Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Sosej Roll

Assalamualaikum...

Makanan simple diperbuat daripada roti untuk breakfast.. dah lama dah tp baru nak upload masuk blog..heheh

Sosej Roll

Bahan-bahan;
Beberapa keping Roti gardenia
Breads crump (kaler oren)
3-4 batang Sosej/hotdog yang direbus atau dikukus
Sebiji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Lenyekkan roti gardenia keping supaya padat, ini bertujuan bagi mengelakkan roti tersebut menyerap minyak yang banyak ketika menggoreng.
Gulung sosej/hotdog yang telah direbus ke dalam kepingan roti tadi.
Salutkan roti yang digulung itu dalam telur dan kemudian salutkan dengan breads crump.
Potong sekiranya perlu dan goreng.
Sedap dimakan ketika masih panas.


Thursday, March 24, 2011

Roti Sosej Crab Stick dan Roti Serunding Daging

Assalamualaikum pembuka bicara...
Bile tengok orang buat roti sendiri, teringin nak buat jugak. Dah macam satu penyakit sekarang ni rasa nak mencuba seme resepi... walaupon takde org nk makan.. huhu :(
Nak dijadikan cerita, semalam Ros nekad nak belajar buat roti, uli dan bakar sendiri. Breadmaker takde pon. Mula-mula guna mixer, tapi separuh jalan je sebab doh naik sampai atas. Bunyi mixer dah semacam dah. Takut gak doh masuk dalam motor die.. So kene kontiniu uli sendiri. Ros memang takde pengalaman langsung uli doh roti nih. Memang sanat mencabar la semalam. Selang seli ngan tangisan si kecik tu mintak susu. So, tak dapat nak fokus sangat... (Haa tu la, tau ade anak kecik, gatai nak baking jugak...!!) ... Oleh kerana tempoh menguli pon kejap je dan tak sempat peram doh lama2 sbb ngantuk nak tido, so dapat la hasil macam ni.. not excellent as what i expected.. tapi takpe, next time nak cube lagi... ehhehe

 Roti Serunding Daging Tempatan
Serunding je yg sedap...wahahhhaha...

Roti Sosej dan Crab Stick... Sosej dan Crab Stick je yang sedap...

Testing my olympus digi cam...

Hmmmmm.... nak cube lagi!!!!

Resepi mana i refer? Nnt la bile dah menjadi karang i publish.... (kcewa ni tak menjadi)
huhuu mintak halal ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...