Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, 19 May 2011

Catatan Italy 4 - Pisa hoorey!

Setelah 6 hari berada di Rome , kami check out hotel dan memulakan ekspidisi jelajah Italy. Kami sewa kereta , Europecar. Senang jer....kereta dah siap tunggu kat hotel. Dapat kereta peugeot best..perjalanan pun selesa. Mula-mula agak terkial-kial jugak En Abang nak bawak left hand drive tapi dalam 1/2 jam nampaknyer dah ok.

Perjalanan dari Rome ke Pisa agak jauh lebih kurang 3 jam lalu highway atau 5 jam lalu jalan pantai. Kami memilih laluan highway walaupun hati teringin juga nak lalu pantai. tapi sebab x larat habis masa lama kat jalan...terpaksalah lalu highway yang membuhsankan. Highway kat Italy juga ada tol macam highway Malaysia. [ Motorway UK jugak yang best..tak der tol]. caj tol lebih kurang 12Euro.

Sebelum sampai Pisa...kami singgah Florence , atau dalam bahasa Italy , Firenze. Hari pun dah nak senja...so kami x spend masa lama kat Florence. Makan waffle ngan eskrem jalan-jalan sekitar Duomo. Cantek gak Florence.

*Duomo Florence


Sebelum maghrib , kami dah bertolak ke Pisa. Dari Florence ke Pisa perjalanan hanya 1 jam . kami terus check in Apartment Isola Verde. Sebab dah lewat lebih pukul 8 , reception apartment dah tutup. Kunci apartment kami ditinggalkan di dalam post box. Apartment murah dan selesa. Reccommended. Basic apartment tapi bersih dan mudah nak carik. berdekatan dengan highway dan hanya 10 minit ke Menara Pisa.

Malam tu kami pergi jugak Menara Pisa. saja tengok pemandangan waktu malam . Pisa bandarnya kecil sahaja..tenang dan damai. ala-ala kampung gitu...saya suka.

*Pisa tower at night. Sejukkkkk

Esoknyer...kami pergi lagi Menara Pisa. Hah...memang ramai orang waktu siang. Parking kereta tak susah..banyak jer di luar kawasan menara ni. Yang dekat ngan menara lebih kurang 1.35euro untuk 30 minit. Yang jauh skit 0.40 euro untuk 30 minit. Kami datang hari Ahad...so parking Free.

*gelagat orang kat Pisa Tower

Menara ni condong after tingkat 2 mula dibina. Lepas tu terhenti jap pembinaan....dan disambung semula selepas struktur tanah kembali ok. Kalo tengokkan..mmg ajaib lah. Kalo ikut logik ..patutnyer dah roboh menara tu.


*berlatarbelakangkan menara condong Pisa.

Ayuni nampak kereta kuda lagik! Kali ni kami tanya lagi harga kereta kuda. 30Euro untuk 1/2 jam. Yohooooooo..murah. murah. Terus kami naik kereta kuda keliling bandar Pisa. Pengalaman yang sangat best. Memang best! Sumer pun happy..enjoy. Cuaca pulak cantek sangat. Alhamdulillah.


* Ada ala-ala Kate n william tak? ha ha jauh panggang dari api...

Ayuni ambik peluang naik menara pisa ngan uncle Mail. Harga tiket 15 euro seorang. Kena beli tiket awal dan kena ikut timing. Lama jugak nak tunggu pukul 2.20 pm untuk naik menara..tapi sbb tiket dah beli..kami tunggu jer la. Ayuni x gayat pun naik menara tu. Suka jer dia...

After dah ronda-ronda..kami pun bertolak ke destinasi seterusnyer Venice!

Tuesday, 10 May 2011

Catatan Italy 3 - Kau Istimewa




15 April 2011...
Happy Birthday Ayuni yang ke7
Diri mu Terlalu Istimewa..
Ku hadiahkan percutian ini untuk mu..
Hari ini..kami ikut sahaja semua kehendak mu...
Semoga memori ini tidak akan luput dari kotak ingatanmu...

Pagi-pagi..Ayuni dah bangun tidur..
Selesai mandi terus bertanya' Mummy..mana baju baru kakak?'
'Baju baru?'
'Yer la..hari ni kan birthday kakak...'
Hah..sib baik mummy bawak dress baru untuk kakak. Dah lama beli tersimpan dalam almari..nak gi Rome , mummy pun bawaklah dress tu. Nasib baik..nasib baik...If not mungkin Ayuni sedih.

[dalam hati..silap saya jugak setiap kali besday belikan pakaian baru...dah lah dia ingat besday mesti ada baju baru..saya rasa ni satu perkara yang tak bagus..mmm]

Sehari suntuk...kami bawa Ayuni jalan-jalan kota Rome. Malam sebelumnyer..saya dah google 'top 10' tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kami menaiki tube dan banyak berjalan kaki dari satu attraction ke attraction yang lain. Jalan kaki lagi best sebenarnyer sebab dapat menikmati kehidupan dan pemandangan sebenar kota Rome. Kami ke Republica,Del Papolo Piazza , Borghese Park, Stephens Step
*Piazza Del Papolo..dataran melepak..ha ha

*Dari piazza..naik tangga ke atas bukit menuju ke Borghese Park. Ni pemandangan kota Rome dari Borghese Park.

*Dari borghese park..berjalan kaki ke Spagna di mana terletaknyer Stephens Steps. Memang happening.

Hari ni besday Ayuni...makanya..;

Ayuni nak bergambar dengan pramugari..kami tunaikan [ Ayuni tak tahu pramugari tu apa kerjanya..dia tau cantek jer..then kami terangkan pramugari, nampaknyer Ayuni tidak berminat untuk jadik pramugari..;)]

Ayuni nak makan aiskrim mc donald..kami tunaikan [ Jenuh mummy berebut beratur sebab orang Italy x reti disiplin nak beratur..]


Ayuni nak naik kereta permainan ni..kami tunaikan [ budak kecil..memang sifatnyer begitu..pantang nampak permainan..]


Ayuni nak panjat pokok bunga..kami tunaikan [mummy..kakak nak jadik princess..yerla tu..]

Ayuni nak lukisan potret..kami tunaikan [Mummy I really want it. Sib baik dapat harga murah 10euro. If not 30 euro].


Ayuni nak celebrate birthday..kami tunaikan [puas meredah hujan senja semata-mata nak carik restoran halal ni...sedap tapi..............................................mahal].


Ayuni nak birthday cake...kami tunaikan..! [ Sib baik kek tu sedap...beli kat SPAR].


oh..betapa sayang nyer kami dengan Ayuni. Kau terlalu istimewa. Moga-moga apa yang mummy dan daddy bagi buat Ayuni..akan Ayuni terima dengan penuh syukur. Ayuni..moga ayuni jadik anak yang solehah dan berguna. BIla dah besar..jangan lupa mummy ngan daddy.

Mummy bagi hadiah ni khas untuk Ayuni...'My First Quran Story Book'. mummy beli online dari http://www.muslimstickers.com/. Cepat-cepat mummy order supaya sempat dibawa ke Italy. Best buku ni..mummy dah tengok tapi belum habis baca. Simple english dan siap ada reference lagi dari mana cerita tu dipetik dari Al-Quran. Daddy pula hadiahkan sebuah diary. Kenapa diary? sebab itu permintaan Ayuni...

Tapi Ayuni..bukan semua permintaan Ayuni mummy dan daddy tunaikan....[ tengok keadaan ok..]

Ayuni nak naik beskal tu tapi kami tak bagi...
Ayuni nak Nintendo DS..tapi belum tiba masanya kami nak belikan dia...
Ayuni nak Giant Trampoline..tapi kami belum jumpa yang murah..

Sabar lah Ayuni..bukan semua permintaan kita akan ditunaikan. Sebab itu kita kena banyak berdoa dan berusaha supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Amin.

Apapun , birthday Ayuni di Rome adalah hari yang sangat gembira buat kita sefamily..syukur , walau mummy kepenatan...mummy dah cuba usahakan buat yang terbaik untukmu Ayuni...

* candid dari daddy..dalam lif pun mummy boleh terlelap.

We love you so much.

Tuesday, 3 May 2011

Catatan Italy 2 - ROME-

Salam semua..

