Ni pulak kisah ptg tadi di tempat akak mengajar..
Semua murid dtg berpakaian cantik,bermacam warna,meriah sungguh..almaklum lah sambutan hari raya aidilfitri.
Makanan pun bermacam jenis,guru dan murid2 pakat bawak sikit sorang..kesudahan nya bukan main banyak lg..Alhamdulillah rezeki..
Siap blh tapau sikit sorang lagi..
Jom tgk gambar kemeriahan anak2 akak..
Sempat pesan kat anak2,gembira,gembira juga,tapi jgn kita lupa pada saudara kita di negara lain yg serba serbi kekurangan sekarang..bahkan ada yg sedang menderita akibat peperangan..:(
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Friday, August 15, 2014
Jamuan raya anak2.
Saturday, July 26, 2014
Kuih raya
Tahun ni Akak banyak beli je kuih raya,lagipun sekarang dah banyak kuih raya yg dijual dengan harga yg berpatutan,tapi akak lebih suka beli dari kawan2 yang akak kenal dari beli di bazar atau gerai.Selain dapat bantu kawan,rasa dia pun sedap dan terjamin mutu dia..
Tahun ni akak tak nak beli banyak sangat sebab takut membazir macam tahun2 lepas,tambahan lagi pada hari raya kelima ini insyaallah kami sekeluarga akan bermusafir lagi selama 4 hari ke Ho Chi minh City,Vietnam.
Tapi,walaupun banyak beli,kuih yang wajib akak buat iaitu kuih buah campur dan tat nenas tetap tak dilupa..
Dah 20 tahun lebih,setiap tahun mesti buat kuih ni sebab peberet incik suami,turun temurun dari arwah mak mertua akak lagi..
Jom tgk gambar kuih buah campur dan tat nenas yang sempat akak buat..
Saturday, July 19, 2014
Ifthar beramai-ramai
Minggu lepas,kami berpeluang berbuka puasa atau ifthar beramai-ramai diluar.
Seronok nya rasa..
Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni..
Adalah dalam 20 orang semuanya,family sebelah incik suami..
Tempat kami dah booking awal2,kalau tidak memang payah takut tempat dah penuh,lagipun tidak lah terkejar-kejar..
Sampai-sampai je,makanan pun dah terhidang sebab dah bagitau awal-awal menu apa nak makan..
Kebetulan pula hari jadi incik suami,so surprise kan dia dgn befday kek..memang terkejut betul dia,he don't even has a clue,x ingat lansung hari jadi dia..hihi
Jom layan gambar yg sempat diabadi kan..
Bertempat di Restoren Tursina,Tanjung Lumpur tmpt yg pemes dgn gerai ikan bakar dan seafood di Kuantan ni
.
Wednesday, July 16, 2014
Pulut durian harum(ala noxxa)
Hari ni ada request dari hubby plk..
Dah lama tak mkn pulut durian katanya..
Arwah mak mertua akak dulu selalu masak pulut durian ni..
Pulut dimakan dgn pengat durian..
Senang sgt nak buat dia..
Bertambah - tambah senang sebab durian dah siap di ambil isinya oleh cik abg lah mlm tadi,dan untuk masak pulutnya pulak..percaya tak hanya 5 minit dgn bantuan periuk ajaib noxxa akak.Tak perlu rendam beras bagai..air jgn banyak sgt,agak2 ampuh beras dia dh cukup..masak elok comey sgt tau..
Ni akak kasi resepi ringkas dia ngan gambar sekali..
Kalau nk lebih sedap menikmatinya,boleh simpan dlm peti sejuk dulu,dah sejukk,baru makan...mmg lazat dan harum...
BAHAN
Offcourse lah durian.
Santan
Gula merah
Gula putih
Secubit garam
Daun pandan
Pulut
Kemudian boleh lh dimasak..
Mula2, kacau santan dgn gula,garam,masukkan daun pandan,kacau lagi.
Akhir sekali masukkan durian..
Mesti sentiasa dikacau supaya x pecah minyak tau..
Ok
SELAMAT MENCUBA..
Friday, July 11, 2014
Kuah percik Kelantan stlye(kuah putih)
Sebenarnya tak susah pun nak buat dia..
Ikan atau ayam percik berkuah putih ini dikatakan berasal dari negeri Cik Siti Wan kembang.
Kalau dinegeri2 lain,kuahnya berwarna merah.
Dua2 pun sedap..
Lebih mudah,lebih jimat masa sebab akak membakar ikan dan ayam ni dgn menggunakan "magic pan" atau kuali serbaguna..
So,proses membakar ayam atau ikan tu sgt mudah,campak je dlm kuali..
Sebelum kita tgk gambar, berikut adalh bahan utk kuah percik..Manakala ayam atau ikan,cuci je dgn bersih dan bolehlah dibakar sehingga masak.
Bahan kuah:
6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
Sedikit halia
10 biji cili pili
Dua btg serai
Kesemua bahan di kisar
Santan
Asam keping.
Sedikit belacan
Garam,gula secukup rasa.