Showing posts with label Cheese. Show all posts
Showing posts with label Cheese. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Chilled Yogurt Cheesecake lagi dan lagi

Assalamualaikum again...




A slice of cake with lingonberry jam









Carrot Cake with Cream Cheese Frosting (Kek Lobak Merah)

Hai Assalamualaikum...

For the first time baking this kind of cake.. it was a carrot cake, ladies! even though the appearance is not that good, but it's taste was not so bad. Hahaha... Since i just finished my english test last saturday, still i am in the english mood today.. hahaha don't feel annoyed. I decided to write this entry in english language. My wording is not so bad right, am i? in fact, i expected to score at least band 6.5 average to qualify me for university application in my furthered study coming soon.

By the way, i baked this carrot cake a few month ago. As i am a busy working mommy with two kids, i don't have much time to spend updating this blog. Most of my day time are spent at workplace. after office hour, it's already 6pm! don't have much time to do other things else, as i must be hurry to fetch my kids up from babysitter's house. Oh one more, need to buy food for the brother prior picking them to home. Arrived home, need to feed up my baby before get to shower. Oh no... i was so tired.. Only Allah knows how i feel that time. the elder brother keep asking to get him the vitagen and something else to eat, while the baby crying so loud. This situation happen when the husband is not around (outstation)... filled with stress in my head. OK. I need to stop talking and writing things that i believe also happen in other career mommy, right. Okey, we move on.....

This is how my cake looks like. I am not very good in decorating cakes, in fact this is my first time playing with the cake deco stuff. So please do not expect a good decoration. HAhahha

How it looks like? 

Just before hand it into the oven.

Fresh and hot from the oven.

With cream cheese frosting.. mak aiii susahnye nak buat

Why the texture and the color not as i always ate? is it because of cinnamon powder that  reaching the expiring date? tu la simpan lama lama lagi.

Ok..laa... lain kali kalau nk buat, buat sikit je... nanti tak habis.

About the recipe i used for baking this cake is actually from Kak Noor Masri Dapur Digital
Thanks alot kak Noor Masri.   

Bahan-bahan Kek Lobak Merah:
2 cawan tepung superfine*
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan-bahan untuk Cream Cheese Frosting:
100 g mentega – akak guna 80 g je
125 g cream cheese
1 camca teh jus lemon
2 camca besar gula aising

Cara membuat kek lobak merah :
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.
Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.
Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.
Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.
Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Untuk Cream Cheese Frosting :
Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan jus lemon, terus memutar hingga gebu dan halus. 
Gunakan kelajuan sederhana.
Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Sunday, May 12, 2013

Cotton Soft Japanese Cheesecake 2013


Dah lama buat kek ni tapi baru nak masukkan dalam blog. Kali ni kek hasil dari oven baru. memang puas hati. Sebelum ni Ros pernah buat kek ni 2x. First time buat nampak ok tapi texture langsung tak menjadi. Second time buat ok la..tapi masih xbetul-betul naik dan tak betul-betul gebu. Sah sebab oven tu tak membantu. Now bile dah tukar oven baru ni Alhamdulillah berkesempatan try baking this kind of cake lagi. Menjadi juga akhirnye.. hehehe











Cotton Soft Japanese Cheesecake
Resipi asal: Alma Cotton Soft Cheesecake

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon


Cara-cara

Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boil.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
Kemudian, campurkan adunan creamcheese tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon.
Gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sahaja).

Utk adunan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut).Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
(Ros tak rendam tapi letakkan semangkuk air di bawah bekas tin kek tadi dan bakar seperti biasa, rasanya teknik ni orang panggil steam bath kot)




Wednesday, July 11, 2012

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Waaahhh lamanya tak update blog.. rindu sangat..ini baru berkesempatan nk mencoret-coret kisah sepanjang ketidakberadaan saya di atas talian. But for today, nak mulakan dengan resepi tiramisu yang dah lama termimpi2 nak buat..hehhehe





