Showing posts with label Daddy. Show all posts
Showing posts with label Daddy. Show all posts

Sunday, 15 August 2010

Air tangan...?

Salam ramadhan kepada semua...
Hari ini dah 5 Ramadhan ..alhamdulillah. Syukur masih menikmati bulan rahmat ini.


Semalam..4 Ramadhan,suami pulang dari kerja ...membawa bungkusan yang berisi pisang dan keledek. Mata saya tidak tertumpu pada pisang tu..tapi lebih tertumpu kepada KELEDEK.

KELEDEK? nak buat apa ni? ( dalam hati sudah terasa..En abang mungkin teringin makan KERIA).

'Abang..keledek tu nak buat apa?" tanya saya susah hati. hu hu..
"Pandai buat kuih keria?" balas En abang.( Betul sangkaan saya...alamak...! )
"ala..tak pandai lah. pernah buat tapi tak jadik" jawab saya selamba.
"senang jer...lenyek pastu campur tepung..gaul gula jadik lah..."
"abang trylah buat..Anon memang tak pandai. Dah 2 kali buat tak jadik sira gula tu..." kata saya sambil merungut sendiri..


Tiba-tiba...diri ini jadik sungguh malas...Malas sebab pernah buat tapi tak jadik. Malas juga sebab dah berehat panjang.

Tak sampai hati....Petang itu...saya pun rebus lah keledek , lenyek dan sejukkan .
Lebih kurang selepas 2 jam...keledek dah sejuk..saya pun mula menggaul dengan tepung. Banyak jugak tepung dah letak..tapi still tak boleh gentel...


"Ayuni..pergi cakap ngan daddy..mummy panggil. Tak pandai lah mummy nak buat . Tak jadik ni..."

Tak lama kemudian...En abang pun turun. Tanpa bicara panjang..tanpa bebelan ..terus menyambung menguli kuih keria sehingga boleh jadik doh.

"mmm..boleh pun cuma keledek ni terlebih air..."kata suami.

Doh dibentuk dan digoreng. Setelah siap menggoreng keria....dibiarkan keria sejuk sebentar. Kemudian, ambil pula 3 sudu gula bersama sedikit air...untuk disira gula. Gula tu kena sentiasa dikacau..sampai keluar buih putih. Saya memang duduk kat tepi en abang ..menengok hasilnyer.

Jeng ..jeng..jeng.. inilah hasilnya.....air tangan En . abang saya.

ok tak?

Yang hangus sikit tu sebab api besar dan minyak terlalu panas.

Food tester.....sedap. Cuma rasa keledek kurang sebab tepung dah terlebih.

Sambil buat kuih keria, En abang pun terus masak sup daging. Mmm....bertambah malas ler mummy Ayuni kalo cenggini selalu. ( walau dalam hati berbunga riang..tak yah masak..huk huk). Teruk betul saya ni...astaghfirullah..

Alhamdulillah..petang itu kami berbuka ( kami? he he..) kuih keria ,kurma, nasi putih berlaukan sup daging , masak lemak udang dan bayam celur. Bertambah lazat bersama air sirap bandung dan nescafe 'o' panas.

Semasa makan kuih keria , en abang berkata
"Arwah mak selalu buat kuih keria ....tumpang jual kat kedai".
Sambungnya lagi..."abang selalu tengok mak buat kuih keria....".
Saya sayu. Mungkin En abang saya rindu arwah.


Al-fatihah untuk arwah ibu mertua saya, Che Mah yang telah meninggalkan alam fana ini 6 tahun yang lalu kerana menghidap pnuemonia. Mana mungkin saya dapat masak sesedap air tangan arwah ibu mertua saya untuk suami saya makan makanan yang dirindui. Walau suami kata sedap..tapi tentu tak sama.

salam ramadhan dan selamat berbuka....

Wednesday, 2 June 2010

Double celebration

Its our anniversary! Happy 8th Anniversary......semoga ikatan suci ini sentiasa diberkati oleh Allah dan bahagia hingga ke syurga.


* 1 June 2002 - 8 tahun dulu..........(zaman dolu kala..)


*1 June 2010 - From Lands End, Penzance with Love.


Hari ini...3 June 2010 ....double celebration for daddy...Happy Birthday En Abang.

* Happy moment , Longleat , Somerset .

**************************************************************************

Sambung skit entry ni- 10.44 malam.(entry kat atas..tu entry pagi tadi..). Kami baru jer wat party kecik untuk en abang. Para tetamu terdiri dari 3 orang - mummy, ayuni and daddy. Ooopsss..baby dalam perut juga ada sekali-35 weeks.

Mummy agak malas nak buat kek....tak tau nak wat apa. Penat berjalan pun lum habis lagik. Tapi hati nak juga buat'something' untuk en abang.Petang tadi..kul 4.00 baru kuar terkedek-kedek gi city naik bas carik hadiah untuk daddy. Ntah macam mana..debit card lak kena block-( kalo dah lama tak pakai..boleh kena block ker? pelik...). Decline. Nak withdraw duit pun decline. Not active. Kredit card memang dah almaklum sah-sah tak dak (time gini teringat nak ada credit card semula..). Maka gunalah sebajetnyer cash seciput yang ada dalam wallet.

Alhamdulillah...dengan cash money yang sangat terhad...inilah dia celebration untuk besday daddy. Lintang pukang mummy sediakan sumer ni. Start masak kul 6.45 n kul 8.00 mlm..its ready! Knock-knock..daddy dah balik kerja...tepat 8.00 mlm. Surprise!!!Happy besday Daddy..We Love You So much.

* Ayuni menempek message kat pintu..


* The card..from us.


* The scented candle to cheer up the day. Candle ni kami dapat masa family day Darnall 2008, menang acara suami isteri. Sedap gak baunyer...


* A little gift for daddy pada pagi besday.......... dah beli awai-awai masa jenjalan kat Portsmouth.

*Here....the simple celebration. Kek ready made ( Ayuni nak jugak ada kek..) , pulut kuning dan rendang ayam.

*Hadiah yang terfikir....memandangkan jam tangan daddy dah mengong + tali pinggang daddy dah buruk, jadik inilah hadiah dari kami - Jam tangan dan tali pinggang.

*Daddy...terharukah? Hope you happy..;).We always happy with you...

*Daddy...sudilah menerimanya. Ikhlas dari kami.

* Us....sebelum ngap the makanan. As requested by daddy..nak bergambo 3 orang.

Itu ajer lah cerita double celebration. Anniversary n besday daddy. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan dipermudah segala urusan. Amin.

Adoyai...esok nak kena tipon bank lah pulak ..apsal card kena block. Macam-macam hal lah...

Tata.