Sunday, January 9, 2011

Mengapa Kita Tak Hirau Syurga dan Neraka?

SOALAN:

Kenapa ya ustaz...kita tak rindu dengan syurga yang kita hendak nanti dan tak takut dengan neraka yang kita tak hendak..?

JAWAPAN:

Unttk orang awam... mungkin kerana mereka tak kenal syurga dan kenikmatan di dalamnya. Maka mereka tak termotivasi untuk mendapatkkannya. Meraka juga tak kenal neraka dan azab di dalamnya. Maka mereka tak terdorong untuk menjauhinya.

Untuk para sufi pula, ibadah mereka biasanya sudah sampai ke tahap mencintai Allah/ kerana Allah semata-mata. Maka mereka sudah kurang hiraukan syurga dan neraka.

Begitulah secara ringkasnya.


Abu Zulfiqar

Januari 2011

Thursday, January 6, 2011

Mencari Kitab Ihya'

A MENULIS:

Salam Ustaz, terima kasih add saya.
Saya suka baca blog ustaz Allah Cinta Agung tu..ada sambungan lagi tak? Teruskan usaha dan selamat maju jaya!

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Wlksm A.

Dah tak ada sambungannya. Sebenarnya itu ialah ringkasan bab Cinta dalam Ihya' 'Ulumiddin karya Imam al-Ghazali dengan sedikit tambahan daripada sumber-sumber lain. Untuk lebih memuaskan hati, dapatkan terjemahan Ihya' berbbahasa Melayu jilid 7. Memang seronok menelitinya.

A MENULIS:

Sayangnya tak ada sambungan..Nanti akan diusahakan baca dalam Ihya mcm saranan diberi. Kalau saya perlukan pencerahan saya tanya dengan ustaz ya, maklum baru bertatih.Terima kasih.

DUA BULAN KEMUDIAN...

A MENULIS:

Salam ustaz, boleh tak nak tahu siapa penerbit Ihya Ulumiddin yang ustaz sebut di atas? Saya tak jumpa yang ada 7 jilid. Terima kasih kasih ya.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Wlksm Achik Ibrahim.

Penerbitnya Victory Ajensi, Peti Surat 12359. Kuala Lumpur. Cetakan 1988. Set ini saya beli pada tahun lepas, kulit berwarna biru.
Satu lagi yang ada di tangan saya ialah terbitan Perc. Menara Kudus, Indonesia. Cetakan 1980. Kulitnya merah dan hijau.
Di rumah ibu saya ada satu set kulit nipis berwarna kelabu, saya tak pasti terbitan mana.

Ketiga-tiga set ini terdiri daripada 8 jilid kesemuanya.