Salam semua...insyaAllah kali ini saya akan cuba share sedetail yang mungkin berkenaan percutian kami ke Istanbul , mana-mana yang tidak terdapat di dalam google website.
Istanbul adalah tempat yang sangat-sangat best untuk diziarah. Kami book tiket 3 minggu sebelum bertolak pada 5 dec kerana visa baru sahaja siap.Ingat dah tak dapat join Wirda dan Kak seri rahayu ke Turkey..rupa-rupanya masih ada rezeki buat kami. Tiket masih murah.
Setelah berpuluh kali google..ticket termurah yang boleh didapati dari UK ialah dengan menaiki easyjet dari Luton Airport. GBP80 perperson, return. Masa saya book bulan 11 , ticket untuk ke Turkey pada bulan 3-4,2011 masih murah. So..bagi sesiapa yang ada plan nak pergi ..bolehlah google easyjet.
Kami bertolak dari Sheffield lewat petang Sabtu, dalam pukul 5 ptg. kami terpaksa bertolak awal..memandangkan snow yang tebal di Sheffield. manalah tau..ada aral di tengah jalan akibat snow chaos, dapatlah kami tiba di airport sebelum waktu check in. Itu pun , kami gamble ke airport kerana tidak pasti flight kami dapat terbang atau tidak. Alhamdulillah...london kelihatan seperti tiada snow..dan dapat lah kami terbang mengikut jadual.
kami sampai airport agak awal..jadik sementara menunggu waktu check -in , kami lepak-lepak tidur di kaki lima.ha ha..macam pengemis pulak rasanya.
Setibanya di Istanbul..cuaca agak mendung , namun suhu adalah 23 degree. best best.
Keluar sahaja dari airport ,prebet sapu 'ulat van' telah menunggu kami. Memandangkan rakan kami , Wirda agak kurang sihat , kami bercadang untuk menaiki van . "ulat van' , meletakkan harga 70euro untuk sebuah minibus ke hotel, kami cuba membuat penawaran tetapi tidak berjaya.En abang saya seperti biasa telah bertanya kepada beberapa orang untuk quotation tapi malangnya...itulah satu-satunya 'ulat van' yang berada di situ. Mungkin kerana kami 'tawar-menawar'..akhirnya 'ulat van' seakan merajuk dengan kami.
'Merajuk'?..yer..'Merajuk'..membuat muka sombong dan tidak mengendahkan kami. Wah..sudah terkena nampaknya kami dengan orang Turkey . Untuk menaiki teksi adalah tidak berbaloi..iaitu 45euro perteksi. Kami perlu 4 buah teksi.
Akhirnya...kami akur menggunakan public transport bas dan ferry untuk ke hotel. Semasa beratur nak menaiki ..'ulat van' datang kepada kami (hampeh!)....saya dan suami memandang rakan yang lain..namun kesemuanya berkeras hati tak mau layan'ulat van' yang sombong itu. Maka naiklah kami bas dan ferry beramai-ramai.
Bas E10 memang telah siap sedia tunggu dihadapan airport. Alhamdulillah , Bas dan ferry selesa. Malah harga adalah murah dan yang lebih penting dapat pengalaman. Tambang bas adalah 3.30 lira dan tambang ferry adalah 1.75 lira.Namun , hati kasihan juga dengan family Wirda dan Alim..kerana mereka nampak letih dan tidak sihat.
Bas E10 adalah bas yang akan membawa pnumpang dari airport Sabiha Gochen ke Kardikoy [pusat perhubungan awam]. Setibanya di kardikoy..saya terus bertanya kepada orang...Eminonu. Mereka terus menunjukkan arah perhentian Ferry. Dekat sahaja dengan bas stand.
Pertama kali menaiki fery..hati agak terkejut ..kerana fery nya adalah sangat selesa dan luas. Bukan seperti fery langkawi. Fery yang kami naiki mengambil masa lebih kurang 45 min-1 jam untuk sampai ke Eminonu. Di atas ferry...kami menikmati pemandangan Istanbul yang sangat indah sambil menikmati tea turkey dan panini turkey yang sedap dan murah [ perut memang tengah lapar...semuanya sedap belaka].
r
Setibanya di Eminonu...saya seakan kehilangan arah sebentar. Mana mahu dicari stesen tram? orang turkey tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadik saya menggunakan body langguage dan keyword'sultanahmet'. Ada orang turkey yang ingin membantu kami..malang nya satu perkataan pun kami tidak faham.
Dari eminonu untuk ke stesen tram ..perlu melalui terowong bawah tanah ....agak sukar juga untuk mencari..kerana hari sudah malam. Alhamdulillah..sampai juga kami di stesen Tram.
