Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label lawak keluarga. Show all posts
Showing posts with label lawak keluarga. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

TUN TEJA

Tadi semasa menyelak helaian majallah sehelai demi sehelai, aku ternampak nama Tun Teja. Terus aku teringat pada aruah nenek hasben aku.

Nama nenek hasben aku ni Tijah tetapi cucu-cucu memberinya gelaran Tun Tijah. Oleh kerana nama itu agak berbelit lidah nak menyebutnya, lama-lama Tun Tijah sudah tinggal menjadi Tonti sahaja. Maka melekatlah nama Tonti di kalangan anak-anak, cucu cicit dah orang kampung.

Ada satu cerita yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Cerita ni aku dah cerita dulu tapi biasalah kan, cerita yang diulang-tayang ni sedap. Orang melaka memang cukup gemar ulang-tayang cerita berkali-kali sehinggakan kita dah hafal skrip. Orang melaka tu orang hasben akulah. Aku orang pilah.



Ada sesiapa yang berani pakai earings ini?



Ada satu masa, Tonti tinggal di rumah kami di bangi ni dalam seminggu lebih. Perangai Tonti ni, suka letak barang dia merata-rata dan apabila dia tak dapat cari, dia akan tuduh semua orang dalam rumah mengambilnya. Biasalah.. orang tua.

Dan satu lagi perangainya, bila dia makan buah, kulit dan bijinya akan dibuang ke laman rumah. Kalau makan ayam, tulangnya pun akan dibuang di laman rumah. Itu pun kalau semasa dia makan tu dia sedang duduk-duduk di kaki lima rumah ni. Padanya, laman rumah ni macam laman rumah di kampung. Main campak sesuka hati. Biasalah...... orang tua. Bibik akulah yang kena menyapu.

Pada satu hari, gigi palsunya hilang. Puas dia keluar ke dalam mencari giginya. Dan habislah semua orang di rumah ini kena tuduh. Walaupun merungut-rungut anak-anak sama-sama tolong carikan sebab selagi tak jumpa, Tonti sanggup berleter sehari suntuk. Telinga kami je lah yang tak sanggup mendengar.

kau ambek gigi aku ye..

La.. sapalah yang nak pakai gigi moyang tu.

Habis tu sapa ambek. Kalau kau tak ambek takkan hilang..

Macam tu lah dia berleter. Pot pet pot pet.....
Bila dah tak sanggup mendengar, semua orang lari menyorok dalam bilik masing-masing.

Seperti biasa, bibik aku akan menyapu laman rumah mengutip sampah yang dibuang oleh Tonti. Semasa menyapu itulah bibik aku terjumpa gigi palsu Tonti di atas rumput tepi pagar.

Ni gigi sapa ni!!!!!! jerit bibik.

Kami ketawa terbahak-bahak. Agaknya Tonti 'terbuang' gigi palsunya semasa dia membuang sisa makanan ke laman rumah.



Alfatihah buat arwah Tonti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...