Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 17, 2015

Masjid biru, Istanbul.


Alhamdulillah, akhirnya dpat juga kami menjejakkan kaki didalam Masid biru, atau Masjid Sultan Ahmed ini.
Ia digelar masjid biru kerana jubin yg berwarna kebiruan dibahagian dalam.
Kalau dilihat dari sebelah luar mmg takada lansung warna birunya..
Jom kita lihat gambar..






Berlatar belakangkan masjid biru 
Perhatikan terdapat 6 kubah pada masjid ini.



Rak utk kasut. Sblm memasuki masjid kita dikehendaki menyimpan kadut kita didlm beg plastik yg disedia kan..


Dipintu masuk masjid







Bergambar kenangan beramai-ramai diluar Masjid biru.
Selain Masjid biru, Aya Sofia dan Topkapi Palace jg terletak sgt berdekatan anyara satu sama lain.
Walaubagaimanapun topkapi dikenakan sedikit bayaran untuk memasukinya.
Kami hanya berjalan dan meninjau dari luar sahaja..



Mmg indah senireka bangunan disini..



Ayah didlm masjid biru


Perhati kan map atau tunjuk arah kat blkg kami tu..


Berhenti rehat skjp..



Tgk tu.. Jagung nya kuning keemasan.. Mmg lazat jagung bakar istanbul..
Semua pakat beli..


Ni bas double decker.. Sape nk naik utk round2 Istanbul boleh lah.. Kami x naik pun, boleh tahan harga tiketnya..


Bergambar ramai2 sebagai kenangan..sweet memory ever..


Kelihatan di belakang ialah bangunan Topkapi palace..

Bermacam barangan yg dijual di sekitar, belum lg ke bazarnya yg besar..


Ni adalah mesin pemerah buah delima untuk dibuat jus delima.. Ralit kami memerhati.. Blm ada kat Msia alat ni..
Perut dah lapar kami singgah mkn disebuah gerai.. Dh jemu mkn roti.. Semua nk mkn nasi.. 
Walaupun nasinya berbau rempah turkeye style.. Tp dah lapar, ok lah.. Potion nasi nya sgt sedikit, yg banyak ialah saladnya.. Dlm hatiku patutlah kulit org Turki ni cntik2..hihi




Jemput mkn semua..

Dah penat berjalan semua..
Time to go back to our apartment..
Sebenarnya jarak aparment dgn kwsn masjid biru, aya sophia dan topkapi palace ni tak begitu jauh..
Kami hanya berjln kaki sahaja..
Sbb tu baju akak tu nmpk berlainan baju kan.. Sbb dua hari dok ulang alik tu..
Sehari tak cukup so sambung lg keesokan harinya..
Anyway Istanbul mmg best sgt..
Rasa nk pergi lg je..
Ok lh setakat ini dulu utk kali ni..
Akak tutup dgn gambar kucing2 liar yg kami jumpa disekitar lorong2 disini..
Walaupun terbiar namun semuanya sihat dan gebu2 belaka sbb mereka disini berebut nk kasi makan pd kucing2 ni..
Dibelakang kedai2 ada saja yg menyediakan makanan utk binatang kesayangan Rasulullah ini..
Msg2 berebut utk meraih pahala barangkali, tidak sprti di Malaysia..dimn binatang terbiar ini disepak terajang oleh sesetengah org.. Subhanallah..

Lelaki yg memberi mkn tu kelihatan mcm org yg susah jg atau homeless tp berhati mulia dan pemurah..



Comel kan..


Yg ini kami jumpa divlkg sebuah kedai roti yg mn sisa roti yg berlebihan itu diberikan kpd kucing oleh tuan kedai..

Oh ye..
Sebelum menutup tirai kisah kali ini
Akak nk tunjukkan gambar makanan atau manisan Turki iaitu Baklava..
Rasanya tersgt manisss ye..:)

Ini salah satu,ada banyak jenis sbnrnya..

4 comments:

Mun said...

baklava tu nampak menggoda :0
nyummm nyum..

gebu2 kucing kat sana ye sis...

ariana said...

@mun
Mmg baklava tu sgt menggoda mun..
Tp x blh nk mkn banyak sgt pun sbb terlebih manisss.. Hihi
Tq mun sudi sggah..:)

NEKCIK said...

i is jeleezz lah..hu..hu
mmg geram tengok kucing kucing kat sana..gumuk dan gebus..rasa macam nak masok poket bawak balik..ha..ha

ariana said...

@Nekcik
X perlu nk jelez sbb nekcik pun selalu je ke obersea kan..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink