Showing posts with label Sebelum Aku Delete. Show all posts
Showing posts with label Sebelum Aku Delete. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Eh? Aku suka laa komsep dia!



Aku baru jumpa blog ni. 
Aku suka link dia. 
Aku suka entry dia. 
Aku suka KONSEP blog dia. 
Ni patut jadi kawan rapat, ni!
Best-Best!

Eh? Akuphobia pun ader? ok...



Monday, March 28, 2011

Rekomendasi kepada: Pesanan Seorang Senior di Belfast

Ia sebuah quote sebenarnya dan aku suka dengannya, so...bak kata cik Una-berry;...so, yeah.



' Dalam soal berumahtangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.


baca sampai habis...


Wednesday, March 23, 2011

Bila boring, aku main dengan kucheng...



Bila boring-boring, atau lapar, aku akan ke blog dia ni. Catatan serta gambarnya tentang segala macam benda yang dia mentekedarah, selalu membantu dalam menaikkan nafsu makan, serta nafsu mengomen di blog orang.


Aku harap cik Kucing Gemok akan terus banyak lagi mencacat. Eh.
Mencatat.


Sekian.

Tuesday, March 22, 2011

Komen kepada: Sebab dia kutuk orang MELAYU...



baca dulu...

...
Dah seperti biasa semalam aku lepak bawah jambatan tunggu hujan berenti...
ramai umat manusia bawah jambatan dan aku parking sebelah apek yang tua...
dan2 je baru nak layan perasaan time hujan2 ni dia leh plak memekak ngan aku pasal politik..
memang aku tak mau cakap berlapik dia memang shial...

Sebab apa aku panggil shial??
sebab ada dia kutuk orang melayu...



Salam HanTwo,

Aku gelak masa membaca entry kau yang ni. Sungguh nostaljik. Senario terperangkap di bawah jambatan semasa hujan sebagai mat motor, lepas tu dengar orang berborak kuat-kuat.

Dapatlak orang tu mengutuk bangsa kau. Kau berhak nak emo sebenarnya. Tapi kalau aku dalam situasi kau (dan kalau aku ada masa pada masa tu), aku akan pegi layan bara yang membara si apek tu. Bukan payah pun.

Kau pegi dekat dia, dan beri tumpuan pada dia. Senyum jer bila dia eye-contact dengan kau. Jangan remark apa-apa. Objektif kau ialah memperbodohkan dia. Biarkan dia dalam cacimaki dia. Kau diammmmm jer dan senyum sekali sekala. Kalau ada punchline yang kau rasa dia memang NAK orang gelak atau feedback, kau tepuk tangan dan galakkan dia.

Kalau hujan berenti sebelum dia berenti, kau bla. Kalau dia berenti sebelum hujan berenti, kau kembalilah ke motor kau.

Inilah adab orang kita. Kita diam jer.
Kita diam jer, simpan dalam hati, redah hujan, basah kuyup dan marah kat kengkawan atau aweks atau makbapak atau kerajaan.


Lebih kurang camtulah....

Hehehe.

Nice entry!

Thursday, February 10, 2011

Formula Menangani Kemiskinan Di Rembau by Profesor Muhammad Syukri Salleh


Aku jumpa entry ni dalam blog Rozmal bin Malakan. Entry bertarikh 2007. Blog terbaru Rozmal ialah waghih.blogspot.com. Aku akan terjah, nantik...

Aku matimati ingatkan Cik Rozmal nak kasi formula matematik atau link ke skim-skim cepat kaya atau jadi ejen MLM. Paling tidak pun ada gambar dia bagi ceramah depan orang yang pakai kot atau student. Tapi takder. Hehehe. Ader jugak orang yang series dengan keadaan Rembau. Siap bentang-bentang kertas lagi...

Aku baca, cuba layan, stop. Aku paksa lagi baca, dan baca dan baca. Sampai part bagaimana Baginda SAW begitu prihatin terhadap keadaan ahli suffah tu, air mata aku mengalir.

Bukan pedih. Bukan apa. Tapi dia mengalir laju.
Aku nangis dowhhh..Isk-Isk..
Tak sangka aku boleh nangis masa baca sebuah kertas pembentangan.
Aku berenti kejap. Aku kesat air mata dan minum seteguk dua air sejuk.
Lek jap.


Aku mula balik. Tapi cam tak best pulak. Aku try dua tiga kali baca perenggan yang sama cuba mencari feel yang tadi, tapi tak dapat. Jadi, aku pun baca balik dari mula. Takper...

Sampai part keprihatinan Nabi Muhammad SAW terhadap ahli suffah tu walaupun Baginda SAW sendiri tak makan, air mata mengalir balik.

Mengalir deras.
Mengalir dengan laju.
Siap ada terisak-isak lagi...


Ahhhh...



Argggghhhhhhh!!!!!!!!




The end.

(mana ntah perginya entry ni kat blog baru cik Rozman...aku cari ikut link geocities dia, link tu dah tak exist laaa)




note: Tukang Komen terpaksa dihospitalkan dan masuk air dua botol selepas meracau-racau sebab dah dua hari tak tido.


Komen saya:

1) Ok. Jadi kita kena kenalpasti jenis orang miskin yang ada supaya kita boleh kenalpasti terapi yang sesuai untuk mereka. Sapa yang nak kenalpasti, ni? Mungkin kita boleh mulakan dengan kontek BersamaMu atau pejabat MB atau BaitulMal setiap negeri...

2) Sesapa yang dah miskin kena sedar diri dan cuba cara-cara yang telah ditunjukkan oleh para sahabat. Mulakan dengan berniaga. Kantoi jugak, pergi try mintak bantuan (bela kambing contohnya). Bila dah kaya (atau kepada yang dah kaya) pulak, digalakkan banyak bersedekah dan menyumbang kepada program yang berusaha membasmi kemiskinan. Kalau masih kantoi jugak, daftar nama dan tunggu panggilan. Bila ada misi khas atau takazah, join jemaah...Ke Palestin, contohnya...

3) Satu masalah yang kami hadapi ialah kebanyakan orang miskin bersifat islandish-meminggirkan diri dan ini menyukarkan proses pembinaan profail orang miskin untuk satusatu kawasan. Camana nak tau tahap taqwa diorang kalau batang idung pun taknah nampak kat masjid atau kat mana-mana. Tah mana melepaknya diorang ni. Berapakali dah datang kususi. Asyik takderrr jer...Dah tinggal nota pun tak call jugak. Takkan nak camping lak nak tangkap, eh nak jumpa dia jer. Dapatlak kalau dia karkun. Lagi liat.

4) Adakah pendekatan ini unik untuk Rembau saja atau applicable untuk semua tempat? Sebab kat Rembau memang banyak wali dan bolehlah pakai ayat camni ngan diorang. Abang bentang kat sapa kat Resort tu bang?

5) Kalau jawapan soalan di atas ialah pendekatan ini boleh dipakai untuk semua, maka Rembau ni mesti sekadar salah satu tempat yang tuan dah promotekan formula ini, betul tak? Ada tak success story dari promotion sebelum ni? Kalau ada, harap tuan boleh share.

6) Kertas bentang pada tahun 2007. Ni dah 4 tahun berlalu. Ada apa-apa progress tak? Saya tengok Rembau camtuuu jer. Lampu membazir yang kat traffic light utama tu pun masih tak berganti lagi balb nya. Tak citer lagi tanah, rumah atau orang tua-orang tua yang terbiar lagi...



Tuesday, February 1, 2011

Saiko giler baca: Fake And Suck










Sesuai dibaca ketika poket tengah penuh. Jangan lalu pun kalau tengah-tengah bulan.

komen kepada: Liat nak bayar sewa Rumah


Entry asal:

Bila tiba nak bayar sewa rumah, macam2 alasan diberi oleh penyewa.
Belum dapat gaji lagi lah, duit nak pakailah, duit tak cukuplah.
Macamlah dia sorang sahaja yang nak pakai duit. Tuan rumah tak pandai nak guna duit ke ?

Tapi bila pergi Pizza Hut, tak berani pula nak masuk kalau tak ada duit atau tak cukup duit. Kenapa tak cakap camni :

"boleh tak saya bayar ansur-ansur" atau

"boleh tak saya bayar bila dapat gaji nanti " atau

"boleh kurang sikit tak ... duit saya tak cukuplah sebab baru beli baju anak2 sekolah"

baca sampai habis...

