Posts

Showing posts from May, 2014

Kalam Pimpinan: Menghayati Sejarah Israk dan Mikraj

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemudah lagi Maha penyayang. "Maha suci mu Ya Allah, yang telah menperjalankan hamba-Nya yakni Muhammad pada suatu malam dari Masjidil Haram(Makkah/Bakkah) ke Masjidil Aqsa(Baitul Muqaddis) yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran kami. Sesungguhnya Dia yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (Surah al-Israk, ayat 1)            Israk Mikraj merupakan suatu peristiwa yang telah berlaku ke atas Rasulullah S.A.W. Ianya merupakan sebuah perjalanan yang penuh dengan seribu satu pengajaran. Israk Mikraj adalah sebuah hadiah daripada Allah s.w.t buat kekasihNya Muhammad S.A.W iaitu ketika baginda sedang bersedih di atas kematian dua orang pendokong dakwah baginda iaitu bapa saudara baginda, Abu Talib dan isterinya, Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah radiallah anha serta penolakan dakwah baginda di Taif.           Dalam sebuah hadith yang diceritakan oleh Aisyah radiallahu

Riadah Pemangkin Ukhuwah

Image
  KAHERAH, 26 Mei 2014- Pada 23 dan 25 Mei yang lalu, Unit Kebudayaan, Kesenian, dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah menganjurkan aktiviti bermain bowling di International Bowling Centre, Kaherah. Antara tujuan penganjuran aktiviti ini adalah bagi mengukuhkan ukhuwah sesama ahli BKAWM melalui aktiviti sukan. Selain itu, aktiviti beriadah juga menjadi medium bagi merehatkan minda di musim imtihan ini. Pada 23 Mei, 20 siswa telah bertolak ke IBC selepas solat maghrib dan menamatkan satu pusingan permainan. Manakala bagi sebelah siswi pula, aktiviti telah dijalankan pada 25 Mei, dan bermula pada jam 11 pagi. Pihak UKKS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana telah menjayakan aktiviti bermain bowling pada kali ini. Semoga program yang dijalankan dapat memberi manfaat dan mencapai objektif yang telah disusun.

Kalam Pimpinan: Persekitaran Kondusif Menjamin Kesihatan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang           Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan inayah-NYA kita masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat kehidupan. Melalui nikmat kehidupan ini, kita dapat merasai nikmat iman dan islam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda. Firman Allah SWT, mafhumnya; “…sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. “ ( Surah Al-Baqarah, ayat 222.)           Berdasarkan ayat Al-Quran di atas maka, jelaslah kepada kita bahawa kebersihan itu adalah suatu keperluan yang mesti diterapkan dalam diri seorang muslim yang berpegang teguh dengan syari’at Allah SWT. Dalam fatrah peperiksaan yang kian menjelang tiba ini, amatlah wajar bagi kita untuk menjaga kebersihan sama ada diri, pakaian, tempat tinggal, masjid serta alam sekitar. Hal in