Showing posts with label CarutMarut. Show all posts
Showing posts with label CarutMarut. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

16 Sept Riot

Datang jangan tak datang! Ada satay!!!
16 September ni Hari Malaysia. Tarikh rasminya penggabungan antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sejak setahundua lepas, tarikh 16Sept ialah cuti. Dan untuk tahun 2011, ia jatuh pada Jumaat ini.
"Nilah sebab kenapa yang taknak balik kampung abang.."
Rakyat Malaysia yang memang sedia maklum gemarkan cuticuti pada Jumaat dan Isnin, makin khayal la look forward untuk weekend ini. Dikatakan jalan haiwey haiwey utama dari pusat pusat bandar dijangka sesak pada tarikh tersebut. Dapatlak suasana Eid 1432 masih ada dan time pun tengah bulan, kesesakan lalulintas ini menjadi durian runtuh kepada abam polis trafik yang gila OT.
"Ini semua angkara Bikmama!"
Perarakan tahunan 31ogos pada tahun ini dibawa ke depan pada 16sept atas alasan Raya dan jimat budget, semakin menambahkan paranoia rakyat yang barubaru ini dikejutkan dengan statement statement pakar sejarah tempatan yang mengatakan bahawa Malaysia tak pernah merdeka kerana secara nasionalismenya, Tanah Melayu tak pernah dijajah. Ia sebenarnya adalah aftermath dari isu pejuang kemerdekaan dan komunisme yang dihangitkan oleh Mat Sabu dan #RTM3, sepanjang Ramadhan lalu.
Dengar citer, diorang nak Israk ke Putrajaya?

Ada-ada ajer yang nak diarakkan

Kuat mencarut la pemuda zaman sekarang. Sigh...

Orang kampung tak jalan kaki der, Kami rempit!

Tak habis-habis lagi?

Memandangkan pula 16sept dah memang cuti, dan rakyat marhaen AKAN berkumpul untuk perarakan pada Jumaat ini untuk program gomen pada paginya, para peniaga di sekitar Jalan TAR dan Masjid Jamek KL mengekstrapolasi bahawa pihak pembangkang dan oportunis akan mengambil peluang untuk mengabadikan 1692011 dengan menganjurkan perarakan selepas solat Jumaat. Apa saja memorandum penganjur, para peniaga tak mahu kejadian 9apr (Bersih 2.0) berulang.


"Kalau nak berarak ke Putrajaya sekalipun, apahal nak berkumpul kat Dataran pastu lalu sini pulak?", tempik sorang brader jual mainan ditepi Jalan TAR ketika diusulkan dengan idea bahawa pada 16sept ada riot.

Apapun yang bakal berlaku pada 16sept nanti, diharap agar semua yang terlibat akan pandai pandailah bawak diri dan jangan lupa bahawa camana sial pun gomen, pembangkang, oportunis dan kapitalis dalam negara ini, kita hanya ada 1TanahMelayu.

"Tak tunjuk kulit tak Pavi la nokss"

Sex Melayu dah tak payah nak online dah...
Kat tepi jalan dah ada LIVE

"Roy sayangkan Latipah, percaya lah...Uhukss..."

Sekian, 
Selamat Hari Malaysia. 
Apa tema, ek?

Monday, August 29, 2011

Terima Kasih Polis!

Dalam semua sedang sibuk dan gembira untuk pulang ke kampung merayakan hari kebesaran bersama-sama ahli keluarga yang tercinta, ada satu golongan yang terpaksa berkorban perasaan dan jiwa demi menjalankan tugas. Mereka adalah para polis. Hehehe

Tak dinafikan mereka ni amatlah penting sebagai orang-orang dalam Taman perumahan kita untuk menghalau gagak-gagak hitam yang gemar berkeliaran ketika kawasan kejiranan kita kosong bila semua dah balik kampung. Tanpa kehadiran mereka melakukan rondaan malam-malam, dah tentu para perampok sudah siap mandi dan masak-masak dalam rumah para mangsa yang mereka jenayahi.



Para polisi juga berkorban hati dan perasaan tiap kali dijarikan ketika menjaga keadaan trafik yang kebanyakan masanya macam taik. Dapat pulak lebih ramai lembu yang memandu dari manusia di jalan raya dan orang utan yang bawak motor sekarang ini.

Cuma, alangkah bagus sekiranya abam-abam polis yang menjaga trafik tu, lebih slim dan diet kerana diameter perut mereka saja dah nak penuh jalan raya. Sedap sikit mata memandang dalam bulan-bulan puasa ni.


