Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Biskut Almond London

Assalamualaikum wbt...

Selepas penat menge'tart' semalam, hari ni teringin nak belajar buat biskut almond london plak... tart nenas dan biskut almon london ni antara biskut yang Ros sangat suka masa zaman kanak-kanak suatu masa dahulu... kalau pergi beraya kat rumah saudara mara atau kawan-kawan kakak, mesti try biskut ni dulu.. dan kalau dulu-dulu, kebiasaannya setiap rumah akan ada almond london. betapa sukenye kat almon london ni. so hari ni dah berjaya siapkan 135 biji almon london buat pertama kalinya... waduh2... lenguh badan.. sebbaik td takde gangguan Hussein, abah dah hantar ke rumah babysitter awal2 lagi ibu bercuti hari ini n nak cepat siapkan kuih raya nih... rupa-rupanya bukannye senang nak siapkan sampai habis. ponat makcik duk terbongkok sorang-sorang duk wat almond ni...

Untuk rujukan di masa akan datang, sini tempat Ros simpan resipi kuih muih, biskut, kek dan lain-lain hidangan. Kalau nk buat lg boleh la rujuk sini..:) 

Ros google resipi dan terjumpa resipi ni dalam web myresipi.com. Tapi, Ros olah sedikit sebanyak resipi biskut dan choc ganache mengikut sesuka rasa.. Kat bawah ni Ros ade note down olahan yang di buat..

Menjadi gambar hiasan.. 10 bijik pertama memang out.. tak ada rupa almond london langsung...  :P Yang dalam gamba ni yang ok sahaja...

Fresh from oven... panas lagi..

Choc ganache as the topping.. tambah vege shortening dan minyak jagung untuk bagi die lebih cair dan berkilat.

 Tengah pulun siapkan celup baki biskut ke dalam coklat cair. Lenguh badan ni.

Tadaaaaa.... dah susun elok nak tunggu coklat membeku. Pasni nak simpan masuk balang.

Lagi gambar Almond London.

Lagi...

Dan lagi.... (macam byk sangat la ,...)

Lagi lagi... gambonye...

posing sikit... ehem

bintang....


BISKUT ALMOND LONDON
Sumber: mama kastam tioman @ myresipi.com
Olahan: adikros.blogspot.com

Bahan-bahan Biskut ( anggaran 140 biji )
250 gm butter (*Ros guna marjerin)
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum (250gm) (*Ros tambah lagi 50g)
1 oz / 1/2 cawan nestum (50gm) (di kisar halus) (*Ros guna nestum cerelec) 
3 oz / 1 cawan tepung jagung (100gm)
4 oz / 1 cawan gula aising (100gm)
1 biji kuning telor
*1 sudu besar minyak sapi (brand Ghee) - tambahan
Badam biji di panggang secukupnya
Bahan-bahan Hiasan
Badam cincang secukupnya
Coklat masakan secukupnya (*Ros guna 300g dark chocolate)
*3 sudu besar vegetable shortening - tambahan
Sedikit minyak jagung (*Ros letak 6 sudu besar)
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai

Cara-cara
  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  4. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  5. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven).. kemudian sejukkan.
  6. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan (*Ros letak 6 sudu besar minyak jagung dan 3 sudu besar vegetable shortening)..untuk mengilatkan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periuk bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periuk yang berisi coklat masakan tadi..)
  7. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji sebiji.
  8. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  9. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap.
Sekian, terima kasih... Selamat menjalani ibadah puasa buat muslimin dan muslimat....:)

Saturday, July 30, 2011

Kek Coklat Lembap

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Nak update kek coklat yang ros buat minggu lepas....





Source: Nor67 di Myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara
  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Tuesday, July 5, 2011

Apam Mekar Perisa Coklat

Salam dan selamat pagi semua..

Sabtu lepas, teringin sgt nak try buat apam mekar. Sebelum ni buat macam tak betul2 gebu, mungkin pukul tak cukup kembang.. Cobaan pertama ini macam ok sket daripada cobaan kedua (apam yogurt). Untuk kali ni alhamdulillah menjadi pulak, lebih gebu dan lebih ringan.. Tapi masih boleh perbaiki supaya ia lebih ringan dan lebih sedap... so kene cuba lagi untuk hasil yang lebih baik..hheheh kat bawah ni ros letak gambar apam mekar perisa coklat ye... . gambar tak berapa cun... harap maap..




Resipi asal: Kak Hanieliza
Resipi kedua: Kak Hana
Thanks to Chef Hanieliza and Chef Hana for the recipe... :)

Resipi Apam Mekar yang diubahsuai

Bahan-bahan

150g tepung gandum
90g gula
1 biji telur
1 sk ovellete
100ml susu segar
esen vanila
Chocolate Emulco
Pewarna coklat
Paper cup secukupnyer

Cara-cara

Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan ovallate dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
Masukkan pewarna coklat dan emulco dan pukul hingga sekata.
Masukkan adunan apam ke dalam papercup.
Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Sunday, May 8, 2011

Muffin Coklat

Assalamualaikum...

Hari ini masih berdua dengan si kecik.. malas nak keluar bile cik abang xde ni... So seperti biasa, ade je baking project bile berada di rumah... Sebenarnya niat di hati nak concentrate marking lab report student yg sjengkal tebalnya..dengan harapan dapat habiskan secepat yg mungkin... Paper final dah siap dah marking n key in marks n carry marks... Hmmm... so sambil2 online tu, terkenang pula muffin pernah ros buat tp xpernah menjadi.. Kali ni nak try skill baru iaitu bancuh guna tangan xperlu mixer..huhu seronok plak sebab kali ni menjadi muffin coklat ku... cuma rasenye takde la hebat sgt... at least kembang n naik jugak muffin ku.. tapi, i rase muffin or kek kurang seda kalau letak soda bikarbonat... rasa cam getah je... nama pon seram kan mcam bahan kimia merbahaya je... next time xmo letak dah soda bikarbonat tu....
Anyway, ni die sedikit sebanyak gambr muffin coklat ros yang tak seberapa nih... boleh la kn... byk kne blaja lg ni...

Resipi? ekceli lupa dah refer kat web mana tp sememangnye dari internet...
  


Resipi Muffin Coklat yang sudah diolah

Bahan-bahan:
250g     tepung naik sendiri
1/2sk    soda bikarbonat
2sb       serbuk koko
170g     gula
150g     choc chip (ros xletak)
250g     susu segar
90ml     minyak jagung
1 biji     telur
1 sk       esen vanilla

Cara-cara:
Gal semua bahan kering dalam mangkuk.
Gaul bahan basah dalam mangkuk lain.
Masukkan campuran kering ke dalam mangkuk bahan basah.
Gaul rata
Masukkan cip coklat dan gaul lagi (Ros ganti cip coklat dengan badam).
Masukkan dalam paper cup, tabur coklat cip atau badam hancur.
Bakar selama 20 minit pada 180C.

Tuesday, April 12, 2011

Moist Chocolate Cup Cakes

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama tak update blog.. Sejak akhir-akhir ini busy je memanjang. Dah dekat final exam so byk la paper test, kuiz, assigment and lab report student kene marking sebelum upload to the system... Tu belum masuk lagi keje2 sampingan.. huhu Sabar jela...

Ni untuk terapi minda, smalam Ros ade wat Moist Chocolate Cup Cakes, midnite baking project.. al maklumla kalau nk masak atau baking ke kene tunggu si kecik tido dulu, baru la aman tanpa gangguan. Ros refer resipi Kak Nor 67 di Myresipi. Sebelum ni pernah buat yang mcm kak Nor buat siap ngn choc ganache lagi. Refer to my first moist chocolate cake with choc ganache for the pic. Untuk kali ni Ros letak die dalam cupcake paper plak, buat dalam setengah adunan aje. saje nak tgk ape jadi. Eksperimen ni... For this time, tak ada choc topping. Just the cake itself. Some of them, Ros letak jem blueberry dalam die. Just to make it variety. Tarraaaaa....

Not so bad kan rupe die...


Sekian, wassalam...

Tuesday, March 29, 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE

Asalamualaikum...

Yang ni cerita pasal moist choc cake.. ini first time Ros wat kek coklat lembap kukus.. Keknya nampak ok tp choc ganache nye macam cair sampai melimpah.. kene usaha lagi. Kek ni Ros buat nak bagi kat family in law yang datang KL Sabtu lepas.. :)


Dah masuk kotak pon baru nak curah choc ganache... tak dapat diselamatkan lagi...

Resipi kek ni adalah daripada Kak Nor 67. Ni Ros copy and paste resipi itu.

Moist Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko 

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara
Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

    Sunday, January 30, 2011

    BROWNIES KOKO

    Assalamualaikum wrt..

    Memandangkan hari ini hari sabtu..iaitu hujung minggu, ros ajak en hubby kuar p digi mall and ikea siang tadi. p digi mall nk p beli bateri laptop... dah jem dah susah nk p meeting, nak buat kelas..n sebagainye la... tapi xberjaya juga beli sebab kene order dulu.. hmmm lenkali je la... sempat gak beli pendrive, extrnal harddisk dan antivirus. lepas tu pergi ikea (kesukaanku sebab byk kelengkapan rumah yg comel2 and friendly user), dapat la sedikit tangkapan..hehhe

    Balik je rumah teringin nak wat brownies, teringat kenangan masa kt onsemi. ros suke betul order brownies  kt Sara Loubna, masa tu takde oven so takleh nk baking sendiri... brownies die sedap betul lebih-lebih lagi bile makan dgn eskrim.. disebabkan ros suke makan brownies, ros pon mintak resipi ngan sara.. so ari ni ros wat brownies refer to her recipe la.... tapi resipi kat bawah yang ros tulis ni ade ubah sikit tang ke sukatan nya...

     Yummy...brownies with icecream (vanilla flavour lagi best pekena ngan brownies choc)

    On top of surface, rase cam crunchy sket... dalam die moisture


     Lagi gambar brownies...

     hmmm...

    Baru nak letak gula ising....




    Tak sabar nak rase.... kali ni successful

    Resipi Brownies Koko

    Bahan-Bahan
    200g serbuk koko
    200g butter
    400g gula kastor
    2tp esen vanilla
    4 biji telur
    70g tepung
    Kismis dan badam

    Cara-cara
    Cairkan butter di atas api. Setelah butter cair, alihkan dari api dan masukkan serbuk koko yang diayak.
    Campurkan telur, gula kastor dan esen vanilla. Mix campuran ini sehinggakelihatan putih (Ros mix dalam 10-15 minit).
    Masukkan campuran butter dan koko tadi, mix sehingga adunan bertukar warna coklat kehitaman (Ros mix 5 minit).
    Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan tadi, balik-balikkan hingga sekata.
    Masukkan kismis dan badam mengikut citarasa masing-masing.
    Bakar selama 25minit pada 180C.

    *Untuk adunan seperti di dalam gambar ini, ros kurangkan 50% bahan-bahan sebab kalau buat macam sukatan di atas memang banyak memandangkan xde orang nak abiskan. Esok hari ahad.. kalau hari isnin boleh jugak bawak kat opis.

    ok..selamat mencuba... :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...