Tika ini , Ayna sedang tidur nyenyak..saya pula telah siap sidai baju..masak sup ayam untuk Ayuni, vacuum rumah dan tibalah masa untuk berhibur di depan Pc ni sambil menikmati air kosong...hu hu [ berat saya naik 2 kg sejak bercuti di Italy].

Selepas suami habis kerja-kerja present , kami pun berjalan-jalan ke kota ROMe keesokkan harinyer [ rabu]. Hati memang excited nak tengok colloseum. Kami naik tube..yang hanya 4 station dari hotel kami. Memang mudah. Kami ambil day ticket berharga 4euro. Cuaca pun best....dan yang paling best.kebanyakkan attraction adalah Free Entrance sebab minggu itu adalah Rome Culture week. Rezki..rezki...alhamdulillah.

Sebelum terlupa..ni link tube di Rome. Sangat senang tubenyer. Ada 2 line jerk..tak macam London dan paris [ saya pening study metro link Paris].
http://www.rome.info/metro/

Colloseum...yeay!


Klasik! Terpegun! Saya suka....puas hati. Itu yang dapat gambarkan tentang colloseum! A must visit kalau ke Rome. Kami mengambil masa agak lama..about 3-4 hrs gak kat colloseum dan kawasan sekitar. Itupun tak habis ronda....tengok dari jauh jerlah.. sbb nak kejar masa rush ke Vatican City.

Pandangan dalam colloseum

Sisa runtuhan dalam colloseum. Musnah akibat gempa bumi beratus tahun dahulu.

Dalam Colloseum pun ada exhibition..banyak patung x senonoh..nampak toot....hu hu

Bergambar dengan Gladiotor luar colloseum..kena bayar 10euro perdewasa..


Dari Colloseum kami berjalan kaki ke tapak sejarah, Palatino. 5 minit jer jalan kaki

Kami rehat di kawasan palatino..dibawah rimbunan pepohon sambil menikmati pemandangan colloseum. Damai..

Ni antara gambar fav saya...suka background tinggalan sejarah tu...

Ayna senang dibawa jenjalan..tidur jerk dalam carrier ni..

Dari Colloseum..kami ambik tube lagik menuju ke Vatican City. Excited ....sebab nak tau sesangat macam mana rupa Vatican City yang terkenal kerana ianya merupakan negara terkecil di dunia!

Kami berjalan kaki ke Vatican City dari stesen Ottavanio. Seronok menikmati pemandangan sekitar....ada tram klasik hijau kat tengah jalan..kiri kanan dipenuhi kedai baju dan handbag. Suka..saya suka.


Jalan ..jalan..jalan...oh..dah nampak laluan ke Vatican City. Memang ramai orang berpusu ke sana!
Kena cross zebra line tu..terus ke Vatican City. Kat Rome susah nak lintas jalan dan kalo jumpa zebra crossing ni ..mmg syukur sesangat.

Sesampainyer di Vatican..memang boleh nampak tembok pemisah antara kota ROme dan Vatican City. Negara kecil ini..terletak hanya dalam lingkungan tembok itu.


bila masuk....OMG! ramainyer orang kat dataran St peter. Semua pun nak masuk gereja Basillica nak tengok keindahan gereja dan lukisan seni sentuhan Michaelangelo. Kami? oooo..tidaklah larat nak beratur masuk gereja. Duduk sajer lepak-lepak di dataran pun sudah cukup puas bagi saya.




Balik dari Vatican City..ha ha..sempat menyinggah beli 'handbag'. Sukalah..sbb handbag nyer leather..buatan Italy. [ bila ke sesuatu negara..saya seboleh nak beli barangan buatan tempatan negara tersebut..]. Ada jugak yang fake..saya belikan handbag D&Guntuk Ayuni ..10euro sahaja.

Kedai handbag jalanan. Peniaga tu India Muslim. Dia mengucapkan syukur yang teramat kerana katanya kami adalah pelanggan pertama yang membeli beg jualannya . Umpama..'miftah' pembuka rezki. Wallauhalam..[teringat kat Turkey pun ada tokey kedai syukur bila kami jadik pelanggan pertama pada hari itu...dia pun berdoa moga ramai lagi pelanggan yang akan masuk ke kedainya].

Kemudian saya masuk kedai pulak sebab nak tambah koleksi designer handbag. Bila dah nak masuk kerja ni..ada sajer handbag yang nak dibeli. Tak perlah kan...buat kenangan dan murah serta berbaloi-baloi. Kali ini saya pilih handbag Valentino kaler putih. Ori lagik ..sajer memilih Valentino ..nama ala-ala Italy gitu. Harga nyer macam handbag saya selalu beli kat Jaya Jusco.

Dunia oh dunia..semua ini hanya sementara. Buat peringatan diri sendiri yang sering tewas nafsu beli belah.

ok...sebelum balik hotel..singgah Termini, pergi restoran halal kebab. Murah dan sedap. Restoran kecil ni terletak kat sebelah B&B..

ni alamatnyer;
Viennese Due Bed & Breakfast Rome
Via Marsala 64
00185 Roma, Italy

Ayuni makan nasi yang disalut mozarella cheese , kemudian dikepal dan digoreng mcm nugget. rasanya mcm nasik tomato..not bad.

Akibat lapar sangat ..makanan lain x sempat nak ambik gambo sebab dah masuk perut. Burp..alhamdulillah.

Balik hotel senang hati...gembira dengan perjalanan hari ini. Jumaat sambung lagik ronda-ronda kota Rome.

Tuesday, 12 April 2011

Catatan Italy 1


Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadrat Ilahi ..dapat saya jejak ke negara yang terletak di kawasan Mediterranean ini..iaitu Italy.


Italy...mmg antara negara yang saya idamkan nak pergi. Tapi kebarangkalian nak dapat pergi tu cuma 40% sbb en abang saya x berapa minat nak bawa saya ke sini. Jadi saya x pernah nak ingatkan en abang saya..bila nak bawa saya ke Italy.


Satu hari..en abang saya tanya; nak gi Italy tak?'. Mestilah saya kata NAK!. Rupa-rupanya Supervisor en abang saya mencadangkan beberapa student dibawah seliaannya menghadiri conference di Rome. Inilah yang dinamakan rezki terpijak....syukur sesesangat.. Dalam hati saya..rezki extend sampai 4 tahun...dihantar ke conference.


Kenapa saya nak ke Italy? Sebab saya nak ke Venice....kota romantik yang istimewa dengan gondola dan water taxi yang menghubungkan antara satu kedai dan kedai yang lain. Saya inginkan sesuatu yang berbeza ..lain dari yang lain. Ada orang kata..europe ni sama jer..tak pergi pun x per. Cukuplah gi London. Betul..dari segi binaan bangunan ..mungkin bnyk persamaan ..tapi saya akan cuba carik kelainan itu. Disebabkan negara-negara europe hampir sama jer pemandangan dan bangunan..en abang saya pun agak tak berminat gak nak tour europe.


Bila saya datang UK..ada 4 negara yang saya teringin nak gi iaitu HOLLAND,FRANCE,SWISS, ITALY. Holland sebab nak tengok tulip di keukenhoff...france sbb nak bawak ayuni gi Disneyland,Swiss sebab nak nikmati keindahan Alps. Jadik..kenapa saya pergi melancong ke negara lain dulu yang x masuk list? Semuanya rezeki..dan ketentuan masa..atau lebih tepat Allah telah aturkan yang sebaiknyer.Alhamdulillah..another dream comes true.


Tempat pertama persinggahan kami tentulah ROME..sebab conference diadakan di sini. En abang saya memilih hotel yang agak best untuk kami menginap [ dah lama sbnarnyer x stay kat hotel best berbintang bintang , lagipun Sheff University yang tanggung ..;p..tq tq] , supaya saya dan anak-anak tidak keboringan sangat masa dia gi conference.walaupun stay kat hotel best..tapi tak bestnyer sbb tak der kettle. hu hu.


Tempat conference lebih kurang 15 minit jalan kaki dari hotel kami , Sheraton Roma. Senang en abang saya nak pergi balik hotel. Uncle Mail pun dok Sheraton ngan kami. Yang lagik 3 orang...ntah dok mana pun saya x tahu...he he. Tapi rasanya kat TERMINI.