Sebenarnya dah lama sangat teringin nak try buat tiramisu, ni baru berkesempatan melaksanakannya setelah beberapa lama duk tenung je resepi ni kt internet. Untuk pertama kali cuba ni, Ros guna resepi tiramisu simple oleh umi_e @ Myresipi. Tapi di sini ros olah tiramisu ni guna biskut tiramisu/ lady finger instead of guna kek span. Satu lagi kelainan yang Ros buat adalah letak filling lingonberry.. atau filling strawberry. filling ni Ros just guna lingonberry jem yg beli kat IKEA, campurkan dengan sedikit air panas untuk bagi die cair sikit, nanti senang nak sapu atas biskut. Idea ni Ros jumpa kat dapur Kak Nor Secubitgaram. Hehehh kalau tgk gambar tiramisu kak nor, memang meleleh air liuq... itu yg teringin nak buat jugak tu.. bile dah rasa, rupanya sedap gile.. lagi2 bile dah semalaman chill dalam fridge.. memang marvelous rase tiramisu ni.

Kat bawah ni Ros letak resipi yang dah dikemaskini dan diolah.

RESIPI TIRAMISU BISCOTTI

Sumber: umi_e@myresipi dan Kak Nor Secubitgaram
Olahan: Wan Ros

Bahan-bahan (8 orang atau lebih)
20 keping lady fingers / biskut tiramisu
250ml whipping cream
250g cream cheese Philadelphia
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
4 sudu makan jem lingonberry dicampur dengan sedikit air panas untuk dijadikan filling jem.
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
1.   Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2.   Satukan gula, cream cheese dan whipping cream.
3.   Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4.   Susun biskut tiramisu/ladyfingers di dalam mangkuk kaca atau loyang.
5.   Curahkan 1/2 bahagian bancuhan nescafe ke atas biskut yang disusun.
6.   Sapu filling tadi atas lapisan biskut tiramisu.
7.   Sapu 1/2 bahagian adunan cream cheese dan whipping cream tadi atas susunan biskut
8.   Susun lagi bahagian biskut yang selebihnya.
9.   Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar atau semalaman.
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Biskut tiramisu / lady fingers


Cara-cara melapis


Tadaaa... siap sudah...ni tabur serbuk koko ni lepas keluarkan dari fridge untuk dihidang..


Ini plak selepas semalaman dalam fridge. 2 potong untuk bersahur..huhu




Tuesday, October 4, 2011

Oreo Cheesecake lagi

Assalamualaikum..

Untuk kali kedua buat kek keju oreo ni... Kak Anees order.. nothing much to write down today, just the photos and updated recipe. Thanks a lot to Kak Wan Resipicitarasawan and Kak Ummi Ummizaihadi for the great recipes. :) Its taste is really good. Akan buat lagi for my hubby sbb yang ni die tak dapat rasa.. huhuh





Resipi asal: Resipicitarasawan
Sumber: Ummizaihadi

Ni resipi yang diolah untuk kek keju hari ini;

Bahan Dasar:- (Ros guna loyang 6x6")
200gm biskut oreo - di buang krim
50gm mentega cair

Bahan Filing:-
250 gm keju krim (Philladelphia Cream Cheese)
50 gm gula kastor
1/2 tbsp esen vanila
1 biji telur
100ml whipping krim
1 tbsp. lemon juice
6 keping biskut oreo di patah-patah dan di buang krimnya

Cara-cara:-


Dasar Kek : 
Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 6x6". Bakar selama 15 minit pada suhu 160C (Ros bakar selama 10 minit je untuk elakkan oreo base hangit). Angkat dan ketepikan.

Filling: 
Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan biskut oreo, gaul rata.

Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Friday, September 23, 2011

Tempahan Pertama.. Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Malam ini Ros ada buatkan dua biji cotton cheesecake, kek keju yang Ros pernah buat minggu lepas.... Satu dah siap bakar tengah tunggu sejuk, satu lagi masih dalam oven on baking. Dua biji kek untuk siapa? hehehe sebenarnya, salah satu kek tu untuk jamuan hari raya di fakulti esok, manakala sebiji lagi untuk officemate (Kak Norul) yang order. So kirenye ini first order la ni.. :) Excited nak siapkan kek untuk first customer, risau takut tak menjadi. Tak berenti baca Bismillah masa nak mula mengadun dan tengah mengadun. Alhamdulillah, bile siap bakar, kelihatan menjadi tetapi top surface tak berapa cantik sebab oven Ros yang tak berapa nak best.. (salahkan oven plak ye..) huhuhu (teringin sangat nak beli yang BESAR PUNYEEE... tapi apakan daya simpanan masih belum cukup lagi untuk oven baru... Harap2 ada la yang sudi nak seponser ---> ditujukan khas buat en suami ). 


Untuk kek tempahan, Ros masih rujuk resipi yang sama iaitu Resipi Alma. Gali punya gali resipi, Ros jumpa plak resipi yang sama iaitu Dianasdesserts. Kalau nak tengok Cotton Cheesecake yang Ros buat minggu lepas, leh tgk dekat page ini. 


Untuk kek jamuan hari raya, Ros buat sedikit perubahan dimana Ros masukkan sedikit pewarna hijau epal dan emulco pandan, sekadar menampakkan kelainan... Alhamdulillah, dua-dua kek menjadi, cuma tak tahu rasenya mcmana, harap-harap sedap.. :)


Sunday, September 18, 2011

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum...

Oreo cheesecake... dah lama nak try buat baked cheesecake ni, sekarang baru tercapai hasrat.. Bila dah buat sekali, rasa macam nak buat lagi...


Since Ros hanya menggunakan 250g cream cheese, jadi kek yang terhasil agak nipis. tambahan ros guna loyang berpateri bersaiz 7x7x3inci. Namun begitu, Ros gandakan base menggunakan 300g biskut oreo yang dibuang cream. Kombinasi lapisan biskut yang tebal dan filling keju yang cheesy dan yummy membuatkan kek ni rasa sangat sedap.. adoi, lepas ni sudah pasti nak buat lagi.... :) tp tak boleh makan banyak-banyak sangat... nanti makin temukkk... takuttt... 


Ni dia gambar the whole cake.. sedikit basah sebab waktu bakar kek ni, air masuk plak dalam loyang..  nasib baik la rasa die tak beza sangat.. lepas ni kene improve lagi teknik bakar secara water bath... yang dah berlaku itu sangat la tidak praktikal sebab aluminium foil yang digunakan untuk balut loyang kek ini koyak rupanya... :(

Sama tebal base dan filling...

Lagi gambar oreo cheesecake... yummy2...


Oreo Cheesecake
Resipi dari: Kak Ummi Kuantan dan Resipicitarasawan

Ni bahan-bahan yang Ros kurangkan sebab guna loyang 7x7inci, menghasilkan kek yang nipis


Bahan Dasar:-   
· 200gm biskut oreo - dibuang krim
· 75gm mentega cair

Bahan Filing:-
· 250 gm keju krim
· 50 gm gula kastor
· 1/2 tbsp esen vanila
· 1 biji telur
· 70ml whipping krim
· 1 tbsp. lemon juice
· 8 keping biskut oreo dipatah 4 - dibuang krim

Cara-cara:-

Dasar Kek : 
Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Filling:

  1. Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  2. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  3. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  4. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  5. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  6. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.


Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum...

Selamat pagi Ahad...sudah 3.34 pagi masih belum tito? sebenarnya ros dah tido tapi bangun balik, nk tdo pon tak lena sangat sebab si kecik asyik terjaga saja.. agaknya penat jalan-jalan semalam kot. semalam adalah hari yang agak penat... penat beraya di rumah kawan-kawan dan penat makan-makan... tapi sewonok sebab dapat jumpa kawan-kawan.. ala, bukan nya banyak tempat pon,..dua rumah aje..

Ok la, now nak cerita pasal cotton soft japanese cheesecake yang ros buat hari jumaat (16 sept). kirenya kek ni kek hari satu malaysia la ni (sebab dapat cuti umum hari ini)... tapi tak celeb sangat pon, duk rumah je tengok parade kat TV. Yang paling kami satu keluarga teruja nak sambut adalah Hari Merdeka... Alhamdulillah.. sesungguhnya kami berbangga menjadi rakyat Malaysia, sebuah negara merdeka dan berdaulat. Doa semoga negara tercinta ini terus aman dan makmur, telus dan amanah seadanya... insyaAllah...

