Showing posts with label About Shaklee. Show all posts
Showing posts with label About Shaklee. Show all posts

Shaklee Malaysia Relocated ~ Shaklee @ Sunway Pinnacle

Assalamualaikum...

Buat SID dan customers yang disayangi. Bermula 25 Ogos 2014, Shaklee HQ telah berpindah ke Sunway Pinnacle. Tidak lagi di Empire Subang =) Seronok la kan. Lepas shopping kat Shaklee, boleh sambung shopping kat Sunway Pyramid =) Sebab kat Sunway lebih banyak pilihan compare dengan Empire. Yang bestnya, HQ yang baru ni lebih besar, cantik dan tentulah mesra family!

So, jangan lupa berkunjung ke Shaklee HQ yang baru tau.


Gambar-gambar ni saya kidnap dari FB Mr Ethan Wang. Hehe. Sorry mohon halal =)


Yang ni paling best. Duk shopping berjam-jam kat Shaklee pun tak risau. Letak je anak-anak main kat sini =)

Shaklee is pleased to announce that, to better serve its valued customers and distributors, the Malaysia headquarters will be moving to a larger office at the Sunway Pinnacle in Subang Jaya on the 25th of August.

Sekian...

Mesej dari Shaklee HQ

Assalamualaikum,
Lately ni memang hangat isu boikot Israel. Shaklee pun terkena tempias nya. Biasalah, Shaklee kan produk Amerika. Tapi, walaupun macam tu, Shaklee adalah satu company yang strong dan tidak terlibat pun dengan Israel. Oleh sebab itu, Shaklee Malaysia sudah pun mengeluarkan statement bagi menepis tuduhan dan prasangka ini dari terus berlarutan. Diharapkan selepas ini, tiada lagi isu-isu seperti begini dan yakinlah dengan Shaklee. Sokonglah pengedar Shaklee di sekeliling anda =)



Realiti Hubungan Shaklee & Israel



Assalamualaikum...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan kejam rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza. Serentak dengan itu heboh satu dunia mengutuk tindakan tersebut dan menyeru negara seluruh dunia untuk memboikot produk Israel dan syarikat yang menyokong rejin Zionis.

Dalam internet (FB terutamanya) heboh tentang syarikat Shaklee menyokong Rejim Zionis. Ramai keyboard warrior tanpa segan silu berkongsi 'screen capture' dari laman web keneseth dan disebabkan tertera logo Shaklee tanpa usul periksa telah menuduh secara membabi buta.



'screen capture Keneseth Israel'


Persoalannya.....adakah mereka klik di icon Shaklee tersebut?

Saya pasti hampir 100% yang 'share' berkaitan perkara tersebut tidak klik di ikon itu.

Apabila kita klik icon Shaklee seperti di laman web Keneseth Israel, ia akan membawa kita terus ke laman seperti di bawah ini.

Perhatikan alamat laman web tersebut (anak panah sebelah kanan) (http://kic.myshaklee.com).

Alamat laman web rasmi ialah www.shaklee.com. (seperti gambar terakhir)

Perhatikan juga anak panah sebelah kanan (Shaklee Independent Distributor). Ia bermaksud bahawa orang perseorangan (ejen) yang memilik laman web tersebut dan bukannya Syarikat Shaklee.

Analogi yang mudah...Si A & Si B adalah ejen kereta Honda. Si A menggunakan sedikit keuntungan untuk menyumbang kepada Israel. Sedangkan Si B tidak menyumbang apa-apa kepada mana-mana pertubuhan atau negarapun. Bolehkah kita pukul rata bahawa syarikat Honda menyumbang kepada Israel?

Tak boleh, sebabnya tindakan Si A adalah tindakan peribadi beliau. Kenapa Shaklee tak ambil tindakan terhadap Independent Distributor ini?

Sebenarnya Shaklee tiada hak untuk menentukan apa yang patut kita nak buat dengan duit kita. Contohnya, kalau saya hendak menderma ke Palestin, saya boleh berbuat demikian tanpa ada apa halangan.

Lebih kurang kalau kita dapat gaji. Adakah majikan kita cakap "duit gaji ni tak boleh bayar kereta", "tak boleh bayar sewa rumah" dsbnya?



laman web Shaklee Independent Dstributor

Di bawah ini adalah laman web rasmi Shaklee yang tidak mempunyai pautan ke Keneseth Israel



laman web rasmi Shaklee


Pautan lain


Shaklee tidak halal?

Assalamualaikum w.b.t.....
Selalu sangat dapat soalan dari bakal customer berkenaan status halal shaklee ni. Kalau kita tengok label botol Shaklee pun tiada tanda Halal. So Shaklee ni halal atau tidak sebenarnya????
Saya tidak menyalahkan kepada mereka yang menanyakan soalan2 seperti ini. Ye la, mencari yang halal tu kan wajib. Lagipun ini bahan yang kita makan, yang kita masukkan dalam badan kita. Takkan kita nak masukkan benda-benda yang tidak halal kan?
Alhamdulillah, sebenarnya produk Shaklee ni memang disahkan halal, tapi bukan oleh Jakim. Lihat sijil halal di bawah @ boleh klik di sini.
Kenapa sijil halal ni dikeluarkan di Amerika? Laku ke sijil ni di Malaysia?
Untuk makluman, produk Shaklee dikeluarkan di Amerika Syarikat dan di import ke Malaysia. Adalah lebih mudah jika permohonan sijil halal di buat di negara pembuat daripada memohon sijil halal daripada setiap negara di mana Shaklee menjalankan operasinya.
Laku ke sijil ni? Haaaaaaaa..... Untuk pengetahuan semua, organisasi yang mengeluarkan sijil halal ini di iktiraf oleh Jakim (sila klik di sini dan tengok list yang bernombor 58 )
Untuk makluman, sijil ini juga diperbaharui setiap tahun. Kalau nak tengok sijil untuk tahun-tahun sebelumnya.....sila tanya encik Google ye.....
"saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berbeza. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan" - Dr. Forrest C. Shaklee. Sr.

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Salam... 
Dah seminggu lebih saya tak update blog ye. Bukan bizi sangat pun. Tapi saya diserang penyakit M iaitu Malas. Hihihi. Tapi hari ni ada satu semangat nak update blog. Sebelum saya penuhkan blog saya ni dengan cerita² ttg shaklee in da next time...biar saya share kenapa saya pilih Shaklee sbg supplement harian saya. Jom baca =)

Shaklee telah menjadi peneraju produk kesihatan dan makanan makanan tambahan sejak 1956. Lama kan!

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

SENTIASA BERKESAN
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli 
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil 
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 
Credit to Website shaklee.com.my