Showing posts with label Peluru Tak Kenal Siapa. Show all posts
Showing posts with label Peluru Tak Kenal Siapa. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Siri Sebelum Aku Delete 2


Tembakan harus tepat dan jitu...
Gua terkapai-kapai mencari mana nak mula dalam mengomen blog semula. Banyak blog yang gempak dan baru dari twitter dan Innit yang gua dah save pagekan dalam laptop kilang. Tapi takde masa nak komen cam dulu-dulu. Maklumlah, agak busy sikit dengan kerja baru, twitter. Hehehe.

Apapun, semalam gua diserang selsema yang teruk dan terpaksa berada dalam keadaan hibernasi. Ditambah pula dengan Twitter yang lagging cam haram serta radio dan TV yang tahapahapa, gua berpaling ke laptop dan menggodek blog-blog lama.

Akibatnya, terhasillah Siri ini: Sebelum Aku Delete 2. Harus diingat bahawa kesemua entry yang gua komen ini adalah entry yang lama-lama yang gua save pada masa gua bacanya. Pendirian penulis mungkin dah berubah serentak dengan pengalaman baru yang dialaminya setiap hari. Oh well. Siri ini tak penting pada korang tapi amat penting pada gua sebab ia mengingatkan gua akan kejadian selsema yang paling teruk gua pernah alami. Well, setandinglah kot, dengan amount of dosa yang dah gua buat. Sigh...

Anyway, gua harap korang enjoy dengan trip kalini. Siri ini menjanjikan 2 entry setiap hari selama seminggu ni. Dan gua harap, korang komenlah kat blog diorang tu. At least say hi ke. Kirim salam dari gua, ke. Hehehe

Semoga korang terhibur dan masa korang di cyber space yangterluang diisi dengan aktiviti yang berpaedah. Hehehe.



              Zar Mind Art    
        FluffyMath
     FakirFikir  
        Just Dila
PseudoSains
           Ini Fynn Cakap
Kontrol Histeria
              Kereta Mayat
             Jargon Books
The Art of Drawing Without An eraser

Monday, August 29, 2011

Terima Kasih Polis!

Dalam semua sedang sibuk dan gembira untuk pulang ke kampung merayakan hari kebesaran bersama-sama ahli keluarga yang tercinta, ada satu golongan yang terpaksa berkorban perasaan dan jiwa demi menjalankan tugas. Mereka adalah para polis. Hehehe

Tak dinafikan mereka ni amatlah penting sebagai orang-orang dalam Taman perumahan kita untuk menghalau gagak-gagak hitam yang gemar berkeliaran ketika kawasan kejiranan kita kosong bila semua dah balik kampung. Tanpa kehadiran mereka melakukan rondaan malam-malam, dah tentu para perampok sudah siap mandi dan masak-masak dalam rumah para mangsa yang mereka jenayahi.



Para polisi juga berkorban hati dan perasaan tiap kali dijarikan ketika menjaga keadaan trafik yang kebanyakan masanya macam taik. Dapat pulak lebih ramai lembu yang memandu dari manusia di jalan raya dan orang utan yang bawak motor sekarang ini.

Cuma, alangkah bagus sekiranya abam-abam polis yang menjaga trafik tu, lebih slim dan diet kerana diameter perut mereka saja dah nak penuh jalan raya. Sedap sikit mata memandang dalam bulan-bulan puasa ni.


Lagi satu kalau boleh, dalam 25 tahun perkhidmatan sebagai POLIS TRAFIK tu, sekali sekala patuhilah peraturan lalulintas jalanraya. Sebab menurut statistik yang telah kami jalankan, kami dapati, 0 daripada 10 polis trafik yang memandu didapati tidak mematuhi peraturan. Ada yang memandu lawan arus, tak berenti di lampu isyarat merah atau terbawa-bawa dengan aksi semasa latihan tatu. Tak cerita lagi kalau diorang memandu time berpakaian awam.


