Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Pesta orkid dan flora.



Baru ni Akak sempat mengunjungi pesta orkid dan flora yg diadakan di Kuantan, dekat aje ngan umah akak..
Ramainya orang yg datang..mesti ramai peminat bunga-bungaan ni.. Ye lah.. Sape yang tak suka bunga kan.. 
Pandang bunga je dah rasa sejukk sangat..
Akak beli lah juga sikit bunga orkid sebagai tambahan untuk bunga yg sedia ada kat rumah..
Incik suami pulak beli pokok buah durian dua jenis, musang king pulak tu..
Tp lama nak tunggu berbuahnya weii.. Hihi



Sunday, November 15, 2015

Tahniah puteriku

Syukur kehadrat Ilahi, hari bahagia telah tiba,pada 7hb November 2015 baru-baru ini, puteri sulung kesayanganku telah  berjaya menggenggam segulung ijazah hasil penat lelahnya selama beberapa tahun ini, didalam bidang yang dipilihnya, architecture.

 Bukan mudah untuk berjaya, Ummi tau itu,tapi syukur lah syg, kau berjaya jg.. namun perjalanan mu masih terlalu jauh..
Tahniah my princess Nasyira. Ummi n Abah are so proud of you..

Ummi abadikan gambar kenangan ini untuk Ummi tatapi dan ingati sampai bila-bila.

Saat bahagia Ummi dan Abah.

Nenek dan adik2 pun tak ketinggalan tumpang berbangga :)





Tahniah sayangku.


Suasana didlm dewan ketika majlis sdg berlansung.

Friday, November 6, 2015

Happy birthday to me..

31hb Oktober datang lagi.. Bertambah lg bilangan angka umur Akak.. alhamdulillah syukur dgn nikmat yg Allah beri selama 40 tahun lebih ini..
Tiada yg lebih membahagiakan selain dikelilingi oleh insan2 yg disayangi dan menyayangi..
Terimakasih bondaku tersayang.. Engkau lah ratu hatiku.. Tanpa Ma takkan dpt ku mengenali erti hidup dan kebahagiaan didunia ini..
Terimakasih jg buat en suami dan ank2 .. Penyejuk dimata penawar dihati ku..
Pada Allah ku syukuri dan semoga dgn bertambahnya usiaku akan seiring dgn amal ibadah ku sebagai bekalan kenegeri yg kekal abadi.. Aamiin..
Oo ye by the way my birthday sama dgn tarikh 'hari hantu' atau halloween day yeaa.. Hihi
Tp tu mat salleh je yg sambut.. Kita org islam x sambut ye.. Hihi

Ok lh..
Tak sah lah kalau x tepek gambar sekitar hari jadi ummi ye.. Ni ank2 dan abahnya bawa ummi gi mkn2..
Dua kali dlm sehari ni lunch n dinner..
Kiranya ummi dia coti lh masak hari ni, sempena hari jadi..
Kalau gini nk sambut hari jadi setiap hari boleh tak??
:))
Ibu.. Engkau lah ratu hati ku..t.ksh..moga Allah sentiasa merahmatimu..


Acara suap menyuap lh pulak..

Kenangan ngan my princess..

Tengok apa lg.. Potong lah kek nya.
..
Jemput makan semua.. Feberet ummi ketam telor masin.
Alhamdulillah diats rezeki yg Allah beri..

Tuesday, October 13, 2015

Kesibukan duniawi dan peperiksaan..


Kerinduan berblog sentiasa ada.. Cuma masa yg membatasi.. Dgn urusan duniawi yg tak pernah habis..tapi bila Akak singgah membelek diblog sndiri hari ini.. Baru lah Akak sedar rupanya dah lama betul tak menulis diblog ini..sedangkan "Ariana story" masih dikunjungi sahabat2 samada yg mengenali maupun tidak..
Terimakasih pada yg sudi singgah ye..
InsyaAllah Akak akan cuba cari masa untuk menghupdate blog Akak yg dah bersawang ni..sedikit masa lg..
Inipun beberapa perkara duniawi yg perlu Akak buat dah hampir selesai..antaranya murid Akak sdg menduduki peperiksaan UPKK sekarang..dan Akak pun ditugaskan sebagai salah sorang pengawas peperiksaan yg akan berakhir pd hari Khamis ini.. Dan puteri bungsu Akak,Eisya pun sdg menduduki peperiksaan PT3 sekarang.. so.. Tlg doa2 kan murid dan anaknda Akak berjaya dlm peperiksaan mereka ye..
Dan mudah2an mood Akak utk berblog kembali semula ye..cuti sekolah pun dah hampir.. InsyaAllah banyak masa terluang nanti..
Salam Maal Hijrah buat semua.. Sampai disini dulu..
Akak belanja gambar sekeping dua.. 
Suasana di Kem motivasi UPKK sekolah Akak yg diadakan baru-baru ini,Alhamdulillah telah berjalan dgn lancar..,Persediaan dewan peperiksaan di sekolah Akak..dan sibungsu Akak..eisya.



Bengkel Bahasa Arab
Bengkel sirah

Pelajar sdg menikmati juadah.

Solat subuh dan riadhah dipantai antara kenangan yg tak mungkin dpt dilupakan oleh peserta kem.



Cenderamata dari tuan gurubesar kpd penyelia Kafa daerah Kuantan.
Berakhir kem yg diadakan selama dua hari satu malam. 
Dewan peperiksaan UPKK,Kafa An Nadwah,MNSA1.

All the best dlm PT3 buat Eisya..my darling princess..:))Umi know u can do it..

Monday, March 23, 2015

Musim kenduri kawin

Sudah menjadi kebiasaan, bila cuti sekolah berebut org nk buat kenduri kawin kan.. Kdg sampai duatiga majlis dlm sehari pun ada.. Kalau rmh yg buat kenduri tu dekat2 kita pun terpaksalah mkn sikit2 je disetiap kenduri sampai lh kekenduri yg terakhir sampai kekenyangan yg teramat kita, tapi yg penting kita dpt memenuhi undangan.. 

Dalam cuti sekolah baru - baru ni, alhamdulilah kami sekeluarga dpt memenuhi dua undangan majlis kenduri..
Pada Sabtu lepas di Kg. umbai, Melaka dan Sabtu minggu terakhir cuti di Kuala terengganu.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada semua pasangan pengantin baru diluar sana..
Semoga berkekalan, berbahagia untill jannah..
Pandai2 lah menjaga keharmonian rumahtangga baik bg sisuami maupun isteri..
Banyakkkan bersabar, serta memohon dari Ilahi semoga rumahtangga mendapat rahmat dan keberkatan, dunia akhirat..

Kalau ada rezeki, kami pun teringin sgt jg bermenantu dan bercucu.. Hihi
Apapun jodoh, ajal maut semuanya ditangan tuhan.. Anak sulung akak dah 24 tahun, tp tengah ralit belajar lg..:)

Jom tgk gambar kenangan kami di Melaka dan Terengganu.


Ni sempat pinjam pengantin perempuan je yg baju putih tu diapit oleh ayah dan ibunya yg berbaju biru..
Sebenarnya akak dan suami kenal ibubapa pengantin waktu suami akak belajar di Minneapolis Usa lebih kurang
22 tahun yg lalu, dan pengantin perempuan pun dilahirkan disana..
Seronok sgt bila dpt berjumpa dgn teman2 lama yg dh lama tak jumpa..
Pengantin bergambar dgn kwn2nya..
Sori lah auntie x sempat nk bergambar diatas pentas tu.. Sbb nmpk x putus2 sedare mara dan kenkawan pengantin yg bergambar..bg can diorang lah..

Last2 kami yg bergambar dibwh .. Hihi
Kami bertiga kenalan lama waktu di Us dulu..


Nak jg posing ngan ank dara kami yg sulung ni..
Lepas majlis, sempat lh round2 ke bandar Melaka sekejap, tapi x turun pun sekadar pusing2 menikmati pemandangan dan berhenti ambil gambar sekejap.. Sebab sebelum ni dh pernah melawat melaka beberapa kali siap masuk dalam semua muzium dan Kapal besar tu, mendaki puncak bukit A famosa lagi.. Kami pun nak terus balik ke Kuantan lepas ni..Syira ank sulung kami pun nak cepat balik ke Uia.




Meet Syira n tiha.. Berposing nombir satu..

Ni sibungsu Eisya..


Ok tamat kisah di Bandaraya bersejarah..
Jom ke Terengganu kite plk..

Masjid Sultan Zainal Abidin di Kuala Ibai.


Majlis yg sederhana meriah diadakan di Qurrata riverview resort..pemandangannya sgt indah dgn tiupan angin sepoi2 bahasa.. 
Pengantin perempuan merupakan saudara duapupu sebelah suami akak.







 Nak juga bergambar berdua tu..



Slmt pengantin baru..


T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink