Salam.
Sekarang aku dah jarang makan roti canai. Lagipun roti canai bukanlah makanan feveret. Cuma sesekali dalam beberapa bulan bila tak ada mood nak buat sarapan, suami akan ke kedai mamak 4 tambahan membeli beberapa keping roti canai dan roti telur. Aku makanlah agak-agak setengah keping.
Kalau nak makan roti canai, suami akan ke kedai yang sama sebab di kedai itu telurnya dibasuh terlebih dulu. Suami dah cek. Hati-hati kalau makan roti canai sebab sekiranya telur tidak dibasuh sudah semestinya ia tercemar dengan najis. Penebar roti canai akan memegang telur untuk membuat roti telur dan tangan yang sama akan digunakan untuk membuat roti yang lain dan lain lagi.
Dulu aku rajin juga membuat roti canai dan murtabak. Lama-lama aku malas sebab tak pandai nak menebar nipis-nipis. Aku cuma penyek-penyekkan dough dan menarik-nariknya ke tepi sehingga nipis. Tak ada skill langsung. Dan rasanya pun tak sesedap roti canai di kedai tapi cukup jugalah untuk melepaskan kehendak tekak.
Satu hari berbelas tahun yang lampau, semasa suami aku di tempat kerjanya, dia berasa teramatlah lapar walaupun hari baru pukul sembilan. Dia ke kedai makan berhampiran tempat kerjanya dan pekena roti canai dua keping dan teh tarik secawan. Lepas makan, memanglah burpp kekenyangan. Bila balik opis dan tengah bizi buat kerja, tiba-tiba dia teringat yang dia sebenarnya puasa pada hari itu. Puasa sunat. Dah terlupa. Kira rezki dialah...
hmmm.. nak masuk roti canai dalam menu puasa? Tak payah lah. Mungkin letak murtaba sebagai makanan tempelan. Beli di pasar ramadhan saja beberapa keping.
Masih pening lagi ni untuk menyiapkan menu.
kakpah
Followers
jom klik
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts
Wednesday, July 28, 2010
Tuesday, June 22, 2010
I need a vacation
Salam.
Kepenatan melampau , badan dan otak, menyebabkan mood untuk menulis terbantut. Rasa bersalah kerana memberhentikan guru yang telah lama menjadi keluarga aulad tambah memenatkan otak. Tapi ramai yang menyokong, membenarkan tindakan aku.
Membuat pilihan yang melibatkan perasaan dan persahabatan adalah sesuatu yang paling susah untuk dibuat. It involves broken hearts and shattered friendships. Yang tentu, aku memandang dia tidak lagi seperti dulu dan dia juga memandang aku tidak lagi seperti dulu.
Hairannya, dalam penat aku masih lagi sempat mencuba resepi yang aku cilok dari rumah del.
Del kata nama resepi ni egg in a basket. Cuma roti aku ni aku bakar tak cukup rangup. Namun, dengan extra cheese, cili sos dan mayonis, anak aku si adik memberi thumb up. Sedaaappp, katanya dan suruh aku buat lagi. Erkk, takdo maso lah dik. Lenkali jer ek....
Nak tau bahan dan caranya, pergilah ke deliah's deli.
Sekian untuk hari ini. Salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)