Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, January 31, 2011

the ngangkung commentary


sekali imbas selepas aku baca siri pertama cerita jangan pandang kiri dari brader KulupSakah, aku terus buat theory yang cerita ngangkung ada kena mengena sebagai driving force entry ini.
KulupSakah aku suka layan sekali one shot. Aku takmau lagi layan dengan teliti setiap hari dan tertunggu-tunggu apakah sambungannya seperti apa yang terjadi selepas aku layan episod kedua siri ini. Siot punya brader kulup. Hari Isnin dia post sekali, aku layan. Ok lagi. Hari Rabu dia post episod kedua. Gila! Lepas baca episod kedua, hati aku meronta-ronta nak baca sambungannya. Selamba brader kita ni buat sambungan pada hari Jumaat (sibbaik dia sambung hari jumaat...)

Haritu aku terlayan cerita Ngangkung kat rumah kawan. Memang best cerita tu. Paling utama aku respek pada penulis skrip. Walaupun mungkin skrip yang kita tengok dalam movie hanyalah 60-80% dari skrip asal sebab dah diolah-olah oleh penerbit dan datin, namun idea dan jalan cerita tu aku rasa tetap milik penulis skripnya. Gila padatlah cerita tu. Aku suka watak Azli sebagai doktor pendakwah tu. Kalau korang nak tau, aku bayangkan macam tulah lebih kurang perangai watak si Abu kat dalam siri yang ini. Tapi watak Azli dalam tu gila sangat. Tapi sesuai lah sebab ia movie comedy.

Aku suka sebab movie dimulakan dengan pengenalan kepada watak-watak, serta senario kehidupan masing-masing. Kegempakan Sam masa memegang watak driver lori kaki nombor tu ialah misai, rambut rebonding, pipi cengkung serta style tarik nafas yang unik yang Sam buat tu menjadi. Memang berlainan dengan watak Sam yang aku tengok petang-petang kat TV. Member Sam ialah seorang mamak. Dia ni orang utara agaknya. Masalahnya dia ni kaki nombor dan kaki ngangkung. Kaki ngankung ni ialah kaki puja nombor. Benda judi nombor ni dahh jadi macam favorite past time di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kalau Cina ada latok dan sami nak kasi nombor, orang india ada burung parakeet nak pilihkan kad. orang melayu pula, masalah menggunakan jin dijadikan sebagai tema movie ini.

Kawan sorang lagi pulak ialah Wan. Dia ni aku tak berapa jelas backgroundnya tapi dia ada maalah dengan along. Tiga sekawan ni adalah kaki nombor.

Dalam arena perkakinomboran, ada pelbagai method diorang ni nak dapatkan nombor. Cara paling faveret kat kampung aku ni ialah diorang ni dok berkumpul kat satu sudut sunyi kat kedai kopi tu dan masing-masing bermuka suspicious ajer menenung cebisan-cebisan kertas yang disusun-susun di atas meja, di cover dari pandangan dengan gelas minuman yang dibariskan. Sesi sebegini dipanggil chai nombor. Diorang akan buat kajian dan analisis dalam menaakul secara deduksi dan naluri, apakah nombor yang akan keluar esok hari dan apakah odds kalau menang (macam yang sam kira sebelum dia dapat duit dari tokey gi hantar barang ke kelantan)

Ceritanya mereka pergi bertemu dengan pendita. Dalam masyarakat Melayu, memang ada orang yang berkebolehan nak memanggil 'roh'. Walhal mereka sendiri tau, apa yang mereka panggil tu adalah jin. Tapi sebab ia good business, golongan macam pendita ni dah advancedkan kebolehan mereka dengan mengeksploitasikannya. Siap ada loceng 'next' tu yang tak tahan tu. Member bertiga ni pun masuk berjumpa pendita.

Setiap orang berhajat, kena bawak benda yang nak dipuja. Biasanya benda yang melibatkan pembunuhan atau keadaan mati yang tak tenang. Kononnya darah mangsa bunuh yang mengandungi DNA roh mangsa mesti masih ada melekat kat item tersebut. Dan dengan kebolehan pendita ni tadi, roh orang itu boleh dipanggil. Tujuan memanggil roh ni ialah untuk mendampingi orang yang berhajat tadi dan menjadi khadamnya. Ilmu main kuda menguda, khadam mengkhadam ni memang dah biasa dalam masyarakat Islam. Sebab dalam Islam ada konsep hamba. Yang lawaknya, customer pendita yang sebelum tu bawak item yang digunakan untuk memancung kepala orang. Bila roh dipuja, yang datang ialah hantu tak berkepala. Bila Lan siap cakap Siam tu memang top it up. Memang kelas la. Ini menunjukkan skrip ni ada kefahaman tentang dunia ghaib Melayu.

Tiga sekawan ni bawak mata lembing. Bia dipuja, roh pompuan tu pun keluar. Dan roh ini boleh dimanipulasikan untuk mendapatkan nombor ekor. Caranya ialah dengan memperasap dan memandikannya dengan air bunga. Tu sebab keris yang pernah makan orang kena perasap. Kononnya nak bagi roh yang terkandung dalam keris tu tenang. Kahkahkah. Sebab kita 'simpan' benda yang dipuja tu, lepas ni akan selalulah kita terserempak dengan makhluk yang terkandung dek benda tu. Pendita dah cakap adab menjaga khadam tersebut dan yang menarik adalah:

1) Jangan pandang belakang (kalau dah perasan, jangan pandang lagi. Ni tips untuk kita kalau ternampak hantu/jin)

2) Jangan tegur (kalau dah nampak dan macam ter eye contact, jangan tegur atau buat reaksi)

3) Bla dengan selamber. Cam tak nampak jer. Jin tu akan komfius samada kita ni nampak ke idak akan dia.

