Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum...

Bulan April & Mei memang sarat dengan cuti-cuti Malaysia kami. Hehe. Memang heaven nak pulak masa tu baru resign dari gomen kan. Tambah pulak, tahun ni je la boleh follow hubby outstesen. Tahun depan maybe dah susah sebab anak sulung dah masuk darjah satu.

Awal bulan Mei, 4-9 Mei kami di Kelantan pula... Hubby ke sana sebab ada convention. So, follow lah kami semua. Sebelum ke Kota Bharu, tempat berlangsungnya konvensyen tu, kami singgah dulu di Tok Bali Aman Resort. Haihh... suka btul saya dapat ke sana sbb baru je terbaca-baca post kawan2 pasal Tok Bali. Katanya kat sana best, tenang, pantai cantik. Bila Hubby offer tu, rasa macam orang mengantuk di sorong bantal la kan! Untuk booking, kami surfing laman web AGODA untuk harga palin murah.

Sebelum ke Kelantan, kami balik Temerloh dulu semalam dua..ala-ala transit gitu. Awal pagi terus gerak dari rumah mertua. Saje lalu ikut Kuantan. Yang sebenarnya saya memang seram lalu Gua Musang. Taktau kenapa. Lagipun, saya memang suka lalu negeri Terengganu. Dari sekolah suka btul negeri tu. Haha. Lalu tepi pantai kan best. Tapi kitorg ni gatai nak jugak ikut waze, kan. Padahal bukan tak pernah ke Kelantan. Mengarut-ngarut jalan waze bagi. Hmmmm....

Alhamdulillah, sampai jugak di Tok Bali lebih kurang 2 ke 3 petang mcm tu. Memang damai je tempatnya. Tepi pantai. Ok, jom kita check in dulu.

Lorong ke bilik...

Ya.. biliknya. Benda pertama saya tengok ialah lantainya... takde karpet. Iyalah kan... Tepi pantai mmg takde makna la karpet2 nya....Tapi lantai kayu mmg syok.

View dari toilet. Haha.. ni kalau nak mandi jgn lupa turunkan tirai tu ye...


Bahagian beranda. Kalau datang honeymoon sini rasa bestt je. Malam-malam duk kat sini borak2 sambil minum kopi. Oh ye, kat sini line internet mmg sedih. Kalau nak wifi pun, kena pegi lobi dia.. ataupun 'rumah ibu'. So, kalau mmg berhajat nak release tension ke, nak bertenang-tenang ke... datang la sini. Memang takkan terfikir sgt kat gadget ke, internet ke.. hihi.

View depan beranda tadi. 'Kolam' reakreasi mereka. Nak kayuh boat, dan lain-lain aktiviti air, boleh la kat situ. Kat sini, nak beriadah dengan basikal pun ada disediakan =)

Itu 'rumah ibu' nya.. nak check in check out di situ...

Selesai rehat-rehat sekejap & solat, kami pun keluar mencari makanan.. perut dah lapar. Nak makan meggi ketam, kedai tak buka lagi. So, kami makan je goreng-goreng kat situ. Ada satu je gerai makan yg complete kerusi meja tak jauh dari resort. Gerai-gerai tepi jalan pun banyak. Syok nya makan kopok lekor sambil menikmati angin pantai....

Lepas tu, masih tak berapa nak kenyang, beli pulak lagi kudapan kat gerai tepi jalan tu. Pastu, lepak tepi pantai... sambil makan sambil tengok bebudak main pasir, sambil layan angin pantai lagi...

Biasa la bebudak memang syok jumpa air laut kan. Dah puas main pasir, gi main air pulak. Takdelah mandi. Cuma main sepak-sepak air. Lalu, ada la yang jatuh dalam air. Hehe.. basah lencun baju. So, terus balik bilik dan decide bawak bebudak mandi kolam. Kolam pun, depan bilik je. Dekat sangat...

Rasa privacy je kolam ni. Sebab tak ramai orang. Maybe sebab kami datang hari kerja kan. Tu yang tak ramai. So, lepas setel mandi kolam, masuk bilik, mandi sekali lagi, solat dan keluar makan Meggi Ketam. Jom, next entry.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kelantan

Sekian...

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment