Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Agar-Agar Milo Lapis Oreo

Puding milo lapis oreo...sedapp
Assalamualaikum...

Semalam buat puding oreo ni sebab teringin nak rase n hubby duk haruk suh buat sebab terliur tgk gambar puding oreo Mashitah Mas di fb. Maka berlakulah kejadian dimana masak agar-agar atas dapur dan kemudian kehabisan gas. en suami p kedai nk beli gas tapi malangnye gas masak dah abis.. so ros continue masak guna electric rice cooker.. sibbaik muat..hheheh

Ros guna agar-agar tali 20g so menurut Puan Mas kene gandakan bahan2nya.. in my case.. ros gandakan kuantiti air jadi 1500ml, susu cair mmg guna 1 tin je, gula ros letak 200g je.. serbuk milo letak lebih sbb mmg i suke... n oreo pakai sebungkus je.. mmg sedap2 je rasa. oreo kalau byk lg sedap kot...

Terdapat lapisan hitam kat tgh2 tu sbb ros tersilap rendam sebahagian oreo sementara nk tggu sejuk sket then oreo tu hancur pulak.. so make sure jangan rendam oreo tu ye.. bila dah tuang agar2 kaler putih dalam loyang then baru tabur oreo atas lapisan putih... lagi sedap mkn puding kalau orea floating sekeping2 dalam puding instead of rendam dan jadi lembik.

Agar-Agar Milo Lapis Oreo
Resepi : Dapur Mas dan Along - HomeKreation
Sumber : Ayu - Citarasa Rinduan

Bahan :(untuk saiz bekas 8")
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
750ml Air
160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
1 tin @ 400g Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :
1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

Tips untuk melapis:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Monday, July 15, 2013

Butter Bread Pudding with Castard Sauce

My Butter Bread Pudding... Gambar ni masa panas lagi baru keluar dari oven.
Ni bila dah siap curah adunan susu ke atas roti gardenia yang disiat-siat. Then sapu nutella sikit antara kepingan roti, tabur kismis, kurma,  dan akhirnya gula. xde cinnamon powder, so tak letak pon... sedap jugak..heheh tp kalau ada mesti lagi sedap...

Dalam oven... yeehaaaa

Puding Roti bakar saya posing lagi... naik elok pulak tu.. 

With sos kastad... yummyy sedap dimakan ketika panas dan sejuk...

Posing lagi setelah dibedah siasat.




BUTTER BREAD PUDDING
Resepi asal: Secubitgaram 

10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.

SOS KASTARD
resipi : Secubitgaram 

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti

Wednesday, July 11, 2012

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum..

Puding ni dah lama Ros buat, bulan 4, sehari sebelum dimasukkan ke hospital. So masa tu memang tak sempatla nak update blog. Kenapa masuk hospital? Panjang ceritanya.. tunggu entry akan datang ye... hehheh


Hermm... puding pon comot je nampak kan? hahha malas nak berhias. Pinggan pon tak cun. Takpela janji sedap kan.. Tapi this time agak manis. Next time kalau nak buat lagi, kene kurangkan gula. Suka buat puding ni sebab budak-budak suka makan. Bawak puding ni g rumah kakak, Ahmad suka betul. Hussein pun suke.. maybe sebab ada rasa roti kot. Ok la, kat bawah ni resepi yang dipetik dari dapur kak Nor.. Thanks Kak Nor.. mmg sedap puding ni... :D


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
Sumber: Kak Nor Secubitgaram

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). 
Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. 
Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.
Carik-carikkan roti kemudian kisar bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Thursday, February 23, 2012

Puding Buih














PUDING BUIH
Sumber: Kak Nor 67

Bahan-bahan untuk Puding ( lebih dari 5 org boleh makan )
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

Bahan-bahan untuk kuah;
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara buat puding buih
  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati. 
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu. 
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

Cara-cara buah kuah puding
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais. 
  2. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk. 
  3. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu.. Selamat mencuba..

Sunday, September 11, 2011

Puding Susu Koktel

Assalamualaikum...

Puding susu koktel.. resipi dari kak ummi kuantan... sedap... first time buat tak jadi sebab lupe letak susu dan telur n kastad berketul2.... kali ni alhamdulillah boleh gak makan.. :)



Puding Susu Koktel
Resipi: Kak UmmiZaihadi

Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm) (Ros pakai satu paket tak tau brp gram)
2 biji telor
4 cawan air (Ros ketak 1 l air, ikut instruction kat paket agar)
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir (Dalam paket agar tu tulis 250g, tp Ros kurangkan jadi 210g gula)
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
Masukkan campuran telor dan tepung kastad.
Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Friday, August 12, 2011

Puding Karamel

Salam selamat malam..

Beberapa gambar puding karamel yang Ros buat pagi tadi, masa berbuka baru dapat rasa.. :)




Monday, June 13, 2011

Puding Trifle Strawberry dan Mixed Fruits

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak cerita pasal puding trifle yang Ros buat untuk kakak. Sebenarnya dah lama kakak teringin nak merasa trifle yang ros buat tu.. sebab masa die dalam pantang pernah Ros bawak g rumah die, tp die tak dapat makan.. so baby Ahmad dah 7 bulan baru berkesempatan nak buat trifle lagi untuk kakak. cian kakak... alaaa.. sebenarnya boleh je buat sendiri, tp nak jugak yang adiknya buat. Hmmm.... BTW, Ros dah pernah buat beberapa kali puding trifle nih..First time buat letak kiwi my first trifle. Not so bad. Pastu try lagi buat Peach Trifle Pudding best jugak. Hermmmm mmg best la, makan pon mmg tak puas... lagi-lagi bila lepas makan tengahari atau waktu minum petang.. So, below is the pic for my latest trifle pudding... yummy2... Rase nak buat lagi, tp nak tunggu hubby balik dari phuket dulu khamis ni... bestnye...


Resipi Puding Trifle Strawberry dan Mixed Fruits.

Lapisan bawah
Swiss roll dipotong dan disusun di dalam bekas, direndam dengan air buah-buahan campur dalam tin.

Lapisan tengah (Castard Layer)
1 tin susu sejat (400ml), 1 tin air yang mana, 7 sudu gula. Masukkan susu cair, 1/2 tin air (200ml) dan gula di dalam periuk, dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air (200ml)). Bila campuran susu, gula dan air tadi mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan pertama tadi.

Lapisan Atas
Susunkan buah-buahan campur (koktel) di atas lapisan kastard. Untuk menyediakan bancuhan jelly, panaskan air sehingga mendidih mengikut sukatan pada kotak serbuk jelly (400ml air).. masukkan serbuk jelly ke dalam air panas itu dan kacau sehilang licin dan tidak berbiji.  Setelah sejuk sedikit, tuangkan puding tersebut ke atas lapisan kastard dan buah-buahan yg telah disusun tadi. 
(Notes: Pastikan jelly dituang perlahan-lahan agar tidak rosakkan lapisan kastard yang masih lembik)




Wednesday, February 16, 2011

PEACHES TRIFLE PUDDING

Assalamualaikum wbt..

Hari ini Ros nak cerita pasal puding trifle for second attempt. Sebenarnya dah 5 hari lepas Ros buat puding ni, hari ini baru ade kesempatan nak upload sebab busy sangat jaga Hussein yang demam panas beberapa hari lepas. Now demam dah kebah tp ttiba plak keluar bintik merah.. mcm campak.. herm, susah hati ibu memikirkan tentang anak yang tak sihat, sampai diri sendiri tak terurus.. Takpela Allah mahu menduga hamba-Nya untuk jadi lebih tabah kan? Alhamdulillah Hussein is getting better but he is loosing too much weight.. sedih tgk rase nak nangis... :(

Ok la, Ros nak bercerita tentang puding pule... :) Kali ini ros ade ubah sedikit bahan-bahan dia untuk percubaan kali kedua ni.. lebih sedap n lebih menjadi..:) Yummy2...

Second attempt ... sliced peaches flooded with manggo pudding on the top of custard layer and swiss roll.

another view of my trifle pudding


Lapisan bawah
Swiss roll dipotong dan disusun di dalam bekas, direndam dengan air buah pic dalam tin.

Lapisan tengah (Castard Layer)
1 tin susu sejat (400ml), 1/2 tin air (200ml) dan 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air (200ml)). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan pertama tadi.

Lapisan Atas
Susunkan buah pic di atas lapisan kastard. Untuk lapisan ini, Ros tukarkan kristal jelly kepada serbuk puding mango.. (guna apa yang ade je, sedap jugak, infact lebih sedap :))
Ros panaskan air sehingga mendidih mengikut sukatan pada kotak serbuk puding mango tu.. masukkan serbuk puding ke dalam air panas itu dan kacau.  Setelah sejuk sedikit, tuangkan puding tersebut ke atas lapisan kastard dan buah pic yg telah disusun tadi. 
(Notes: Pastikan puding dituang perlahan-lahan agar tidak rosakkan lapisan kastard yang masih lembik)

Setelah betul2 sejuk, simpan di dalam fridge dan hidang untuk minum petang.. :)  

Monday, November 15, 2010

Home Made Puding Trifle

Dalam kesibukan menguruskan rumah yang tak kemas sejak minggu lepas, sementara amar hussein tido dah abahnya tgk G.I.Joe kt HBO, sempat gak saya siapkan puding triffle saya yang pertama... kononnya baru nak belajar buat la ni...hehhe cmpak tu campak ni dalam puding, akhirnya siap dan menjadi jua.... rasanya: not so bad, tp pagi tadi tukang rasa nya tak leh nk judge lg sebab takleh rase. tukang rasa nak p medical checkup pg td, kene puasa takleh makan satu malam.


ini die wajah triffle saya yang dalam proses lapisan terakhir oleh cystal jelly strawberry... wow... nampak boleh tahan gak kan?



disebabkan first time buat puding ni, saya tak leh nak agak lagi sukatan acuannya cemana... ade acuan yang ada banyak custard ade yang sikit custard. rupanya resipi untuk satu tin susu cair dapat hasilkan banyak jugak bekas.. jadi, lain kali sila cuba lagi... :)


Sebenarnya  lagi gambar yang ingin saya upload... tapi maaflah... saya budak baru belajar..entah macamana die hang masa nak browse daripada harddisk...hadoii...


Resipi puding trifle d atas adalah daripada kak maizana, saya pun tak kenal siapa kak maziana, i just search it and found the recipe through this link. Kawan-kawan yang berminat bole la mencuba ye...

Di bawah ini resipi yang saya dah ubah suai daripada resipi asal;

Bahan
Swiss roll
1 tin fruit cocktail (saya guna cap ayam)
Kristal Jelly Strawberi (saya guna cap nona)
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Yogurt atau whipping cream (saya tak letak pon)
Cara membuatnya:
Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly (400ml) hingga mendidih (Saya pakai air panas je, sbb malas nk masak banyak kali). Masukkan serbuk jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya...... (Yang ni saya skip)

Akhirna berjaya upload gambar ni... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...