ANTARA USAHA MENGHISAB AMALAN RAMADHAN
KITA
Agak2nya Setakat Mana Allah Terima Amal2
Ramadhan Aku yang Lalu?
Yang dimaksudkan di
sini bukan amal puasa, tapi lebih tepat dan lebih meluas lagi iaitu amal2
Ramadhan.
Banyak orang
melihat sudut yang sempit iaitu amal puasa, nak jaga puasa, nak kualitikan
puasa dsb. Tapi dalam Tariqah Ghazaliyah, kita ditarbiyah untuk memandang yang
lebih luas iaitu amal2 Ramadhan (termasuklah amal puasa fardhu itu).
1. Golongan
terbagus (sangat beruntung) - Apabila
tiba Ramadhan, bertambah zikrullahnya, bertambah lafaz2 zikrullahnya, bertambah
solat2 sunatnya, bertambah tilawah Al-Qurannya, bertambah tadabbur Al-Qurannya,
bertambah da’wahnya, bertambah doa2nya, dsb. Ringkas kata, tak sama macam hari2
biasa.
DAN selepas
Ramadhan sampailah ke Ramadhan seterusnya, semua amal2 ini berterusan
(istiqamah).
Amat
sedikit orang yang berada
dalam golongan ini.
2. Golongan
yang bagus (beruntung) - Apabila
tiba Ramadhan, bertambah zikrullahnya, bertambah lafaz2 zikrullahnya, bertambah
solat2 sunatnya, bertambah tilawah Al-Qurannya, bertambah tadabbur Al-Qurannya,
bertambah da’wahnya, bertambah doa2nya, dsb. Ringkas kata, tak sama macam hari2
biasa.
DAN selepas
Ramadhan sampailah ke Ramadhan seterusnya, semua amal2 ini berterusan
(istiqamah) tetapi ada berkurangan sedikit.
Sedikit sahaja orang yang berada dalam golongan
ini.
3. Golongan
yang kurang bagus (kurang beruntung, rugi) - Apabila tiba Ramadhan, umumnya bertambah zikrullahnya, bertambah
lafaz2 zikrullahnya, bertambah solat2 sunatnya, bertambah tilawah Al-Qurannya,
bertambah tadabbur Al-Qurannya, bertambah da’wahnya, bertambah doa2nya, dsb.
Ringkas kata, tak sama macam hari2 biasa.
DAN selepas
Ramadhan sampailah ke Ramadhan seterusnya, semua amal2 ini tidak berterusan
(tidak istiqamah). Banyak berkurang dan ada yang tidak dibuat langsung.
Kebanyakan
orang berada dalam
golongan ini.
4. Golongan
yang tidak bagus (malang, banyak rugi) - Apabila tiba Ramadhan, umumnya tidak bertambah pun zikrullahnya,
tidak bertambah lafaz2 zikrullahnya, tidak bertambah solat2 sunatnya, tidak
bertambah tilawah Al-Qurannya, tidak bertambah tadabbur Al-Qurannya, tidak
bertambah da’wahnya, dsb. Lebih kurang sama je macam hari2 biasa. Jika
bertambah pun, sangat sedikit.
Agak banyak juga orang dalam golongan ini.
5. Golongan
yang sangat tidak bagus (amat malang, sangat kerugian) – Bulan Ramadhan ke, bulan biasa ke, sama
sahaja. Umumnya apa amalan pun tak dibuat.
Ada segelintir
orang yang sebegini.
Agaknya
setakat manalah Allah terima amal2 Ramadhan aku yang lepas (2024)?
Caranya mudah
sahaja. Renung2kan je kembali sebanyak manakah amal2 dalam bulan Ramadhan 2024
dulu yang masih kekal sampailah ke hari ini.
A. Jika banyak
amal2 yang masih berjaya diistiqamahkan, maka insya-Allah sangat banyaklah
amal2 Ramadhan 20024 kita yang Allah terima dan sangat tinggilah darjat
amalan2 tersebut. Itulah gambaran level amal2 Ramadhan 2024 kita di sisi-Nya.
B. Jika berkurangan
amal2 yang masih berjaya diistiqamahkan, maka insya-Allah banyaklah
amal2 Ramadhan 20024 kita yang Allah terima dan tinggilah darjat amalan2
tersebut. Itulah gambaran level amal2 Ramadhan 2024 kita di sisi-Nya.
C. Jika banyak
berkurangan amal2 yang masih berjaya diistiqamahkan, maka kuranglah
amal2 Ramadhan 20024 kita yang Allah terima dan kurang tinggilah
darjat amalan2 tersebut. Itulah gambaran level amal2 Ramadhan 2024 kita di
sisi-Nya.
TINDAKAN
(PERUBAHAN2 YANG AKAN DIBUAT)?
Untuk Ramadhan kali
ini (2025), berazam sungguh2 untuk menambah zikrullahnya, menambah lafaz2
zikrullahnya, menambah solat2 sunatnya, menambah tilawah Al-Qurannya, menambah
tadabbur Al-Qurannya, menambah da’wahnya, menambah doa2nya, dsb. Ringkas kata,
tak sama macam hari2 biasa.
DAN selepas
Ramadhan 2025 sampailah ke Ramadhan seterusnya (2026), semua amal2 ini mestilah
berterusan (istiqamah). Jika berkurang pun, akan berkurang sedikit sahaja.
Inilah azam kita.
*Jangan tunggu
Ramadhan sampai baru hendak tambah amal. Biasanya ia akan hangat2 tahi ayam
dalam seminggu dua Ramadhan sahaja.
*Biasanya yang
gagal kekalkan momentum pada minggu terakhir Ramadhan, amal2 mereka akan
merudum dengan hebatnya bermula Syawal.