Salam Tuan Lavendari,

Saya dok kat Bandar Seremban Selatan dan saya menyewa jer. Apa yang tuan paparkan ni, maafkan saya, nampak cam lebih condong kepada tuan rumah ajer. Satu nafas baru dalam isu yang klasik ini. Cuma saya nak kongsikan pengalaman bapak saya dengan bebudak yang menyewa dengannya.

Kalau yang menyewa tu orang dah berkahwin dan beranak, kita expect dia akan berada sepanjang tahun. Dalam setahun, trend belanjawan seseorang tipikal Malay kat Malaysia ialah pada time-time hujung atau awal tahun, duit agak sengkek sikit. Dapat pulak yang bekerja swasta atau bekerja sendiri. Jadi, kita sebagai tuan rumah kena dah bersedia dengan benda-benda camni. Ayah saya memang akan dah sediakan buffer untuk membantu kes-kes penyewa camni tapi ada jugaklah limitnya. Lastlast, keputusan terpaksa juga dibuat tapi kita bantu jugaklah dengan bagi bantuan perlorian contohnya.

Kejam bunyinya kan?

Itulah dunia sewa-menyewa. Setakat ni dah tiga family saya tolong kick kan. Abang dah berapa?


Hehehe

Monday, January 31, 2011

Rekomendasi kepada: Blog Abang Joni




Pergh! Ni memang kelas la. Simple dan straight forward. Personal yet very generic. Pergh. Abang Jonni ni kartunis Oren ke aper? Kalau ye, pergh...wa memang suka dengan huruf o. O itu "or-renn"

Pepehal kita kembali ke dunia sebenar, aku harap, Abang Joni sudi mengomen aku juga.

Rekomendasi kepada: Adab Bangun Tidur


Kepada yang dah tau, ia sebagai refreshment.
Kepada yang belum tau, ia sebagai addition.
Kepada yang buatbuat tak tahu, ia sebagai pelempang-ation

Sila klik di sini

Komen kepada: Ikan


Salam cik Kucingorengemuk

Nama cik mengingatkan saya kepada stokin. Saya risau keberadaan mayat kucing kesayangan saya tu. Adik saya yang saiko telah menuduh stokin ditangkap oleh orang Vietnam yang duduk kat rumah belakang. Sebab haritu adik saya nampak diorang goreng benda banyak-banyak. Dari style tulangnya, nampak macma kucing...Ntahlah. Anyway,


Posting yang ini memang padat. Anak cik insya Allah mempunyai bakat seorang visionary. Jika diasah dengan ilmu kepemimpinan, bakat sesuai dalam bidang strategi atau menghasilkan plan tindakan baru. Banyak lagi posting yang bagus2 dan original di sini.



Masalahnya ialah kepada kita ajer;
Nak memahami bahawa contengan yang macam berudu itu ialah ikan.

Rekomendasi kepada: Presiden Iran : Tiada yang Sepertinya..



Saya harap tuan punya original kompilasi perkara baik tentang Presiden Iran ini mengizinkan saya mengongsikannya juga dan semoga ia menjadi iktibar kepada kita sempena Isnin yang ceria.

klik di sini


Aku suka dengan orang perak. Dulu masa kat U, jasa seorang budak perak bernama kam sangatlah dihargai. Terima kasih Kam. sekarang Kam dah beranak dua. Takde kena mengena denagn saudara A samad Jaafar kita ni.

Carilah sebab untuk bersatu. Bukan mencari sebab nak berpecah belah.
Tapi dengarnya, Iran menyebelahi Korea Utara. Anda di pihak mana?

Komen kepada : Satans, please go away


Entry asal:

Go to hell lah, syaitan laknatullah! Tak habis-habis pakat pi tidur kat kepala aku ramai-ramai. Kau nak kena bakar lagi teruk ke nanti? Kacau anak Adam buat pahala memang kau punya bidang kan.

Im starting to feel the tense. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku untuk berjihad mencari ilmu di bawah keredhaanMu. Kuatkanlah semangatku, kuatkanlah semangatku, kuatkanlah semangatku Ya Allah. Kuatkanlah semangatku, jangan biarkan aku lemah dan putus asa macam ni. KepadaMu saja aku meminta pertolongan ya Allah. I hope things will get better after i wake up tomorrow morning. Aminnn.

Till then.


Baca lagi blog budak comel macam hamster:

Salam Cik Raisya,

Saya bukan nak komen entry ni sebenarnya. Setan tak mau pergi kalau ada perkataan please. Mereka mestilah ditendang dan ditarik telinganya dan dihalau keluar dari bilik tidur. Jangan lupa tutup pintu bilik dan tidur dalam keadaan suci.
pilih tangkal anda
Lagi satu, cik kena sedia dengan apa yang cik minta. Sebab wishes do come true. Cumanya cik kena faham. Bahawa untuk mengetahui samada cik ni dah dapat kekuatan semangat atau tidak, cik sudah tentulah aakn diuji dan diuji. Cik dah betul dengan meminta agar dimudahkan urusan cik dalam hal ini, tapi saya sarankan juga agar cik minta agar cik dapat kejayaan yang cemerlang dalam setiap apa yang cik usahakan.

Saya lebih nak mengomen entry yang sebelum entry yang ni tapi sebab ada gambar budakbudak comel macam hamster baru lepas di hair dryer kan selepas mereka dimandikan, saya terpaksa meninggalkan klue dengan mengomen entry selepasnya.






Selamat besdey baideweyyy.

Komen kepada: MAKAN DALAM



Entry asal:

sedutan dari salah satu cerita P ramlee:

 mak, dalam dunia ni kalau kita baik hati, kita jujur, tak mau cakap banyak, kita akan dipijak, mak. tetapi, kalau kita bohong, menipu, meninggikan diri, orang pandang mulia pada kita, mak. sekarang mak pilih, satu antara dua. mak suka prani beginikah? atau suka prani menjualkan kehormatan prani kah? '


...


aku suka. dan bersetuju. sandiwara dunia.

baca lagi kat sini


Salam Azreen,

Dalam hal menamakan blog, aku rasa nama blog kau ni salah satu nama yang cool. Sometimes the reflection lies pun dasat jugak. Sekali dapat lak kau buat entry makan dalam ni. Pergh. Tersedak makcik yang tengah makan rojak mee depan aku ni. Risau anaknya menepuk belakang makcik tu.

Kalau zaman  P.Ramlee lagi dah ada orang yang siap bagi mesej camtu dalam movie, kita sesama duduk dan bayangkanlah apa jenis dunia yang sedang kita berada di sekarang. Nak idup kengkadang, kita bukan saja terpaksa jadi macam prani, bahkan terpaksa menjadi tekong yang mempromosikan orang-orang yang macam prani. Buatkan ia jadi satu industri pulak. Nak idup maaa. Dah alang-alang berdosa, biar sampai ke tingkatan ke tujuh.

Kadangkadang kefedapan hidup membuatkan kita jadi keliru dengan apakah erti kemurnian, taat setia atau kejujuran. Kesabaran dibalas dengan fitnah, kebaikan disalah anggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga membuat si pembuat baik pun berpikir dua kali samada patutkah dia melakukan tanggungjawab sosialnya demi menjaga hak orang lain yang tergantung pada mereka. Atau diam dan teruskan hidup msaing-masing dendiam.

Untungnya pada prani beliau hanyalh sebuah watak dalam cerita P ramlee yang akan habis riwayatnya setelah habis movie itu nanti.
Cuaknya ialah kesedaran akan keberadaan kita akan bersama dengan kita selama nyawa dikandung badan...

Pepehal pun, nice blend antra makan dalam dengan penghargaan kau kepada  balkis, tina dan mastura sebab menemani kau dalam perjalanan itu. Cool tak jadi fotografer ni?

Thursday, January 27, 2011

Rekomendasi kepada: Worst by Ashraf Fareeq


Pada awalnya, aku tak nampak butang komen. Dan dengan cam bagusnya aku mula prejudis dengan blog ni. So, korang carilah blog ni kat google...

Anyway, kemudian aku mula membaca. 2 entry pertama macam benda-benda yang mungkin penulis perkatakan pada pasangannya (mungkin awek, kawan atau housemate).

Tapi bila baca entry bertajuk "Have You Passed Through This Night?", aku terpikir: nobody can say it better than this...

Tapi malangnya aku dah buang URL nya. Ada sesapa yang tau, sila tinggalkan diruangan komen. Thanks. Aku tinggalkan korang dengan gambar yang aku dapat hasil google image search. Gilerrr ahhh!!!


Hidup Google!


update: 749pm 27 Jan 2011 : the link is here. Eszol, you lose

Selamat Hari Jadi Terawal.