Hari ni ..hari ke-3 , saya masih belum jelajah kota Rome. Tak jauh dari hotel kami...terletak EUR Magnalia station, naik train [tube]..10-15 minit dah sampai tempat pelancongan atau pusat utamanya iaitu TERMINI.Hari ni en abang saya kena present poster..so mungkin esok baru nak gi Colloseum. Settlekan kerja dulu baru jenjalan..he he.Kawan selab en abang saya, Uncle Mail akan present hari Khamis.Kami akan stay kat ROME hingga hari sabtu ni sebelum ke Florence,Pisa dan Venice.

*yeay..dah present poster..maknanya dah selesai tugas..;p. Esok boleh gi jenjalan

Ini first impression saya pasal ROME;

1. Kotor...mmg kotor. Sy lum pernah masuk public toilet..x tau camner. Tapi kotor ni adalah pemandangan biasa kat tepi jalan..kaki lima. Lebih kurang Msia gaklah..tapi at least KLIA tu bersih.


2.Kereta laju giler...jalan luas dan lebar..susah nak melintas sbb tak bnyk zebra crossing. Dengan sebab itu..saya tak berani nak kuar sendirian ngan anak-anak ke park masa en abang kerja.


3. Laluan pejalan kaki kat bahu jalan kecik jer ..atau hampir tiada. Pastu..tube kena turun tangga..so x sesuai bawak stroller. Sib baik saya x bawak stroller..if not mesti lagik terhegeh-hegeh nak lintas jalan dan turun tangga.


4.Jaringan pengangkutan awam sangat bagus. Jangan risau..senang jer nk ke mana-mana especially kalo nk naik train atau lbh dikenali sebagai metro subway. Ticket pun murah.


4.Rakyat Italy peramah..cuma x tau berbahasa Inggeris.


5.Bagi mereka yang sesaja nak melancong ke ROMe..the best place nak stay adalah kat TERMINI. Kat sana bnyk kedai..bnyk mknn halal..attraction pun leh jalan kaki jer..kalo tgk kat peta..;p


6.Nak selamat..bawak jer kettle ngan rice cooker. Pelik sungguh kat sini susah carik Electric kettle.


Belum ada yang menarik sangat pun nak dikongsikan..tapi masa mmg banyak terluang..so saya update jerlah blog ni. At least ada gak kan info yang dikongsi bersama ngan kengkawan .....


oh..lupa nak bgtau..[sajer nk kabo]..sbelum dtg Rome , berat badan saya dah 54.7kg. Rasa seronok sangat.Percutian kali ni saya ingat nak control jugak berat. Semalam saya gi gym kt hotel ni....yeay! setelah 4 tahun lamanya x ke gym...akhirnyer semalam dapat kuarkan peluh kt gym yg mmg open 24hrs.Moga balik Uk nanti berat saya x naik banyak....;p


Ok..sekian dulu. nanti cerita lagi..

Sunday, 2 January 2011

Catatan terakhir Istanbul & happy new year!

Salam semua...malam ni baru ada 'terajin' skit nak update blog. Maklumlah masih lagik mood cuti new year..mood boxing day...esok pun cuti lagi. Bank Holiday.

Bila bershopping masa boxing day memang teringat-ingatlah shopping kat Turkey apatah lagi berkenaan Quilt dan handbag. Saya masih mencarik quilt..namun agak payah jugak nak jumpa yang murah kat UK. Dapatlah 3 helai quilt masa boxing day ni. En abang saya siap cakap, 'rasa nak kirim jer orang tolong belikan quilt kat Turkey..sebab kat sana murah dan kualiti lagi baik' . Kebetulan kami dah pakai quilt yang dibeli..so bolehlah membezakan quality nyer .

Istanbul memang syurga beli belah. Hari ke-4 kami tidak menggunakan tour guide. Kami redah sendiri dengan menggunakan peta. Selepas berjalan-jalan..petang itu kami mula survey barang-barang di Grand Bazaar.

