Showing posts with label CATATAN KULIAH. Show all posts
Showing posts with label CATATAN KULIAH. Show all posts

Monday, May 12, 2025

Ringkasan Pengajian Kitab Kimiya us-Saadah oleh Ummu Musf al-Ghazali

 

RINGKASAN PENGAJIAN KITAB KIMIYA’ US-SA’ADAH (Imam al-Ghazali) oleh Ummu Musfirah al-Ghazali (Mei)

1. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat2 Kami (TANDA2 Kami) pada segenap penjuru (yakni pada seluruh alam ini ada tanda2 Allah), dan pada an-nafsun mereka (yakni PADA DIRI MEREKA, iaitu pada diri manusia ini) sendiri (pun ada tanda2 Allah), sehingga jelas bagi mereka sesungguhnya Al-Quran itu adalah benar.” (Fussilat : 53)

 

2. Banyak orang sibuk hendak mengetahui dan mengenali benda2 lain, tetapi mereka tidak ambil berat atau kurang ambil berat untuk mengetahui diri sendiri, dan mengenal diri sendiri.

Mengapa jadi begitu? Kerana :

- Mereka tak anggap penting pun.

- Mereka tak berusaha gigih untuk mencari pun.

- Mereka anggap ia hanya perkara sampingan.

- Mereka anggap ia sebagai perkara pilihan.

Tapi bagi ahli2 sufi dan pelajar2 sufi, mengenal diri dan mengenal Allah ini sangatlah penting. Sekiranya diri kita sendiri yang paling dekat ini pun kita tidak kenal, macam mana kita nak mengenal yang selain daripada diri kita?

 

3. Jika setakat tahu yang kita ada JASAD FIZIKAL, ada kulit, ada rambut, kuku, ada warna2, ada daging, otot, urat, saraf, tulang, cecair, mata, mulut, ORGAN2 DALAMAN (jantung, paru2, hati, hempedu, buah pinggang, otak), dan sebagainya… ringkasnya semua itu tak dapat membuatkan kita mengenal Tuhan. Paling jauh, semua itu hanya dapat membawa kita kepada TAHU ADANYA TUHAN. Itu pun banyak orang tak sampai.

 

Lalu mereka pun terbahagi kepada beberapa golongan iaitu :

i)                    Golongan pertama – Mereka yakin bahawa kuasa itu memang ada tetapi ia bukan Tuhan.

ii)                  Golongan kedua – Mereka yakin bahawa kuasa itu memang ada tetapi mereka tidak pasti sama ada ia Tuhan atau tidak.

iii)                Golongan ketiga – Mereka yakin bahawa kuasa itu memang ada dan kuasa itulah Tuhan. Mereka setakat terjumpa Tuhan dan tahu Tuhan, tetapi tidak sampai kepada mengenal Tuhan.

 

Mereka yang mengiktiraf kuasa itu sebagai Tuhan pula terpecah lagi kepada beberapa golongan, iaitu :

a)      Golongan A – mereka sekadar mengakui adanya Tuhan, tetapi mereka tidak menganut sebarang agama. Mereka x ada sebarang amal ‘ibadah.

b)      Golongan B – mereka mengakui kewujudan Tuhan, lalu mereka membuat agama dan amal2 sendiri.

c)      Golongan C – mereka mengakui kewujudan Tuhan, lalu mereka memeluk agama2 lain yang terdapat pada zaman itu.

 

4. Sebenarnya apa yang sepatutnya engkau tahu ialah tentang :

-          Engkau itu apa? (Kita ni… apa dia?) Siapakah engkau? Dari mana engkau datang? Ke mana engkau akan pergi? Mengapa engkau datang ke sini? Apa tujuannya engkau diciptakan oleh Tuhan? Dan secara ringkasnya, apa yang baik untuk engkau dan apa yang buruk untuk engkau?

 

5.  Imaamul Ghazaali berkata : “Bahkan burung dan binatang buas pun dikurniakan sifat-sifat yang ada pada dirimu, selain beberapa sifat syaitan. Namun, ada sifat2mu yang setanding dengan para malaikat.”

“Lalu, apakah sifat2 yang sementara dan apakah sifat2 yang kekal? Apakah asal-usulmu, (yakni) hakikat dirimu?”

“Jadi, melainkan engkau memahami asas2/dasar2 penting ini, engkau tidak akan dapat mencapai maqam yang diberkati itu.”

“Setiap sifat itu ada makanan khususnya yang tersendiri yang dapat menyuburkannya, yang mengekalkannya, dan yang menggalakkan pertumbuhannya, sehingga menghasilkan kebaikan dan tingkahlaku yang diharapkan.”

Pekerjaan haiwan, seperti yang dapat kita perhatikan, terletak pada (aktiviti) makan, minum, dan (berusaha) menjadi sihat dan kuat. Oleh itu, jika engkau berasa diri engkau itu haiwan juga, maka engkau ikut sahajalah aktiviti sehari2 mereka, mengisi perut engkau hingga penuh, dan memenuhi kehendak hawa nafsu engkau sepenuhnya. Penyerangan dan pembantaian merupakan ciri utama haiwan2 di dalam hutan. Sudah jadi lumrah mereka berbuat demikian.”