Kalau orang bagi Belated Birthday,
Aku; kasi Be-earlied birthday.



SELAMAT HARI LAHIR!



(profail kau ni buatkan aku rasa hina...)
Semoga Allah memilih dan mengekalkan kita di atas jalan Nya.
18 Febuari 2003 merupakan tarikh keramat buat diriku, kerana pada hari tersebut merupakan tarikh permulaan baru kepada aku bergelar seorang MUSLIM. Dengan limpah kurnia daripada Allah ,Dia dengan sifatnya yg Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan taufik dan hidayahnya kepada aku yg dahulunya tidak mengenal siapa pencipta aku yg sebenarnya.“ASYHADUAN LAA ILLAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULLULLAH”, Itulah kalimah suci yang kulafazkan sebagai langkah permulaan sebagai seorang Muslim. Namun, agak terkilan dan kecewa dengan keadaan umat islam dewasa ini. Kehidupan yang sama dengan orang yang bukan islam. Kehidupan yang jauh daripada syariat dan sunnah Nabi SAW. Syukurlah, Allah pilih aku untuk terlibat dalam satu usaha untuk saya memperbaiki sedikit demi sedikit diri ini yang penuh dengan dosa...sepatutnya semua orang perlu buat usaha atas iman, iaitu DAKWAH ILLALLAH.

Ahmad Syukri Abdullah
keningau, sabah, Malaysia

Komen kepada: Surat dari iblis laknatullah


Entry asal:

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha' sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya.

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihat kau tidak mengubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kau millikku.

Baca lagi surat rahsia tersebut:
(cari kat nov 1st)

Tapi yang potongnya, post sebelumnya ada gambar team bolasepak kelantan dengan gambar lelaki mendedahkan kepala lutut mereka.

Iblis pun confuse?...

Wednesday, January 26, 2011

Rekomendasi kepada: Pesanan Wali Songo ~ Kaitan dalam Usaha Dakwah II



Asik-asik nak rekomen benda yang kelakar dan menarik ajer, kalini kita lakukan tanggungjawab sosial dengan merekomen entry yang berupa tazkirah ini. Lagipun kita ramai Islam kat sini kan? Tak kisah lah sempurna tak sempurna yang penting lepas Ramadhan korang berhari Raya.

Jadi mari kita ikuti pesanan dan point yang menunjukkan kaitan rapat antara kewalian dan kependakwahan. Semog aia akan menjadi iktibar kepada semua.

Menyelam sampai puas di sini:

komen kepada: Maher Zain Minat Yuna


Aku terjumpa entry ni dan semasa membacanya aku dapat rasakan rage yang membara dari si penulis. Cik Fdaus Ahmad kita ni baru ader berani. Tak kisah lah dia berani sebab apa.

Bukan sepanjang masa dia RAGE. Fdaus Amad adalah OK. Dia mungkin ada pandangan berbeza, tapi dia OK. Kot? Korang check sendiri laaa:



Kau baca jer entry selanjutnya dan komen di sini la (kat sana dah ramai. Cik Fdaus pun tak suka orang komen entry lama dia...)


hehehe

Komen kepada: 48 Power dan kepala botak ezzuraza





Entry asal berupa snapshot beberapa point penting pasal falsafah dalam hidup dari sebuah buku bertajuk power (kot).



Aku dah lama cari point nak komen blog ni sebab nama blog dia cam bagus, tapi sebab aku tengok ezzuraza ni cam orang baikbaik jer, aku tak jadi mengusik. Dapatlak dia baca bukubuku camni. Goyang weyhhh...Muka pun cam gangster...


Rekomendasi kepada: :: 20 cara untuk jadikan roommate anda gila :




Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...

(gila saiko cik adik sorang ni. Muka innocentt jer. Tapi kau tengok point-point dia. Sibbbaik aku dah kawin. Selamattt aku. eh? Amacam lain macam plak bunyinya ni?)


Antara point yang aku suka:

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 Tolong, kat mana aku berada ni? dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat Horee...!. bukak lampu semula.

10. Kata kat roommate Ada pesanan penting untuk kau. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap Eh...aku dah ingat. Lepas tu pengsan balik.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...

Try lagi kat sini:


Cik Farien,

Boleh saya tahu;


apa masalah Cik Farien?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...