Posts

Showing posts from July, 2016

[ BERITA: HARI TAUTAN UKHUWAH 2016 (HTU '16) ]

Image
Hari Tautan Ukhuwah 2016 (HTU ‘16), Medan meribat ukhuwah di antara mahasiswa/wi baru. KAHERAH, 24 Julai 2016 – Kehadiran mahasiswa/wi baru pada bulan Jun & Julai yang lalu ke bumi Mesir melalui Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2016 (USMB ‘16) , dirancakkan lagi dengan Hari Tautan Ukhuwah (HTU) yang telah berlangsung pada 23 & 24 Julai yang lalu.  Melalui pembawaan tema “Perintis Cemerlang, Kesatuan Gemilang” dan bermatlamat bagi memupuk semangat ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan ahli serta membentuk intelek dan thaqafah kepada mahasiswa/wi baru, program yang telah berlangsung selama dua hari tersebut dimulakan dengan majlis perasmian, yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) saudara Adam Syukri bin Mohamad dan diselangi dengan ucapan pengarah program Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2016 (USMB ‘16) saudara Sheikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir. Program diteruskan lagi dengan pengisian “Penerangan Mesi

[ RISALAH KEMPEN BIL 03: RUMAHKU SYURGAKU ]

Image
BIL 03  : RUMAHKU SYURGAKU Sebagaimana kita semua sedia maklum, Kempen Rumahku Syurgaku adalah sebuah kempen yang telah dilancarkan di bawah Lajnah Kebajikan dan Perumahan. Kempen ini merupakan program tahunan sepanjang sesi, bermula daripada awal sesi sehinggalah akhir sesi kepimpinan. Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap rumah, sama ada di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan mahupun rumah-rumah sewa, sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan mempunyai persekitaran yang baik. Tema yang dibawakan bagi kempen untuk sesi ini adalah "Kebersihan Dilestari, Ukhuwah Terpatri". Secara umumnya yang dapat difahami daripada tema ini ialah melalui penjagaan kebersihan, suasana kekeluargaan dapat diwujudkan. Demi merealisasikan tema kempen ini, Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP) BKAWM sesi ini telah pun menggariskan beberapa objektif sebagai kayu ukur untuk mencapai taraf "Rumahku Syurgaku" seperti yang diimpikan, iait

[ RISALAH AL-HIKMAH Bil 01: UMMAH MEMANGGILMU, SAUDARAKU! ]

Image
Bil 01: Ummah Memanggilmu, Saudaraku! “Ibu, ibu! Budak Syria ini mahu mengambil anak patung saya!” jerit Meryam, sambil berlari ke belakang ibunya, memeluk kuat. Meryam mengintai dari ekor matanya anak Syria itu. Geramnya bukan kepalang. Ibu baru sahaja menghadiahkannya patung itu, sempena keputusan peperiksaannya yang cemerlang tempoh hari.  “Mudah-mudah saja mahu meminta, hish!” rengusnya. Ibunya hanya memandang, lantas mengeluarkan sekeping syiling dari dalam dompetnya dan dihulurkan kepada anak malang itu. Anak Syria itu, seusia anaknya barangkali. Anak perempuan, dalam 8 tahun, kulitnya pucat, matanya cengkung, bibirnya bergetar menahan kesejukan bumi Turki. Senyum anak itu mengambil wangnya, sambil melafazkan syukur dan terima kasih. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Berbicara tentang situasi yang sedang melanda masyarakat islam di seluruh dunia sememangnya tidak akan berke

[ BERITA:IHTIRAM '16 RAMADAN BULAN TARBIAH ]

Image
KAHERAH, 5 Jun 2016 – Saban tahun kehadiran bulan Ramadan sentiasa dinanti oleh seluruh umat Islam di dunia, sehubungan dengan itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan program bagi memenuhi Ramadan anak-anak Wilayah pada kali ini dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang bermanfaat. Ihya‟ Tarbawi Ramadan 2016 (IHTIRAM '16) kali ini telah bermula pada 5 Jun 2016 dengan program Bicara Ambang Ramadan yang disampaikan oleh saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) pada sebelah petang, dan diteruskan pula pada sebelah malam dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Fadhli bin Adam, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Antara objektif program IHTIRAM '16 pada kali ini adalah untuk mengamalkan dan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan. Selain itu, IHTIRAM '16 juga adalah sebagai medan kepada ahli untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam p

[KALAM PIMPINAN TIMBALAN UNIT KEMASYARAKATAN, SUKAN DAN REHLAH: MANFAATKAN CUTI KULIAH]

[KALAM PIMPINAN TIMBALAN UNIT KEMASYARAKATAN, SUKAN DAN REHLAH: MANFAATKAN CUTI KULIAH] Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas rahmat dan kasih sayangNya, dapat kita merasai segala nikmat yang ada di dunia ini, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, para keluarga dan sahabat kerana tingginya semangat perjuangan mereka dapat kita lihat Islam itu tertegak sehingga hari ini. Baginda bersabda : اغتنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَحَيَاَتكَ قَبْلَ مَوْتِكَ “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Masa sihatmu sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi): Seringkali kita merasa tidak cukup masa kerana banyaknya tanggungjawab. Allah menjadikan sehar

[RISALAH MU'MEN: SIFAT DERMAWAN SIFAT TERPUJI]

Image
Sifat Dermawan, Sifat Terpuji عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمْ يَقُوْلُ: لاَ حَسَدَ اِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ. رَجُلٌ آتَاهُ اللهُ مَالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى اْلحَقّ. وَرَجُلٌ آتَاهُ اللهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِى بِهَا ويُعَلّمُهَا. (رواه البخاري) Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata, Nabi SAW pernah bersabda, “Seseorang tidak boleh iri (menginginkan), kecuali dua macam (iaitu) seseorang yang diberi kekayaan (harta) oleh Allah, lalu dipergunakannya semata-mata dalam perjuangan, dan seseorang yang diberi ilmu oleh Allah lalu digunakannya dan diajarkannya pada orang lain.” [HR. Bukhari ] Ketahuilah bahawa antara ciri orang yang bersyukur ialah dia menyebarkan kebaikan atau kurniaan Allah SWT ke atasnya kepada yang lain. Nikmat harta boleh dikongsikan dengan menginfakkannya. Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah membuktikan kecintaannya kepada agama setelah menginfakkan seluruh hartanya, begitu juga saha