OK..ok sambung cite pasal cheesecake.. memandangkan kawan ros nak datang beraya, n kuih raya pon dah tak banyak kat rumah, + si Shilot ni teringin sangat nak makan my cheesecake, so i did it again, but for this time Alhamdulillah it was done well... :) when i did it on my first trial,... the cake texture not really fluffy, and i was thinking it because of over beat.. aa, mmg betul tu.. masa tu baru belajar nak buat kek.. tengok entry yang lalu di sini. tapi kirenya dah boleh makan dah masa nih..

Banyak resipi di internet tapi kali ni Ros refer kat resipi Alma at myresipi since banyak kitchen blogger yg refer this resipi, so teringin nak try.. rupanya hasil tidak mengecewakan..

Fluffy texture.. :)

Lagi gambar quarter cheesecake..

Ermmm....

Oleh kerana Ros guna 6 biji telur gred A, adunannya jadi banyak dan tak muat loyang 8 inci.. so Ros masukkan selebihnya dalam 4 biji remekin... not so bad.



Walaupun my hubby tak berapa suka desserts and cake, tapi kali ni banyak jugak die makan... tinggal lagi 2 slice, i habiskan... wahahhaahhah.... it was so cheeszy and i am worried...



Resipi: Alma Myresipi

Bahan-bahan ( 8-inci )


Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Utk adunan A: 
  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. 
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B: 
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  • Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 
  • Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). 
  • Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Wednesday, July 13, 2011

Slice Cheesecake

Assalamualaikum

Alhamdulillah Slice Cheesecake pertama menjadi juga... sangat lembut dan gebu. Sedap bila dimakan suam-suam (bukan panas-panas) sesudah keluar dari oven. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah diperolehi, tak perlu guna krim keju, tapi hanya guna kepingan keju aja. Untuk percubaan pertama ini, Ros hanya buat separuh adunan tapi guna 3 keping Cheesedale Slice. Sebab tu dalam gambar kat bawah ni kek nampak kecil dan rendah.

Ros refer recipe by Onigiri @ Myresipi.com yang diambil dari Japanese Cooking website. Thanks to Puan Onigiri for the recipe... :)

Believe me... you must try this recipe if you are a cheesecake lover. Hmmmm.....

Not so bad for the attempt haa....

Alahai.. patut gambar ni kat atas... :P


Resipi Slice Cheesecake oleh Onigiri @ Myresipi.com

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. 
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. 
  5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. 
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan. 
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. (Ros bakar 170 darjah selama 25min dan kemudian 150 darjah selama 1 jam dengan cara water bath)
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya. 



Tuesday, July 5, 2011

Blueberry Cheese Tart

Salam semua...


Entri kali ini adalah berkenaan cheese tart. Semalam walaupun dah ngantuk, pulun jugak buat cheese filling untuk tart ini, memandangkan crust/pastri nye dah ready since kemarin lagi. (Tak larat nak siapkan terus sebab duk tekan doh tu mmg agak rumit dan renyah, just to make it thin and flattened. Kalau tak buat filling tu nnt rosak plak pastri tu lama2 kat dalam fridge. ).  Then I will need two days to complete all. huhu... penat punye pasal la ni. And finally ini la hasilnya ..... \~o~/ .....taraaaaa.... (gambar tak cun, tak sempat nak edit lebih2... ini pon courtesy my bb, harap maaf)


Just finished decorating blueberry jam on the cheese filling. Variety of looks. :P


Some more pictures of pre-baked  blueberry cheese tart.

Another pic.


Only one picture after baked.

Ros refer resipi Haz_amon@myresipi, thanks to haz_amon atas resipi cheese tart yang sedap..  Hasilnya memang tidak mengecewakan. For those who are interested to try baking cheese tart, I will suggest this recipe. .. simple ingredients and the step as well.. Happy trying and baking... Good luck my fren.

Resepi Blueberry Cheese Tart (Haz_amon @ myresipi.com)


Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling (inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry:
  1. pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy.
  2. masukkan telur, pukul lagi.
  3. Selepas itu masukkan tepung.
  4. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
  5. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling:
  1. Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy.
  2. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  3. Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi.
  4. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...