Watak bini Sam yang kuat membebel tu pun menjadi jugak. Bebelan dan memek muka bininya konsisten dengan profail seorang isteri yang risaukan keadaan ekonomi keluarga. Aku suka skrip watak Sam mengelakkan topik dari soalan2 bininya. watak yang dibawa oleh Sam dan mamat utara tu pun menjadi jugak. Sam seorang yang series-series, no nonsense punya Melayu. Mamat mamak bercakapcakap macam tipikal mamak utara. Dan si Wan yang pinjam along tu pulak ialah simbolik orang Melayu zaman sekarang. Isu mendapatkan nombor melalui perantaraan mistiknya pulak, tidaklah memperlekehkan golongan bomoh atau jin macam cerita kaki nombor tipikal, tapi membuka kepada pemahaman akan apa cerita sebenarnya dalam isu bomoh-bomoh ni.

Jin memang ada. Hantu tu takde. Roh yang berkeliaran, dia takde masa nak lepak simpang dan kacau orang balik dari surau. Manusia bila dah mati, dia dah tak pedulik apa lagi dah selain memohon keampunan Allah ajer. Apa yang orang dok tengok pontianak, poltergeist, tu adalah golongan jin sebenarnya. Dan cara melihatnya ialah jin ni ada yang sejahtera (Islam) dan yang chaos. Yang chaos ni ada yang chaos ikut kepala sendiri ataupun yang civilised (yang ikut Iblis). Biasanya yang suka kacau manusia ni adalah dari golongan yang chaos nilah. Golongan sejahtera menampakkan diri masa ada misi-misi tertentu jer.

Giler ah. Baru sampai sini. Tak masuk lagi part jumpa bomoh siam. Atau scene reaksi Sam dan membernya masa Sam first time kena first prise. Boleh kata setiap scene dalam cerita tu ada wacana dan punchline atau mesej. Setiap scene telah carefully crafted agar takdelah scene yang tak bercakap sekadar hero atau heroin buat muka sedih layan video klip. Memang puashati bayar RM10 tengok wayang citer ni. Aku setuju Sam menang award.

Cerita Ngangkung best sebab ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebab lawaknya direct ala-ala slapstik, jadi orang yang non Malaysian pun boleh paham walau mereka tak cakap Melayu. Ini tahniah kepada para pelakon dan direktor yang menterjemahkan skrip dengan baik.

Cerita Ngangkung best sebab kepada yang paham bahasa Malaysia pulak, mereka mesti akui skrip cerita ni memang power. Perkataan dia simple tapi cara dia mempermainkan perasaan dan perconception kita tentang scene ngangkung di kalangan Melayu tu memang gempak. Ini tahniah kepada idea asal dan team pengolah yang menghasilkan final skrip yang sesuai untuk tatapan umum.

Cerita Ngangkung best sebab kepada yang tahu pasal scene Ngangkung dan realiti alam ini, cerita ini juga menempelak kekurang ajaran kita dalam menjaga hubungan baik antara spesis. Ini dibuktikan apabila member Sam mencampakkan lembing setelah mereka bertiga ditimpa kesusahan sebab diorang tak kena nombor. Mesej itu jelas diulang sekali lagi masa Pendita tu muncul di depan pintu rumah member Sam ni tadi nak ambik lembing dan roh tersebut. Bila jin sudah dipanggil, pintu tu telah terbuka. Dan untuk mengembalikan keadaan kita ke sedia kala, pintu itu perlu ditutup semula. Upacara tertentu perlu dilakukan untuk mensimbolikkan acara penutupan itu. Kepada yang kelakar melihat aksi Pendita bersilat masa nak tangkap roh perempuan tu, sebenarnya, masa berdepan dengan jin memang camtu. Kita kena buat macam bersilat tu nak kasi distraction ajer. Bila jin tu lelan, kita tangkap dia dan buatlah pengikatnya macam paku leher kalau pontianak, ikat penutup kepala kalau hantu pocong dan sebagainya. Dalam kes hantu pompuan ni, pengikatnya ialah piuh telinga. Lawaknya mendalam dan ia menunjukkan pemahaman penulis skrip dalam hal ilmu ghaib. Bagus.


Dan yang paling penting, cerita Ngangkung ni best sebab mesejnya sesuai dan bertepatan dengan masa sebab sekarang ni Malaysia sedang berkembang maju. Cumanya pengembangan Malaysia ini berlaku dengan terlalu mendadak sehingga menyebabkan hick-up kepada rakyatnya yang sebelum ini hidup dalam kemewahan. dan ini secara tidak langsung membuatkan manusia memilih untuk melakukan apa saja dalam mendapatkan wang. Cerita ini mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan main nombor ekor, jangan pinjam along, jangan gugur kandungan, jangan percaya kepada tahyul, hormati hak makhluk ghaib yang ada kat tanahair kita ni, dan yang paling penting; Sam did it again.

Tah kenapa. Watak Sam dalam Ngangkung mengingatkan aku kepada KulupSakah dalam siri Jangan pandang kirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...