Walaupun kami paham, para polis juga adakalanya stress dan tensi dengan kerja dan kehidupan, kok ye nak mengular pun, janganlah sampai obvious sangat macam mamat kat dalam video kat bawah ni. Amender ntah pergi jaga line kuning jangan kasi orang berenti. Padahal, tempat tu hari-hari orang berenti tarapapa pun? Kat depan tempat dia jaga tu, terang-terang memerlukan pengawasan seorang pegawai trafik yang dedikasi. Dia buleh bantai kontrol bas pulak. Kelindan ke apa?


Mesej yang kita nak sampaikan di sini ialah, kalau awak dah berpakaian seragam, silalah berpikiran macam orang yang berpakaian seragam. Janganlah berpikiran macam orang awam. Ini termasuklah juga abam bomba, para guru, minah kilang dan termasuk juga pakgad-pakgad yang nasibnya masih dipinggiran. 

Semoga apa yang berlaku kepada pak polisi di negara ini, menjadi iktibar kepada adik-adik yang bercita-cita nak jadi abam polis tu, agar tukar cita-cita jadi Rosyam Noor atau Armoured Hero. Lagi popular. Nantik bila dah pencen, dengan populariti tu, boleh gak jual gelang ajaib AC. 


Akhir sekali, kami mengucapkan :



Selamat Hari Raya dan Mahap Zahir dan Batin
Segala kesulitan Amatlah Dikesali
"The feeling's mutual"

Thursday, April 7, 2011

Korang cuba terjah blog ni!



Aku nak mintak tolong sikit:
Korang cuba terjah blog ni dan ceritakan kat aku apa yang korang tahu pasal blog Dunia Vovinska ini kat dalam ruangan komen aku ni. Aku sendiri pun akan berbuat perkara yang sama dalam masa terdekat. Apapun...


Komen aku kepada entry ini ialah:
"Sungguh lucah imej yang terpampang dari entry ini"



sekian...

Blog Cik Ahsuez




Blog Cik Ahsuez akan berpindah ke sini.


Cik Ahsuez ni salah seorang dari sindiket soljah. Atapun salah seorang dari kengkawan mereka. Ntah? Aku jumpa link beliau satu masa dulu dan terus menerjahnya. Cool gakla.

Aku memang cepat jer rekomendasi blog pompuan bertudung ni. Mudah. Halal-compliance.
No offense...Hehehe...

Wednesday, April 6, 2011

Komen dan rekomen kepada: Cewah sudah mula dijual secara online!



Blog ini ialah blog Lan Sinaganaga, Pangkat Jeneral kepada Sindiket Soljah ni. Aku taktaulah apa maknanya, tapi nama beliau sebagai penulis cool Melayu di Malaysia sudah tak asing lagi.

Entry yang ini merupakan marketing kepada buku Pipiyapong yang terbaru: Cewah. Blook inilah yang ditulis dalam bahasa kutu seperti yang didakwa oleh PyanHabib semasa melancarkannya di Maskara 26 pada 26 Mac haritu.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Blog Jeneral Lan ni kebanyakannya artikel dan promo aktiviti sindiket. Ada juga link-link ke rakan-rakan dan teman-teman Jeneral Naga. Kat atas sekali ada banner gambar award. Taktaulah ye ke idak.


Aku suka entry recycle dari Tokrimau yang diinspirasikan dari entry Jeneral Naga yang ini.

Setelah membaca entry-entry tuan Jeneral, aku dapati semuanya macam biasa ajer. Takdelah gempak sangat. Mungkin aku kena baca buku dia.
Anyway, komen aku untuk entry dan blook pipiyapong ini ialah satu ajer. Dan ia adalah sebab yang sama kenapa aku memilih untuk membeli blook "Siapa Kekah Bidan Sepiah" instead blook "Cewah"

Sebabnya ialah kat cover tu nampak pusat pipi.


Sekian. Majulah landasan keretapi untuk cover buku.

Friday, April 1, 2011

Rekomendasi kepada: Gelap Datang Kembali Setelah...