 

6. Di manakah kita?

i) KERJA HAIWAN - Apakah kerja haiwan sepanjang hidupnya?

Makan, minum, buang air, berehat, berhibur, berjimak, beriadah, jaga kesihatan, bermasyarakat, bergaduh dan bekerja. Haiwan pun ada bekerja ke? Apakah contoh2nya?

 

ii) KERJA MANUSIA2 LALAI (YANG LEBIH KURANG SAMA MACAM HAIWAN) – Mereka makan, minum, buang air, berhibur, berjimak, beriadah, jaga kesihatan, bermasyarakat, bergaduh dan bekerja. Dekat2 nak sama macam haiwan. Inilah umumnya kerja mereka setiap hari, berulang2 sampailah ke mati. Mereka tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah.

 

iii) KERJA MANUSIA BIASA – Semua yang di atas DAN beramal ibadah (yakni perjuangkan agama lebih untuk diri sendiri). Inilah umumnya kerja mereka setiap hari, berulang2 sampailah ke mati. Tapi tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah.

 

iv) KERJA MANUSIA BIASA YANG LEBIH BAIK – Semua yang di atas DAN berjuang (yakni perjuangkan agama untuk diri2 iaitu untuk umat). Tapi tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah.

 

v) KERJA MANUSIA YANG MENGENAL – Semua yang di atas DAN mengenal diri serta mengenal Allah.

 

vi) KERJA MANUSIA YANG MENGENAL, YANG LEBIH BAIK – Semua yang di atas DAN berjuang (perjuangkan agama untuk diri2/ umat), DAN mengenal diri serta mengenal Allah.

 

vi) KERJA MANUSIA TERPILIH (GOLONGAN KHUSUS) Semua yang di atas dan bukan setakat mengenal diri serta mengenal Allah, mereka juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang mengenal.

 

vii) KERJA MANUSIA YANG LEBIH TERPILIH (LEBIH KHUSUS) – Semua yang di atas dan mereka juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang mengenal. Inilah umumnya kerja mereka setiap hari, berulang2 sampailah ke mati.

 

Dalam kalangan penduduk dunia, jenis ini paling sedikit. Inilah golongan terbaik.

 

PERSOALANNYA – dalam golongan yang manakah diri aku berada? …….

Hal ini perlu kita tafakkurkan sendiri dan buat tindakan (yakni perubahan). 

 

Catatan nota oleh Abu Zulfiqar

Thursday, April 24, 2025

Ringkasan Pengajian Risalah Burung oleh Abu Rayyan al-Ghazali

 

Petikan PENGAJIAN RISALAH ATH-THAIR oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali

1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, selamat kembali kepada fitrah. Sebenarnya, kembali kepada fitrah itu tidak perlu menunggu tiba Aidil Fitri pun memang boleh/ kena kembali kepada fitrah.

2. Peristiwa hadith Jibril yang terkenal itu melibatkan malaikat Jibril, Rasulullah saw, dan sahabat2nya sebagai pendengar. Adab dan akhlak mendahului ilmu – para sahabat hanya mendengar tanpa menyampuk.

3. Mengenang proses Nabi Ibrahim mengenal Rabb-nya.

4. Risalah Ath-Thair ini ditulis dalam bahasa Parsi.

5. Dalam diri kita ada 3 sifat – sifat kemalaikatan, sifat kehaiwanan, sifat kesyaitanan.

6. Diri sebenar kita tidak terlihat dengan pandangan mata. Ia tidak dapat dilihat di dalam cermin.

7. Konteks qalbu ini sangat luas. Qalbu kita ini raja. Anggota badan yang lain semuanya tenteranya. Jika qalbu “sihat”, yang lain2 pun akan “sihat”. Jika qalbu “tak sihat”, yang lain2 pun akan “tak sihat”.

8. Dalam “perjalanan” itu, ada “burung2” yang jatuh sakit, mati dsb.

9. Tentang qalbu, sememangnya agak susah untuk dibicara kerana kita berbicara akan hal yang tidak boleh dinampak dengan mata kepala. Namun kita sangat bersyukur kerana kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendapat “jalan” ini. Banyak orang tidak sedar pun bahawa sebenarnya diri mereka perlu akan ilmu ini.

10. Bintang, bulan, matahari dll (sebagaimana dalam kisah Nabi Ibrahim) tidaklah sehebat qalbu kita. Secerah2 matahari, secantik2 bulan dan segemerlap bintang2, lebih cerah, cantik dan gemerlap lagi qalbu kita. Hal ini kerana qalbu kita ada “connection” yang khusus dengan Allah Taala.

11. Bagi orang yang hatinya bercahaya, tidak ada beza antara “siang” dan “malam” kerana cahaya ma’rifah hatinya tidak padam. Hati orang yang rindu dan asyik akan Allah itu tidak akan pernah padam kerana rindu dan asyknya itu sentiasa, tidka terhad kepada siang dan malam.

