Perbezaan antara zikr, zikrullah, lafaz zikr, dan lafaz zikrullah pun tidak tahu dan baru nak Gugel, tapi asyik bersibuk2 pertikai ulama2 terdahulu. Maka jadilah diri sendiri "ulama segera Gugle" dan "ulama share link". Inilah antara penyubur fitnah zmn akhir.
Sunday, November 3, 2024
Tiga Kategori Setiap Vairez V6 Variez Dalaman
Setiap ajaran vairez V6 (6 vairez dalaman) ada 3 kategori :
1. Golongan yang cenderung. Mereka masih ASWJ.
2. Golongan yang arus perdana. Umat berkhilaf dalam menentukan kedudukan mereka. Akan sentiasa ada umat yang memandang mereka sebagai sudah terkeluar daripada ASWJ, dan akan sentiasa ada juga umat yang memandang mereka masih dalam ASWJ. Umumnya tidak ada satu keputusan yang tetap. Perbezaan pandangan ini tidak akan dapat diselesaikan kerana masing2 ada kayu ukur tersendiri. Salinglah meraikan.
3. Yang ekstrem. Mereka memang pasti terkeluar daripada ASWJ.
Tajdid Segar, Tajdid Sebenar
3/11/24
Zikir dan Lafaz Zikrullah Pun Tak Tahu Beza
Lebih kurang dua bulan yang lalu ada seorang hamba Allah yang berfahaman V6-4 (SW – salah satu daripada 6 vairez dalaman umat Islam) cuba mencuit2 sahaya untuk bercerita (sebenarnya hendak berbahas kerana sahaya sudah maklum akan ketaksubannya dengan aliran yang dianutinya) tentang masalah ZIKIR, katanya. Sebelum itu sahaya memang sesekali ada ternampak di Fbnya yang selalu berkongsi link, video, penulisan dan kata2 ORANG LAIN yang sebahagiannya MACAM berkaitan. Tapi penulisan dan huraiannya SENDIRI tidak ada pun. Entah difahamnya atau tidak apa yang dipegang atau yang ditolaknya itu, entahlah. Jika kita tidak ada ilmu dan sekadar hendak share link demi link, lebih baiklah berdiam sahaja. Hal ehwal agama bukan boleh dibuat2 pandai dan disebar2 begitu.
Kata sahaya, “Sebelum kita sembang panjang lagi, encik tahu tak perbezaan antara zikr, zikrullah, lafaz zikr, dan lafaz zikrullah? Dan yang encik share di Fb selalu tu tentang yang mana satu? Dan yang encik hendak ajak saya berbincang ini tentang yang mana satu?”
Hamba Allah itu pun terkebil2 sekejap. Kemudian dia buka telefon lalu mula mencari2 maksud istilah2 itu sebab ternampak dia menulis “zikir”.
Lalu sahaya pun berkata, “Tak mengapalah encik. Kita sembang hal lain sahajalah.”
Jelas! Benda2 ASAS macam itu pun baru hendak Google, tapi selama hari ini selalu sangat (jika sesekali biasalah) share dengan orang ramai link, video, poster dsb tentang HAL2 LANJUTAN dan PERTIKAIAN. Bukan sikit orang2 yang seperti ini. Bergurukan Google dan bermursyidkan internet lalu mendakwa, berkongsi dan menyebarkan itu ini tentang hal ehwal agama. Maka jadilah mereka “ulama sharing” atau “ulama link”. Sangat berbahaya untuk agama dan umat.
*Yang memang cybertrooper rasmi (berbayar atau tidak) dan yang tidak rasmi (sukarela), umumnya memang tidak dapat dbuat apa2 lagi kerana mereka tidak akan berfikir benar salah agama lagi melainkan menyebar sahajalah kerjanya.
3/11/24
Wednesday, October 23, 2024
Burukkan Islam dengan Ambil Contoh yang Salah
Apabila mereka hendak memfitnah dan memburuk2kan Islam, mereka akan ambil contoh orang2 Islam yang bermasalah. Lalu dicanangkannyalah – inilah Islam. Masalahnya, banyak juga yang terpedaya dan terpercaya.
Apabila mereka hendak memfitnah dan memburuk2kan aqidah umat Islam, mereka akan ambil contoh orang2 Islam yang bermasalah. Lalu dicanangkanlah – inilah orang2 bermazhab Maturudiyah. Masalahnya, banyak juga yang terpedaya dan terpercaya.
Apabila mereka hendak memfitnah dan memburuk2kan tasawuf, sufi dan tariqah, mereka akan ambil contoh orang2 Islam yang bermasalah. Lalu dicanangkanlah – inilah tasawuf, sufi dan tariqah. Masalahnya, banyak juga yang terpedaya dan terpercaya. 21/10/24
Friday, June 7, 2024
Lebih Aman Dunia Tanpa Vaires V6
Vaires V6 ialah 6 Vaires Dalaman agama dan umat Islam yang dikenali juga sebagai Vaires 6 Beradik. Vaires V6 ini merosakkan dan melemahkan agama dan umat dari dalam. Vaires2 itu ialah :
V6 1 – Ajaran Ahmediyeh Qadiyeni
V6 2 – Ajaran Anti-Hadis
V6 3 – Ajaran Syeeah terutamanya Rafeedeh
V6 4 – Ajaran Selfie Wehbee
V6 5 – Ajaran SIPLIS (Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme dll)
V6 6 – Ajaran2 yang bermasalah (falsafah, jabbariyah, hasyasyin, batiniyah, muktazilah, qadariyah, ajaran2 sesat, aqidah tajsim, aqidah syubhat, ajaran wahniyah, ajaran reka2 sendiri, ajaran2 topeng, dan seumpamanya)
Yang kita tolak daripada ajaran2 tersebut HANYALAH hal2 yang salah, yang lemah dan yang melemahkan agama dan umat sahaja, manakala hal2 yang betul, yang kuat dan yang menguatkan agama dan umat daripada semua itu tidak pernah kita tolak. Fahamilah betul2.
Dalam pegangan kami, tidak ada unsur2 mana2 ajaran2 Vaires V6. Kami tolak keenam-enamnya. Kami tidak pilih2. Janganah ajak kami untuk mengecualikan walau salah satu.
Tersenyum juga kita apabila kadang2 penganut ajaran V6 3 mengajak kita membendung ajaran V6 4. Maka akan ternampaklah seakan2 ajaran V6 3 itu benar. Dan apa pula penganut ajaran V6 4 yang mengajak kita untuk membendung ajaran V6 3. Maka akan ternampaklah seolah-olah ajaran V6 4 itu benar. Padahal kedua2nya sama sahaja. Kedua2nya pun kita usaha dan ikhtiar hendak membendungnya.
Yakinlah, agama dan umat Islam akan lebih aman, lebih selamat, lebih bersatu-padu dan lebih maju tanpa vaires V6. Cubalah bayangkan sebentar jika keenam2 vaires V6 itu tidak ada dalam dunia ini....... amaaaannn sahaja hidup ini, insya-Allah.
7/6/24
Monday, January 15, 2024
Menyembah Makhluk yang Disangka Sebagai Allah
Orang2 yang yakin bahawa Zat Tuhan berada di atas gunung, di planet, di angkasa lepas, di galaksi, di tengah lautan, di bawah langit tinggi, di atas awan, di dalam perut dan sebagainya, siapa sebenarnya yang mereka Ilahkan, yang mereka sembah? Jelas2 yang itu semua bukan Allah melainkan makhluk yang disangka sebagai Allah. Sangat berhati2lah. Tersalah, cedera, rosak atau binasa selain aqidah masih agak tidak mengapa lagi. Tetapi jika tersalah, cedera, rosak atau binasa aqidah, yang lain2 pun tiada sebarang erti lagi. Tiada berguru, tiadalah tahu, Tiada belajar, tiadalah tersedar. Tekanan darah, bacaan gula, tahap kolesterol dan sebagainya kita sibuk dan selalu periksa agar tidak bermasalah. Isi kandungan aqidah kita yang jauh lebih penting, adakah kita periksa juga? Pernah periksa? Selalu periksa? Sibuk periksa? Bersihkan, luruskan dan tepatkan aqidah kita. Jangan terIlah dan tersembah makhluk. 9/1/24
Sunday, June 11, 2023
Pemahaman Tentang Tahap2 Memahami Bahaya
Ali : Mengapa kalian sibuk2 dengan ular tedung yang 2-3 ekor tu?
Ahmad : Sebab kami tahu betapa berbahayanya ular2 tedung itu.
Ali : Oh, bahaya rupanya ular tedung tu! Ingatkan sekadar membuatkan kita takut dan menyemakkan rumah kita je. Err... bahaya sangat ke ular tedung ni? Kalau setakat gatal2, luka2, kudis2...... itu biasalah.
Ahmad : Ya, sangat berbahaya. Ia boleh membawa maut, bahkan dengan pantas.
PENJELASAN
Berdasarkan situasi di atas, kita boleh simpulkan bahawa seorang itu menilai level bahaya sesuatu itu berdasarkan ilmu pengetahuan, atau ketidaktahuan, atau kekurangtahuannya.
Ibarat anak kecil A yang tidak pernah melihat kala jengking dan tidak tahu bahaya kala jengking. Kali pertama ia terserempak dengan kala jengking, ada kemungkinan ia akan bermain2 dengannya kerana dirasakannya kala jengking itu tidak berbahaya.
Anak kecil lain iaitu B yang ada tahu sedikit akan bahaya kala jengking, mungkin ia tidak bermain2 dengan kala jengking itu tetapi ia akan lalu pergi balik di tepi si kala jengking. Maka dia berisiko untuk disengat.
Anak kecil lain iaitu C yang lebih tahu akan bahaya si kala jengking, ia akan berusaha sedapat mungkin untuk menjauh, atau membunuh kala jengking, atau memanggil orang lain ntuk menguruskan si kala jengking. Dia juga akan berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk menjauhkan kanak2 kecil lain daripada bermain2 atau mendekat dengan si kala jengking itu. Namun kawannya si A mungkin akan memarahinya manakala si B pula akan kurang peduli dengan amarannya kerana ketidaktahuan dan kekurangtahuan mereka.
Jadi, kita ambillah maklumat dan pemahaman daripada orang2 yang punya. Ertinya kena berguru dan belajar.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
11/6/23
Blog : Debunga Teratai Syurgawi
Saturday, May 13, 2023
Hadithnya Sahih Tapi Huraiannya Palsu
Lebih2 lagi jika yang mengamalkan perbuatan itu orang2 yang bertitle, berPHD, berjawatan dan berpengaruh. Mereka berselindung di sebalik penggunaan hadith2 sahih tetapi huraian2 dan pemahaman2 yang mereka lontarkan ke tengah masyarakat itu adalah yang palsu2. Di sinilah sebahgaian anggota masyarakat tertipu. Jika menggunakan riwayat2 yang sahih tetapi dengan huraian2 yang lemah sekalipun, sudah punya risiko besar. Apatah lagi jika huraiannya palsu.
Masyarakat yang tidak ada ilmu tentang perbezaan antara ilmu penghafalan hadith, ilmu tentang penghuraian maksud2 hadith, ilmu saringan hadith dan sebagainya akan menyangkakan semua itu satu cerita sahaja lalu dengan mudah2 akan terkena. Lebih berbahaya jika si awwam itu jenis yang lemah atau tidak ada ilmu hadith tetapi bersemangat. Disangkakannya jika seseorang itu menggunakan hadith sahih, maka pastilah huraiannya benar dan mustahil palsu. Disangkakannya juga jika seseorang itu menggunakan hadith hasan atau hadith dhaif, maka sudah pastilah huraiannya tidak sahih. Sangat berbahaya.
13/5/23
Thursday, September 22, 2022
Hamka Terjemah Kitab Ihya?
Assalamualaikum ustaz. Saya ada terbaca yang kitab Ihya' 'Ulumuddin ni ada versi yang telah diubah2 oleh orang Wahabi. Betul ke? Lagi satu, Ihya' 'Ulumuddin dari terjemahan arwah Prof Hamka ni boleh ke dibaca? Apakah isi kandungannya asli dan tidak diubah2? Sebabnya saya juga ada terbaca yang dulunya arwah Prof Hamka ni juga membawa fahaman wahabi dan pada penghujung usianya beliau telah kembali kepada landasan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Minta tolong penjelasan ustaz.
PENJELASAN SAHAYA : Waalaikumussalam. Setakat yang saya tahu, kitab Ihya' 'Ulumuddin yang dalam bentuk satu kitab penuh itu tidak ada orang yang mengubahnya. Pengubahan (sama ada secara langsung atau secara halus) berlaku kepada kebanyakan ringkasan2 kitab Ihya' 'Ulumuddin itu.
Ringkasan2 itu dikarang oleh orang2 yang datang kemudian daripada zaman Imam al-Ghazali. Ada bahagian2 dalam ringkasan2 mereka itu yang tidak membawa maksud (*tujuan, matlamat, objektif) yang sama sebagaimana maksud kitab asalnya. Sebab itulah dikatakan bahawa kebanyakan ringkasan kitab Ihya' sebenarnya lebih berperanan untuk membunuh kitab Ihya' itu sendiri.
Setakat yang saya tahu juga, tidak ada kitab terjemahan kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin yang dilakukan oleh Prof. Hamka.
Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
22/9/22
Blog Debunga Teratai Syurgawi
Friday, February 11, 2022
Jangan Asyik Terberi Bola Tanggung kepada Lawan
Berusaha dan berikhtiarlah agar jangan sesekali kita terberi bola tanggung kepada lawan. Memang kadang2 ada juga kita sedikit tergelincir lalu terhadiah bola tanggung untuk lawan, tetapi jika asyik terhadiah bola tanggung berkali-kali dalam masa seminit, tentu ada masalah lain.
Regu yang menjadi lawan kita itu tak adalah hebat pun. Kita tahu kerana kita pun sudha lebih 20 tahun menyertai banyak pertandingan dan bertarung dengan mereka. Maka bagaimana kali ini mereka boleh selalu sangat dapat bola tanggung?
Jika kita terhadiah bola tanggung berkali-kali dalam masa yang singkat, bukan kita sahaja yang kena tanggung, tetapi pasangan regu kita juga kena tanggung sekali akibatnya.
Jika kita tak mahir permainan di jaring, kita boleh ubah strategi. Kita banyaklah bermain kawasan garis belakang, atau tengah gelanggang, atau kiri, atau kanan. Berterusan mahu juga berlawan kemahiran di jaring, memanglah kita akan selalu jadi lubuk sasaran, kerana lawan tahu kelemahan kita di mana, tahu kita mudah tergelabah dan terlatah lalu terkeluar skil-skil yang tiada manfaat untuk dpraktikkan dalam pertembungan itu.
Lawan rajin baca kita lalu mereka laksanakan tindakan, maka kita pun kena rajin baca lawan dan laksanakan tindakan. Tak memadai dengan ilmu, stamina dan kemahiran permainan sedia ada sahaja walaupun kita memang banyak ilmu, luar biasa stamina dan sangat mahir.
8/2/22
Wednesday, January 26, 2022
Lagu Vespa Pun Bidaah Jugak?
Teringat sahaya suatu waktu dahulu, di salah satu media sosial........ada satu rakaman audio yang mengandungi bunyi atau suara sekumpulan lelaki beramai-ramai lagi bersama-sama mendendangkan satu lafaz berirama dengan suara yang keras...
Tiba-tiba... ada satu komen oleh seseorang dari seberang, yang nama tempatnya Nusa Tenggara atau yang lebih kurang sebegitulah bunyinya. Dia kelihatannya sering menggunakan bahasa Melayu daerahnya yang kita pun ada kesukaran juga untuk memahami is kandungannya. Apatah pula dia banyak juga menggunakan tulisan pendek2 ala sms. Sememangnya kita yakin bahawa dia juga banyak tidak mengerti maksud tulisan dalam bahasa Melayu Utara, Kelantan, Terengganu dan KL. Ibarat orang Basilan berbual dengan orang Kelantan. Macam ayam dengan itiklah jadinya.
Lebih kuranglah komennya, katanya amalan dalam audio itu adalah bid'ah (dhalalah yang sesat dan ke neraka, kerana baginya tak ada bid'ah hasanah), tidak pernah dicontohkan nabi dan salafussoleh, tarekat sesat, bersusur-galur daripada syi'ah, dan seumpamanyalah. Memang sedari awal sudah dimaklumi yang hamba Allah itu berfahaman Wahhabi. Jadi, tak hairanlah pandangannya begitu.
Tapi sebelum berhukum apa-apa, elok jika anda dapat mendengar dulu dendangan tersebut. Sekarang sudah ada dalam bentuk video. Boleh cuba try test semak uji di sini https://www.youtube.com/watch?v=X1HESTQUrVI .
Jangan tersembur nasi di mulut sudah.
Januari 2022
*Disangkakannya suara2 itu macam satu bacaan2 untuk ritual tertentu :)
Thursday, June 8, 2017
Tidak Perlu Tunggu Jadi Monggol Baru Boleh Bertindak - Virus V6
Selamatkan umat daripaad Virus V6