Nama blog dia bapak panjang.
Puisi dia pendek-pendek
Dan tajam


Tak berani aku komen puisi
Nak mampos?

Komen kepada: Cakap Apa Saja


Rupa pentas malam Maskara ke 26 tu/ Yang rambut panjang tu pipiyapong
Yang botak tu Dean Sham. Yang lagi dua tu pemalu.


Aku mulakan terjahan ke blog ahli sindiket soljah dengan blog ini. Aku pilih dia sebab dia update blog dia hari-hari. Dari Arkib blog Spyz, didapati beliau mula blogging dari tahun 2001.
Ni baru betulbetul otai blogger!

Blog ni blog Spyz. Aku tak kenal SpyZ sapa. Aku budget dia mamat botak yang dok kat sebelah aku masa Sani Sudin perform malam Maskara tu. Page yang aku savekan, dipenuhi dengan gambar dari majlis tersebut. Kalau korang nak tengok gambar-gambar untuk entry maskara yang aku buat sebelum ni, kat sinilah gambar-gambar tu.


mula dari sini


Aku tak dapat nak tengok older post nak cari entry yang berupa artikel supaya mudah aku nak mengomen. Nak mengomen gambar ni, aku takde ilmu fotografi.

Ilmu tokek jadian, ada laaa...

Peluru Tak Kenal Siapa (sindiket Soljah)



Kepada pengunjung blog ini yang setia, pasti teringat siri Peluru Tak Kenal Siapa yang dimulakan satu masa dulu hasil penyiasatan link-link dalam blog Cik Siti Zafirah. Siri itu tak mendapat sambutan sama ada dari tuan punya blog tersebut ataupun pembaca di blog ini. Mungkin kerana bahasa yang digunakan oleh askar-askar dari sindiket soljah agak tinggi. Mungkin juga artikel yang ditulis terlalu personal hinggakan ia hanya menarik kepada niche pembaca yang tertentu. Apa pun, aku salahkan diri sendiri sebab tak buat persediaan yang lengkap dalam menerjah mereka.

Setelah bertweet dengan TokRimau, menghadiri Maskara ke 26, menghafal makna 'kodi' dan membaca beberapa buku dari sindiket ini, barulah aku paham bagaimana sindiket ini melihat dunia. Takdelah paham sangat, cuma buat-buat paham jer.

Apa pun, aku kembali menyambung siri ini dengan menumpukan kepada blog-blog ahli sindiket Soljah. Masalahnya, kebanyakan blog ahli mereka ni dah lama tak update. Jadi, aku terjah ikut suka aku jerlah.

Seperti biasa, aku tak harapkan mereka akan datang ke sini membaca komen terhadap entry yang dah mereka buat hampir 5 bulan lepas. Diorang sibuk dengan program dan aktiviti seni diorang. Tipu kalau aku cakap aku tak kisah. Aku kisah.
Dan kalau diorang tak datang ke blog aku, aku akan spam blog, FB dan timeline tweet diorang.
Hahahaha.


Selamat membaca!

Wednesday, March 30, 2011

maskara





"@akuskizo kalau tak datang maskara, lu kodi" kata tweet dari TokRimau.

Aku kaget. Amender nya kodi ni? Aku rasa aku pernah baca perkataan ni masa aku mula-mula blogging dulu. Ni mesti jargon sindiket soljah ni, bisikku. Namun, sebagai control-freak, aku tak boleh nak teruskan hidup aku dengan persoalan yang macam tu dok terapung dalam kepala hotak. Aku pun mula bertanya-tanya:


"Kodi tu nama minuman dari jus habbabtus saudak, buah noni dan peria katak" tembakan dari seorang pakcik dengan lebam di dahi.


"Wa, kodi tatak tau. Body, wa tau" jawab member aku yang hobinya ialah membaca novel. Bahasa dia tak macam orang yang suka membaca langsung.


"Kodi? Todi yang halal kot? Macam beer dari Iran, tu" kata Jeff masa kami meneguk kopi O kat Dataran Senawang, sehari sebelum gathering.

Jawapan yang aku dapat tak banyak membantu. Dan dek desakan last minute, serta customer yang kensel kerja pemasangan sengkuap yang patutnya dirancang pada hari Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk meneruskan penyiasatanku tentang apa itu kodi dengan bertanya sendiri kepada anggota sindiket. 

Maka aku pun ke Maskara ke lima.

Gathering Maskara diadakan di Rumah Pena. Rumah Pena ni, terletak dalam 3 segi antara Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling dan Jalan Dewan Bahasa. Landmarknya ialah Restoran Tupai-Tupai. Masa mula-mula sampai, aku mati-mati ingat rumah Persatuan Wartawan Malaysia yang kat sebelah Tupai-Tupai tu yang Rumah Pena. Sibbaik aku tak order kopi kat Tupai-Tupai. Sibbaik abang waiter tu tau Rumah Pena ialah rumah hantu yang ada kat BELAKANG restoran tu. Aku pun kensel order dan start kereta.

Aku sampai kat sana pukul 810 malam. Dari luar pagar, nampak Rumah Pena dan gathering Maskara ni macam gathering ahli free mason jer. Kelihatan juga air sirap dan benda yang nampak cam nasi bungkus di susun di atas meja depan rumah. Ada stage yang diubah dari kawasan gazebo rumah tersebut. Ada juga orang gila kat sebelah aku yang nak pau rokok aku. Aku kasi sebatang. Aku lepak dulu kat luar pagar, berpikir camana nak keluarkan kereta aku nantik sebab jalan masuk tu muat-muat untuk satu kereta ajer (dan pengunjung pulak parking kat tepi-tepi, menyempitkan jalan).

Aku masuk ke perkarangan rumah dan terus melepak depan stage. Stage dihias mudah dengan bunting gambar askar jepun. Lagu Melayu yang tak kukenali berkumandang. Aku layan tweet sementara menunggu majlis bermula. Kelihatan ahli sindiket main sep-sep dan baring-baring dalam Rumah Pena. Final prep kot. Ada juga kaunter jualan di mana buka Cewah Pipiyapong menjadi main attraction. Ada jugak jual Tshirt gathering dan zine. Ye! Zine! huhu.

Dah dekat pukul 9malam, band pertama pun sampai. Tri-Hadzir. Katanya band post-keroncong. Mereka persembahkan 4 lagu. Semuanya rare padaku walaupun bunyi muzik mereka macam lagu dari Cafe Del Mar 2009 Anthem (without the electronica). Aku terkesan dengan lagu untuk Ibu dari mereka (diroang tak cakap nama lagu, so aku teka jer la). Aku suka dengan band ni. Cool la mesej dalam lagu dia.

Lepas tu, Cik Amira pulak perform. Cik Amira ni, kalau korang dah biasa dengan Vlog dan youtube, mungkin pernah dengar nama beliau. Beliau bawak lagu yang macam duniawi (earth) sikit. Cik Amira disertai oleh seorang penyeruling bambu dan seorang pemain gitar. Suara Cik Amira cam Siti Nurhaliza. By that time, TokRimau dah bakar-bakar aku suruh aku duduk atas kanvas yang dibentangkan kat depan stage. Aku tunggu Cik Amira habis persembahan sebelum menyahut cabaran. Sementara menunggu, aku tolong halau nyamuk dengan berasap di pangkal pokok sena, tempat parking mat rempit.

Bila dah berasap, tekak aku jadi haus. Aku ke kawasan air sirap nak pau segelas. Sirap pulak dah habis. Mr. Lan Naga kelihatan tercungap-cungap cemas cuba menop-up sirap. Sementara menunggu, aku masuk ke dalam Rumah Pena, mengushar hiasan dalamannya. Di pintu rumah, aku perasan Sani Sudin tengah terkumat-kamit. Aku mintak kebenaran nak bergambar dengannya, tapi kamera henfon aku pulak buat hal. Dia taknak keluarkan mode kamera. Lastlast, Sani mintak diri sebab dia kena perform. Aku terpisat-pisat melihat beliau berlalu.

