Showing posts with label TAJDID SEGAR. Show all posts
Showing posts with label TAJDID SEGAR. Show all posts

Sunday, November 17, 2024

Hal2 Khilaf yang Tidak Perlu Dipanjang2kan

 

Peperiksaan akhir semester tinggal seminggu lagi. Namun Seman, Fizz dan Azri masih asyik berbahas panjang setiap hari.

Seman : Sewaktu berada di dewan peperiksaan, butang baju yang paling atas dikancing.

Fizz : Tak lah. Masuk dewan peperiksaan, butang baju paling atas tidak dikancing.

Azri : Sepanjang berada di dewan peperiksaan, butang baju paling atas dikancing dan kolar baju ditegakkan.


Sudah hampir sebulan mereka berbalas-balas hujah.


Tiba-tiba Ghazali bersuara : Kawan-kawan. Katakanlah kita melakukan salah satu daripada pandangan kalian, adakah kita akan terkeluar dari dewan peperiksaan?

Serentak mereka menjawab : Tak lah!

Ghazali : Jika begitulah keadaannya, eloklah kalian hentikan perbalahan ni sekarang juga lalu kalian tumpukan kepada study untuk peperiksaan nanti.


Seman : Betul jugak ye! Khilaf kita ini bukan termasuk ke dalam kategori perbuatan yang boleh mengganggu peperiksaan kita atau boleh mengeluarkan kita daripada mengambil peperiksaan pun. Khilaf bab furuk je pun.

Fizz : Ye lah. Dah dekat sebulan kita lebih tumpu hal ni je. Study pun belum sebanyak mana.

Azri : Kalau macam tu, masa di dewan peperiksaan nanti, kita buatlah yang mana-mana pun antara tiga perlakuan tadi. Tak kacau apa-apa pun. Ikut cara Ghazali, senang.


6/11/24

Sunday, November 3, 2024

Tiga Kategori Setiap Vairez V6 Variez Dalaman

 

Setiap ajaran vairez V6 (6 vairez dalaman) ada 3 kategori :

1. Golongan yang cenderung. Mereka masih ASWJ.

2. Golongan yang arus perdana. Umat berkhilaf dalam menentukan kedudukan mereka. Akan sentiasa ada umat yang memandang mereka sebagai sudah terkeluar daripada ASWJ, dan akan sentiasa ada juga umat yang memandang mereka masih dalam ASWJ. Umumnya tidak ada satu keputusan yang tetap. Perbezaan pandangan ini tidak akan dapat diselesaikan kerana masing2 ada kayu ukur tersendiri. Salinglah meraikan.

3. Yang ekstrem. Mereka memang pasti terkeluar daripada ASWJ.


Tajdid Segar, Tajdid Sebenar


3/11/24

Zikir dan Lafaz Zikrullah Pun Tak Tahu Beza

 

Lebih kurang dua bulan yang lalu ada seorang hamba Allah yang berfahaman V6-4 (SW – salah satu daripada 6 vairez dalaman umat Islam) cuba mencuit2 sahaya untuk bercerita (sebenarnya hendak berbahas kerana sahaya sudah maklum akan ketaksubannya dengan aliran yang dianutinya) tentang masalah ZIKIR, katanya. Sebelum itu sahaya memang sesekali ada ternampak di Fbnya yang selalu berkongsi link, video, penulisan dan kata2 ORANG LAIN yang sebahagiannya MACAM berkaitan. Tapi penulisan dan huraiannya SENDIRI tidak ada pun. Entah difahamnya atau tidak apa yang dipegang atau yang ditolaknya itu, entahlah. Jika kita tidak ada ilmu dan sekadar hendak share link demi link, lebih baiklah berdiam sahaja. Hal ehwal agama bukan boleh dibuat2 pandai dan disebar2 begitu.


Kata sahaya, Sebelum kita sembang panjang lagi, encik tahu tak perbezaan antara zikr, zikrullah, lafaz zikr, dan lafaz zikrullah? Dan yang encik share di Fb selalu tu tentang yang mana satu? Dan yang encik hendak ajak saya berbincang ini tentang yang mana satu?


Hamba Allah itu pun terkebil2 sekejap. Kemudian dia buka telefon lalu mula mencari2 maksud istilah2 itu sebab ternampak dia menulis “zikir”.


Lalu sahaya pun berkata, “Tak mengapalah encik. Kita sembang hal lain sahajalah.”


Jelas! Benda2 ASAS macam itu pun baru hendak Google, tapi selama hari ini selalu sangat (jika sesekali biasalah) share dengan orang ramai link, video, poster dsb tentang HAL2 LANJUTAN dan PERTIKAIAN. Bukan sikit orang2 yang seperti ini. Bergurukan Google dan bermursyidkan internet lalu mendakwa, berkongsi dan menyebarkan itu ini tentang hal ehwal agama. Maka jadilah mereka “ulama sharing” atau “ulama link”. Sangat berbahaya untuk agama dan umat.


*Yang memang cybertrooper rasmi (berbayar atau tidak) dan yang tidak rasmi (sukarela), umumnya memang tidak dapat dbuat apa2 lagi kerana mereka tidak akan berfikir benar salah agama lagi melainkan menyebar sahajalah kerjanya.


3/11/24


Saturday, November 2, 2024

Tidak Berguru dan Belajar, Tiba2 Mengajar

 

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-iman, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal al-iman – amat berbahaya.

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-islam, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal al-islam – amat berbahaya.

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-ihsan, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal al-ihsan – amat berbahaya.

Tidak berguru dan tidak belajar ilmu fardhu al-sa’ah, tiba2 baca ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu berpandangan itu ini tentang hal ehwal as-sa’ah – amat berbahaya.


Antara punca terbesar rosaknya pemahaman dalam 4 tungku agama atau 4 fardhu ad-diin ini kerana tidak berguru dan tidak belajar. Jika dikongsikan atau disebarkannya, akan merosakkan pula pemahaman orang lain.


Maka, berguru dan belajarlah ilmu2 yang kita belum berguru dan belajar, walau sehebat mana rupa kita, pakaian kita, kelulusan kita, kedudukan kita, keterkenalan kita, keturunan kita, kebangsawanan kita, kekayaan kita, pangkat kita, pengaruh kita, maqam kita, dan sebagainya.


1/11/24

Saturday, September 14, 2024

Antara 3 Pesanan Luqman al-Hakim

 

(Pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya) : “Wahai anakku! Selesaikanlah solat dan serulah (manusia ) berbuat yang ma’ruf dan cegahlah (mereka) daripada yang munkar, dan bersabarlah terhadap apa yang berlaku ke atasmu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.” (Luqman : 17)
3 perkara penting :
1. Solat
2. Bertindak (seru & cegah)
3. Sabar
Yang no. 2 selalu terlepas.
Allahumma. Kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam ketiga2nya.
 
14/9/24 

Saturday, August 31, 2024

Allah Lorongkan Kita kepada 4 Tungku Agama

 

Apabila Allah memanggil kita, menggerakkan kita atau melorongkan kita kepada sesuatu yang istimewa – sudah tentu ada maksudnya, hikmahnya dan sirrnya. Padahal kita ini bukanlah sesiapa. Pada fikiran kita yang serba lemah ini, kita tidak layak pun untuk dipilih. Banyak lagi orang2 lain yang kita pandang sebagai lebih layak berbanding diri kita. Namun kita sedar, bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Pada hakikatnya, kita langsung tiada kuasa dan tiada ilmu.


Umumnya, apabila Allah temukan kita dengan ilmu tungku al-iman, ertinya Dia mahu menyelamatkan kita dalam perkara yang paling penting dalam hidup kita iaitu ‘aqidah tauhid. Dia mahu membetulkan pengabdian dan sembahan kita. Dia mahu menepatkan Ilah kita. Padahal kita ini asalnya bukannya orang yang kuat agama pun. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


Umumnya, apabila Allah jumpakan kita dengan ilmu tungku al-ihsan, ertinya Dia hendak merezekikan kepada kita ilmu dan amal tasawuf, serta hendak mengangkat maqam kita di sisi-Nya. Padahal kita ini pendosa. Banyak lagi orang yang lebih baik daripada kita sejak dulu lagi. Kita ini baru sahaja belajar2 hendak jadi baik. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


Umumnya, apabila Allah jodohkan kita dengan ilmu tungku as-sa’ah, ertinya Dia hendak menyelesaikan kesemua 4 fardhu2 kita, hendak membekalkan kita dengan panduan2, hendak menyelamatkan kita, dan hendak jadikan kita berjiwa pejuang. Padahal kita ini orang kecil/ kerdil lagi kurang ilmu dan amal. Banyak lagi orang yang hebat2 yang sepatutnya dijodohkan. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


- Petikan usrah 17/8/24

Sunday, August 18, 2024

Memang Susah Nak Kenal Ulama Akhirat JIka Tak Belajar

 

Memanglah susah hendak mengenal yang mana ulama akhirat dan yang mana ulama dunia (ulama su’) kerana tidak pernah ditarbiahkan ilmu tentangnya. Lebih2 lagi jika si guru2 (ketua2. pimpinan2) sendiri khuatir kalau2 nanti dia akan terlihat sebagai salah seorang ulama dunia, lagilah ditutupnya ilmu tersebut rapat2. Pelajari dan dalamilah kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Imam al-Ghazali sudah membekalkan ilmu tentangnya kepada kita.

Sunday, May 19, 2024

Bagaimana Banyak Menulis?

 

KOMEN : Ustaz banyak menulis. Macam mana ustaz bagi masa untuk menulis?


JAWAPANNYA : Belum mencapai banyak sebenarnya. Masih sangat sedikit berbanding sebahagian wali2 Allah dan alim ulama terdahulu. Jumlah penulisan mereka kadang2 seakan2 tidak sepadan dengan jumlah usia mereka. Sahaya cuma cuba ikut selangkah dua.


Cara sahaya - suka buat nota. Dan apabila ada peluang sahaja, sahaya akan terus menulis walaupun sedikit. Laptop selalu terbuka. Maka sambil2 lalu-lalang, jika kebetulan ada idea, terus tulis.


12/5/24

Monday, May 13, 2024

Saring yang Salah2, Jumpalah yang Benar2

 

Saringkan yang salah2, terjumpalah yang benar2.

Ketepikan yang sampah2, tersisalah yang boleh diguna.

Buangkan yang palsu2, tersimpanlah yang asli2.

Asingkan yang murah2, dapatlah yang mahal2.

Elakkan yang mudarat2, nikmatilah yang manfaat2.


13/5/24

Saturday, May 11, 2024

Susah Istiqamah Majlis Taalim Keluarga?

 

Susah mahu istiqamah buat majlis ta’lim keluarga 5 minit selepas solat isya’? Cuba kita tafakurkan begini... Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, umumnya kita sekeluarga sanggup korbankan masa setiap malam antara 45 minit ke hampir dua jam selepas solat fardhu isya’ untuk mengerjakan solat sunat terawih, ada yang mendengar tazkirah, ada yang makan moreh, dan dicampur dengan masa perjalanan pulang ke rumah. Bagi yang mengerjakannya di rumah pun lebih kurang setengah jam ke atas juga. Ertinya kita dan keluarga sudah terbiasa. Maka insya-Allah mudah untuk kita membiasakan kebiasaan tersebut. Apatah lagi majlis ta’lim harian keluarga hanya sekitar 5 minit sahaja. Semoga dapatan Ramadhan kita berterusan selama sebelas bulan lagi sehingalah bertemu dengan Ramadhan yang akan datang pula.


Bagaimana jika masih bujang?

Bacalah bersendirian.


Bagaimana jika ahli keluarga yang lain tidak berminat?

Cuba2 ajak yang berminat. Jika tak ada juga, bacalah sendirian. Asalkan istiqamah.


* Majlis ta’lim keluarga harian tidak semestinya selepas isya’. Boleh sahaja pada bila2 masa yang bersesuaian.


7/5/24

Tiada Ilmu 4 Tungku Agama? Ikut Nafsulah Jawabnya

 

Apabila tiada ilmu tungku AL-IMAN yang secukupnya, maka masalah2 yang timbul berkaitan keimanan, aqidah, tauhid dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


Apabila tiada ilmu tungku AL-ISLAM yangn secukupnya, maka masalah2 yang timbul berkaitan fiqh, hukum-hakam, jenayah dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


Apabila tiada ilmu tungku AL-IHSAN yang secukupnya, maka masalah2 yang timbul berkaitan keRUHanian, tasawuf, sufi, tariqah dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


Apabila tiada ilmu tiang AL-SA’AH, maka masalah2 yang timbul berkaitan akhir zaman, zaman akhir, zaman fitnah dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


9/5/24

Sunday, May 5, 2024

Keperluan, Separuh Perlu dan Kehendak

 

Dalam hidup ini kena dibezakan antara hal2 yang bertaraf perlu, kehendak dan yang tengah2 antara keperluan dan kehendak (separuh perlu). Kadang2 yang sebahagian orang bersungguh2 bising perjuangkan itu hanyalah hal2 yang bertaraf kehendak, tetapi mereka tambah2 cerita agar ia kelihatan seolah2 keperluan atau separuh perlu. Mestilah difahami bahawa umumnya hal2 yng bertaraf kehendak itu tidaklah bertaraf perlu (mesti, wajib) untuk dipenuhi. Yang bertaraf perlu itu bukan kehendak. Yang bertaraf kehendak itu bukan perlu.


28/4/24

Ambillah Ilmu daripada yang Tahu, Bukan Buat2 Tahu

 

Mukhriz tidak pernah berguru dan belajar ilmu al-islam (fekah). Tapi dia selalu mempertikai hal ehwal fekah yang dalam-dalam. Maka, susahlah untuk kita mengambil ilmu fekah daripada Mukhriz. Mukhriz janganlah terasa hati.


Osman pernah berguru dan belajar ilmu al-iman (akidah) tapi sangat sedikit lagi sekejap. Kini dia rajin mempertikai hal ehwal aqidah dan tauhid di mana-mana. Maka, susahlah untuk kita menerima HURAIAN ilmu akidah daripada Osman. Osman janganlah terasa hati.


Zainal mengaku ada berguru dan belajar ilmu al-ihsan (tasawuf), tapi setakat yang dimaklumi orang bahawa yang disebutkannya sebagai gurunya itu TIDAK AHLI pun dalam ilmu tasawuf tapi ahli dalam juzuk ilmu agama yang lain. Jika ada pengetahuan tasawuf pun sekadar yang asas2 sahaja. Maka, susahlah untuk kita meyakini huraian Zainal berkaitan tasawuf. Zainal janganlah terasa hati.


Khairi sering menunjukkan pengetahuannya tentang as-saah (akhir zaman, zaman akhir dsb), tapi sanad ilmu as-sa’ahnya terputus. Dia rajin memberi komentar di sana-sini. Maka, susahlah untuk kita memakai pandangan2nya tentang as-sa’ah. Khairi janganlah berkecil hati.


Zuki sangat gemar mengkritik ke sana ke mari tentang hukum-hakam. Tapi Zuki tidak ada sanad ilmu fekahnya. Dia ambil dari mana? Maka, susahlah untuk kita mempercayai kata-kata Zuki dalam bidang fekah. Zuki janganlah ambil hati.


Adi sangat banyak bercakap soal tauhid. Tapi dalam sanadnya ternyata ada banyak nama orang termasuklah gurunya yang dimaklumi sebagai bukan ahli dalam tauhid. Maka, susahlah untuk kita menerima pandangan2nya tentang tauhid. Adi kenalah belajar2 menerima penolakan orang.


Begitulah UMUMNYA, bukan sepenuhnya.


Ilmu2 agama daripada 4 tungku ad-diin ini, kita bukan boleh main pakai ambil, terima atau reka2 sahaja. Berbahaya kepada agama dan umat. Jangan dicari ilmu pada yang bukan tempatnya, kerana sudah tentu tidak akan ditemui. Ibarat mencari ilmu tentang biji bola mata kepada pakar bunga-bungaan. Dia memang pakar, tapi bukan dalam hal ehwal biji bola mata. Begitu juga jika cuba menuntut menuntut ilmu tentang jantung tetapi kepada pakar dalaman telinga.


3/5/24

Tuesday, April 23, 2024

Keutamaan Mengajar Kerana Duit vs Kerana Allah

 

Orang yang mengajarkan agama tapi keutamaannya adalah duit, tak sama dengan orang mengajarkan agama yang keutamaannya adalah agama, walaupun dia juga perlukan duit.

Orang yang mengubat tapi keutamaannya adalah gaji, tak sama dengan orang mengubat yang keutamanya adalah kesihatan, walaupun dia juga mengambil gaji.

Orang yang berdakwah tapi keutamaannya adalah bayaran, tak sama dengan orang berdakwah yang keutamaannya adalah isi dakwah, walaupun dia juga ada dibayar.

Orang yang berjuang tapi keutamaannya adalah jawatan, tak sama dengan orang berjuang yang keutamannya adalah umat, walaupun dia juga tidak menolak akan jawatan.

Bijak2lah memilih.


14/4/24

Friday, March 22, 2024

Carilah Ilmu Ad-Diin pada Ahlinya

 

Ilmu al-iman itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-iman dengan ahli al-islam, melainkan jika ahli al-islam itu memang ahli juga dalam al-iman.


Ilmu al-islam itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-islam dengan ahli al-ihsan, melainkan jika ahli al-ihsan itu memang ahli juga dalam al-islam.


Ilmu al-ihsan itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-ihsan dengan ahli al-sa’ah, melainkan jika ahli al-sa’ah itu memang ahli juga dalam al-ihsan.


Ilmu al-sa’ah itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-sa’ah dengan ahli al-iman, melainkan jika ahli al-iman itu memang ahli juga dalam al-sa’ah.


Mencari sesuatu biarlah pada tempatnya. Jika dicari pada yang bukan tempatnya maka :

i) tiadalah terjumpa lalu habislah masa dengan tercari2 sahaja

ii) terjumpa sesuatu yang disangka sebagai ia, tetapi sebenarnya bukan ia. Ini sangat berbahaya.


Al-iman, al-islam, al-ihsan dan al-sa’ah.

Inilah 4 tungku ad-diin, 4 tiang agama,

4 fardhu ad-diin, 4 rukun agama,

4 pasak ad-diin, 4 pagar agama.

4 sayap ad-diin, 4 mata angin agama.


4 sekawan hadir berturutan.

Dalam hadith Jibril tiada terpisahkan.

Para sahabat akur mendengarkan.

Bersambunglah sanad zaman-berzaman.


21/3/24

Tuesday, February 27, 2024

Elakkan Golongan yang Menunjuk2 Tahu

 

KADANG2 pihak2 tertentu mewujudkan sesuatu istilah, rangkai kata, ayat atau puisi yang ganjil2 dan pelik2 dengan tujuan untuk lebih menarik hati orang ramai, lebih menjadikan mereka dan ajaran mereka terpandang istimewa lagi misteri, untuk menunjukkan ketinggian ilmu dan pencapian mereka, dan atas maksud2 lainnya.


Dalam pengajian intensif ilmu aqidah yang lalu, ada kita petik kalam Imam al-Ghazali dalam Ihya’nya tentang golongan2 yang terpedaya. Antara tulis al-iman :


Antaranya lagi ialah mereka yang mendakwa berma’rifah (mengenal Allah), menyaksikan Al-Haqq, melewati maqam-maqam dan hal ehwal (kononnya berada pada kedudukan yang tinggi), selalu ‘ainusy-syuhud dan dekat dengan Allah.”


Sebenarnya mereka tidak mengenal pun perkara-perkara ini selain pada nama-nama dan KATA-KATA (hebat pada istilah-istilah dan cerita-cerita sahaja) yang DIULANG-ULANGNYA (untuk menunjukkan dia arif dan bermaqam tinggi).”


Lagi kata al-imam : “Sebenarnya di sisi orang-orang yang mempunyai qalbu (orang-orang yang benar pada jalan tasawuf ini), mereka (di atas tadi) hanyalah orang-orang dungu yang jahil. Mereka tidak sekali-kali berfaham teguh dengan suatu ilmu pun, tidak terdidik dengan akhlak mulia, tidak menyusun dengan tertib akan sesuatu amal, tidak mengintip hati melainkan mengikuti hawa nafsu. Mereka mendapat kata-kata (pelajaran) yang TIDAK BERFAEDAH dan SEKADAR MENGHAFALKANNYA.”


Semua Nabi Berdakwah

 

Rasulullah saw bersabda :Tidak ada seorang nabi pun sebelum aku melainkan jadi tanggungjawab ke atasnya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya dan memperingatkan mereka akan jalan keburukan.” (Muslim)


i) Kita kena ada ilmu membeza dan menyaring. Maka kena berguru dan belajar ilmu membeza dan menyaring ini.

ii) Antara yang hendak dikenal, dibeza dan disaring adalah mana yang benar (haqq) dan mana yang salah (batil). Dan tentunya yang paling utama adalah untuk menegenal, membeza dna menyaring yang mana Allah dan yang mana makhluk, agar tidak tersalah Ilah, pengabdian, ibadah dan sembahan.

iii) Semua nabi tidak sekadar kena ada, malahan mereka kena menunjukkan kepada orang lain tentang yang benar dan yang salah. Ertinya semua nabi menyampaikan atau berdakwah kepada orang lain.

iv) Orang2 berilmu itu pewaris para nabi. Tak mahukah kita menjadi orang2 berilmu agama? Tak mahukah kita menjadi pewaris para nabi?


27/2/24

Wednesday, February 21, 2024

Kita Diuji dengan Keramaian

 

Kadang2 kita diuji dengan harta. Kita sangka apabila dapat banyak harta maka pasti kita sedang berada di jalan yang benar dan disukai oleh Allah, manakala yang miskin itu sedang tidak benar dan sedang dimurkai Allah.

Kadang2 kita diuji dengan keramaian. Kita sangka yang ramai itu pasti benar dan pilihan Allah, manakala mereka yang sedikit itu tidak benar dan terkutuk.

Kadang2 kita diuji dengan kesihatan, kemenangan, kecantikan dan sebagainya. Begitulah seterusnya.

Wednesday, February 14, 2024

4 Sekawan Fardhu Tiada Terpisah

 

Pabila

ilmu al-iman (akidah) disangka ilmu falsafah,

ilmu al-islam (fekah) disangka ilmu ciptaan diri-diri,

ilmu al-ihsan (tasawuf) disangka ilmu batiniyah

ilmu as-saah (zaman akhir) disangka ilmu teori konspirasi,

(padahal 4 sekawan ini ialah tiang agama, pasak ad-diin, rukun agama, fardhu ad-diin, 4 mata angin agama, 4 tungku ad-diin),

maka fikirkanlah sudah ke mana sebenarnya agama (ad-diin) mu.


Datang berturut satu-persatu.

Turun sederup tidak bercelah.

Mekar sejambak satu perdu.

Empat sekawan tiada terpisah.


Empat beradik satu ibu.

Ibarat empat tiangnya khemah.

Jibril datang memberitahu,

hadithnya jelas masyhurlah sudah.


Pusaka bersanad guru ke guru,

bukannya boleh sendiri gubah.

Siapa amalkan yang ia tahu,

akan ditambah oleh-Nya Allah.


13/2/24

Monday, January 15, 2024

Engkau Tersilap Mengikut Orang

 

Setelah bertukar2 fikiran (mendengar aduan) seorang hamba Allah dalam masa yang agak lama, maka sahaya katakan sahaja, “Engkau ikut, taat dan patuh sepenuh hati kepada orang2 yang tidak membawa pun engkau untuk mengenal Allah. Bila masanya mereka ada membimbing dan mentarbiah engkau untuk berma’rifatullah? Sebaliknya mereka mencukupkan engkau dengan tahu Allah sahaja, lalu membawa engkau berterusan kepada kepentingan2 mereka. Tidakkah engkau sedar? Sebab itulah engkau jadi begini, sudah puluhan tahun, dan mungkin akan terus begini juga jika engkau masih tidak mahu mengambil langkah2 untuk berubah.” Januari 2024