Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label kongsi info. Show all posts
Showing posts with label kongsi info. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Akhirnya parlimen bubar hari ini 3hb April 2013.


Parlimen Bubar
Berita Terkini: Parlimen Bubar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini (3 April 2013) bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 13.(pru 13)
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Dah lama rakyat tertungu-tunggu..
Mari lah sama-sama kita menanam azam untuk memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik,demi masa depan anak cucu kita juga.
 Tak lama selepas pengumuman ini dibuat, hujan rahmat turun membasahi bumi Kuantan yang telah ketandusan sejak skian lama. Syukur alhamdulillah.


Saturday, January 12, 2013

Wardina dan masjid indah.

Gambar2 ini di ambil dari facebook Wardina ketika lawatan beliau ke masjid2 yg indah di Jawa Timur, Indonesia  sempena pengambaran nya untuk rancangan tv Al hidayah. Manisnya Wardina disisi masjid yang indah..tak sabar nak menyaksikan program ini nanti, yang akan memaparkan kehalusan, keindahan dan kesenian senibina islam.

Thursday, December 6, 2012

Fatiha dan Keratoconus nya.

 Pagi tadi jam 8 am anaknda akak Nur Fatiha telah selamat menjalani satu pembedahan kecil matanya di hospital UIA Kuantan.( Pembedahan cross-linking) .
Kos pembedahan ini adalah sebanyak RM 1500. Namun nilai nikmat pancaindera itu amat berharga dan tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya..

Kos pembedahan
  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hanya memakan masa selama lebih kurang 40 minit sahaja.

 KERATOCONUS- Begitu lah nama penyakit mata Tiha ni..pelik dan jarang sekali didengar kan..Akak pun terpaksa buat survey pasal penyakit ni bila diberitahu oleh Doktor tentang masalah mata Tiha ni kira-kira setahun yang lalu. Sebelum ni kami sangkakan hanya masalah rabun biasa saja..rupanya lain dari yang lain..Nasib baik lah dah ada kemudahan ternet ni, dihujung jari je kita petik dah dapat tahu pasal apa saja yang kita nak tahu..syukur alhamdulillah.
So, mungkin ramai diluar sana yang nak tahu pasal KEROTOCONUS ni, akak dah minta izin share dari blog seorang doktor muda ni..(My optometris journey).
Jom baca...mana tahu, satu hari nanti salah seorang ahli keluarga anda dikesan ada penyakit ini juga..






Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja dengan nisbah 4-600:100 000. Nisbah kaum yang berisiko di Malaysia adalah:
India > Melayu > Cina

Kawasan tengah kornea membonjol keluar.

Apa itu keratoconus??
---> salah satu penyakit pada mata yang mengakibatkan kawasan tengah kornea pada mata mula membonjol keluar. ini akan menghasilkan bentuk kornea ini akan kelihatan seperti seolah-olah menjadi bentuk kon.
Proses penipisan lapisan sel pada tengah kornea yang boleh membawa kepada keratoconus.

Siapakah yang berisiko untuk mendapatkan penyakit ini???
  • Mereka yang ada sejarah/keturunan
  • Mereka yang ada gangguan sistemik lain seperti sindrom Marfan, sindrom Down
  • Mereka yang ada allergik dan hypersensitiviti yang selalu gatal mata dan menggosoknya dengan agresif
  • Sejarah buruk mengenai pemakaian kanta sentuh.
Antara gejala yang pesakit kertokonus akan rasai adalah:-
1. Penglihatan berganda pada sebelah mata/ monocular double vision.
2. Halos ataupun bayang-bayang seperti pelangi ataupun cecincin di sekeliling cahaya.

Halos yang selalu dilihat disekeliling cahaya.

3. Rasa teramat silau dan sensitif kepada cahaya.
4. tidak dapat melihat objek yang pada jarak jauh dengan jelas.
5. sakit kepala/ asthenopia
6.Kerap menggosok mata dengan menggunakan tangan.
7. Kerap menukar kaca mata (3-4 kali setahun) akibat power yang meningkat.

Apakah penyakit ini boleh berkembang???
ya penyakit ini boleh berubah menjadi semakin teruk jika tidak dirawat. Ada 4 peringkat dalam penyakit ini:-
1. Peringkat 1 (Peringkat permulaan)
2. Peringkat 2 
3. Peringkat 3
4. Peringkat 4 (Peringkat Advanced)

Lihatlah sahaja penglihatan keratoconus pada peringkat 4.

