[ TINTA SISWA: COVID-19: MUSIBAH ATAU MUHASABAH ] Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita kini dilanda wabak COVID-19 yang kian mengganas. Virus COVID-19 adalah salah satu makhluk Allah yang kecil, namun seluruh manusia di dunia takut pada makhluk ini. Tanpa kita sedar, COVID-19 ini adalah sebuah musibah. Musibah adalah ujian yang ditimpakan kepada hamba Allah baik yang beriman mahupun kafir, yang soleh mahupun pendosa. Disebut di dalam Surah al-Mulk ayat 2: (ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَیَوٰةَ لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفُورُ) “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya COVID-19 ini merupakan suatu musibah, namun ia bukanlan sebuah seksaan ataupun azab daripada Allah t
Posts
Showing posts from August, 2021
[ KALAM PIMPINAN: SINERGI UMMAH ]
- Get link
- X
- Other Apps
[ KALAM PIMPINAN: SINERGI UMMAH ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته إن الحمد لله نحمده وستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Bersyukur ke hadrat ilahi di atas segala pemberian nikmat dari awal kelahiran kita di muka bumi ini sehingga ke hari ini. Nikmat yang paling utama perlu kita syukuri adalah nikmat iman dan Islam, tanpa kedua-dua nikmat ini, nescaya telah kita sirnakan cahaya hakiki kehidupan dari diri kita. Tambahan lagi, antara nikmat lain yang tidak boleh kita nafikan atau kadangkala kita alpa dari kehidupan seharian kita adalah nikmat kesatuan umat Islam yang ditagih seluruh umat Islam di sebahagian tempat di dunia ini yang sedang mengalami penderitaan. Dalam pada itu, mustahil sebagai hamba Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya boleh membiarkan saudaranya yang lain hidup menderita sedang
[ KALAM PIMPINAN: GENERASI RABBANI ]
- Get link
- X
- Other Apps
[ KALAM PIMPINAN: GENERASI RABBANI ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman: مَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّؤْتِيَهُ اللّٰهُ الْكِتٰبَ وَا لْحُكْمَ وَا لنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُوْلَ لِلنَّا سِ كُوْنُوْا عِبَا دًا لِّيْ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلٰكِنْ كُوْنُوْا رَبَّا نِيّٖنَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُوْنَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُوْنَ "Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmah serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
[6 FADILAT SOLAT BERJEMAAH]
- Get link
- X
- Other Apps
[6 FADILAT SOLAT BERJEMAAH] Maksud "solat" dari segi istilah bahasa bermakna doa atau memohon kebajikan dan pujian. Solat merupakan asas yang penting dalam agama Islam dan juga penghubung antara seseorang hamba dengan tuhannya, sebagai bukti ketaatan dan kepatuhan hanya kepada-Nya. Daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّين" Maksudnya: "Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama." [Riwayat Baihaqi] Terdapat beberapa hikmah solat secara berjemaah, antaranya: *1. Mendapat pahala dan kebaikan berlipat kali ganda* - Dihitung pahala sejak mula langkahnya menuju ke masjid. Nabi Muhammad SAW bersabda: "صَلاةُ أحَدِكُمْ في جَماعَةٍ، تَزِيدُ على صَلاتِهِ في سُوقِهِ وبَيْتِهِ بضْعًا وعِشْرِينَ دَرَجَةً، وذلكَ بأنَّهُ إذا تَوَضَّأَ فأحْسَنَ الوُضُوءَ، ثُمَّ أتى
[ KALAM PIMPINAN: TUNJANG ILMU KALAM ]
- Get link
- X
- Other Apps
[ KALAM PIMPINAN: TUNJANG ILMU KALAM ] Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT atas pelbagai nikmat yang diberikan sehingga tidak terhitung jumlahnya. اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai suatu perkara yang benar, dan anugerahilah kami kekuatan mengikuti kebenaran itu. Dan tunjukkanlah kepada kami kesalahan itu sebagai suatu perkara yang salah, dan anugerahilah kami kekuatan untuk menjauhi kesalahan itu. Era ini menyaksikan dunia yang berkembang dengan begitu pantas sehingga berlaku ketidakpastian dan kecelaruan pemikiran. Kepesatan teknologi membawa perubahan yang besar. Turut sama berubah adalah gaya fikir manusia pada zaman moden ini. Kecanggihan penyebaran maklumat memudahkan pengaruh pemikiran ala Barat masuk ke dalam dunia Islam. Akibatnya, lahir aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam bahkan yang ganjil pemahamannya. Realit
[ TINTA SISWA: TANGISAN DI BUMI PALESTIN ]
- Get link
- X
- Other Apps
[ TINTA SISWA: TANGISAN DI BUMI PALESTIN Dalam Surah al-Maidah ayat 2, Allah SWT berfirman: وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ Maksudnya: ”Dan tolong-menolong lah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya siksa Allah sangat berat." Baru-baru ini umat Islam di seluruh dunia digemparkan dengan sebuah serangan besar-besaran di Masjid al-Aqsa saat jemaah muslim melaksanakan ibadah tarawih. Tidak cukup dengan itu, muncul pula isu perampasan penempatan secara haram oleh kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah Sheikh Jarrah. Tindakan terkutuk ini telah melanggar dasar kemanusiaan antarabangsa, malah ini bukan kali pertama mereka melanggarinya. Tinta Siswa pada edisi kali ini, kita akan berkongsi sebuah penulisan bertajuk: “Tangisan Di Bumi Palest
[ KALAM PIMPINAN: KEMULIAAN PENGORBANAN ]
- Get link
- X
- Other Apps
[ KALAM PIMPINAN: KEMULIAAN PENGORBANAN ] Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang memberi nikmat iman dan Islam kepada kita dengan menjadikan wahyu serta hadis sebagai rujukan hidup dan Nabi Muhammad SAW sebagai suri teladan terunggul sepanjang zaman. Firman Allah SWT: قُلۡ إِن كَانَ ءَابَاۤؤُكُمۡ وَأَبۡنَاۤؤُكُمۡ وَإِخۡوَ ٰنُكُمۡ وَأَزۡوَ ٰجُكُمۡ وَعَشِیرَتُكُمۡ وَأَمۡوَ ٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةࣱ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَاۤ أَحَبَّ إِلَیۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادࣲ فِی سَبِیلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ یَأۡتِیَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِینَ Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -(jika semuanya itu) menjadi per