Kami terkena lagi! kerana tiada syiling..kami tidak boleh membeli tiket tram di machine ticket. Salah seorang 'ulat tram' pula menghampiri kami. Dia menawarkan tiket 2 lira supaya kami boleh melepasi gate tram. Kerana kepenatan dan tiada syiling..kami terima tawaran itu. Terdesak. Harga sebenar tiket tram ialah 1.75 lira.
Huh....mak datukk...bila tram sampai..padatnyer tram!kami menaiki tram ke Zetinburnu dan berhenti di sultanahmet. Kerana terlalu padat...3 orang terpisah dari kami...iaitu kak siti,Azwal dan anak mereka Fadlin. Anak kak siti , fikri dan fatihah..telah berada di dalam tram bersama kami. Sempat saya dengar kak siti menjerit ' tolong jaga anak yer...!'. aduhai..tapi saya yakin , kak siti dan Azwal akan sampai jua di stesen sultanhamet.
Setibanya di stesen sultanhamet..mana pula kami nak ke hotel Anatolia. tanya orang semua tidak tahu kerana di Sultanahmet terdapat beratus-ratus hotel. En. abang saya ada print hotel detail tapi saya tertinggal di rumah ..;(. Sekali lagi..saya menggunakan keyword..iaitu 'AYASOFYA'.Alhamdulillah..ada yang menunjukkan jalan. Namun hotel tidak juga ditemui.
Akhirnya , En abang saya dan Azwal menawarkan diri untuk cari sementara kami tunggu di satu sudut. 1/2 jam berlalu...en abang dan azwal tidakjuga muncul. Akhirnya , kami berpecah...kak siti , kak sri rahayu dan wirda mencari hotel hala laluan kanan , dan alim serta abg anuar mencari hotel lalu lauan kiri . Saya dan anak-anak masih menunggu di sudut itu.
Alim..telah mendapat pentunjuk hotel. Alim orang yang pertama jumpa hotel . Kedudukan hotel terletak di ceruk jalan. Sukar untuk ditemui. Alhamdulillah...service hotel sangat bagus. Apabila kami sampai..mereka terus tolong angkat bag..bawa masuk ke bilik. Segala bayaran semua tidak diminta. Syukur.......hotel yang murah tetapi sangat selesa, bersih. 40Euro semalam. 1 single bed, 1 king size bed,ada kitchen sumer..complete microwave. cuma tiada mesin basuh.
Namun..saya masih gelisah kerana En abang dan azwal belum lagi muncul dihotel. 1 jam telah berlalu.Saya mula memikirkan embassy ..kalau-kalau en abang saya tidak muncul. Akhirnya...setelah dekat 1 jam setengah kami check in, barulah en abang saya muncul dengan wajah yang amat letih! Letih kerana sesat barat.
Inilah akibat dek kerana tidak tahu berbahasa Turkey . Mereka cuba menunjukkan jalan kepada en abang dan Azwal..namun hotel tidak juga ditemui.
Bukti kesungguhan..ada insan tolong print google map untuk ke hotel..namun mereka masih sesat. 2 helai kertas itu adalah map.
Tips hari pertama
1. Dari airport, boleh menaiki public transport. Pemandangan yang cantek dan tiket yang murah.
Sabiha gokchen- Kardikoy - Bas E10 - 3.30 lira
Kardikoy-Eminonu - Ferry - 1.75 lira
Eminonu - Sultanahmet - Tram 1.75 lira [jika siang hari, boleh jalan kaki sahaja tapi pastikan bawa peta/ google map].
atau
naik prebet sapu, van / minibus - 70 lira.
2. Hotel.
sebolehnyer cuba cari hotel yang sangat dekat dengan tram atau perhentian ferry Eminonu. Walaupun dalam google map kata short distance jalan kaki, tetapi kerana mukabumi Istanbul yang berbukit dan jalan berbatu yang tidak rata..jalan kaki 10-15 minit adalah memenatkan bagi yang baru tiba!
3. Berhati-hati dengan orang Turkey. Mereka mudah mengambil kesempatan terhadap pelancong. Hu hu...hari ke 2,3 juga kami terkena.
Nantikan cerita saya seterusnya..harap tidak malas untuk mencoret..
2 comments:
Terima kasih untuk perkongsian pengalaman kak..sangat berguna untuk kami yang merancang nak pergi ni..tak sabar tunggu episod seterusnya :)
thanks u kerana sudi melayan blog akak yang tak seberapa ni. ok..kak su dah update catatan hari kedua.
Post a Comment