Idah takdo talipon ko.
Aku jawab, Maso ni orang dah tak main talipon lai bah. Orang main sms dan main fesbuk yo.
Sms abah taulah. Fesbuk tu apokobondo.
Malas nak jawab takut abah lagi konpius, aku cakap je lah main tulis-tulis kat internet. Panjang dia punya ooooooo...
Dio tak ado cakap nak datang ?..
Sudah. Kalau abah bertanya macam tu mesti dia teragak dan rindu nak jumpa. Tup tup semalam idah sms cakap dia nak datang harini. Idah ni kerja cikgu. Masa cuti lah dia boleh nak datang pun.
Idah ialah sepupu aku. Emak dia adik kepada emak aku tapi idah dibesarkan oleh mak tua, kakak emak. Semasa aku kecil aku sering ke rumah mak tua di kuala lumpur dan bila pak tua pencen mereka pulang ke kampung. Rumah mereka betul-betul berhadapan dengan rumah aku, dipisahkan oleh jalan. Jadi, aku dengan idah kira sepupu yang rapatlah.
Pagi tadi selepas subuh aku bagitahu abah yang idah nak datang. Dia bertolak dari seremban awal mengikut suaminya yang bekerja di cyber jaya. Mengikut rancangannya, suami dropkan di rumah aku, pergi kerja dan petang habis kerja baru ambil mereka balik. Aku bagitahu abah macam tu. Abah nampak excited dan sebaik lepas sarapan, abah dah duduk di luar menunggu mereka tiba.
Aku pula ada perancangan lain; mahu jadikan anak-anaknya subjek untuk aku menembak.
Yang ini bernama Afifah.
Yang ini pula Sarah.
Yang ini Afif anak yang sulung.
Mereka tengah sibuk bermain dengan ikan-ikan di kolam. Afif kata boleh tak dia nak ambil ikan bawa balik. Aku cakap, cubalah tangkap. Kalau dapat tangkap bolehlah bawa pulang. Hehe usik ekor pun tak dapat apatah lagi nak nangkap.
Pendek kata, seharian ni rumah aku riuh dengan suara budak-budak. Dalam kesibukan itu sempat juga aku membuat roti untuk anak-anak ni makan.
Sekian.
kakpah