Lagi satu kalau boleh, dalam 25 tahun perkhidmatan sebagai POLIS TRAFIK tu, sekali sekala patuhilah peraturan lalulintas jalanraya. Sebab menurut statistik yang telah kami jalankan, kami dapati, 0 daripada 10 polis trafik yang memandu didapati tidak mematuhi peraturan. Ada yang memandu lawan arus, tak berenti di lampu isyarat merah atau terbawa-bawa dengan aksi semasa latihan tatu. Tak cerita lagi kalau diorang memandu time berpakaian awam.


Walaupun kami paham, para polis juga adakalanya stress dan tensi dengan kerja dan kehidupan, kok ye nak mengular pun, janganlah sampai obvious sangat macam mamat kat dalam video kat bawah ni. Amender ntah pergi jaga line kuning jangan kasi orang berenti. Padahal, tempat tu hari-hari orang berenti tarapapa pun? Kat depan tempat dia jaga tu, terang-terang memerlukan pengawasan seorang pegawai trafik yang dedikasi. Dia buleh bantai kontrol bas pulak. Kelindan ke apa?


Mesej yang kita nak sampaikan di sini ialah, kalau awak dah berpakaian seragam, silalah berpikiran macam orang yang berpakaian seragam. Janganlah berpikiran macam orang awam. Ini termasuklah juga abam bomba, para guru, minah kilang dan termasuk juga pakgad-pakgad yang nasibnya masih dipinggiran. 

Semoga apa yang berlaku kepada pak polisi di negara ini, menjadi iktibar kepada adik-adik yang bercita-cita nak jadi abam polis tu, agar tukar cita-cita jadi Rosyam Noor atau Armoured Hero. Lagi popular. Nantik bila dah pencen, dengan populariti tu, boleh gak jual gelang ajaib AC. 


Akhir sekali, kami mengucapkan :



Selamat Hari Raya dan Mahap Zahir dan Batin
Segala kesulitan Amatlah Dikesali
"The feeling's mutual"

Saturday, August 13, 2011

KTM pukimak lagi, or memang KTM pukimak?

Pemandangan dari dalam tren semasa gua stalled kat KL Sentral
Gila ramai orang nak balik Seremban?
Rupa-rupanya, masalah kelewatan, tren kensel sesuka hati, pengumuman yang mumbling dan tak berfaedah, banjir, power failure, bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah berlaku sejak lebih 4tahun lalu dan ia MASIH berlaku. Semalam genap seminggu kejadian gua terperangkap kat stesen Petaling. Dan semalam juga, sekali lagi KTM memukimakkan keadaan.

Kalau yang tau, ada trend sebenarnya kelemahan KTM ni. Paling afdal berlaku ialah jika tren usang digunakan semasa waktu rush hour. Takpun masa hujan lebat. Takpun masa musim cuti sekolah. Pelik, kenapa orang yang takde ilmu perkeretapielektrikan pun boleh budget yang power failure berlaku bila tren overload.

Jadi, kat sapa kita nak komplen kepukimakan KTMB, ni? Camana kita nak tuntut hak kita sebagai pengguna bila perkara yang sama terjadi berkali kali? Adakah perlu gua tembak 76 budak budak Norway untuk dapatkan perhatian #RTM3? Eh, kere jaan?

Apa pun, semalam gua sempat naik bas pulang ke Seremban. Tapi sebab ada eksiden kat Desa Petaling, bas gua tetap lambat kat Seremban dan mengakibatkan gua miss bas terakhir ke rumah. Jadi, gua ke stesen komuter.

Sampai kat stesen, gua dapati ramai orang kat luar dan kawasan menunggu di platform. Masa beli tiket, baru gua dapat tau yang tren ke Sg. Gadut dibatalkan. Gua persoalkan diorang; dah tau kensel kenapa taruk jadual next tren kat e-board. Barulah KTM buat announcement dan mengakibatkan chaos.

Malam semalam gua menapak ke Ampangan dari stesen sial tu.

Sunday, January 2, 2011

You wanna piece of me?

You can come here and cuss

Kadangkadang kita perlukan tempat nak mencarut.
Tapi taknak mencarut kat blog sendiri takut awek yang kita tekel lari

Jadi, dengan segala rendah hati
Dan perbalahan dalam entry Mazidul dan Cik GC,
Tukang Komen telah buat entry ini

Jadi kepada sesiapa yang rasa nak cakap cam bagus
Atau nak luahkan apa saja yang tak tertelan
Atau yang tak hadam

Bolehlah berbuat demikian di ruangan komen
Carutan anda mungkin akan dilayan
Atau dicarutkan
You may cuss at me. But don't cuss at my friends or my homeez
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...