Apakah rawatan yang ada untuk pesakit keratoconus ini???
1. Kaca mata
2. Kanta sentuh
3. Rawatan oleh oftalmologi.

1. Kaca mata
---> cuma sesuai untuk peringkat 1 sahaja. tetapi pesakit perlu selalu menukark kaca mata kerana kuasa mata yang selalu berubah-ubah. dan penglihatan dengan kaca mata juga tidaklah begitu baik. Kanta sentuh adalah pilihan seterusnya.

Semuanya akan kelihatan kabur akibat kehadiran silau yang tinggi pada permukaan depan mata.

2. Kanta sentuh
---> terdapat pelbagai pilihan kanta sentuh untuk pesakit keratoconus ini memandangkan penyakit ini adalah terbaik dibetulkan dengan menggunakan kanta sentuh. Contohnya :-
        a. kanta sentuh separa keras untuk kes pada peringkat 1
        b. kanta sentuh separa keras dengan rekabentuk asferik
        c. Kanta sentuh hibrid iaitu Soft K- Soflex
        d. Kanta sentuh 'piggy back' 
        e. Kanta sentuh lebih besar- Scleral lens


Kanta sentuh separa keras untuk pesakit keratoconus.

# p/s: kanta ini amat selamat digunakan kerana ia tidak meliputi keseluruhan kornea, ini memudahkan pengaliran oksigen ke dalam dengan efektif melalui air mata.

Ini adalah contoh kanta sentuh 'piggy back' iaitu kanta sentuh ini dipakai 2 jenis yang berbeza sekali gus. kanta sentuh lembut dibawah dan kanta sentuh separa keras di bahagian atasnya.

#p/s: biasanya digunakan untuk pesakit yang sangat sensitif dan tidak dapat menyesuaikan diri terhadap kanta sentuh separa keras jika menggunakan kanta sentuh separa keras sahaja.

Perbezaan kanta sentuh scleral (kiri) dengan kanta sentuh separa keras (kanan) untuk pesakit keratoconus.

Kanta scleral adalah kanta sentuh separa keras juga tetapi ianya didapati dalan diameter yang lebih besar.

3. Rawatan oftalmologi
     Antara rawatan yang ada untuk oftalmologi jalankan terhadap pesakit keratoconus adalah: 
         a. rawatan intacts
         b. rawatan cross-linking
         c. rawatan corneal graft

                           
Rawatan intact yang akan digunakan oleh oftalmologi untuk meratakan kawasan tengah kornea yang curam.

Rawatan cross-linking. Rawatan ini menggunakan prinsip untuk menguatkan ikatan lapisan kornea menggunakan bahan yang dikeanli senabagi riboflavin.

inilah rawatan yang diberikan kepada permukaan kornea pesakit keratoconus.

apa yang berlaku selepas rawatan crosslinking terhadap permukaan kornea pesakit.

Rawatan corneal graft penyelesaian untuk pesakit di peringkat 4.

 #p/s: Pesakit di peringkat 4 ini yang akan menyebabkan kornea berparut dan dan memang memerlukan penderma kornea untuk transplant dijalankan.

Kesimpulan: 
Jika anda mempunyai gejala dan simptom seperti yang dinyatakan di atas, jalanilah ujian penglihatan untuk memastikan anda dapat dirawat dengan secepat mungkin sebelum penyakit ini berkembang ke peringkat yang lebih teruk. Semakin cepat dikesan, semakin tinggi peluang keberjayaan untuk penglihatan yang optimum.
>(^____^)<

kredit utk blog Doktor muda ini.

Akhirnya semoga Tiha cepat sembuh..lepas ni lebih "Nice view" ye darling..!


Friday, November 30, 2012

Buku " Mama saya lapar.."

Akak tengah tunggu hubby balik dari opis ni, ambik akak dan anak-anak dan terus ke KL. Sebenarnya hubby ada seminar  esok,so akak ngan anak-anak biasa lah..mesti nak ikut sama..kebetulan cuti, boleh lah..:)


Dalam pada tu, Akak terjumpa ni.. kat fb Wardina saffiyah yang akak minati tu..so, akak nak share ngan kengkawan pulak..
Akak pasti ramai ibu2 diluar sana yang menghadapi masalah mengenai pemakanan anak-anak..mudah-mudahan sedikit sebanyak buku ni dapat membantu..

Buku "Mama, Saya Lapar" diterbitkan pada tahun 2010. Alhamdulillah sekarang dah masuk cetakan ke-4 :) Buku ni sesuai untuk semua ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak.

Ramai tanya nak beli kat mana, saya tak pasti ada di semua kedai buku atau tak tapi boleh cuba hubungi terus penerbit iaitu Alaf 21 > http://rkurl.com/belibuku


Thursday, November 15, 2012

Apa itu AES (Automated Enforcement System)

AES (Automated Enforcement System)

Dah lama akak nak sangat tahu pasal ni..sebab hubby akak  selalu benar "Terkena", almaklumlah dia memang selalu ulang alik Kuantan-KL dan beberapa buah daerah lagi atas urusan kerja, kalau dah nak g meeting tu, memang speed habis lah dia..huhu.
T.kasih kat rakan blogger. Al Wardah akak tumpang copy paste ye..:)

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali dengan
 nama singkatanAES (Automated Enforcement System)  sedang hangat 
diperkatakan. AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara 
automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang 
dipasang diatas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera 
(gambar dan video). 
Pemasangan AES ni kebanyakkannya diletakkan di kawasan 
yang sering terjadi kemalangan sahaja atau dalam bahasa paling mudah 
ialah 'lokasi maut'. 

Antara kesalahan yang akan dirakam oleh AES seperti memandu 
melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat
Dijangkakan lebih banyak lagi kamera akan 
dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua nanti. Ada yang 
berpendapat AES ni akan memberi kebaikan dari sudut positif 
dan ada juga yang membantah tentang perlaksanaan AES. 

Antara lokasi yang telah melaksanakan AES ialah di Putrajaya, 
Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.




Owh..macam ni rupa benda nya ye..huhu.Lepas ni kena perhati betul2 lah..

Tahukah anda apa itu AES?

a) Apa itu AES – Automated Enforcement System 
    (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang 
lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau 
dalam apa jua keadaan cuaca.

b) Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik 
di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan 
lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang 
melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES 
kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. 
JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & 
mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?

Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.

d) Siapa yang mengendalikan AES?

AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta 
yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.

e) Apakah teknologi yang digunakan?

Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia
manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot 
dari Jerman.

f) Di mana kamera AES dipasang?

Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang 
ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia 
[MIROS]

g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?

Kedua-dua syarikat ini diberi hak oleh Kerajaan untuk memasang kamera 
di lokasi yang telah ditetapkan.

h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?

Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang 
telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat
RM16 setiap saman yang dibayar.

i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya 
hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik
bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu 
JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

j) Apa itu SAMAN

Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

k) Adakah SAMAN perlu dibayar?

Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir 
ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?

Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun 
juga RM300.

m) Apa itu kompaun?

Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar 
denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak 
hadir ke Mahkamah.

n) Apa hukuman di bawah AES?

a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), 
denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda 
minimum RM300 dan maksimum RM2000

o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN 
tidak membayar kompaun?

Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah 
yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap 
boleh dikeluarkan.

p) Apa itu Waran Tangkap?

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk dibawa 
ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang 
yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan 
kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau 
hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.

q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?

Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.

Tuduhan akan dibacakan.

Contoh tuduhan

"Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 
Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor 
sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah 
memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi 
hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal
mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan 
hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan 
satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 
dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh 
dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 
(Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku bersalah?

Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta 
untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima &
maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. 
Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira 
kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga
& penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. 
Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti 
yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan 
jaminan berkelakuan baik.

Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan 
tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa 
OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan 
bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti 
gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa 
perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah 
akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. 
Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan,
maka Mahkamah akan melepaskan OKS.


Sumber:
TERBITAN

JAWATANKUASA KEMPEN ANTI SAMAN EKOR
[KASE]

Thursday, November 8, 2012

Blog berwajah baru

 Yeay...Blog akak dah berwajah baru, mood akak pun dah berubah baru..
Sekarang,baru lah rasa senang hati dan sedap mata memandang bila akak buka blog Ariana's story..hihi
Kalau dulu, semuanya agak berterabur,sekarang dah kemas.Semuanya kerana pertolongan dari rakan blogger yang kreatif lagi berbakat ni..Apa pendapat korang..setelah di renovate sana sini, ok tak rumah akak sekarang?


Jom kenal ngan .Cik Rose cute  :-) 
Kalau nak tau dia lah yang bantu akak..al maklumlah akak ni bukannya mahir sangat bab menghias blog ni,tambah pulak dengan kesibukan kerja..

Kat sini, akak sekali lagi nak ucapkan terimakasih banyak kat Che Ros..
Moga Che Ros terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi especially dunia menghias blog ni..
Nampaknya dah banyak juga tempahan yang CheRos dah terima ye..Tahniah!
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus ke blog CR.

Wassalam
   

Tuesday, August 14, 2012

Buat kad raya sendiri

Assalamualaikum.

Setelah beberapa lama menggodek kat google dan menepek kat photo scape..ni lah hasilnya..Jgn gelak..
( Akak tak pandai macam korang ekk..)

 Dan ini...

Apapun kalau korang nak tau cara nak buat kad sendiri atau nak gambar kad raya percuma..silalah singgah ke blog2 ni..

Nuriz space
Irwanzul blog

Dan yang paling senang lagi..kalau nak down load kadraya percuma..banayak pilihan Kat sini .
Ok lah Selamat mendesign kad raya sendiri..( pada yang dah pandai tu..dok diam2..kasi can yg belum pandai..hehe)

Kredit utk semua blogger kat atas.


Thursday, May 31, 2012

Mengapa air hujan buat kita demam

Mengapa Air Hujan Buat Kita Demam
Dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, kadang panas dan kerap juga hujan turun dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika kita kanak-kanak emak selalu pesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak hingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya kalau terkena hujan kita akan demam? Sebenarnya apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang  kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.

Namum jika seluruh badan kita yang terkena hujan, tidak mengapa pula, kita tak akan demam.

Ini kerana tubuh kita menpunyai suhu yang sama. Tambahan pula jika kita bermain dalam hujan, tubuh kita akan menjadi panas. Dengan itu badan kita yang panas boleh menahan suhu sejuk yang disebabkan air hujan.

Jika kita terkena air hujan, maka kita harus mandi, lebih bagus jika dapat mandi dengan air panas, agar suhu kita menjadi stabil. Tekanan udara yang rendah seperti hujan, mendung dan kelembapan tinggi adalah punca menyebabkan kanak-kanak mudah terkena demam.

Oh macam tu rupanya..:-0


Thursday, April 12, 2012

Untuk yang suka membaca

Assalamualaikum.

Hari ni akak cuma nak promote buku-buku menarik yang terdapat kat Inteam mobile ni..banyak juga..Bagi yang gemar membaca tu, apakata singgah check kat sini dan buat pilihan..lagi pun tak lama lagi akan diadakanPesta buku KLCC ( 27 april-6 Mei ni...Mesti ada diskaun kat situ nanti..
Tengok sini..
Inteam mobile on line mall

Menarik kan..ada banyak lagi..sila ke laman web diatas..Banyak buku lain lagi..nak tau harga klik je..sini

Thursday, February 16, 2012

Teknik dan khasiat mandi songsang

Assalamualaikum.
Pagi ni Ariana nak kongsikan info tentang " mandi songsang". Nak tau apa itu mandi songsang, jom baca ni..

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan

Jadi , apa itu mandi songsang? 
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

Kebaikan dan kelebihan

  1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
  2. Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
  4. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar
  7. Meninggikan daya ingatan
  8. Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  11. Memiliki daya ketahanan mental
  12. Menambahkan semangat berani
  13. Menguatkan gusi dan gigi
  14. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. 
Wallahua'lam.

Kredit: Blog ni.

Tuesday, January 31, 2012

Toaster..oh toaster

Assalamulaikum.

Semua orang tahu apa itu toaster atau pembakar roti kan..

Baru-baru ni pembakar roti Akak yang dah berusia hampir sebaya dengan anak sulung Akak Yaya ( 21 tahun) rosak lah pulak..Ye lah..dah lama sangat kan. Tapi brand "Philips"  memang bagus. Takpernah buat hal sebelum ni, walau pun dipakai dengan begitu lasak dan kerap sekali. ( Al maklumlah sebab hubby akak tu penggemar roti bakar! )

Rosak dah Mr Philips.


So, dah sampai lah masa berganti yang baru. Kebetulan memang nak cari hadiah perkahwinan cousin akak, Huda, so terus beli dua. Satu untuk Huda satu untuk kami.

Terus selimutkan yang baru..sayang..hehe

Patah  tumbuh hilang berganti. Try Mrs Elba pulak.

