Saturday, March 1, 2025

Engkau Berpuasa Kerana Apa yang Utamanya?

 

Dari segi keutamaan sebab2 berpuasa Ramadhan, ada orang2 yang sudah akil baligh yang :

1.      Berpuasa kerana DIPAKSA. Jika tidak dipaksa, maka dia tidaklah berpuasa. Ini puasa orang2 yang sangat malas. Biasanya mereka sangat tidak menyukai kehadiran Ramadhan.

2.      Berpuasa kerana BERASA TERPAKSA, walaupun tidak dipaksa. Jika dia tidak berasa dipaksa, maka dia tidaklah berpuasa. Ini puasa orang2 yang malas. Biasanya mereka tidak menyukai

3.      Berpuasa kerana TAKUT mendapat dosa dan neraka. Sekiranya tiada dosa dan neraka, maka tidaklah dia berpuasa. Ini puasa orang2 awwam. Biasanya mereka kurang menyukai kehadiran Ramadhan.

4.      Berpuasa kerana MAHU akan pahala dan syurga. Sekiranya tiada pahala dan syurga, maka tidaklah dia berpuasa. Ini puasa orang2 awwam. Biasanya mereka menyukai kehadiran Ramadhan.

5.      Berpuasa kerana TAAT, patuh dan bertanggungjawab. Sekiranya tiadalah dosa, pahala, neraka dan syurga sekalipun, mereka akan tetap berpuasa Ramadhan kerana itu satu ketetapan oleh Rabb mereka. Biasanya mereka menyukai kehadiran Ramadhan.

6.      Berpuasa kerana SUKA akan Allah, tetapi belum sampai ke maqam sayang. Ini permulaan matlamat para sufi, ahli2 tarekat, orang2 tasawuf dan yang seumpamanya.

7.      Berpuasa kerana SAYANG akan Allah, tetapi belum sampai ke maqam cinta. Ini lanjutan matlamat para sufi, ahli2 tarekat, orang2 tasawuf dan yang seumpamanya.

8.      Berpuasa kerana sudah JATUH CINTA akan Allah. Umumnya ini yang tertinggi. Sekiranya tiadalah dosa, pahala, neraka dan syurga sekalipun, mereka akan sangat bersukacita untuk berpuasa kerana turut mencintai apa yang Kekasih mereka cintai. Inilah matlamat sebenar para sufi, ahli2 tarekat, orang2 tasawuf dan yang seumpamanya.

 

01 03 25

Sudah Ulang Kaji Kitab Rahsia Puasa?

 

Ramadhan tiba. Bagi yang belum, sangat dianjurkan untuk mengulang kaji Kitab Hikmah Puasa dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali). Jika tidak dapat, boleh juga mengulang kaji ringkasannya dalam kitab ABC (Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya – Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) karya Ustaz Abu Zulfiqar al-Amsyari. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelum2 ini. 010325