Sehari sebelum pulang ,hari Jumaat ..kami pun mulalah agenda shopping menyopping sebelum pulang ke Uk pada hari Sabtu. Cuaca hujan lebat..agak sukar jua untuk berjalan. Jadik kami berjalan perlahan-lahan. En abang saya paling belakang.

Setibanya di satu kedai di Serkechi, kami beli magnet dan bookmark murah-murah. Dah siap beli , saya pun bagi hint kat en abang untuk bayar. Ha ha ..masa nak bayar tu ..muka confident sangat dia hulur 100 lira kat penjual. Tiba-tiba..penjual tu kata duit tu tak laku!

Tak laku? kenapa?

Sebab...duit tu dah lama tak digunakan. Duit tu digunakan 20 tahun yang lalu.

Astaghfirullah....

'mana abang dapat duit ni?' , tanya saya.

'tadi..tukar kat orang tepi jalan tu' ..balasnyer sambil muka berkerut risau.

'Ya Allah...apsal tukar kat orang tepi jalan?'..saya macam nak marah lah jugak...patutlah dia tertinggal kat belakang. Menyinggah tukar duit rupanya.hu hu.

Nasib baik cuma gbp40...hish..secermat en abang saya..terkena dan terpedaya jua dengan money changer tak berlesen gara-gara ditawarkan harga jualan yang lebih.

Saya siap lah perli...
'orang tamak..selalu rugi'

Namun untuk sejukkan kembali hati nya..saya kata,
'tak perlah simpan jer duit tu..buat kenang-kenangan'.


Kali terakhir saya lihat duit itu adalah di kedai jual magnet dan sehingga sekarang, saya tak jenguk-jenguk pun duit tu lagik. Masih ada dalam simpanan en abang saya.

Lepas beli magnet..ke spice bazaar semula dan juga grand bazaar untuk misi beli lampu turkey.


Kami yang asalnyer tak mau beli..akhirnya..ooopssss..terbeli 4 set. Lampu hiasan turkey ini memang mengasyikkan. Dari satu kedai ke kedai yang lain..mensurvey harga. Yang tak bestnyer..semua kedai 'main harga'. Mereka akan letak harga tinggi..kemudian berlakulah adegan tawar-menawar. Janganlah sesekali cakap kita ni dari UK..mmm makanya susahlah nak dapat murah. Cakap jer kita dari Malaysia ( memang pun kan?) , InsyaAllah dapat harga lagi murah. Bayangkan lampu yang sama...dijual kepada orang Malaysia dengan harga 200 lira , tetapi akan mencecah sehinga 800-1000 lira untuk orang English , US , UK dan sekutunya. Katanya...sebab orang English banyak duit. Info ni kami dapat masa bersembang dengan beberapa peniaga..

Cuma..bila balik rumah, saya belek semula lampu yang saya beli. Ada 2 jenis rupanya. Kami beli yang murah dan sedikit mahal. Yang sedikit mahal tu..memang manik nyer lebih elok..lebih shining..dan kalau perhatikan..gam nyer kaler putih. [Gam untuk lekatkan manik]. Tak taulah andaian saya ni betul atau tidak.

Tapi..bila dah gantung..gam putih ker..gam clear ker.. 2-2 tak nampak perbezaan , molek jer bila dah pasang ngan bulb .Oh yer lagik satu...jenis kaca pun berjenis-jenis. Yang mahal skit kami dapat kaca nipis. Yang murah kami dapat kaca tebal. Tak tau lah kaca mana yang elok...2-2 kaca pun..kalo jatuh akan berderai.

*kiri dan kanan, lampu yang gunakan gam kaler 'clear' . Yang tengah tu..nampak tak putih? tu gam kaler putih. Yang tengah harga mahal cikit..*

Dalam banyak banyak yang dishopping..satu yang saya tak sangka terjumpa di Istanbul adalah quilt cover/ throw yang cantik cantik. Harga memang murah berbanding UK dan Malaysia. Quilt ini boleh didapati di Mahmud Pasha, bersebelahan Grand bazaar. Banyak kedai yang jual quilt ini. Cantek..berkualiti. Tak tahu nak cakap apa...memang sangat suka..kepuasan maksimum sebab dah lama carik quilt super king size kaler cream..tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya , saya ketemu di sini. Sengaja saya pilih handmade quilt made in Turkey buat kenang-kenangan. Ada juga yang made in China. Alhamdulillah ,dah pakai pun quilt tu..memang best.