Cik abg kata..pakai cermat-cermat sikit..hehe


Kat rumah akak kalau tak de pembakar roti ni,  susahlah sebab Cik abang akak tu suka sangat makan roti bakar. Lagipun nak buat dia senang, Eisya yang kecik tu pun boleh tolong buat kan roti bakar untuk abah dia..hehe.

Jom tengok macam-macam bentuk model " toaster" yang lain. Saja suka-suka kongsi info.


Ini adalah model toaster lama, sebelum ada "pop up toaster" Thn 1910.
General Electric Model D-12 toaster, from 1910s

Ini pula toaster moden yang terdapat berbagai bentuk dan warna, Menarik kan.

       
                          
Gambar: Google.




                                 



Thursday, January 26, 2012

Rawatan resdung ( sinus)

Assalamualaikum.

Semalam akak kekedai yang biasa akak kunjungi untuk rawatan facial akak. Tujuan asalnya macam biasalah..sesekali memanjakan diri.. hanya nak rawat muka yang memang dah jadi rutin bulanan akak.

Macam-macam produk kecantikan yang dijual



Tengah dok buat facial tu..( mata bertutup ngan kapas tu..) , terdengarlah pelanggan baru datang nak buat rawatan facial resdung katanya. akak pun pasang telinga lah..Rupanya dah banyak kali dia buat, tapi masih banyak juga resdungnya..Cuma menurutnya bila buat facial resdung ni, agak kuranglah jerawat dia dan gatal-gatal pun hilang. Akak pun terus teringat yang telinga akak dan hubby pun..gatal sangat-sangat kebelakangan ni..mungkinkah..resdung juga ke? So, bila ada peluang mencelah..akak pun tebalkan muka dan terus beritau masalah akak..memang sah..tanda-tanda resdung lah tu..

Seingat akak masa zaman sekolah dulu pernah lah sekali akak ikut kawan pergi berubat resdung ni, itupun sebab masa zaman remaja akak dulu memang banyak jerawat kat muka ni..Sekarang sejak dah meningkat umur ni, jerawat dah kurang, cuma yg tinggal bekas-bekas jerawat jelah..lepas tu, pekerja spa tu kata, resdung ni tak semestinya jerawat je,gatal telinga pun antara tandanya juga dan dia kata lagi kalau nak ikutkan semua orang ada resdung, cuma antara kuat dan tak je..

Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan resdung . Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan 'resah hidung' yang telah digabungkan. Resdung adalah satu keadaan di mana seseorang menjadi alah kepada pelbagai agen persekitaran seperti habuk, debu atau biji-biji debunga dan tumbuh-tumbuhan.
Oh..akak pun terus buat keputusan nak buat juga rawatan resdung hari tu..lepas habis rawatan muka, maka berasap lah pulak..bagi yang dah biasa buat rawatan resdung ni tentu dah tau macamana rupa alat  atau gulungan atau " rokok" untuk " perasap " tu kan..

Ni lah " rokok" rawatan resdung.Caranya bakar dari hujung sampai separuh.

Oleh kerana ini adalah rawatan kali pertama , terbatuk dan sesak nafas juga akak, dah habis tu, bertepek kat dalam hidung hama ( ulat resdung) yang tertanggal..huhu..geli pun ada.

Akak punya kagum siap beli dua batang alat tu bawa balik untuk hubby pula..hahaha.
 dan nak tau, malam tu akak jadi lah " perawat resdung" untuk hubby akak..siap paksa dia, mulanya dia taknak, akak paksa juga..Akhirnya dia pulak yang suruh akak beli lagi..tunggulah tengok macamana, kalau ada perubahan, bolehlah teruskan buat rawatan sendiri kat rumah..:) Lebih jimat dan senang.

Berikut akak kongsikan laman web spa ni dan Ini ..tentang rawatan resdung..

Antara tanda-tanda resdung ialah:
Kerap bersin-antara tanda.( google)

1- Gatal-gatal muka
2- Mata merah
3- Hidung berair
4- Sering bersin
5- Gatal hidung/ telinga
6- Sakit kepala
7- Jerawat
8- Nafas berbau

Pada korang yang ada tanda-tanda seperti diatas tu, cepat-cepat lah pergi buat rawatan ye..sebab akak dengar resdung yang dah teruk, memang dahsyat juga, boleh berlubang hidung tau..huhu. Jangan pandang remeh..!
Mcm ni lah rawatan tu..tp ni gambar pinjam google.
Ok. Selamat memanjakan diri. Jumpa lagi.:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink