Posts

Showing posts from December, 2016

[ KALAM PIMPINAN YANG DIPERTUA BKAWM : SEMPENA PEPERIKSAAN FASA PERTAMA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim,                 Bersyukur kita kepada Allah swt, selawat dan salam kepada Rasulullah dan keluarganya serta para sahabat yang mengikuti perjuangan baginda. Firman Allah taala : وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا   إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ "Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang, mengapa sebahagian di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, agar mereka dapat menjaga dirinya " - at-Taubah ayat :122

[ ISU SEMASA: ALEPPO BERDARAH ]

Image
  ALEPPO, 12 Disember 2016 - Menjadi tarikh yang tidak seharusnya dilupakan oleh umat Islam apabila Aleppo akhirnya telah jatuh ke tangan tentera Syria Basyar Assad. Rentetan daripada itu, dikhuatiri akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk di daerah tersebut. Kota Aleppo telah menyaksikan pertumpahan darah yang berlaku dalam perang saudara sejak 5 tahun yang lepas. Media tempatan melaporkan orang-orang awam dibariskan dan ditembak.  Sumber lain pula mengatakan berlaku sekurang-kurangnya satu insiden kanak-kanak dibakar hidup-hidup. Kini lebih 100,000 orang awam terperangkap dalam kawasan yang tidak lebih dari 5 batu luasnya dan mereka masih menunggu tindakan dari PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) untuk mengeluarkan mereka daripada bencana yang menimpa. Oleh itu BKAWM mengajak dan menyeru kepada semua ahli untuk mendoakan keselamatan serta mendapat jalan keluar buat penduduk kota Aleppo khususnya, dan Syria umumnya. Disediakan oleh, Unit Wimac, Unit Pe

[ BERITA: JAULAH AULIYA' KAHERAH ]

Image
KAHERAH, 9 DISEMBER 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan program ziarah maqam sekitar Kaherah yang diberi nama Jejak Auliya’ Kaherah 16. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan kepada ahli BKAWM tentang maqam-maqam auliya’ dan ulama yang terdapat di sekitar Kaherah itu sendiri. Di samping itu dapat mengetahui sejarah dan kisah-kisah perjalanan hidup para auliya’ tersebut, progam ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli serta menghilangkan tekanan yang dihadapi menjelang peperiksaan fasa pertama tidak lama lagi.         Program mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan (ARWP). Sepanjang perjalanan, para peserta diberikan sedikit taklimat dan penerangan ringkas berkenaan dengan perjalanan program serta hukum-hukum tentang ziarah maqam oleh Saudara Subki Zakaria untuk sesi siswa, dan Saudara Muhammad Abdul Hadi Ismut untuk ses

[BERITA: APPRENTINCE THE 18TH]

Image
KAHERAH, 21 NOVEMBER 2016 – Program “Apprentice The 18th” merupakan satu inisiatif yang disusun oleh Lajnah Perancang, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 bertujuan menjayakan salah satu misi BKAWM iaitu “Melahirkan  pelapis yang komited dan berkemahiran”. Program tersebut  dilaksanakan  di Dewan Sri Putra, ARWP bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada 11 malam. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 20 orang ahli BKAWM. Di antara objektif utama program “Apprentice The 18th” adalah bagi memberi kefahaman yang jelas tentang organisasi dan pengurusan individu. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pimpinan BKAWM dan ahli terutamanya ahli Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB). Program dimulakan dengan ucapan perasmi iaitu Ustaz Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017. Antara slot yang dimuatkan di dalam program ini ialah Slot “Pelapis dalam Sejarah Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad

[ BERITA: MAJLIS RAMAH MESRA: DELEGASI MAIWP BERSAMA KETUA AUDIT NEGARA ]

Image
KAHERAH, 4 Disember 2016 - Pada 3 Disember 2016 yang lalu, berlangsungnya Majlis Ramah Mesra: Delegasi MAIWP bersama Ketua Audit Negara. Program ini adalah dibawah anjuran bersama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, yang bertempat di Dewan Sri Putra, ARWP. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta delegasi MAIWP yang lain dan juga turut hadir Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang, Ahli Dewan Diraja Selangor merangkap Ketua Audit Negara Malaysia. Antara objektif utama Majlis Ramah Mesra ini diadakan adalah untuk merapatkan jalinan ukhuwah diantara anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir bersama Pihak MAIWP. Majlis bermula pada jam 5.00 petang yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Mohd Syauqi Iman seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Abdul Syahid. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan darip

[KENYATAAN RASMI TIMBALAN YANG DIPERTUA: PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1]

Image
Assalamualaikum Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah melimpahkan rahmatNya ke atas diri kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarganya.  Bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal menjelma pada 31/12/2016, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 akan membuat penangguhan aktiviti dan program. Penangguhan ini akan bermula pada 1 Disember 2016 sehingga tamat peperiksaan fasa 1.  Tujuan penangguhan ini adalah bagi memberi peluang kepada ahli untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan tersebut. Manakala aktiviti yang bersifat ilmiah dan yang tidak melibatkan pelajar yang menghadapi peperiksaan akan diteruskan seperti biasa. Jadi, pihak BKAWM dengan ini berbesar hati ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh anak Wilayah Persekutuan di Mesir dalam menghadapi peperiksaan. Sekian, terima kasih. YANG MENJALANKAN TU