Posts

Showing posts from September, 2019

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2019/2020 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, alhamdulillah. Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2019 dan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-21. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan BKAWM yang akan datang. Berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan." Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir

[ RISALAH BIAH SOLEHAH: SEJARAH SEBAGAI BUKTI KEBENARAN ]

Image
      Sejarah Sebagai Bukti Kebenaran    Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW.    Sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang telah berlaku atau pada masa lampau. Segala peristiwa yang direkod oleh para sejarawan dianggap sejarah. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sejarah didefinisikan sebagai sastera lama, asal-usul, riwayat, salasilah dan peristiwa yang benar-benar berlaku pada zaman lampau.    Tokoh sejarah Islam, Ibnu Khaldun (1332-1406M) mengikut keutamaan dalam penulisan sejarah beliau. Beliau telah menjadikan ibrah sebagai kata kunci utama dalam penulisannya. Beliau tidak melihat kepada aspek zahir atau penceritaan kisah-kisah dan peristiwa semata-mata, tetapi turut melihat kepada aspek makna tersirat sejarah itu. Al-Quran sememangnya amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa perlunya mengambil pengajaran daripada kisah-kisah yang terdapat dalamnya. Allah SWT telah berfirman: “De

[ KALAM PIMPINAN: PENTINGNYA PENGURUSAN MASA DALAM ISLAM ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Firman Allah SWT: وَالْعَصْرِِإِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍِإِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”. (Surah al-Asr: 1-3) Dalam satu hadis Rasulullah SAW memberi galakan kepada kita untuk memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda SAW: اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك “Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; 1) Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu. 2) Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu. 3) Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu. 4) Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu. 5) Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.

[ KALAM PIMPINAN: MUKMIN PROFESIONAL ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Istilah ‘Mukmin Profesional’ seringkali diungkapkan dalam kalangan masyarakat bagi merujuk kepada seorang Amilin Islam yang taat mengamalkan ajaran agama dan pada masa yang sama mampu menunaikan dengan cemerlang tugas atau profesion yang ditaklifkan kepadanya. Namun apakah sebenarnya ciri-ciri kepada mukmin profesional itu? Allah SWT berfirman : (قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ) [Surat Al-Qasas 26]  “Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (al-Qawi) lagi amanah (al-Amin).” Ayat ini menjelaskan bahawa seorang mukmin profesional perlu memiliki dua ciri utama iaitu : 1. القوي : Kuat/Berkemampuan 2. الأمين : Amanah "Al-Qawi" itu bermaksud mempunyai kekuatan jasmani dan rohani hingga boleh menyelesaikan tugas dengan sempurna pada keadaan dan waktu ditetapkan. "Al-Amin" pula merujuk kepada sifat jujur semasa

[ BERITA: UBUDIYAH 2019 ]

Image
KAHERAH, 10, 11, 12 & 13 Ogos 2019, - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah mengadakan program UBUDIYAH 2019 selama empat hari. Pada hari pertama program telah mengadakan Tazkirah Subuh Khas dan gotong-royong yang bertempat di Asrama Lama Wilayah Persekutuan.    Antara objektif UBUDIYAH 2019 ialah menyambut hari kebesaran Islam Aidiladha, memupuk sifat pengorbanan dalam kalangan ahli, menambah thaqafah berkaitan Aidiladha dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan anak Wilayah Persekutuan. Pada hari kedua, telah diadakan majlis perasmian, teori sembelihan dan melapah, praktikal sembelihan, solat sunat tasbih dan baraan. Program ini telah dirasmikan oleh penasihat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Saudara Abdul Wafi bin Alias.      Seterusnya, program UBUDIYAH 2019 juga telah mengadakan penyembelihan haiwan korban pada pagi Hari Raya Aidiladha. Aktiviti ini telah disertai oleh anak-anak Wilayah Persekutuan yang

[ KALAM PIMPINAN: AL-QURAN DAN AKHLAK MULIA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim عنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ Daripada Malik telah sampai kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya." Kelemahan kita di saat dan zaman ini adalah ramainya golongan yang membaca al-Quran, namun terlupa untuk mentadabburnya. Membaca al-Quran tanpa mentadabburnya dengan cahaya iman seharusnya menjadi muhasabah ke atas diri kita. Apakah tujuan kita membaca al-Quran selama ini? Adakah sekadar mengejar tawaran pahala yang dijanjikan, atau kita membacanya sesuai dengan tujuan al-Quran yang diturunkan Allah SWT? Ketahuilah, menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian kita adalah penting kerana ianya merupakan pemis

[ KALAM PIMPINAN: FITNAH ALAM MAYA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan nasihat sebagai wasilah ukhuwah Islamiah antara orang mukmin. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar dan sebaik-baik pemberi nasihat untuk sekalian alam iaitu Saidina Muhammad SAW utusan yang terakhir, dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya yang diredai Allah SWT.    Dasawarsa ini, kita dapat menyaksikan perkembangan teknologi yang semakin pesat di serata dunia. Pelbagai kemudahan telah dicipta bertujuan memudahkan urusan kehidupan manusia. Tidak ketinggalan juga perkembangan yang maju telah ditunjukkan dari sudut perkembangan teknologi maklumat dan media massa, tetapi malangnya kemudahan dan kelebihan ini telah disalahgunakan oleh sebahagian kelompok manusia. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,     Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana melantik Rasul akhir zaman. Ketika dunia dikurniakan secebis ilmu sehingga mencapai kemajuan teknologi maklumat yang disaksikan kin