Sepanjang Sani Sudin perform, aku menyahut cabaran TokRimau. Performance Sani Sudin dipenuhi improvisi, sarkastika dan lawak. Aku tertarik dengan cerita beliau masa beliau menjadi seorang pelukis. Masa tu, Sani Sudin nak jual painting dia kepada seorang Datuk berbangsa Melayu.

Datuk tu tanya: "What is this painting all about?"
Sani jawab: " I want to sell it to buy beras"
Penonton ketawa dengan punchline Sani. Tapi air mataku berlinangan. Dan aku tak dapat fokus lagi pada persembahannya sebab dok cover airmata tu dari mengalir (sebab mamat sokernet kat sebelah aku). Aku ushar langit yang dipenuhi awan. Nampak cam nak ujan. Patutlah malam ni berbahang.

Lepas Sani Sudin, ada sorang awek lagi perform. Sorilah cik adik, abang takleh dok depan. Aku kembali mengasapkan pangkal pokok sena sebelum ke kaunter jualan buku untuk mendapatkan hasil aku untuk hari ini.

Di kaunter, buku yang diraikan ialah 'Cewah' dari pipiyapong. Pyan Habib yang merasmikannya kata buku tu pakai bahasa kutu dan lawak. Aku pegang dua buku. Sebagai seorang yang tak berduit, aku hanya mampu nak beli satu buku ajer. Aku suruh OP Zaharin (yang sedang jaga kaunter masa tu) pilih antara dua: "Siapa Kekah Bidan Sepiah" dengan "Cewah". OP sarankan buku yang pertama sebab ia ditulis oleh ramai penulis. Aku percayakan dia dan beli Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lagipun, buku ni di launching masa aku mula-mula belajar blogging tahun lepas. Jadi, ia ada sentimental value padaku.


Bila aku dah mula baca, MEMANG IA adalah buku yang tepat (walau aku tak baca lagi Cewah). Skizo aku dibuatnya....

Selepas membeli buku tu, aku mengundurkan diri sebab aku takmau hooligan yang menunggu aku kat satu tempat mungkar tu, mabuk atau 'berjaya'. Masa tu, Dewangga Sakti baru nak perform. Walaupun rasa bersalah, aku u turnkan jugak kereta aku dan setelah 6 points U-turn, aku berjaya jugak keluar dari perkarangan Rumah Pena.

Apa-apa pun, perhimpunan Maskara ini ialah perhimpunan karyawan-karyawan seni. Mereka terdiri dari penulis, pelukis, orang seni dan karyawan-karyawan yang levelnya lagi tinggi dari penulisan dalam dunia blogging. Geng diorang ni pernah nak aku terjah dalam siri "Peluru-Peluru Tak Kenal Siapa" tapi siri tersebut sebab tak mendapat sambutan, aku holdkan dulu komen dalam siri tersebut. Aku ingat nak sambung balik selepas ini....

Dan sebagai menggalakkan perjuangan mereka, mereka sedang mengumpul penyertaan untuk entry filem Pendek yang tarikh tutupnya ialah 14 Julai, 2011. Filem terpilih akan ditayangkan di Maskara Shorties pada 7 Ogos. Sesiapa yang berminat, bolehlah ke blog ini untuk keterangan lanjut.


Jadi, setelah aku menyertai majlis Maskara tersebut, barulah aku tau apa itu 'kodi'. Menurut mamat sokernet, kodi itu macam "lecehh" la. Macam tak best, la. Perkataan ini di coined oleh pipiyapong.

Lan Naga cakap kodi tu ialah "tak OK".

Apa-apa pun, yang penting, aku dah tak kodi sebab aku datang Maskara ke lima. Terima kasih kepada anggota sindiket yang tak sombong, majlis yang sempoi dan kepada Lan Naga dan TokRimau yang sudi melayan orang tahsapa-sapa cam aku ni.



