http://www.metoffice.gov.uk/corporate/pressoffice/2010/volcano.html
Walaupun penerbangan ditangguhkan ..jantung masih berdegup laju. Asap gunung berapi dan letusan Eyjafjallajökull di Iceland masih belum reda malah bertambah buruk sehari sebelum kepulangan saya ke UK, 6 May 2010.Asap dan debu gunung berapi ini sangat bahaya kepada aliran trafik udara dan enjin kapal terbang. Debu gunung berapi mampu merosakkan enjin kapal terbang , seterusnya memusnahkan ventilasi kapal terbang , hydraulic , sistem elektronik dan juga data kawalan. risiko hilang signal udara juga boleh berlaku. Pada tahun 1982 , British Airways telah mengalami kerosakan enjin (total loss) kerana debu gunung berapi di Jawa-(kalau tak silap saya). Walaupun berjaya membuat pendaratan cemas...tetapi insiden penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth , Australia ini adalah seperti "mati hidup semula".Tiada kompromi keselamatan kapal terbang dan penumpang sekiranya gunung berapai meletus dan untuk itu satu polisi digubal. Tiada penerbangan boleh dijalankan sekiranya terdapat letusan gunung berapi yang berbahaya.
Seperti mati hidup semula? Hidup dan Mati ini hanya untukmu Ya Allah. Tetapi..berilah kami peluang untuk bertemu dan berjumpa kembali. Sering saya titipkan doa ini.....
Pada 19 April....saya cemas. Sepatutnya saya terbang kembali ke UK . Tetapi keadaan asap gunung berapi yang teruk menyebabkan kami agak panic. Berbelas kali saya dan suami berhubungan dalam sehari untuk update gunung berapi dan status penerbangan. Barang-barang semua telah siap saya packing. Ibu bapa saya juga turut cemas. Saya mula menunjukkan reaksi cemas saya dalam facebook. Berkat doa, nasihat kawan-kawan , ibu bapa ,adik beradik dan suami , akhirnya saya tangguhkan jua penerbangan walaupun pada ketika itu , Emirates tidak lagi membatalkan penerbangan saya.
Untuk berhubung denga Emirates bukanlah perkara yang mudah . Apatah lagi..ketika itu adalah hujung minggu. Pejabat Emirates di Pavillion Bukit bintang di tutup. Tutup? dalam kedaan disaster begini? Cuba pula menelefon Emirates di KLIA..tiada jawapan.Usah mengeluh....suami saya berusaha menghubungi Emirates di Manchester dan London. 'Line busy..'. Akhirnya , saya mengambil keputusan berkejar dari Muar ke KLIA pada tengah hari tersebut untuk mengetahui update dan proses pembatalan tiket. Agak hassle. Alhamdulillah berjaya jua mendapat tiket penerbangan yang baru. Lega.
Saya tidak dapat membayangkan sekiranya saya terkandas di Dubai. Syukur..saya masih diberi peluang yang baik untuk terkandas di Malaysia. Bermacam-macam yang berlegar di kepala saya sekiranya saya tersadai di Dubai.......
Bagaimana harus saya tidur lena dengan mangsa terkandas hampir 20,000 orang pada ketika itu? Bagaimana pula keselamatan saya dan Ayuni dalam keadaan orang sesak. Terberanak? ketika itu kandungan saya berusia 29 weeks. Belum masuk makan , pakai , mandi ..solat. Itu belum soal duit. Saya tidak punya kredit kad sebagai talian hayat. Yang ada ..hanyalah cash money dan debit card/card bank . Berapa banyak pula cash money yang harus saya bawa? Cukupkah untuk 2 hari? jika terkandas lebih dari itu....bagaimana? Betul..ada talian hayat card bank suami saya..tapi boleh ker withdraw kat Dubai?Saya tak pernah cuba. Beg lagik....risiko kehilangan bagasi amatlah tinggi. Jangkitan H1N1? Tidak mustahil.Waduh...sungguh ianya adalah dugaan yang perlu saya fikirkan.
*Ketika pulang ke Malaysia. sepanjang transit di Dubai..Ayuni tidur. Mujur ada stroller Emirates. Terfikir...jika terkandas..dimana Ayuni akan tidur? Sudah tentu stroller laris pada ketika ini..maka mampukah saya mendokong ayuni?
"Abang..Anon rasa nak baliklah time Aril kawen". Teringat ketika saya mohon izin dari suami.
"Berapa weeks masa tu? Pergi carik tiket yang murah, nanti bagitau abang tapi Anon balik dengan Ayuni jer la..". Balas suami saya tanpa sebarang bantahan dan penuh restu.
Kepulangan saya ke Malaysia adalah dengan redha suami.Tiada unsur paksaan (Mungkin kepulangan beraya hari haji sebelum ini ada sedikit unsur pujuk rayu dari saya kepada suami.....& akhirnya dijadikan surprise birthday gift buat saya). Juga redha ibu dan bapa. Maka sudah tentu saya mengharap jua keredhaan Allah. Keredhaan , doa dan tawakal..itulah senjata saya ketika itu.
Perpisahan selama sebulan , bukanlah perkara yang mudah bagi saya , Ayuni dan suami saya. Sepanjang saya berada di Malaysia...setiap hari suami akan menefon saya ( kecuali ada sehari suami tidak menghubungi saya..kerana di luar kawasan). Perpisahan ini banyak mengajar kami erti berjauhan , sayang , rindu dan kasih yang tidak berbelah bagi.
Semalam 6 May 2010, 4.00 pm..Syukur....syukur...syukur.....saya kembali jua di bumi Sheffield ini.
Terima kasih Allah.Terima kasih mama dan ayah. Terima kasih suami saya. Terima kasih adik adik saya .Terima kasih keluarga saya.Terima kasih sahabat.
Terima kasih atas doa kalian...........
2 comments:
alhamdulilahhh..
syukurr wpun byk halangan yg d tempuh..
anggaplah sbg sedikit ujian dr Allah SWT utk hamba ye.. ye kak.. :-)
Thanks comel....
Post a Comment