Posts

Showing posts from September, 2021

[ TINTA SISWA: KERUNTUHAN IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA ]

Image
[ TINTA SISWA: KERUNTUHAN IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA ] Firman Allah SWT: (صِبۡغَةَ ٱللَّهِ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةࣰۖ وَنَحۡنُ لَهُۥ عَـٰبِدُونَ) Maksudnya: "(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat."  [Surah al-Baqarah: Ayat 138] Manusia menyangka bahawa mereka mampu menjalani kehidupan seharian tanpa petunjuk dan panduan daripada Allah. Hidup mereka hanya dipandu dengan akal fikiran dan nafsu semata-mata. Mereka meninggalkan panduan Allah dan mula mencipta ideologi-ideologi ciptaan sendiri. Maka muncullah ideologi seperti Sekularisme, Nasionalisme, Kapitalisme, Komunisme dan banyak lagi. Di sini terdapat beberapa ideologi yang sempat saya kongsikan kepada semua secara ringkas: 1) Sekularisme - Ideolo

[ KALAM PIMPINAN: EKSISTENSI MASA ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: EKSISTENSI MASA ] بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.  Firman Allah SWT:  وَٱلۡعَصۡرِ ۝  إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ ۝  إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ  Maksudnya: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." [Surah al-Asr: Ayat 1-3]  Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa, yang mana padanya ada keberkatan.  Waktu itu seperti pedang, jika kamu tidak memintasnya maka dia akan memintasmu, jika tidak disibukkan dengan kebenaran maka kamu akan disibukkan pula dengan kebatilan.  Dalam dunia ini tiada benda yang paling adil melainkan MASA. Semua orang mempunyai kurniaan masa yang sama, 24 jam sehari bersamaan dengan 1 440 minit atau

[ KALAM PIMPINAN: IDEOLOGI DALAM ISLAM ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: IDEOLOGI DALAM ISLAM ] اَلْحَمْدُ لله الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ, أَمَّا بَعْدُ Bismillahirrahmanirrahim,  Assalamualaikum wbt. Insya-Allah pada kesempatan ini mari sama-sama kita bincangkan berkenaan dengan satu topik yang polemik yang saya rasa cukup relevan untuk kita mahasiswa dan mahasiswi bincangkan, tajuknya berbunyi "Ideologi dalam Islam". Apa itu Ideologi? Ideologi secara umumnya adalah gagasan yang membentuk pemikiran seseorang terhadap sesuatu konsep untuk menyelesaikan masalah manusia. Di dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan bermulanya kekufuran yang juga disebabkan pemikiran melalui kisah iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. dengan mengatakan:  انا خير منه.         

[ RISALAH HISBAH: TEGURAN ]

Image
[ RISALAH HISBAH: TEGURAN ] “Kau siapa nak tegur aku?”   “Tegur orang konon, kau ingat kau tu baik sangat?”   Menegur kemungkaran yang dilihat tak semudah mengajak orang kepada kebaikan. Kerana mengajak orang buat baik ni sekadar beritahu dan ajak buat baik sahaja. Berbeza dengan melarang orang yang buat kemungkaran. Sebab ia melibatkan emosi dan perasaan. Kita takut orang yang ditegur tu terasa hati, lalu akhirnya menjauhkan diri daripada kita.   Sebenarnya, dalam Islam terdapat adab dan garis panduan khusus dalam bab menegur ini. Di bawah ini disenaraikan beberapa adab menegur dalam Islam.   1. Ikhlaskan niat ketika menegur   Niat menegur bukan kerana nak tunjuk kita baik, tapi sebagai tanggungjawab nak laksanakan amar makruf nahi mungkar.   Nabi SAW bersabda: ”Agama itu nasihat”.   Kami bertanya: Kepada siapa? Baginda bersabda: Kepada Allah, kepada kitab-Nya, kepada rasul-Nya, kepada para pemimpin kaum muslimin, dan kaum muslimin secara umum.   2. Dengan cara berhikmah,

[ KALAM PIMPINAN: PERJUANGAN SEBUAH MEDAN ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: PERJUANGAN SEBUAH MEDAN ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على المرسلين والحمد لله رب العلمين إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. أما بعد. Dasawarsa ini, perjuangan di dalam sebuah medan khususnya medan dakwah seharusnya bukan medan yang bertatahkan intan dan permata. Banyak liku dan mehnah yang akan dilalui seorang pendakwah sebenar sekiranya dia benar-benar istiqamah dan menjiwai setiap langkah perjalanannya menuju syurga abadi kelak.  Jika kita telusuri secara mendalam tentang kisah-kisah para pejuang pendakwah dari kalangan para nabi terdahulu di dalam al-Quran, pasti kita akan percaya dan meyakini yang jalan dakwah ini sungguh pahit dan memeritkan. Sebagai contoh, Nabi Nuh a.s. sepanjang umurnya merentas 950 tahun, di penghujung usianya hany