Semoga kita semua tak kodi.

Monday, February 14, 2011

Contoh Blogger yang Konsisten

Aku sarankan korang pergi ke blog ni.
Blog ni, dari mula aku blogging, sampailah ke hari ni,
Masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran
dan Perjuangannya dalam dunia blogosphere

Walaupun Kerajaan siap buat iklan untuk lawan perjuangan dia,
Dia tetap vigilant!

Dan harini (ko tengok date-date entry dia),
AmirHisham kata dia nak berenti kerja.
cute sialll

Tuesday, February 8, 2011

Komen kepada: Surat untuk Cepopo the Rabbit





Entry asal merupakan surat Mohd Jayzuan kepada Cepopo, arnabnya. Antara ayat yang menyentuh perasaan aku ialah:

...Hang ingat tak dulu? Masa kita mula jumpa, hang kecik lagi... besar tapak tangan gitu la. Dari kecik lagi hang dah memang agresif dah, riot sana sini. Tapi, hang tetap comel. Aku paling suka bila tengok hang keluar sangkar, semua benda hang nak gigit. Kaki aku pun hang duk hidu-hidu nak gigit. Hang memang riot la.

Serius, aku kadang-kadang nak jumpa hang or at least nak tengok latest pix hang, tapi aku tau, sure tak dapat, so, aku ingat je la muka hang dalam otak aku. Selalu jugak la aku rindu hang dengan gigi depan dua batang hang tu.

Aku tak tau nak tulis apa dah... aku sedih la jugak, sebab dah lama tak jumpa hang, pastu tetiba terbaca kat status FB yang hang dah takdak.

baca surat emo tu kat sini..isk-isk..


Salam MJ,

Aku tak tau lah kau memain ke apa, tapi aku memang emo lepas terbaca surat kau ni. Walaupun aku tak pernah bela arnab, atau fasih dalam dialek kedah, aku boleh relate dengan perasaan yang kau alami terhadap Cepopo tu. Cumanya, kau tak detailkan camana korang terpisah. Mungkin itu lebih baik dalam menguruskan trauma dalam halhal sebegini. Isk-Isk...

Apa-apa hal pun, aku berpendapat kita kaum lelaki dan rakyat Malaysia kena banyakkan menulis surat penghargaan yang sebegini. Tak kisahlah kita tulis tu untuk sesiapa atau apa saja. Kita kena mula menghargai segalanya. Sebab semuanya akan lenyap tak lama lagi dan yang tinggal nantik hanyalah kau dan aku. Cumanya, masa tu,

Kau-Kau, Aku-Aku.


Tapi,





KL, Aku OK...

Rekomendasi kepada: Cikgu Azian (bukan edisi marah sama Matematik Tambahan atau edisi mengumpat)



Kita mulakan siri Peluru Tak Kenal siapa hari ini dengan membaca entry sejarah dari AMMOSHAM ni. Aku taknak potong mana-mana taknak spoil feel. Korang kena baca sendiri. Artikel ni lengkap dengan punchline di setiap perenggan, isu yang generic serta ada mencarut.

Kalau betulla dia amik SPM pada tahun tu, budak ni muda setahun dari aku. Tulisan dia memang macam budak underground dari zaman-zaman tu. Tu pasal la aku cakap entry ni ada berbau sejarah.

Wednesday, February 2, 2011

Siri Peluru Tak Kenal Siapa



Siri ini dedikasi kepada blog yang aku jumpa bila menyiasat melalui jaringan yang terdapat dalam blog Cik Siti Zafira. Jadi, salahkan dia...

