Showing posts with label adamasa gua saiko sensorang. Show all posts
Showing posts with label adamasa gua saiko sensorang. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Komplen terbaru

Kasih itu berpada. Lawan untuknya
ialah sayang yang tiada batasnya.

Gua dah siapkan plan untuk blog ni untuk 2012, #PRU13 (pilihanraya Umum ke 13) dan sempena berakhirnya pengetahuan orang Maya dan setan tentang masa depan alam ini. Tapi tah kenapa, gua disibukkan (atau menyibukkan diri) dengan berdiam diri dan melakukan sesuatu yang dah dekat 20 tahun gua tak buat: mengkaji.

Kalau tak silap, gua dah cerita apa bezanya antara membaca dengan mengkaji. Kalau gua tak pernah cerita pun, gua malas nak menaipnya sekarang ni sebab ia panjang sangat. Apa-apahal pun, yang penting sekarang ialah gua dalam mode; mengkaji.

Masalahnya pulak ialah gua tak tau apa benda yang gua sibuk sangat kaji, ni. Kejap pasal diri sendiri, kejap pasal masalah kewangan. Kejap pasal projek-projek duniawi yang memerlukan penukul untuk menggerakkan pahat. Tak menentu fikiran gua ni. Yang nyata, semua itu melarikan tumpuan gua dari persoalan yang sebenar. Hinggalah gua sampai ke kongklusi bahawa, gua kena tahu apa yang gua mahu.

Dekat setahun jugaklah gua mengkaji dan mendalami soalan tu: "Apa yang gua mau?". Persoalan ini telah membuatkan hidup gua semakin jauh dari realiti dan sesetengah orang yang rapat percaya yang gua delusional. Gua tak kesah. Gua dah biasa dengan tanggapan-tanggapan sebegini. Kerana walau seluas mana pun laut ini kelihatan tatkala kita berada di tengahnya, dalam hati kita tetap percaya bahawa daratan itu, ada. Apa yang gua perlu tahu sekarang ialah 'arah'.
Bila haiwan tampak lebih menyayangi
dari manusia, kita tahu
 ada sesuatu yang tak kena

Untuk mengemudi arah ketika tiada objek nak dijadikan pedoman, atau ketika dalam penglihatan yang terbatas seperti dalam gelap misalnya, gua terpaksa samada mendapatkan pengetahuan tentang pemanduan arah dalam kegelapan, atau guna pengetahuan gua tentang cahaya dan lampu jimat elektrik, dan menerangi ruang ini.


Monday, July 23, 2012

Tarikh PilihanRaya Umum Ke 13

Sejak dari puasa tahun lepas, sampailah puasa tahun ni, soalan glamer yang bermain di kedai-kedai kopi dan blog-blog bikin panas di Malaysia-phere adalah: bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13?


Soalan yang semakin menarik sejak terjadinya peristiwa Reformasi pada tahun 1998. Kalau dulu, takde sapa pun pedulik time pilihanraya sebab BN sure menang, keadaan itu tidak lagi berlaku kini, 14 tahun kemudian. Golongan muda yang dipelopori oleh mahasiswa, semakin berminat untuk menyatakan suara mereka dalam Parlimen. Golongan minoriti yang selama ini terpinggir, kini semakin menjadi kuasa yang perlu dipertimbang ketika membuat kenyataan di media. Gaya-gaya pemikiran yang selama ini kita anggap abnormal untuk negara 'Islam' seperti Malaysia, kini adalah piawai kepada taraf gaya hidup yang maju. Globalisasi semakin mencengkam hinggakan semua hilang landasan integrasi diri atau batas kemanusiaan sekalipun. Krisis ekonomi, bencana alam serta kapitalisma, menambahkan garam dan rencah kepada kari kehidupan urban.


Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bahagian kedua 2012. Namun persoalan kepada bilakah tarikh keramat untuk kita turun menutup huha yang terapung-apung di fikiran para peniaga dan pelabur ini masih belum terjawab. Akibatnya, banyak keputusan, banyak projek, banyak duit tak dapat mengalir kerana semua tertunggu-tunggu bilakah akan berlakunya pilihanraya, yang sememangnya akan mengubah halatuju, serta carta organisasi dalam semua agensi kerajaan. Pihak swasta pun tak berani nak labur lebih-lebih sebab kang dia dah bayar mamat BN ni kaw-kaw, last-last mereka down macam kat Selangor dulu. Sampai sekarang main ungkit-ungkit tu berlaku.


Mesej yang nak disampaikan disini ialah, @NajibRazak menyukarkan kami nak menempuh Ramadhan ini. Kami perlukan sen. Tapi komisen tak komfem selagi projek tak sign. Projek pulak takbley nak proceed sebab takut, pengarah, board of director atau akak cleaner tu bakal berubah, selepas #PRU13 nantik. Lagi lama Najib on hold PRU13 dan main-main dengan soalan ini, tensi para rakyat dari akar umbi sampailah ke pucuk baru, semakin meningkat.


Dan tekanan dek duit, adalah jauh lebih berbahaya dari segala dadah, atau blog-blog penghasut yang power.


Fikirkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...