*Poyo kan? Ni pun mau tunjuk share ker? Quilt cream yang berjaya di beli di Istanbul. Super duper king size. Sampah bawah katil pun tak nampak..sebab dah tertutup ngan quilt*

Sebelum terlupa...pastikan anda beli senaskhah al-quran tulisan tangan di Istanbul. Harga murah..tulisan terang..mudah untuk dibaca.Moga-moga...azam tahun baru ni dapatlah pertingkatkan bacaan Al-quran . Sering lalai dan alpa. Harap ada yang mengingatkan..agar Al-Quran tidak disimpan sahaja.



6 hari di Istanbul dirasakan sekejap. Eh..dah nak balik? rasa memang nak datang lagik tapi ntah bila. Banyak lagik negara yang saya 'wish' belum jejak. Jadik rasanya..mungkin later-later lah jika ingin melawat semula Istanbul. Hari terakhir kami di Istanbul..snow turun agak lebat. Ekstrem sungguhlah cuaca kat turkey. Alhamdulillah...4 hari pertama..cuaca sangat cantek. Kami pun enjoy nak jenjalan......

Oklah..itu sajer nak share. If ada sesiapa nak ke Istanbul..rasa nak kirim Turkish Delight. Itu pun jika ada yang sudi tolong belikan. Dengar-dengar..ramai juga orang Sheffield plan nak ke Istanbul.

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun baru 2011 membawa keberkatan kepada kita semua.


Hadiah tahun baru untuk Ayuni dan Ayna..Quilt. Quilt lagik! Jemu I mendengarnya.
Apapun saya happy..dapat harga yang murah di babies'R'us. Beli betul-betul pada 1.1.11.


*Ni Quilt terbaru Ayna punya. Ayuni nyer dah pasang kat katil...dia pun tengah tidur..tak kosa saya nak ambik gambo*

ta ta..

Wednesday, 22 December 2010

Catatan Istanbul day 3

Sejuk sejuk begini..malas sungguh nak update blog. Tengok blog orang pun sunyi sepi jer...

Hacumm! hacummm! dalam hacumm hacumm ni, saya akan usahakan mencatat pengembaraan saya ke Istanbul.

Jika Tanjung Piai, Pontian dikenali sebagai penghujung Asia Tenggara,
Gibraltar , Spain dikenali sebagai End of Europe ,
Istanbul pula dikenali sebagai sempadan Benua Eropah dan Benua Asia.

Hari ke-3 , kami meneruskan perjalanan bersama tour guide ke belah Asia. Untuk ke Istanbul belah benua Asia..kami menaiki minibus merentasi selat Bosphorus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari hotel kami.




Merentas jambatan nak ke benua Asia..macam jambatan penang..

Keadaan jalanraya Turkey tak ubah macam Kuala Lumpur...jem , simpang siur..sesuka hati nak memotong , masuk line selamba jer. Jauh benar bezanya dengan UK.Namun pagi itu..jalan kelihatan tenang.


Kami ke Makam Nabi yusha' yang merupakan makam nabi terpanjang , bukit Camlica..bukit tertinggi di Istanbul dan juga Masjid Eyup.

Di bukit camlica...sebelah sini Asia..sebelah sana seberang selat bosphorus..belah Eropah.

Makam nabi Yusha' yang panjang sepanjang pagar hijau tu...

Di Masjid eyup...terdapat makam sahabat nabi , pemegang panji-panji iaitu Eyub El-Ensari. Sungguh! Sungguh sayu apabila berada di masjid ini.

Pasti ada yang teringat cerita ini...
Eyup adalah sahabat nabi yang bertanya kepada nabi dalam perjalanan dari mekah ke madinah, 'dimanakah kita akan berhenti?
Nabi muhamad jawab.
'di mana unta ku berhenti..disitulah kita berhenti'.

