Alhamdulillah , akhirnya saya dapat bercuti ke Snowdonia. Dah lama nak ke sini..tapi last time masa ke South wales tak dapat jejak ke North Wales sbb jauh. Driver pun dah penat.
This time..kami pergi dengan kawan-kawan (UTEM) suami iaitu Shahril(Manchester),Majid(New Castle) dan Naso(Durham). Plan asal ....kami nak pergi bersama Wirda dan Kak Niza orang Sheffield. Memandangkan tiada tarikh yg sesuai buat kami bertiga dan nampaknya ada positif feedback dari kawan-kawan suami bercuti-cuti Wales , alhamdulillah sampai jua saya ke Snowdonia. Saya suka gi ngan kawan-kawan suami UTEM sebab suami saya nanti tak mati kutu. Rancak borak sesama mereka. (Notes: suami sy tersgtlah formal bila berborak ngan kawan-kawan sekolah n kawan kerja saya..he he )
Saya terpaksa berkejar untuk bercuti (ampun kengkawan Darnall..) sebab time summer bulan 7.....saya berpantang dan bulan 9 visa kami habis. So..lets plan early , kerana waktu cuti sekolah bulan 6 , harapnyer menjadiklah en abang saya nak bawa saya ke...... yang memerlukan visa. Kejar yop kejar.
Kupon The Sun yang kami kumpul..telah kami serahkan kepada zahrah , kebetulan zahrah pun tak pernah gi caravan n wales. Zahrah dapat stay kat Hafan y moor , tak jauh dari caravan kami, Green acres. Cumanyer pada pendapat saya..Hafan Y moor lagik best sbb ada slide kat swimming pool n ada boating lake. Ketika kami book..tak der offer kat Hafan Y moor(saya pun tak perasan kat Green acres tak der boating lake..hu hu..maaf kawan-kawan). Apapun..HAVEN is the best caravan park..pada saya.
*Entrance Greenacres caravan
Snowdonia ni tempatnyer sangat cantek . Subhanallh ..!Tapi saya tak puas nak menikmati pemandangan gunung ganang. Pada pagi sabtu ..kami berkejar ke Snowdonia railway mountain. So tak stop untuk ambik pic kat gunung ganang. Sumer gambar diambil dari dalam kereta. En abang kata..balik nanti kita singgah....tetapi bila balik..tom tom navigate lalu ikut lain lak..so tak dapat nak posing kat gunung ganang. I really enjoy the scenery masa nak ke Snowdon railway mountain. Cuaca pun tersangatlah baik. Alhamdulillah.
* Pekan Portmadog..on the way ke snowdonia
*liku-liku jalan. Winter is over.
Sebelum naik ketapi, kami singgah kat Electric Mountain. Tapi kami tak naik boat pun..sbb tak sempat nak kejar train nanti.
Tempat nak naik ketapi ni adalah di Llanberis Station. Sampai jer kat sana... para suami pun beli tiket untuk naik ketapi choo choo ke puncak snowdonia. Kami tunggu kat kereta.
Bila saya tak ikut...ada sajerlah akal en abang saya(ngelat..). Hai En abang ..apsal lah tak beli tiket asing untuk Ayuni..cian , ayuni terpaksa dok berpangku kat ketapi choo choo. Ketapi nyer ruangnyer sangatlah terhad. Satu compartment , perlu dimuatkan 8 orang yang pada saya agak kurang selesa. Sepatutnyer management snowdonia kena cut into max 6 people in one compartment. ( Note: kepada sesiapa yang nak pergi ni..especially kawan-kawan Darnall saya....sila book appropiate tempat duduk , jgn jadik macam en abang saya..tak book pun untuk ayuni ).
Scenery memang cantek...tapi cantek lagik highland Scotland. Mungkin expectation saya untuk snowdonia terlalu tinggi.....so , bila sampai unexpected! coklat n kabus jer pemandangan kat sekitar 3/4 puncak snowdonia. For the first timer yang ke highland..I guess , the view is sooooo beautiful n breathtaking. ( kengkawan darnall yang gi time summer..sila naik sampai ke real summit yer...mesti cun!)
* Teruja nak naik ketapi zaman tok kadok ni. Nak ke Swiss..ntah bila.
*menyusuri hutan UK
Second place..saya tak nak berharap sangat. Greenwood forest. Memula macam tak best..tapi sbb saya tak letak expectation yang tinggi...tempat ini jadik tempat yang paling enjoy. Suka..suka..suka sangat! Saya rekomen tempat ni especially kepada yang ada anak-anak kecil 3-10 tahun.
*menyusuri hutan UK
*kami rehat n makan-makan kat sini.
*first time ayuni kenal dan naik roller coster. Kat belakang tu Nurin(baju pink)..cam takut jer nurin...
* we really enjoy!
Sebelum pulang..kami sempat singgah kat kaki gunung..melihat keindahan sungai. Memang mendamaikan. Cantek sungguh . ( Notes: Di Highland scotland..kami tak jumpa sungai camni..kebanyakkannyer adalah LOCH)
Sebelum pulang..kami sempat singgah kat kaki gunung..melihat keindahan sungai. Memang mendamaikan. Cantek sungguh . ( Notes: Di Highland scotland..kami tak jumpa sungai camni..kebanyakkannyer adalah LOCH)
Cerita tak habis lagi....will continue with next destination , especially tempat last sebelum kami pulang ke Sheffield. Memang best..! Yang ni memang lebih cantek dari Scotland..tungguuuuuu!!!!!! Kenapa saya asyik bandingkan dengan Scotland? kerana kedua-duanya adalah highland di UK.
Saya harap..saya sempat update blog saya ni sebelum pulang bercuti-cuti Malaysia.
1 comment:
salam...
best err g jenjln tempt tggi ni...sejuk mata memndang...
psst...syok le anon peknen x nmpk perot besor..kalo kiter..dh mcm tempayan..
Post a Comment