Diorang ni aku labelkan dalam kepalaku sebagai penulis dan takde iklan nuffnang. Diorang ni jual buku dan short movie agaknya dan ayat-ayat dalam entry diorang pendek-pendek tapi cool.  Dan aku tak expect sangat diorang akan balas komen aku sebab diorang ni ada kelas

Sesuai dibaca kepada golongan anak muda yang berinspirasi nak jadi penulis atau photographer atau pelukis, penyajak, penyair, pengarut atau apa saja. Daripada dok baca inpirational quotes atau novel dari mat salleh atau dakyah illuminati.

Kepada diorang aku salut.
Semoga aku dapat sebijik buku free dari setiap diorang ni nantik.

Hahaha.

Komen kepada: Tinggal bayang



cebisan dari entry asal:

...Kaulah pemuisi terhebat
Membelit kata hingga aku lupa
Untuk berpijak pada bumi yang nyata
Kau pelakon handal
Mempesona aku hingga aku lupa
Untuk menyedari bahawa semuanya...

Sementara...


baca dari mula weyh..


Salam Cik I-Sya,

Kengkadang,
Manis itu perlu untuk meloloskan yang pahit.
Kuntuman senyuman kadangkala dapat legakan sementara,
Luka di hati yang sakit

Sungguhpun bila ketidak adaanmu, aku kalut
Tapi tatkala berdepan denganmu, kaulah seluruhnya padaku.

Aku takut dalam kekalutan
Aku kalut dalam ketakutan

Takut Kalut Makut Talut
Salot Kalut Takut Mulut?

Ketawalah
Lupakanlah sementara
Kekusutanmu tadi...

Bahan bacaan segar: [+]


Rasai Mentari Yang Membakar Hatimu.

Nuff said.
Ada banyak link yang sampai tahun depan baru habis teroka.

Dan a whole lot of cool writtings. Kalau aku jadi aku, dan ada line internet, aku selongkar dalam-dalam blog ni time-time boring (which is around 230am every night).

Checkout site dia yang satu lagi:


Gila cool lah!

Jawapan kepada: Chrono



Korang kena baca entry asal dulu kat sini. Jangan takut nak klik. Sekejap jer..Series puas hati...


Salam Cik Perempuan Cerdas,

Saja menggatal nak mengomen. Maafkan saya jika saya mengganggu kehidupan cik dengan macam memperlawakkan pulak saat yang very the emotional dalam entry ini. Pepehal pun, saya rasa harini Cik pasti dah beransur OK dan sesuailah membaca jawapan dari si dia...


-logy


Pheww! There she is! Thank God she's still there. I hurried myself towards her. The darn tranquilizers hasn't worn-off yet. Damn those aborigines...


Pulled out the chair and stared at her in my most appologetic face, while maintaining what's left of my masculinity. I smiled. She snorted.


Looking at her mad like that makes ME mad. Madly in love. It always blow me away. All the exhaustion i was in just now, all that hardship, the laughs from my friends, donn't seem to matter. I'm lost for words. How I wish I could stare into those dreamy eyes all night...




So, where the hell have I've been?
It doesn't matter anymore. Coz I'm right here, my darling...

selamat the bercuti

Komen kepada: Kawan





Entry asal:

[ishhh..rugi weyhhh...korang klik jelah kat sini dan ALAMI sendiri]


SejutaStanzaSelamba


Setelah mengesat air mata syahdu selepas membaca bait puitis tadi, Tukang Komen memakai topi seorang kawan yang cibai dan menulis jawapan kepada sejutastanzaselamaba:


bai,

kau cakap memang pandai

kau nak jadi Jebat tapi Tuah kan dah kembali?
kau tak suka dipuji tapi selalu merungut kata tak dihargai

kau pijak aku masa kau nak naik selamatkan diri kau
kau ingat kat aku masa kau nak lepaskan sesak kau

kau lempang aku masa aku sound kau ni sorang pemalas
buat apa simbah petrol kalau aku boleh letupkan kau dengan dapur gas

kau nak aku maafkan kau tapi kau ungkit utang limaplohinggit
sebab aku tak kira pun kau ni sapa
bila kau silap;
kau tetap akanku cubit


jangan marah, naaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...