Posts

Showing posts from March, 2016

[ KALAM PIMPINAN: MU’MIN PROFESIONAL ]

Image
Alhamdulillah, segala pujian kita panjatkan kepada Allah SWT selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasululullah SAW. Insyallah pada hari ini suka untuk saya kongsikan bersama anda semua tentang “Mu’min Profesional“. Mu’min bermaksud orang yang beriman kepada Allah SWT dan profesional pula merujuk kepada kepakaran seseorang dalam suatu kerjaya. Kini, kerjaya amat penting buat semua orang kerana dari sanalah kita dapat mencari rezeki yang halal. Jika kita lihat, sekarang terlalu ramai orang yang telah berjaya menjadi orang yang bekerjaya, seorang usahawan yang kaya raya. Akan tetapi, terdapat di kalangan mereka yang terlupa bahawa punca rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Mereka meletakkan sandaran rezeki it sepenhnya daripada usaha mereka sendiri. Oleh itu, konsep “Mu’min Profesional” didatangkan oleh masyarakat prihatin bagi memberi kesedaran tentang perkara ini.

[RISALAH MU'MEN: MISKIN ATAU KAYA]

Image
MISKIN atau KAYA ? Dari Ibn Mas’ud R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapakah di antara kamu semua yang harta orang yang mewarisinya itu dianggap lebih disukai daripada hartanya sendiri?” Para sahabat menjawab, "Ya Rasulullah, tiada seorang pun dari kita ini, melainkan hartanya adalah lebih dicintai olehnya", Kemudian Rasulullah bersabda,“Sesungguhnya hartanya sendiri ialah apa yang terdahulu digunakannya, sedangkan harta orang yang mewarisinya adalah apa-apa yang ditinggalkan olehnya setelah matinya."(Riwayat Bukhari) Maksud yang telah terdahulu digunakannya adalah seperti yang dipakai untuk makan, minum, pakaian, rumah atau yang diberikan untuk sedekah atau lain-lain yang berupa pertolongan sosial. Selebihnya, tentulah akan ditinggalkan jika telah meninggal dunia. Oleh sebab itu, hadis ini secara tidak lansung memberi sindiran kepada kita, kaum Muslimin agar harta yang ada di tangan kita dinafkahkan untuk jalan kebaikan semasa kita masih hidup. Ma

[PENA LKP: KELEBIHAN ZIARAH]

Image
BIL 01 : KELEBIHAN ZIARAH  Islam agama yang mementingkan persaudaraan dan persahabatan. Ianya juga menuntut umatnya untuk menjaga silaturrahim sesama mereka supaya umat Islam menjadi kuat, berjaya serta hidup dalam berjemaah. Salah satu cara bagi memantapkan hubungan persaudaraan adalah melalui amalan ziarah dan kunjung-mengunjung. Amalan ini tidak terhad pada masa tertentu sahaja seperti Aidilfitri atau Aidiladha, kerana hubungan silaturrahim ini perlu dijaga tidak kira waktu. Firman Allah SWT:

[TINTA DAKWAH BIL 02: KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW]

Image
Bil 02: Kecintaan Kepada Rasulullah SAW Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Mutakhir ini ramai di kalangan umat Islam yang membicarakan mengenai cinta kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menunjukkan tanda cinta kepada baginda SAW. Namun, terkadang kita terlupa bahawa sifat kecintaan yang wujud di dalam diri itu perlu diterjemahkan melalui tanggungjawab secara zahiriah.

RISALAH KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU BIL 01 : KEBERSIHAN DIRI DAN KEBERSIHAN LINGKUNGAN

Image
BIL 01 : KEBERSIHAN DIRI DAN KEBERSIHAN LINGKUNGAN “Dari Abi Malik Al-Sya’ri berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hal ini termasuklah dari segi aspek menjaga kebersihan diri, keluarga, masyarakat, negara serta lingkungan. 

Kepentingan Solat Berjemaah

Image
Bil 01:  Kepentingan Solat Berjemaah         Solat berjemaah mempunyai keistimewaan yang sangat besar dan sangat mulia serta disenangi oleh Allah SWT.Hal ini disebutkan di dalam hadith Rasulullah SAW tentang keutamaan solat berjemaah, iaitu: “Solatnya seseorang yang berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan pahala sebanyak dua puluh kali ganda.” (HR Muslim dalam kitab al-masajid wa mawaddius solah no.650)