 hingga mendidih
6. Masukkan durian. Kacau2 hingga sebati dengan kuah dan medidih.
7. Masukkan pulut dan gaul2 hingga rata.

Monday, May 3, 2010

Roti Jala Kari Ayam

Nyum..nyumm...

Untuk resepi roti jala, saya modify resepi dari sini aje : -----> http://www.myresipi.com/top/detail/62

Untuk acuan, saya cuma pakai botol sos aje...xde acuan nak wat camno huhuhu..

Main tuang2 dalam kuali aje..kuali pulak bulat..jadi dia nyer tepung tu bertindih bila menurun ke dasar kuali...

Untuk resepi kari ayam pulak boleh selak2 entri lepas ---> Kari Ayam


Sunday, March 21, 2010

Bubur Pulut Hitam

Cara-cara:
-Rendam pulut hitam dalam setengah jam
-Rebus dengan air (agak2 tenggelam pulut) hingga kembang...
-Masukkan sehelai daun pandan dan gula kerek/gula melaka/'nise' mengikut tahap kemanisan yang dikehendaki..
-Bila gula dah cair, masukkan santan ( saya guna satu kotak santan yang 250 ml ) kacau2...biarkan mendidih perlahan hingga likat..
-Bila nak makan, saya letak sedikit susu segar...(tu yang kaler putih2 dalam gambar)..

Tuesday, February 23, 2010

Koleksi Resepi Yang Lepas-Lepas

Cheese Baked Rice




Lasagna








Crispy Salmon With White Sauce


Ayam Percik Versi Finland



Murtabak Mini