Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, February 1, 2013

Universal Studio,Singapore.

Sambung kisah makan angin. Kali ni ke USS pula.

Sabtu, 26hb januari 2013.

8.00 am- Menaiki bas dari Stesen bas Larkin menggunakan bas travel agent yang disediakan..Mostly dalam bas semua orang melayu dan orang Malaysia.Seperti semalam, kena turun di dua checkpoint iaitu d JB dan di Checkpoint Singapore untuk pemeriksaan kastam,semuanya berjalan lancar dan dalam masa lebih kurang sejam setengah kami pun sampai ke Universal Studio, Singapore.Kami diberitahu oleh driver supaya berada di situ semula pada jam 8.00 pm nanti, kerana bas akan berangkat pulang ke JB.
Suasana dalam bas dari stesen Larkin ke USS.


Alhamdulillah, tak perlu beratur untuk beli tiket, sebab tiket dah ada.
Belum pun masuk kedalam, kat luar mata kami dah terpegun kat globe universal studio yang besar tu..
Boleh dikatakan semua pelancung berebut nak bergambar kat situ dulu, almaklum lah, itu lah bukti kaki dah menjejak ke USS, Globe tu pulak berpusing, so masing-masing nak tunggu tulisan tu menghala kedepan untuk bergambar..hihi.

Pintu masuk ke USS. org ramai sdg beratur nak beli tiket.


Dah siap berposing kat depan tu, masuk lah kami kedalam taman tema USS, tak tau nak kemana dulu, sebab macam-macam ada kat dalam tu, hubby pesan pada anak2, andai kata terpisah ke,supaya tunggu je kat depan pintu besar tu nanti,tapi, kami masing2 jalan dekat2, takut terpisah..hihi.
Cuaca pada hari itu, sangat lah panas terik..akak dah rasa nak pitam, tapi sesekali bila masuk ke bahagian "in door" lega semula, paling best dekat tayangan 3D , sebab semuanya macam real sangat..takut pun ada sebab kat tayangan taransformer tu kerusi kita memang betul2 bergerak, dan bila aksi berlawan dan berlanggar tu, rasa nak tercabut juga jantung akak ni, tapi, cepat2 pejam kan mata, , baru kurang sikit rasa takut, akak dah perasan lama, kalau takut gayat ke, pejam mata, so kurang sikit rasa takut tu sbb kita tak tau apa yg berlaku, tapi anak2 sume mengejek Umi dia..rugii lah sbb tak tengok..huhu..biar lah...kalau tidak serun sangat dilambung-lambung tu..

Isya dgn tiket USS
Yang ini, sori ye, akak tak naik..huhu
Isya sedang tgk map USS
Roller coaster memang akak dan hubby tak naik dan tak sanggup nak naik,tapi bagi orang muda itu lah yang palin mereka suka..thrill sgt..huhu.
kami berdua tunggu je lah anak2 kat bawah..
Sebenarnya, banyak juga game yang akak skip..suruh anak2 je..


Tengah menunggu anak2 ,ada pulak parade..semua kena bagi laluan kat kereta berhias yang lalu..macam2 watak lah ada..katun shrek pun ada, dinosour , macam2 lah..







Dalam banyak2, Castle ni memang cantik..
This grammy award goes to....

Boleh beli satu bawak balik kalau berkenan..


Restoren.
Demikian lah panjang lebarnya kisah kat USS, akhirnya dengan kesakitan kaki yg amat sangat kami pun pulang ke JB dengan seribu satu kenangan..

Oh ye, kalau boleh, bawa lah bekal makanan sendiri sprti roti dan sbgainya bila mengunjungi USS ni, sebab agak susah nak cari yg ada logo halal dan agak mahal juga..Kalau setakat air minuman, no problem..

Cable car dari Sentosa resort ke JB


 Ada rezeki teringin juga nak naik ni satu hari nanti..

Alhamdulillah, selamat sampai hotel kami di Grand blue wave JB..tidur dgn lenanya akibat kepenatan..



OTW balik ke Kuantan esok harinya, kami sempat singgah kat lego land pulak..alang2 berjalan kata hubby..hihi

Kisah kat Lego Land tak sempat dah..in sya allah esok pulak ye..

14 comments:

funfliffy said...

Salam boleh tak emel details ttng travel agent tu, funfliffy@gmail.com sy juga dufuk di kuantan :)

maszull said...

assalamualaikum ariana...biasala kita yg dah berusia ni mmg takut nak naik roller coaster tu anak2 seronok jer...;)

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak pun sama cikgu upah beribu pun suruh naik roller-coster tu memang kakak tak mahu..

mamyharraz said...

cuaca skrg ni mmg terik kak..
apapun biar letih sikit yg penting happening dgn family tercinta.

globe tu idaman semorang nak bergambar kak hehe tanda dtg kesitu kan..

umiawadah said...

seronoknya bercuti kat sana...akhirnya habis juga perjalanan tu ye...

munna said...

wah! seronoknya..... munna jangankan singapore... jb pun tak sampai lagi

najihahfara said...

seronoknya.

Cik Wani said...

salam akk, wani nak email about travel agent yang akk amek tu boleh x.. email kt n_azwani91@yahoo.com.. tq kak :)

ariana said...

Kpd yg bertanyakan email syarikat perlancungan tu www.erwintravel.com.my

NEKCIK said...

ooo berombongan gamaknya ye...ni kat obersea jugakni..nekcik round round kat luar tu jer...

Unknown said...

salam perkenalan..seronok nye jalan2 yer kak. done follow sini juga. jemput singgah blog sy juga.

NzA said...

akak tringin la nk ke sana bila tgk n3 akak...akak guna travel mana n brapa bayaran bas + tiket perperson tu.......nnti yah dtg blk tgk komen akak ye.....

Unknown said...

bestnya...teringin juga nak ke sana suatu hari nanti....insya-Allah...

Anonymous said...

Alhamdulillah, dapat jejak kaki di USS, dan enjoyed.

Kak ani ni kalau dengar kena berjalan tu, keinginan nak ke satu-satu tempat akan menurun peratusnya mengenangkan keadaan sendiri.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink