Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian dari seorang mama kepada seorang mama... Isu pemakanan dan kesihatan anak. Tapi sebelum tu, mari saya perkenalkan anak-anak saya yang seramai tiga orang ini...
Nur Safiyyah Aqilah. Lahir 20 April 2008
Nur Sarah Atiqah, lahir 14 Januari 2010. Nur Amirah Hannani, lahir 18 April 2012.
Alhamdulillah, mereka membesar dengan sihat dan aktif dengan izin Allah. Cuma, mungkin mereka tak nampak chubby. Nampak kecik dan kurus je. Hmmm.. mungkin follow baka mama nya yang memang tak tinggi dan kurus. Hehe. Anak sulung dan anak ke dua saya, ke dua-duanya minum susu Dugro 3-6 tahun. Anak kecik saya tu, baru je beberapa bulan menerima susu Dutch Lady 123 Chocolate. Anak yang kecik tu bermasalah sikit nak diberikan susu tepung sebab dia sangattt memilih susu. Dari brand murah sampai mahal saya cuba, semua dia reject. Akhirnya, Dutch Lady saja yang dia nak minum.
Bercerita mengenai Meal Shakes dan mereka. Sebenarnya saya mula perkenalkan Meal Shakes ni pada hujung tahun 2012. Itupun, saya cuma berikan pada anak sulung dan anak ke dua. Amirah masih breastfeed masa tu. Umur pun belum setahun. Niat asal saya mencuba... supaya selera makan anak-anak saya bertambah, dan kesihatan diorang lebih baik. Biasalah, budak² hantar ke taska kan selalu demam selsema.
Mengenai selera makan.. memang agak sadis jugaklah. Disebabkan diorg ni memang agak picky eater. Asyik minum susu aje kan. Mama mana yang tak risau. Sebab nampak tak balance diet di situ. Maka dari situ lah saya ikhtiar dengan Meal Shakes. Untuk permulaan, hanya sesudu teh sahaja saya tambah ke dalam susu diorang. Start dengan dos yang rendah. Untuk permulaan tu, dekat seminggu kot diorang berak². Seingat saya sebelum tu diorang ni jenis tak lancar 'membuang' juga. Tapi, saya redha je. Dan saya teruskan je beri setiap hari.... anggap tu healing crisis. Selepas satu minggu, Alhamdulillah dah okay.. xde berak². Berak macam biasa dah.. lancar dan selesa =)
Sekarang, selera makan diorang bertambah baik. kesihatan juga baik. Sangat jarang demam batuk selsema. Seingat saya, sangattt lama diorang tak diserang demam. Alhamdulillah! Sekarang pun saya dah naikkan dos kepada satu sudu teh, tiga kali sehari.
Untuk Amirah, saya baru mulakan dalam sebulan lebih. Awal² tu saya just letak sesudu kecil je. Tapi, disebabkan saiz badan Amirah tak seperti umurnya, maka saya terus bagi 1 sudu teh, 3 kali sehari. Alhamdulillah, kalau awal² dulu.. kalau bancuh susu dia 180ml, mesti dia tak habis dalam 90ml. Tapi sekarang ni, bancuh 180ml pun tak cukup. Memang satu perkembangan yang best sebab macam saya bgtau tadi, dia sangat memilih susu dan cerewet. Bab makan pun Alhamdulillah... selera sangat². Bab poo poo pun... best sebab hari² mesti membuang. Bab aktif dan IQ dia pun semakin baik.
Saya memang tak boleh nak berikan diorang Pediasure atau lain² susu untuk galakkan tumbesaran diorang. Sebabnya, anak² saya susah nak terima susu lain dr yang diorg biasa minum. Jadi, solution-nya, Meal Shakes adalah yang terbaik. Satu sude teh ke dalam susu diorang tak mengubah rasa asal susu, malah lebih sedap berkrim =)
Alhamdulillah... kadang² apa yang kita buat untuk anak kita tu nampak remeh je. Tapi impak dia besar. Mungkin bagi sesetengah mama, Meal Shakes tu agak mahal. Tapi, bagi saya taklah. Satu tin Meal Shakes boleh bertahan hingga 3 bulan penggunaan. Malah, saya sendiri join minum. Hihii... Mahal hanya pada harga. Tapi efek kesihatan yang anak² dapat adalah priceless!
Sekian....
Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com
Lain-lain perkongsian :