Makam ini dijumpai di sini..melalui mimpi seoarang alim ulama'. dimana mimpinya...tempat sejadah yg dibentangkan olehnyer untuk solat..disitulah kubur eyup el-ensari. Kemudian, kawasan itu digali..dan terdapat bukti makam ini adalah makam eyup.


Saya rasa ..Masjid eyup wajib dilawati bagi yang bercuti ke Istanbul. Ramai sangat orang bersolat di masjid ini. Saya juga berkesempatan melihat tapak kaki nabi Muhamad. InsyaAllah..itu adalah benar tapak kaki junjungan kita kerana tapak kaki..mudah didapati..banyak footprint. Tapi kalau tangan..mmm..macam susah jugak nak percaya kesahihannya.[video di bawah...]

kami di hadapan Masjid Eyup.

Memandangkan kami menggunakan khidmat Minibus...kami memerlukan Driver Turkey. Selain menanggung duit makan tour guide..kami juga perlu menanggung makan Driver. Tak susah pun mereka makan..simple. Di makam nabi Yusha...telah kami berikan lempeng turkey . Tetapi mungkin portionnya tak cukup bagi orang Turkey...maka apabila tiba di Masjid eyup..driver dah mula bagi hint 'lapar' , bila nak 'lunch'?

Setelah semua ahli rombongan solat Asar , cecepatlah driver ni nak makan. Dia pun tunjukkanlah kami satu restoran ni..berdepan dengan Masjid eyup. Kami yang no idea pun..ikut jer la....

Alhamdulillah..makanan sedap. Cuma harganya agak mahal..berbanding makanan biasa yang kami beli sebelum ini. Contohnya..sup ikan yang kami makan sebelum ni berharga 3.50 lira..tetapi di restoran ini 6 lira. Dalam hati saya [ bukan nak menuduh] ....sesajer jer pakcik driver bawak kami ke restoran ni. Mungkin dia ingat kami pelancong banyak duit...;) .Duit cash kami masa tu pun...alahai cukup-cukup makan..tak sempat nak draw.


eh..pakcik janganlah tenung macam tu....

Kali ini kami bayar ikut family untuk makanan yang diorder ...bagi memudahkan. Sebelum ini , kami bayar pergroup..lepas tu kira kemudian antara kami . Ntah macam mana , setelah setiap family bayar...shot 10 lira. Maksudnya tak teli kiraan perfamily berbanding pergroup. Tapi saya yakin..memang semua dah bayar. Tup tup..ada seorang hamba Allah turkey ni..tolong bayarkan yang shot 10 lira tu. Mungkin dia kesian tengok kami kalut kalut....

Alkisah...setelah Faiz berborak ucap terima kasih dengan budiman Turkey tersebut , dia memberitahu , di Turkey ..jarang bayaran dilakukan berasingan . Itu yang mungkin cashier serabut. Oooooooo..barulah kami tau. Kalo nak bayar asing-asing..sila dok asing-asing. Tapi kami dalam kumpulan..biasanya mmg dok dekat-dekat rapat-rapatkan meja....ingat macam Malaysia..ha ha..'lain tempat lainlah adat dan budaya nyer.'


Begitulah pengalaman kami pada hari ke-3.

Tips hari ke-3

1. Gunakan peluang yang ada untuk melawat Istanbul sebelah ASIA, tetapi perlu sewa kenderaan ..teksi, minibus..atau sewa kereta. Tiada public transport, bas / tram untuk ke Makam nabi yusha dan Bukit Camlica.

3. Walaupun orang Turkey agak kasar , namun dari segi masa mereka ni Tepat. Jadi kita kena siap sedia ikut masa. Pukul 9 bertolak..pasti minibus akan sampai. Pukul 5.30 kena pulang minibus.....pukul 5 dah kena siap sedia balik dari sessi lawatan. Pukul 12-1 waktu lunch..janganlah kita skip..he he.


Ok..ada masa saya sambung lagi...


*Saya selitkan video semasa ziarah makam eyup el-ensari ini....sila abaikan info saya..ntah mcmana saya kata ni makam sultan fateh. Salah tu...dalam video ni, makam tersebut adalah makan Eyub ..dan dalam tu jugak terdapat ramai orang menghadap dinding..itu adalah melihat tapak kaki nabi muhamad.