Posts

Showing posts from April, 2020

[ KALAM PIMPINAN: MUAMALAT DALAM ISLAM]

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, puji-pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda. وَقُلْ جَآءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا _“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”_ (Surah al-Isra’: 81) Di antara perkara yang ajaran Islam berusaha untuk tegakkan adalah suasana yang solehah (al-Biah al-Solehah). Kewujudan persekitaran yang baik dan takwa akan mempengaruhi pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada di dalamnya. Apabila manusia hidup dalam sesuatu suasana, secara kebiasaannya ia akan mempengaruhinya. Jika seseorang yang kurang bijak hidup dikalangan mereka yang bijak, maka sedikit sebanyak bicara dan pendapat yang bijak dan berkualiti itu akan tempias kepadanya. Nabi SAW meny

[ KALAM PIMPINAN: ISLAMOFOBIA KAH KITA? ]

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT: يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah as-Saff: 8) Pada zaman yang sedang membangun ini, kita sering dengar Islam dibenci, dimusuhi, dan diserang dari setiap aspek tidak kira aspek ekonomi, politik, serangan senjata dan yang lebih dahsyat lagi, serangan yang lebih halus iaitu serangan pemikiran. Tambahan, kini Islam di kaca mata orang kafir, dilabel sebagai pengganas, pelampau dan mundur. Istilah yang lebih tepat lagi a