12. Selagi keakuan diri kita tebal, selagi itulah kita tidak dapat sampai ke “tempat” yang tinggi.

Ringkasan Pengajian KItab Kimiya us Saadah oleh Ummu Musfirah al-Ghazali

 

Petikan PENGAJIAN KITAB KIMIYA’ US-SA’ADAH oleh Ummu Musfirah al-Ghazali

1. Tariqah Ghazaliyah ini sangat beruntung kerana Imam al-Ghazali karang banyak kitab, dalam pelbagai bidang agama, beliau dalam keempat2 tungku agama atau keempat2 fardhu ad-diin, dan kitab2 utamanya masih ada sampai ke hari ini, malah masih asli lagi isi kandungannya.

2. Dua cita2 utama para ahli alkimia zaman dahulu kala:

i)                    Hendak menukar logam2 menjadi emas.

ii)                  Hendak menghasilkan ramuan yang membolehkan seseorang itu hidup abadi, atau hidup dalam jangka masa yang amat panjang.

3. Pengertian Kimiya’ us-Sa’adah :

سعادة (sa’aadah) = ertinya kebahagiaan. Menurut konteks kitab ini, Kimiya’ us-Sa’adah ialah ramuan untuk mendapatkan kebahagiaan sebenar. Jadi, sesiapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan sebenar, inilah kitabnya. Dan kitab yang lebih besar lagi tentulah kitab Ihya’ ‘Uluumuddin. Dalam kitab Kimiya’ ini tuan imam kita menulis : “Oleh itu, sesiapa yang ingin membuat kajian atau mahu mendalami ilmu ini, bolehlah merujuk dan mengkaji karya2 kami dalam bahasa Arab seperti Ihya’ ‘Uluumuddin, Jawahirul Quran, atau kompilasi lain berkaitan disiplin ini.” Maksudnya, sesiapa yang nak lebih lagi dalam hal ehwal kebahagiaan di sisi Allah ini, dalamilah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

4. Kitab ini asalnya dalam bahasa Parsi. Ringkasnya, kitab Kimiya’ ni bolehlah dikatakan sebagai adik kepada kitab Ihya’.

5. Dalam salah satu surat Imamul Ghazali kepada Perdana Menteri Kerajaan Seljuk iaitu Fakhrul Mulk, beliau menulis : “Sekiranya engkau (wahai Perdana Menteri) menemui kesukaran dalam memahami tasawuf, bacalah kitab Kimiya’ us-Sa’aadah. Ia akan membimbingmu ke jalan yang benar, dan memberi engkau sekurang2nya satu kesempatan yang adil untuk memanfaatkan kemampuan2 yang dikurniakan oleh Allah kepada engkau.”

Masa Sultan Ahmad Sanjar jadi sultan Kerajaan Seljuk, perdana menterinya bernama Fakhrul Mulk. Fakhrul Mulk si perdana menteri ini ialah anak sulung kepada Perdana Menteri Nizamul Mulk.

6. Imamul Ghazali menulis : “Kenalilah dirimu, maka kamu akan mengenal Rabb-mu.”

7. Imamul Ghazali menulis : Allah SWT berfirman : “Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat2 Kami (yakni tanda2 Kami) pada segenap penjuru, dan pada an-nafsun mereka (yakni pada diri mereka) sendiri (pun ada tanda2 Allah), sehingga jelaslah bagi mereka sesungguhnya Al-Quran itu adalah benar.” (Fussilat : 53)

Imamul Ghazali menulis :

8. Imamul Ghazali menulis : “Jika engkau berfikir bahawa, "Kami sudah mengambil tahu dan mengenali diri kami sendiri (maksudnya sebagaimana manusia biasa tahu tentang fizikal dan tingkah laku mereka)." maka sesungguhnya engkau telah keliru. Karena pengetahuan (atau maklumat) seperti itu tidak ada gunanya. Dalam apa keadaan pun, hal itu tidak dapat menjadi kunci ma'rifah dalam usaha manusia untuk mengenal Yang Maha Esa dan Rabb Seluruh Alam.

9. Kata Imam al-Ghazali : “Karena jika (sekadar) hal2 sedemikian, haiwan pun tahu tentang diri mereka sendiri. Mereka juga tahu bahagian-bahagian tubuh mereka yang zahir seperti kepala, mulut, tangan, kaki, daging dan sebagainya. Dan setakat engkau ada tahu lanjutan (atau lebih lagi) tentang diri engkau yang (akan cari) makan apabila engkau lapar, (engkau akan) mengambil tulang (dan mengancamkannya) terhadap seseorang apabila engkau marah, dan apabila dorongan seks menguasaimu (lalu) engkau pun berkahwin. Maka, apa bezanya antara engkau dan haiwan2 itu?

 

10. Kata Imam al-Ghazali :

Sebenarnya apa yang sepatutnya engkau tahu ialah tentang :

-          Engkau itu apa?

-          Siapakah engkau?

-          Dari mana engkau datang?

-          Ke mana engkau akan pergi?

-          Mengapa engkau datang ke sini?

-          Apa tujuannya engkau diciptakan oleh Tuhan?

-          Dan secara ringkasnya, apa yang baik untuk engkau dan apa yang buruk untuk engkau